Followers Tersayang

Jus Epal Merah dengan Oren Sunkist

Assalamualaikum.
Hii.
Panas-panas begini best kalau dapat minum jus..Apa kata kita buat jus buah-buahan nak?Kebetulan dalam peti ais ada epal dan oren hehe.Jom tengok cara buat jus yang senang..
Resepi: Jus Epal Merah Dengan Oren Sunkist
Bahan-bahan:
2 biji epal merah - potong kecil-kecil
1 biji oren Sunkist - buang kulit dan biji (jika ada)
1 sudu madu - Honey Red Dates Tea
3 sudu gula
4 cawan air
ketulan ais - pilihan
Cara-cara:
Kisar semua bahan di atas kecuali ketulan ais.Kemudian tapis dan tuangkan ke dalam gelas..(saya tak tapis hehe).Tambahkan ketulan ais jika suka..dan sedia untuk diminum..

Jemput minum...
Till then.
Terima kasih sudi baca.
Assalamualaikum.

1st Double Giveaway by AinMfna

Assalamualaikum.
Hii.


Jom join ramai-ramai GA ni,tarikh tamat 29.05.2013 ni atau sampai peserta cukup 100 orang.Banyak hadiah best-best menanti.Wajib letak banner blog tapi yang tiada banner blog macam saya pun boleh join juga :).
Klik banner ya ^_^.
Assalamualaikum.

April-May Giveaway By Simplesyara

Assalmualaikum.
Hii.

Jom join ramai-ramai..klik banner ya :)
banyak hadiah menarik menanti dan pemilihan pemenang 100%  by random (bestnya!).seramai 28 pemenang dicari.
GA tamat pada 28 Mei 2013 jam 1 petang.
Saya pengguna Celcom ^_^

Rindu..

Assalamualaikum.
Hii.

Selamat malam semua..Hari ni mood rindu..rindu pada bff tersayang.Merekalah antara sahabat yang paling rapat dengan saya sejak dari bangku sekolah rendah lagi.Kalau nak keluar jenjalan mesti bertiga,pendek kata tak boleh berenggang lah.

Sekarang ni dah lain,tak dapat dah jumpa macam dulu lagi sejak mereka kahwin,yelah dah ada tanggungjawab sendiri dan kena lah ikut suami masing-masing.Last dapat kumpul bersama tahun lepas masa bff saya Pija kahwin,gembira campur sedih  sebab lepas kahwin dia kena ikut suaminya  ke Johor semakin jauh lah kami nanti T_T.Lebih menyedihkan lagi bila tak dapat berkumpul masa bff yang seorang lagi (Jiana) kahwin seminggu lepas Pija kahwin.Jiana pula tetap di Sabah,tapi kerja di daerah lain..tetap berjauhan juga..

Walaupun berjauhan,kami tetap berhubung antara satu sama lain.
Baru-baru ni dapat berita yang Pija dah balik kampung wee..gembira sangat..tak sabar nak jumpa..harap dapat berkumpul sama-sama.Perkenalkan my bff..Gambar ni masa diorang kawen..uwaa nak kawen juga T_T (tetiba) haha.

Me and Pija..

Me and Jiana 
Love you all T_T
Tahniah pada mereka berdua sebab tak lama lagi bakal bergelar ibu^^.Mudah-mudahan kebahagiaan diorang berkekalan sampai bila-bila dan sentiasa di murahkan rezeki..Amin..
Till then..
Terima kasih sudi baca.
Assalamualaikum.

Kek Marble Susu

Assalamualaikum.
Hii.
Selamat berhari sabtu,moga korang semua sihat dan ceria selalu..Kali ni saya nak kongsi resepi kek lagi,wah boleh jadi gemuk kalau selalu makan kek hehe.Bukannya apa,saja buat kek sebab nak habiskan baki telur yang tinggal berapa biji saja lagi,kalau disimpan lama expired pula nanti.Resepi ni saya ambil diSINI.Kek ni lembut dan agak manis,maybe kena kurangkan gula lagi.Jom tengok resepi..


KEK MARBLE SUSU 
Sumber : Chef Norzailina Nordin 

Bahan-bahan : 
250gm butter, Rinn guna majerin
230gm gula caster, Rinn kurangkan kepada 200gm
2 camca teh ovalette
4 biji telur
270gm superfine flour, Rinn gunakan Tepung Kek NONA
1 camca teh baking powder
60gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 camca teh chocolate emulco 

Cara-cara:
Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
  Putar majerin, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim. 

Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan. 

Kaupbalikkan tepung menggunakan spatula. Masukkan susu pekat dan putar sebati. 

Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar begitu sahaja, 
satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar.  Alas loyang bulat 22cm dengan kertas minyak. 

 Sudukan sesenduk adunan tanpa koko ke tengah loyang.


 Dikuti dengan adunan koko, silih berganti antara 

dua adunan sehingga habis. 

Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min - 50min atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi tester. 

Senang saja kan?Selamat mencuba :)

Terima kasih sudi baca. 
Assalamualaikum.

Kek Chiffon Pandan

Assalamualaikum.
Hii.
Petang tadi saya buat kek chiffon pandan.Thanks buat adik saya Suzilah sebab tolong snap gambar dan tolong makan sekali hehe.Kek ni sangat lembut,wangi dan sedap,sekejap jer habis dikerjakan oleh adik-adik saya.Sebenarnya dah lama mama saya request kek pandan ni,tapi baru sekarang dapat buat,alhamdulilah menjadi dan mama pun suka ^_^ love you mama!Resepi ni saya ambi dari sini,bahan-bahan yang digunakan tak banyak.Nasib baik tak banyak guna telur,sebab saya memang fail kalau bab-bab asingkan putih dan kuning telur ni..untuk kek ini saja 4 biji telur saya rosakkan -_-'.Okey tak mau bebel banyak jom tengok resepi.   

KEK CHIFFON PANDAN
Sumber : Irene Chia 
Bahan A (Diayak sebanyak 3 kali) 
150gm tepung kek
1 camca teh baking powder
Bahan B 
4 biji kuning telur saiz A
70gm gula castor
1/4 camca teh garam halus
Bahan C 
85ml corn oil, Rinn guna canola oil
115ml jus pandan, Rinn blend daun pandan dan air
Bahan D 
4 biji putih telur saiz A
70gm gula castor
1/2 camca teh cream of tartar  
Cara-cara:
Blend 10 helai daun pandan bersama 150ml air masak. Dapatkan 115ml jus pandan. Gunakan saputangan kecil yg bersih utk memerah. Kalau guna penapis mungkin 
habuk-habuk hampas daun pandan akan turut masuk.
  

Gunakan handmixer utk memukul Bahan (B). Masukkan canola oil dan teruskan memukul. Putar sehingga kembang. 



Masukkan jus pandan. Teruskan memutar. Teruskan memutar hingga rata.  





 Boleh tambahkan sedikit pewarna hijau untuk menaikkan lagi warna hijau. Tak bubuh pun tak pe.


Masukkan sedikit demi sedikit tepung.

Dengan menggunakan spatula kacau setakat tepung hilang 

dari pandangan. Jangan terlebih kacau. 

 Dengan kelajuan tinggi putar putih telur hingga kembang. Masukkan cream of tartar dan terus putar.
 Masukkan gula castor dan terus memutar hingga putih telur kental tetapi jangan terlebih putarCukup sekadar putih telur tidak tumpah walaupun mangkuk mixer diterbalikkan.

 Masukkan separuh dari putih telur kental (meringue)tadi ke dalam bancuhan kuning telur tadi.
 Kaup balikkan hingga rata. Jangan diputar. Jangan risau kalau adunan kelihatan "lumpy" atau berketul-ketul kerana memang itu yg resepi kehendaki untuk menghasilkan kek yang gebu dan berongga.Tuangkan bancuhan di atas ke dalam mangkuk yg berisi separuh lagi meringue tadi. 
Tuangkan ke dalam acuan chiffon (saya pakai asuan biasa saja )dan dibakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu to moderate 175 darjah cel. lebihkurang 20min awal. Bakar selama 40min - 45min.
Tolong jangan lapik acuan dengan kertas minyak atau disapu dengan butter atau majerin. Cukup sekadar dilap dengan kain kering yg bersih. Dasar dan dinding acuan yg tidak bergris membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. Guna api atas dan bawah semasa membakar kek ini. 
Kek yang telah siap dibakar selama 40 minit setelah dicucuk dengan lidi tester, ianya telah kelihatan elok masaknya. Segera keluarkan dari oven. Kalau nak amik gambar..amik cepat-cepat sebab kek ini perlu diterbalikkan dengan segera sebelum ia mendap.. 
Pastikan guna pisau yang tajam dan panjang kita sisipkan antara kek dan dinding acuan agar kek tidak melekat pada dinding dan dasarnya.
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca ^_^
Assalamualaikum.

Segmen: Jom Klik Link Iklan

Assalamualaikum.
Hii. 
Klik banner kalau nak join.
Link iklan saya^^
 

Saya pengguna Celcom :)
Assalamualaikum.

Jom reramai follow

Assalamualaikum.
Hii.
Jom ramai-ramai join mini GA ni.
Hadiah menarik menanti.
Klik banner nak tahu syarat-syaratnya ^_^
Tarikh tutup:10 MEI 2013
Assalamualaikum.

Segmen:Saya Nak Di Bloglisted oleh Cik Misya!

Assalamualaikum.
Hii.
Jom join segmen ini.Klik banner cantik tu ^_^
Saya tag Ella Suhaila.
Assalamualaikum.

Peplum

Assalamualaikum.
Hii.
Saya dah lama nakkan baju kurung peplum,fesyen baju yang tengah femes sekarang ni.Suka tengok baju peplum ni sebab cute dan nampak kurus jer bila pakai.Nak minta jahit tapi kain takda,teringat pula baki kain baju kurung tahun lalu,asalnya kain ni saya beli 4 meter,tapi saya guna 2 meter untuk baju kurung,skirt guna kain lain.Kalau hantar kat kedai jahit upahnya rm50,jahit sendiri lagi jimat.First time jahit baju peplum ni ,saya jahit untuk suka-suka jer.Alhamdulilah menjadi walaupun tak cantik,maklumlah saya tiada pengalaman menjahit.Saya jadikan Kedaijahitku sebagai rujukan,banyak tutorial dan tips jahitan diblog ni.Jom layan gambar dibawah.



Siap..^_^
Till then.
Terima kasih sudi baca.
Assalamualaikum.

2nd Bombastic giveaway by Cik Amabee

Assalamualaikum.
Hii.

 
Klik banner kalau nak join.
Banyak hadiah menarik,jom join ramai-ramai ^_^
Assalamualaikum.

DIY: Makeup brush roll

Assalamualaikum..
Hii.
Selamat malam korang,ada yang belum tidur lagi ke?(aissh tetiba pula).Masa tengah google-google ternampak pula cara buat tempat berus ni dari blog orang putih,cantik pula lagi satu dapat jimat duit..tak payah susah-susah beli baru hehe.Saya pun terus lah sediakan bahan dan buat,senang jer nak buat sebenarnya.Jom kita start..Maaf saya tak pandai nak explain satu-satu T_T..Korang tengok gambar saja lah ya,mesti boleh faham punya ^_^.


Hasilnya 
.
.
.
.
.
.
.
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca^_^

My Makeup Routine By Shida Junaidi

Asslamualaikum.
Hii.
 Jom join klik banner kalau nak join :)

RUTIN MEKAP SAYA
Perempuan kalau nak keluar rumah contohnya shopping ke mestilah nak cantik-cantik kan.Bukan saja penampilan nak kena cantik,muka pun nak nak juga kena mekap sikit barulah bersemangat dan nampak berseri-seri,tak perlulah nak mekap tebal-tebal.
Sebelum mengenakan sebarang mekap,perlu cuci muka terlebih dahulu guna pencuci muka saya pilih Hada Labo.Tunggu sampai kering baru pakai toner, ini bertujuan nak bagi muka kita bersih betul-betul.Lepas tu pakai pelembab,saya tak dapat dipisahkan dari pelembab sebab muka saya ni jenis kombinasi,ada kawasan-kawasan tertentu yang sangat kering dan memerlukan pelembab,kawasan selebihnya berminyak sangat.Kalau nak keluar rumah,saya pakai pelembab jenis oil free,tapi untuk dirumah saya pakai pelembab biasa.Kalau cuaca tersangat panas saya pakai Biore Uv Perfect Face milk,yang bertujuan untuk melindungi kulit wajah dari sinaran uv berbahaya yang boleh merosakkan kulit kita di samping tu dapat buat foundation kita tahan lama.Tapi tak boleh pakai selalu sebab kulit akan jadi lebih kering.Step mekap pula:
Kemudian beralih kepada step mekap.Untuk foundation,saya pilih Revlon Colourstay suka foundation ni sebab tahan lama dan senang nak blend.Saya guna jari jer sapu rata kat muka.Lepas tu dab dabkan cream concealer Elianto untuk tutup kawasan gelap bawah mata dan parut jerawat.Sepatutnya kalau nak senang pakai BB cream,tapi tak ada T_T.

Setkan foundation dengan sapuan bedak dari Majolica Marjorca Skin Remaker Pore Cover,suka bedak ni sebab dapat tutup pori dan tahan lama love it!Tak mampu beli bekas bedak ni T_T.Untuk bahagian kelopak 
mata pula just natural colour,saya pilih eyeshadow Silky Girl Bare Classic.

Lepas tu pakai Maybelline hypersharp liner,guna ni senang nak lukis dan buat wing.Untuk bagi mata nampak segar dan besar saya pakai eyeliner putih Maybelline kat waterline.

Kalau rajin saya akan pakai bulu mata palsu,kadang-kadang jer hehe.Sapu mascara kegemaran saya iaitu Maybelline hypercurl cat eyes,bulu mata atas dan bawah.Kemaskan kening guna pensel kening silky girl,pilih warna natural contohnya coklat cerah,jangan lah warna hitam nanti macam shin chan pula hihi.

Layangkan blusher Silky Girl dipipi supaya tak nampak pucat sangat.Untuk sentuhan terakhir pakai lipgloss Maybelline ,kalau rajin boleh juga pakai lipstik hehe.
Dah siap!!
.
.
.
.
.
.
.

Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain