Followers Tersayang

Kari Ayam Fucuk

Assalamualaikum.
Hii.
Kali ini saya nak kongsikan resepi kari ayam,pasti semua pun tahu masak kari ayam ni kan..resepi ni sama saja dengan kari ayam yang biasa,tapi yang ni saya tambah fucuk..saya dapat resepi ni dari kenduri sepupu hari tu..okey jom semak resepi :)

RESEPI : KARI AYAM FUCUK
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam di potong
sebiji kelapa-ambil santan
4 sudu serbuk kari *
2 sudu serbuk cili* (* bancuh dengan sedikit air)
Rempah 3 sekawan (kayu manis, pelaga bunga lawang)
3 biji kentang -dipotong dadu
1 keping asam keping
2 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
seinci halia* (* di tumbuk)
sedikit daun kari
fucuk-di rendam
bahan perasa
minyak.
Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah,bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. tumis sehingga naik bau,masukkan rempah 3 sekawan dan daun kari.masukkan serbuk kari dan serbuk cili tadi,tumis sehingga pecah minyak.selepas itu masukkan ayam,asam keping,kacau dan biarkan sebentar.tuangkan santan dan masukkan kentang.tunggu sehingga mendidih kemudian tambahkan bahan perasa dan fucuk..siap untuk di hidangkan.
Selamat mencuba..Assalamualaikum ^_^.


Giveaway by Waney Zainuddin - Duit Raya 2013

Assalamualaikum.
Hii
Jom join..klik banner cantik tu.mana tahu rezeki kan ^_^
tamat 6 Julai 2013 atau bila peserta mencecah 100 orang.

Manik Crumble

Assalamualaikum.
Hii.
Saya suka tengok seni jahitan manik-manik dan labuci ni..cantik sangat.tapi nak jahit manik ni bukan kerja yang senang,itu sebabnya upah jahit manik ni mahal sikit..masa dekat-dekat nak kahwin ni lah sibuk nak cari tukang jahit manik untuk baju pengantin..kan bagus kalau pandai jahit sendiri..eh? siapa yang nak kahwin pula ni?opps hehe..
Ada pelbagai jenis jahitan manik ni..tapi saya suka tengok manik crumble,cantik..warna-warni gitu.Google-google tutorial jahit manik crumble ni akhirnya jumpa..kat Ena's Stories,dapatlah belajar sikit..susah tu memang lah susah sikit,beberapa kali cuba buat alhamdulilah berjaya walaupun tak berapa cantik..


jahitan manik budak baru belajar
  Boleh lah jahit manik kat baju raya nanti..^_^.
Assalamualaikum..

Segmen Klik Klik Ramadhan

Assalamualaikum.
Hii.
 
Disamping dapat naikkan earning,ada hadiah topup rm5 x 5 lagi..^_^,apa tunggu lagi mari join ramai-ramai! klik banner cantik tu.segmen tamat pada 20 julai 2013..

             

Wordless Wendesday #03 baju raya

Assalamualaikum.
Hii.
Nak baju raya macam ni..lukisan buruk hehe..nak hantar kat kedai jahit tapi semua dah full..nak jahit sendiri tak cukup pandai terutama bahagian lengan tu..ada sesiapa yang tahu tak macam mana nak buat lengan baju macam tu..^_^

Hujan turun..

Assalamualaikum.
Hii.
google
Alhamdulilah..malam ni hujan turun setelah beberapa hari tanah tak basah..mudah-mudahan dapat kurangkan sedikit masalah jerebu ni..walaupun daerah Keningau tak mencatatkan indeks ipu yang membimbangkan,tapi masih dapat rasa kesan jerebu tersebut..adalah juga terasa tekak ni kering semacam,bibir pun mengelupas dan mata pun rasa pedih-pedih.itulah sebabnya masa jerebu ni kita di nasihatkan minum air yang banyak..apa-apa pun ikut segala panduan dan tips kesihatan yang telah diberi bagi mengurangkan kesan jerebu terhadap kesihatan kita.
Selamat malam semua ^_^.Assalamualaikum..

Segmen Review Ke 3 By Akupenghibur.com

Assalamualaikum.
Hii.
Segmen Review Ke 3 By AkuPenghibur.com
Join last minit,harap sempat..kalau nak join klik banner ^_^

DIY Satin Rose

Assalamualaikum.
Hii.

Kali ni saya nak tunjukkan cara nak buat bunga ros satin..senang saja nak buat sebenarnya.kalau nak cantik    guna riben satin,tapi saya guna kain satin biasa saja.harap korang dapat faham melalui gambar,sebab tak pandai nak explain satu-satu sorry..okey jom kita start.
senang sahaja kan.selamat mencuba..
Dah siap boleh lah jadikan hiasan pada baju raya atau tudung nanti..selamat mencuba..^_^
Assalamualaikum.

Segmen Doodle Comel by Fizgraphic

Assalamualaikum.
Hii.
klik banner nak join :)
Nick name : Dila 
Warna baju : coklat lembut
Warna tudung : kuning lembut
Tag : Zeera & Cik Sal
Terima kasih kak Mizz Aiza sebab tag saya ^_^
Assalamualaikum.

Jus Limau Kasturi..

Assalamualaikum.
Hii.
Musim jerebu sekarang ni pasti banyak yang sakit tekak,batuk-batuk dan selesema kan.Meh cuba petua orang dulu-dulu..di katakan limau kasturi mampu mengurangkan sakit tekak dengan cara meminum air perahan limau yang dicampurkan dengan madu asli.Saya pernah cuba dan memang ada kurang sedikit sakit tekak tu.Apa kata kita buat jus limau kasturi pula..siapa yang tekaknya kering pasti segar lepas minum jus ni..
JUS LIMAU KASTURI
Bahan-bahan:
3 biji limau kasturi
2 sudu gula
secubit garam
Setengah gelas air panas
Asam boi
Ais batu secukupnya
Cara-cara:
Masukkan asam boi,gula dan garam ke dalam gelas kemudian tuangkan air panas,kacau hingga gula larut.Perahkan jus limau dan masukkan ais batu..siap untuk di minum..
Selamat mencuba.Assalamualaikum.
p/s:jaga kesihatan masa musim jerebu ni,kurangkan aktiviti luar..kalau perlu juga pakai penutup mulut..

DIY Laptop Bag

Assalamualaikum.
Hii.
Hari tu tangah menggoogle ternampak pula kat blog orang putih ni,tunjukkan cara buat beg laptop..cantik sangat,terus jadi semangat nak berDIY.Beg laptop yang saya ada sekarang tak berapa cantik,warna hitam..kita nak juga beg pink-pink comel ewah..><.Kelmarin seharian tak dapat blogwalking..maaf lambat publish komen-komen dari sahabat semua..insyaAllah hari ni saya akan blogwalking ke rumah korang pula.. :) Okey kita sambung projek DIY kita..

Sediakan bahan jahitan seperti di atas.2 helai kain bercorak,2 keping span,2 helai kain untuk bahagian dalam,zip,hiasan dan peralatan jahitan.

Sebelum memulakan proses jahitan,ukur panjang dan lebar laptop,barulah potong kain dan span mengikut ukuran tersebut.Susun kain dan span seperti gambar kedua diatas.lukis garisan dan jahit.

Untuk bagi beg nampak comel boleh tambah hiasan,terpulang pada kreativiti masing-masing.
Cantumkan kedua-dua kain tadi dengan jahitan di sekeliling kain separti di atas.jangan lupa tinggalkan ruang untuk zip.

Kemudian jahit zip,penitikan dahulu sebelum jahit bagi memudahkan proses menjahit.

Tadaa dah siap pun..bolehlah simpan laptop..:)
Selamat mencuba.Assalamualaikum ^_^.

Kacang ada batu?

Assalamualaikum.
Hii.
Pernah tak korang tengah asyik makan makanan yang mengandungi kacang tetiba tergigit sesuatu benda asing seperti tanah atau yang lebih teruk lagi batu..pasti selera makan hilang sekaligus.Itulah sebab kita mesti cuci kacang sebelum masak..tapi mencuci kacang saja tak cukup..tadi sebelum menggoreng kacang saya dah cuci kacang tersebut dan toskan..banyak pula kacang yang hangus hehe,kenalah pilih kacang yang elok untuk disimpan dalam bekas..tengah dok pilih-pilih tetiba jumpa pula batu..tapi bila masa pula ada batu,padahal dah cuci tadi..
Sekali imbas tak ada yang pelik pun kan.

Sebenarnya ada batu disebalik kacang.seakan-akan kacang kan..kalau tergigit ni boleh patah gigi..
Sebelum nak masak kacang,rajinkan tangan untuk cari kot-kot ada kacang buruk ka,batu atau tanah.lepas tu cuci bersih dan toskan sebelum dimasak mengikut citarasa masing-masing.Bukan pada kacang saja,kadang-kadang dalam beras pun ada batu..jadi perlu hati-hati.
Terima kasih sudi baca.. ^_^ Assalamualaikum. 

Acar Peria

Assalamualaikum.
Hii.
Pasti ada yang tidak menggemari sayur peria ni sebab rasanya yang pahit.Tapi disebalik rasa pahit peria ini,ada banyak khasiat yang terkandug dalam sayur ini..antaranya  protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.rugi tak makan sayur-sayur ni..kali ni saya nak kongsikan resepi ringkas iaitu acar peria.Jom semak resepi..
RESEPI : ACAR PERIA
Bahan-bahan:
1 biji peria dibuang biji dan hiris nipis
1 biji mangga muda hiris nipis
1/2 biji kuntum bunga kantan hiris halus
1 biji cili merah hiris halus
segenggam bilis goreng
2 biji bawang merah hiris halus
2 biji limau kasturi ambil jusnya
Garam dan gula
Cara-cara:
Campur kesemua bahan dan biarkan seketika..selepas itu boleh lah dihidangkan.
Selamat mencuba..Assalamualaikum. ^_^

Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Mialiana.com

Assalamualaikum.
Hii.


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 16 Jun 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malamMia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.

tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

Ayam Bakar Lada Hitam

Assalamualaikum.
Hii.
Hari ni rajin pula nak masak ayam bakar,selalu asyik goreng saja..tak elok untuk kesihatan sebenarnya kerap makan makanan bergoreng ni sebab mengandungi banyak minyak.Kalau masak dengan kaedah bakar dapatlah kurangkan sedikit penggunaan minyak.Resepi ni saya ambil dari kak Dayang Jack..rasa ayam ni pedas sedikit dan manis..jom semak resepi :)
RESEPI : AYAM BAKAR LADA HITAM
SUMBER : DAPURKU SAYANG
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam (dibersihkan, dipotong ikut suka dan direbus 1/2 masak)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1/2 - 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • sedikit lada sulah 
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan jus lemon
  • 3 sudu makan madu (dibancuh sedikit dgn air)
  • sedikit garam @ gula jika perlu
Cara-cara:
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan peraplah semalaman atau sekurang-kurangnya sejam. Kemudian tambah 2 sudu makan minyak zaitun @ minyak masak dan gaul-gaulkan sebelum dibakar. Bakar selama 30 minit pada suhu 200C atau sehingga masak. (terbalikkan ayam 15 minit terakhir).

Selamat mencuba..Terima kasih sudi baca ^_^..Assalamualaikum..

Khasiat Sayur Bayam

Assalamualaikum.
Hii.
Sebut sahaja sayur bayam mesti teringat kartun dulu-dulu Popeye The Sailorman hero si Olive Oil,lepas makan bayam terus jadi kuat.Ntah apa yang istimewanya sayur bayam sehinggakan si Popeye jadi kuat..mari kita selongkar.
Bayam ada dua jenis warna daun iaitu hijau dan merah yang masing-masing mengandungi kira-kira 13 flavanoid berbeza sebagai anti oksidan dan juga antibarah.Bayam mengandungi asid amino asas,zat besi,vitamin A,Beta Karotena,vitamin K,vitamin V,mangan,potasium,magnesium,vitamin B2,asid folok dan kalsium.Selain itu bayam juga bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium..sumber google.  
Khasiat Bayam_sumber google
Mencegah kanser / barah-Kandungan flavanoid dalam bayam mampu mencegah kanser kolon,ovari dan kanser paru-paru.
Penambah darah-Bayam merah dikatakan merupakan sumber zat besi, mineral yang amat penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat haid kerana wanita berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi dalam badan.
 Kesihatan jantung-Bayam boleh membantu mengekalkan degupan jantung normal disebabkan khasiat lutein, folat, kalium dan serat. 
Kesihatan mata-Bayam merupakan sumber lutein, karotenoid yang dipercayai membantu melindungi mata terhadap katarak. Bayam juga kaya akan vitamin A, yang sangat bermanfaat untuk penglihatan.

Kesihatan kulit-Jumlah vitamin A dan vitamin B yang tinggi pada bayam juga menjadikan kulit sihat.Pengambilan bayam yang kerap dikatakan mampu mencegah kanser kulit.
Untuk ibu hamil-Bayam mengandungi vitamin A dan zat folat yang sangat baik untuk ibu hamil.Dengan pengambilan bayam yang kerap dapat membantu proses pembentukkan paru-paru pada janin dan pembentukkan sistem saraf yang lengkap
Untuk kesihatan tulang-Bayam dapat mencegah terjadinya osteoporosis yang sangat ditakuti oleh golongan berusia.Bayam mengandungi vitamin K yang membantu dalam penyerapan kalsium oleh tulang dan menjadikan tulang kuat.

Sebenarnya banyak lagi khasiat bayam ni,untuk selebihnya cari sahaja di google.Bayam ni boleh dimasak pelbagai cara,kalau di barat diorang jadikan bayam ni ulam macam si Popeye tu..di negara kita biasanya di tumis ataupun rebus.Banyak manfaat dan khasiat yang kita perolehi jika kita banyak makan sayur-sayuran ni,jadi rajin-rajinlah makan sayur ^_^.

Terima kasih sudi baca ^_^.Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain