Followers Tersayang

Terima kasih ^_^

Assalamualaikum.
Selamat hari merdeka ke 56 pada semua rakyat Malaysia, bertuahnya kita tinggal di bumi Malaysia yang aman ini..Saya bangga jadi anak Malaysia.MERDEKA!!!
Alhamdulilah usia blog saya dah nak masuk 9 bulan. Sebenarnya dah lama nak buat blog tapi tak ada keberanian. Seronok tengok orang yang ada blog, macam-macam boleh kongsi dan dapat ramai kawan. Kemudian saya start berblogging pertengahan bulan 12 tahun lalu..masa tu saya memang tak tahu pasal edit-edit blog ni, kalau tengok blog saya masa tu memang kosong..terima kasih pada adik Izyan sebab jadikan blog ni segar..^_^

Terima kasih pada yang sudi jadi follower dan sudi komen dekat blog Dila Ella ni.Terima kasih juga pada pemilik nama yang tersenarai sebagai komen terbanyak dari mula blog ni wujud sampai 31 ogos 2013..Tanpa anda semua blog ini tak akan berseri ^_^. Kotak komen terbanyak akan diperbaharui bermula 1 september 2013 ni.
Jom terjah blog mereka. ^_^
 Sayang korang semua ^_^

Segmen Jom Bersahabat! Part1

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


okeyhh , malam ni tira nak melancarkan segmen ni . tujuan nye adalah untuk menyenangkan tira , termasuklah kawan2 blogger lain untuk blogwalking and tambah2 sabahat ! senang je . tak susah pon kannn ? hehe . 

Syarat2 :
1. Follow lah blog tira yang simple nih . 
2. Kalau nak senang , copy paste je oke link yang sedia ada dibawah .
3. Like fanpage tira dan Page ni .

4. Hantarkan link segmen kat kotak komen.
5. DONE !

langsung selam 3hari . sampai 30hb ! jam 12.00 malam . walau pun macam lebih 36 jam , takpeee . bgi chance korang join . okehh !

Rezeki join segmen..

Assalamualaikum.
Alhamdulilah dapat rezeki lagi hasil dari join segmen jom pilih hadiah raya dari Nabila biela, dapat hadiah bedak sejuk tanaka. Sebenarnya dah lama nak beli bedak sejuk tanaka ni, sebab ramai yang cakap ok..
Dapat yang saiz besar ^_^
Dah cuba pun..suka bau bedak sejuk ni..bau lemon. Kongsi dengan adik-beradik perempuan, bila malam semua muka kuning hehe..
Terima kasih pada penganjur segmen Nabila Biela dan sponsor hadiah Insyiraah Collection. Jom terjah blog dan fanpage mereka ^_^.

DIY Cantikkan tudung lama

Assalamualaikum.
Kali ni saya nak kongsikan cara mudah nak cantikkan semula tudung bawal lama, daripada biarkan terjeruk dalam almari baik buat sesuatu supaya boleh dipakai semula..tak payah nak beli baru, jimat kan.Okey jom mulakan..
Dah lama tak pakai tudung ni, banyak batu dia yang tinggal separuh dan tercabut. Kalau pakai pun dah tak cantik..sudahnya simpan dalam almari je. Jom cantikkan si tudung bawal..
Ini merupakan benda utama dalam projek DIY kali ni iaitu bunga ros kain.. Sebelum ni saya ada tunjukkan cara buat bunga ros kain, tapi tak berapa cantik..Cari kat youtube jumpa video ni, dia buat cantik..Jom tengok..
Cantikkan..
Sebelum itu buka semua batu yang ada ditudung. Lepas tu jahit bunga ros kain memenuhi sekeliling tudung, warna bunga ikut kesukaan masing-masing :)
Dah siap pun senang je kan, cuma perlu kerajinan sikit nak membuat bunga tu. Rasanya tudung macam ni pun ada dijual juga..tapi tak pasti pula harga. Yeay! dah boleh guna semula tudung lama yang dah berwajah baru ni. 
Selamat mencuba..^_^

Tali persahabatan..

Assalamualaikum..

Hari tu tengah mengemas bilik, jumpa pula barang-barang lama dalam laci. Bongkar-bongkar tetiba jumpa pula kad ucapan lama dari kawan baik iaitu Jiana. Kad ni diberi masa hari lahir saya yang ke 15 dan 17 tahun..Walaupun sekadar kad biasa tapi bagi saya ia sangat berharga sebab tu simpan sampai sekarang simpan lepas tu ingat letak kat mana hehe..
Bila baca balik lucu pun ada hehe. ^_^. 
kad ni special tau sebab disertakan tali. Jiana kata dia sayang tali ni sebab cantik warna-warni gitu dan dia nak saya jaga tali ni serta jangan hilangkan..Tali ni tanda persahabatan, terharunya.. ;')
Ini pula Jiana hadiakan masa tingkatan 4 kalau tak silap sayalah.. 
Kenangan raya tahun lalu dengan Jiana, raya tahun ni tak dapat jumpa sedihnya..:( . Sebenarnya Jiana tak bagi saya upload gambar ni kat FB, tapi kat blog boleh kan? jangan marah arr..>< tapi tak pasti pula sama ada dia tahu saya ni blogger ke tak hihi. Apa pun miss her so much ;'). 

Pasti korang pun kawan baik kan ^_^.


PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY RBAIN

 
 banner dan entri di paku sehingga 30 ogos 2013
setelah 4 bulan menyepi tanpa sebarang segmen akhirnya kathy muncul lagi dengan SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN.kali ini kathy mencari bloglist untuk bulan September sehingga Disember 2013.semua akan di bloglist di Kathy Bloglist dalam kategori bloglist 4 bulan. namun ada syarat2 yang perlu di penuhi untuk melayakkan anda menjadi bloglist kathy iaitu 
1. mempunyai blog dan aktif update entri.buat entri segmen bertajuk PENCARIAN  BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY RBAIN
 2. follow blog INI dan INI 
3. add G+ 
4. like fanpages 
5. setiap penyertaan akan di bloglistkan setelah segmen berakhir. dua orang peserta bertuah yang di pilih secara random akan di review blognya dan menerima hadiah misteri dari kathy.
 6. segmen bermula pada 25 Ogos 2013 sehingga 30 Ogos 2013 jam 11.30 malam.JOM PAKAT JOIN RAMAI2. 

Mayonis

 Assalamualaikum.
Ada tak yang suka makan mayonis? mestilah ada kan..Saya pun suka juga, selalu kalau beli mayonis mesti cari jenama Lady's Choice, mungkin sebab mayonis Lady's choice ni sedap kot, ke terpengaruh dengan iklan hihi.Teringin pula nak buat mayonis sendiri, lepas tu cari kat google,tengok macam senang je bahan-bahan.saya dah try buat, rasa pun lebih kurang sama je..jimat pun jimat juga,boleh dapat banyak pula tu..siapa tak suka kan ><. Jom kita sama-sama buat..
RESEPI : MAYONIS
Bahan-bahan:
1 biji telur
2 cawan minyak masak (boleh tambah)
Cuka *
Garam dan gula * ( ikut rasa masing-masing)
Serbuk lada hitam ( optional)
Cara-cara:
Putarkan telur, sedikit minyak, cuka dan perasa. Kemudian tambahkan minyak setiap 1 minit masa memutar. Putar sampai likat, jika belum likat boleh tambahkan minyak lagi. Akhir sekali tambahkan serbuk lada hitam jika suka.

Dah siap bolehlah buat kentang goreng..memang sedap,tapi tak boleh makan banyak mayonis ni sebab banyak kolestrol.Selamat mencuba ^_^

Issh..macam mana boleh tak perasan ni..

Assalamualaikum.
Hari tu saya jadi sponsor untuk satu giveaway ni iaitu 1st giveaway Ramadhan Photo by iWanie.Saya merupakan sponsor hadiah brooch untuk dua orang pemenang. Mesej kat cbox pemenang nak minta detail dan tinggal seorang je yang belum dapat..saya mesej kat cbox Cikgu Azie suruh pm detail kat FB, cek-cek kat FB tak nampak pula. Lepas tu saya mesej kedua kali dan CN cakap dah hantar.Cek sekali lagi kat FB, saya cari kat inbox tak jumpa..tetiba baru perasan ada butang OTHER kat sebelah inbox. Buka je folder OTHER tu,baru perasan ada mesej CN kat situ, bukan itu saja ada mesej dari rakan blogger yang terpilih untuk terima kad raya hari tu.Ya Allah, macam selama ni boleh tak perasaan tentang ni..
Saya tak perasan pun ada tulis OTHER kat situ -_-'.nampak sangat saya ni tak pandai berFB :(
Pada Cik Nor dan Sabrina saya minta maaf pasal kad raya tu -_-'..salah saya sebab tak perasan pun yang korang dah hantar detail..Pada Cikgu Norazimah, maaf sebab menyusahkan CN balik-balik hantar detail kat saya dan tahniah sebab menang..insyaAllah hadiah tu akan dipos pada hujung bulan ni ^_^

DIY Hias shawl halfmoon..

Assalamualaikum.
Kalau beli yang dekat pasaran semua shawl asyik sama je kan, sekali-sekala nak juga yang lain dari lain.Jadi kali ni saya nak tunjukkan DIY cara hias shawl yang simple..Korang boleh pelbagaikan cara hias, ikut kreativiti masing-masing, sama ada nak guna manik, bunga riben dan sebagainya.Jom tengok cara saya pula, mana tahu boleh bagi idea kan..
Klik SINI dan SINI untuk tengok cara buat shawl halfmoon.
Jahit kepingan lace pada shawl, (lace hadiah GA dari Zeera ^_^).Kemudian jahitkan bunga ros fabric di antara lace.untuk tutorial bunga klik SINI.
Jahit manik pearl ikut krativiti masing-masing..
Teruskan jahit manik..^_^
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dah siap pun..Pakai masa raya hari tu ^_^.Selamat berDIY..

Rezeki segmen..

Assalamualaikum.
Alhamdulilah rezeki dari join segmen, kali ni daripada 7 Days Segmen With Simplesyara.No bertuah kali ni ialah no 36.
Dapat hadiah Aqura bath soap dari sponsor Tiey smilez.Terima kasih pada penganjur segmen dan sponsor.Jom terjah blog mereka..^_^

September Giveaway by www.cikyaya.my

Assalamualaikum.

klik banner untuk join

Giveaway :: 3rd GA dari Jom Singgah Shoppe dan Boutique

Assalamualaikum.
KLIK BANNER
Due date 31 Ogos 2013


GA Paisley Blouse & Tribal Square by Labyrinth

Assalamualaikum.
KLIK BANNER
Terima kasih pada Fira sebab ajak join GA ni :).Jom join ramai-ramai hadiah best tau..syarat pun tak banyak,tapi maaf saya tak ada instagram..due date 19 Ogos -1 september dan mungkin akan diawalkan.
Duit Raya RM 5 x 2 orang
Hadiah2 GA.

Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan November 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Ogos 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Marble strawberry chiffon cake

Assalamualaikum.
Kali ini saya nak kongsikan resepi kek chiffon strawberi.Kek chiffon ni berbeza dengan kek span..kalau saya,saya lebih suka kek chiffon sebab kalau makan banyak pun tak muak.Sebelum ni saya dah pernah buat kek chiffon pandan,coklat dan hokkaido,kalau nak tengok boleh lah cari kat label resepi ya..Resepi ni saya ambil dari SINI.Kek yang beliau buat memang cantik berbanding kek saya -_-'..ada kesilapan masa saya buat kek ni,saya terlebih 'marble' akibatnya kek ada rasa pahit..Okeylah jom kita semak resepi.
RESEPI : MARBLE STRAWBERRY CHIFFON CAKE
Bahan-bahan: (A)
4 biji kuning telur 
115 ml susu segar
85 ml corn oil
1/4 sk garam
90 gm gula kaster
150 gm tepung superfine
1 sk baking powder
1 sk strawberry emulco
1/2 sk pewarna merah jambu
B
4 biji putih telur
90 gm gula kaster
1/8 sk cream of tartar
C (satukan)
2 sb serbuk koko
1 sb gula aising
2 sb air panas (tambah jika kurang)


 Cara-cara :
1. Sediakan loyang chiffon bersaiz 9 inci. Griskan guna sedikit butter dan taburkan tepung pada seluruh permukaannya. Ketuk keluar lebihan tepung dan ketepikan.
2. Satukan semua bahan A dalam mangkuk pengadun. Gaul rata hingga sebati. (guna hand whisk)
3.Kemudian pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk.
4. Kaup balikkan adunan B ke dalam adunan A sehingga sebati.
5. Tuang 1/2 adunan kek dalam loyang yang disediakan. Kemudian, tuang sedikit adunan C perlahan-lahan di atasnya.Swirlkan guna lidi atau chopstik untuk membuat pattern marble. Tuang pula bai adunan tadi dan letakkan lagi adunan C diatasnya, swirlkan lagi.
6. Bakar pada suhu 175C selama 40 minit. Terbalikkan adunan apabila kek sudah masak dan biarkan sejuk sepenuhnya baru keluarkan dari acuan.
Selamat mencuba ^_^

Kisah raya..


Assalamualaikum.
Akhirnya tertunai juga hasrat nak jalan beraya setelah beberapa hari asyik beraya kat rumah..kisahnya disini.Terima kasih pada kawan-kawan yang ambil berat,sayang korang :).Orang lain dah puas beraya, saya pula baru nak beraya..tapi takpe Syawal kan sebulan ^_^.Hari tu (17.08.2013) bersamaan 10 syawal ada rumah terbuka di kampung..besar-besaran jugalah sebab orang tu pun orang kenamaan.Kebetulan pakcik pun buat open house juga waa..rezeki jangan ditolak kan.Maka dengan muka tak malu saya pergi kedua-dua tempat tu ^_^.
Baju raya dan shawl buatan sendiri :) nak buat baju macam ini tapi tak menjadi pula..Hari tu kita serba kuning coklat ><

Sebelum menjamu selera, kita makan ais krim dulu..makan ais krim sampai terkena shawl ><.Kat sini saja saya makan macam-macam sampai tak muat perut..antara yang menjadi santapan satay kambing,ayam dan lembu, lepas tu makan kek, biskut, salad buah dan nasi kerabu.nasib baik tak sakit perut wuu wuu ><

Beraya kat rumah pakcik pula,sempat bergambar dengan sepupu-sepupu yang peramah habis.yang tengah tu Yanz dia ni tukang mekap orang kahwin tau memang kalah bab-bab mekap kalau dengan dia ..tengoklah lelaki sekarang, pandai bab mekap dari orang perempuan owh tidak ><..dan kat tepi sekali tu Rina..Yanz yang mekapkan dia :). Di sini pula makan soto ayam dengan kek..
Apa pun hari tu memang kenyang sangat-sangat sampai nak jalan pun tak larat..Ada sesiapa yang buat open house lagi?saya nak serang ni hehe ><..


Rezeki giveaway..

Assalamualaikum.
Alhamdulilah dapat rezeki dari join GA INI,giveaway ini daripada si cantik manis Zeera Lily.Pertama kali saya menang top referral..

Border lace cantik 
Shiseido Mask Naturgo
Sample krim 

Terima kasih pada Zeera untuk hadiah yang sangat comel ni,suka sangat-sangat.Jom terjah blog Hello Kitty Zeera Lily..


Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana.com

Assalamualaikum.

Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 18 Ogos 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malamMia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2

Assalamualaikum.
Kembali menemui uols setelah sekian lama... Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2... ^_^...

Seperti maklum, segmen ini dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly serta rakan2 lain untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang buat kita semua untuk berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww... he he he... 

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 15/8/2013, jam 1.00 petang SEHINGGA 22/8/2013, jam 1.00 petang... Aci tak? *_^ ... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join... Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers, he he he...stalkers pun boleh, x ada masalah...masa serta peluang untuk anda menonjolkan diri...ekekekeke...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...


4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini. 

Pemilihan Pemenang:
1.   10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2.   Pemenang akan diumumkan pada 25/8/2013.
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 25/8/2013 sehingga 25/9/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!

DIY rose chiffon

Assalamualaikum.
Kali ini saya nak kongsi cara buat rose chiffon yang paling senang.Pasti di rumah korang banyak perca kain kan,apa kata kita kitar semula perca kain tersebut menjadi benda sesuatu yang cantik..Jom kita start..
Tengok gambar sahaja pun dah boleh faham kan ^_^

Dah siap pun..bolehlah jadikan hiasan pada baju raya atau shawl..
Selamat mencuba ^_^

Puding coklat simple..

Assalamualaikum.
Cuaca panas-panas begini memang sesuai makan makanan yang sejuk macam ais krim ke atau puding.Jadi hari ni saya nak share satu resepi puding coklat yang sangat mudah..pasti ramai yang sukakan coklat kan termasuk saya. Puding ni juga sesuai dihidangkan para tetamu yang datang beraya.Jom semak resepi..
RESEPI : PUDING COKLAT
SUMBER : JUN
Bahan-bahan :
1/2 cwn koko
1 cwn gula
1/2 cwn susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cwn air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanila
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar-agar
Cara-cara:
Campur semua kecuali butter. Masak sampai mendidih dan pekat. Masukkan butter. Masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. Biar sejuk.
Selamat mencuba ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain