Followers Tersayang

Dah Kahwin..

Assalamualaikum.
Hii.
pic from google
Alhamdulilah tahniah buat kawan saya Siti Rozaini dan pasangannya yang dah sah menjadi suami isteri kelmarin.Meriah sungguh majlis mereka.Dia ni merupakan kawan satu sekolah dari sekolah rendah lagi..zaman sekolah lah zaman kenakalan kitaorang ni,tapi tak nakal sangat lah hehe.Masih ingat lagi lepas balik dari sekolah terus ajak kawan-kawan lain ke sungai konon-konon nak berkelah,siap main masak-masak lagi dekat tepi sunga.. sambil tu apa lagi mandi-manda,sampai air sungai yang jernih pun jadi keruh..tak dapat bayangkan masa tu seronok sangat sampai tak ingat nak pulang,sampai rumah mata merah-merah kahkah..
Okey sambung cerita pula,sebenarnya saya malas nak jalan-jalan kelmarin,tapi dah mama saya paksa,pergi juga lah.Yelah dah dijemput tak baik kalau tak pergi..nanti kecil hati pula orang yang menjemput.Jom tengok gambar-gambar majlis kelmarin..tapi kualiti gambar agak mengecewakan sebab guna kamera biasa saja..kita takda kamera canggih-canggih macam korang sobsob..
Pelamin dengan tema warna pink+purple sweet gitu..eh pengantinya mana?
Inilah akibat tinggalkan pelamin begitu saja kahkah..budak-budak cuma main jer tak rosakkan apa-apa pun.
Ada pun pengantin..
Kek pun warna pink+purple
Masa ni tengah tunggu majlis potong kek,tak dapat nak snap masa potong kek sebab ramai orang..
Tetiba pula datang kucing comel yang manja
Tertarik pula dengan beg makcik ni yang diperbuat daripada plastik keropok..kreatif kan.
Sama cantik sama padan diorang ni.
Tuan blog pun tak nak ketinggalan bergambar dengan pengantin.Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair.
Till then..Terima kasih sudi baca ^_^.Assalamualaikum.





7 comments:

Cik JariManis said...

ingatkan yang kawin tadi dila...hehe =)

dilaella Ella said...

eh,bukanlah..kawan yg kawin hehe :)

Ayishscha Hamdan said...

cantik la pelaminnya. :)

Mizz Aiza said...

mula2 baca tajuk tadi ingat ke dila yang kahwin.. hehe.. memang cantik.. :D

Chekgu Anitt said...

cntknye pelamin tu..
pngantin lak nmpk muda remaja jer..

NinaAz said...

tahniah untuk kawan dila :)
lepas ni dila pulak. :)

dilaella Ella said...

@Ayishscha Hamdan >cantikkan,sweet gitu.

@Mizz Aiza >bukan saya yang kahwin kak hehe :)

@Chekgu Anitt >pelamin dan pengantin cantik kan :)

@NinaAz >insyallah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain