Followers Tersayang

My Makeup Routine By Shida Junaidi

Asslamualaikum.
Hii.
 Jom join klik banner kalau nak join :)

RUTIN MEKAP SAYA
Perempuan kalau nak keluar rumah contohnya shopping ke mestilah nak cantik-cantik kan.Bukan saja penampilan nak kena cantik,muka pun nak nak juga kena mekap sikit barulah bersemangat dan nampak berseri-seri,tak perlulah nak mekap tebal-tebal.
Sebelum mengenakan sebarang mekap,perlu cuci muka terlebih dahulu guna pencuci muka saya pilih Hada Labo.Tunggu sampai kering baru pakai toner, ini bertujuan nak bagi muka kita bersih betul-betul.Lepas tu pakai pelembab,saya tak dapat dipisahkan dari pelembab sebab muka saya ni jenis kombinasi,ada kawasan-kawasan tertentu yang sangat kering dan memerlukan pelembab,kawasan selebihnya berminyak sangat.Kalau nak keluar rumah,saya pakai pelembab jenis oil free,tapi untuk dirumah saya pakai pelembab biasa.Kalau cuaca tersangat panas saya pakai Biore Uv Perfect Face milk,yang bertujuan untuk melindungi kulit wajah dari sinaran uv berbahaya yang boleh merosakkan kulit kita di samping tu dapat buat foundation kita tahan lama.Tapi tak boleh pakai selalu sebab kulit akan jadi lebih kering.Step mekap pula:
Kemudian beralih kepada step mekap.Untuk foundation,saya pilih Revlon Colourstay suka foundation ni sebab tahan lama dan senang nak blend.Saya guna jari jer sapu rata kat muka.Lepas tu dab dabkan cream concealer Elianto untuk tutup kawasan gelap bawah mata dan parut jerawat.Sepatutnya kalau nak senang pakai BB cream,tapi tak ada T_T.

Setkan foundation dengan sapuan bedak dari Majolica Marjorca Skin Remaker Pore Cover,suka bedak ni sebab dapat tutup pori dan tahan lama love it!Tak mampu beli bekas bedak ni T_T.Untuk bahagian kelopak 
mata pula just natural colour,saya pilih eyeshadow Silky Girl Bare Classic.

Lepas tu pakai Maybelline hypersharp liner,guna ni senang nak lukis dan buat wing.Untuk bagi mata nampak segar dan besar saya pakai eyeliner putih Maybelline kat waterline.

Kalau rajin saya akan pakai bulu mata palsu,kadang-kadang jer hehe.Sapu mascara kegemaran saya iaitu Maybelline hypercurl cat eyes,bulu mata atas dan bawah.Kemaskan kening guna pensel kening silky girl,pilih warna natural contohnya coklat cerah,jangan lah warna hitam nanti macam shin chan pula hihi.

Layangkan blusher Silky Girl dipipi supaya tak nampak pucat sangat.Untuk sentuhan terakhir pakai lipgloss Maybelline ,kalau rajin boleh juga pakai lipstik hehe.
Dah siap!!
.
.
.
.
.
.
.

Assalamualaikum.

3 comments:

cheeda lala said...

Hai dear=)) Thanks for joining oke.. Nyway goodluck dear=)

DilaElla said...

Hi :),sama-sama..thanks :)

MarnieyZ said...

goodluck! btw, cantiknyaaaa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain