Followers Tersayang

Jalan-jalan ke KK

Assalamualaikum.
Hii.
Hari sabtu lalu saya ke Kota Kinabalu,saja jalan-jalan nak cari kain maklumlah puasa dan raya dah nak dekat.Perjalanan dari Keningau ke KK lebih kurang 2 jam,dengan menaiki bas mini,nasib baik tak mabuk naik bas hehe.Kebetulan masa ke KK berlangsung promosi kraft Malaysia 2013 di Lintasan Deasoka,tak sempat nak tinjau-tinjau sebab nak cepat,petang nak balik Keningau dah.. tapi sempat juga ambil sedikit gambar..

Cantikkan ^_^
Tak banyak barang yang dapat di cari sebab banyak kedai tutup hari tu sempena cuti pesta kaamatan.Masa tengah syok cari kain di Segama tetiba tangan saya di tarik-tarik oleh seseorang,sekali tengok budak pengemis,rasanya bukan orang tempatan..tapi saya tak layan..saya memang tak senang kalau ada pengemis-pengemis ni,bukannya saya tak simpati tapi kalau di lihat ibu budak tu masih muda dan sihat..masih boleh bekerja lagi.Terfikir juga kenapa pihak berkuasa tak ambil tindakan pada pengemis-pengemis ni..Opps!stop kat sini saja,tak nak bebel panjang hehe..
^_^
Till then..terima kasih sudi baca ^_^
Assalamualaikum..

20 comments:

Cikgu Kacamata said...

CK dah berapa thn tak pergi KK. Seronok tidur kat kaki gunung KK :)

dilaella Ella said...

Wah seronoknya,saya belum pernah lagi tidur kat kaki gunung Kinabalu ^_^

||aLeaSaRa|| said...

salam dila.KK antara tempat kak lea teringin pergi.wah bestnya harap one day dapat ke sana :)

dilaella Ella said...

wkumsalam kak lea,insyallah..nanti bolehlah jumpa kak lea di kk nanti ^_^

Puteri Afiqah said...

wah ! bestnya :)

sueomey's blog said...

macam seronok je dpt g KK..sejuk x kat sne??

Ρυαи Gојεѕ said...

hi sis dila ^^ ala, kenapa tak bagitau nak pi kk. boleh hangout together ^^

dilaella Ella said...

best hehe :)

dilaella Ella said...

kat bandar kk tak sejuk.. :)

dilaella Ella said...

hi PG,ala lupa pula bagitau,takpa nanti turun kk kita hangout ya :)

latifah zainal said...

dah dpt ke kain yg dicari?hehe..akak pun da siap beli awl2..nnti x pyh kelam kabut..

isam ismail said...

jauh kot jarak bandar kk ni?? a

dilaella Ella said...

dapat tapi sepasang saja hehe..tu lah kak,takut nanti tak sempat nak jahit.. :)

dilaella Ella said...

jauh juga dari keningau..dalam 100 km lebih.

Nana Liena said...

bestnya pi sana..kita kalau ada benda2 berkaitan kraf ni mmg suka..hehe..

Aku Penghibur said...

wahhh seronoknya ... dapat jalan2 kat kk.. :)

dilaella Ella said...

Saya pun suka kraf,tapi tak sempat nak tinjau lama hari tu :)

dilaella Ella said...

seronok :)

Mizz Aiza said...

akak pergi kk last year.. tapi tak sempat jalan2 sebab pergi atas urusan kerja.. memang cantik hasil kraf tangan tu..

Yumida Huda said...

rindu nk dtg ke kk
dh bertahun2 lamanya
antara salah 1 tmpt yg terbaik utk honeymoon n melancong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain