Followers Tersayang

Hasil DIY

Assalamualaikum.
Alhamdulilah..dapat juga siapkan shawl ni. Kain untuk shawl ini dah lama saya potong tapi tak ada idea nak hias.. Lagipun bahan hiasan seperti manik pearl dan labuci tak cukup, memandangkan bahan-bahan tak cukup, saya guna kain perca yang ada untuk buat bunga ros chiffon. Nak tahu cara buat bunga ros chiffon dan cara  hias pada tudung klik SINI. 
Ini lah hasil DIY shawl halfmoon..  simple saja kan, nak buat pun taklah susah sangat. 
Ros sifon.
Selamat berDIY ^_^

CPUV # 17 Sony Xperia Z1

Assalamualaikum.
Alhamdulilah dengan rezeki yang diberikan, hari ini dapat CPUV/BE dari Nuffnang..
CPUV/BE kali ni dari Sony Xperia Z1 telefon pintar terbaru dari SONY yang kalis air dan  mempunyai 20.7 megapixel dengan lensa-G hebatkan.. Terima kasih Nuffnang dan pengunjung blog ini ^_^.

Neopolitan cupcake

Assalamualaikum.
Selamat petang semua, sudah minum petang? Agaknya juadah apa untuk minum petang ni. Jom cuba kek cawan neopolitan yang sedap untuk hidangan minum petang.. Yang pasti kanak-kanak sukakannya sebab warna yang menarik dan lembut. Senang saja nak menyediakannya, jom semak resepi..
RESEPI : NEOPOLITAN CUPCAKE
SUMBER : TIFFIN BIRU
Bahan-bahan:
90 gram mentega
70 gram gula kastor
110 gram tepung berserbuk penaik (self raising flour), diayak
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
50 ml susu segar
3/4 camca teh strawberry paste
1/2 camca teh chocolate emulco
1/2 camca teh esen vanilla
Sedikit badam cincang untuk hiasan -tak letak
Cara-cara:
  1. Panaskan oven pasa suhu 175C, alas acuan dengan paper cup sesuai atau anda boleh guna paper cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula halus hingga pucat, masukkan telur dan putar lagi hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis. Kacau rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  3. Satu diberi perasa esen vanilla, satu lagi strawberry paste dan satu lagi chocolate emulco, kacau rata,. Untuk memudahkan kerja, anda masukkan setiap bancuhan tadi dalam piping beg (atau guna plastik biasa yang bersih, plastik kecil). Kemaskan.
  4. Gunting bucu piping beg tadi kurang lebih 1 cm, dan paipkan setiap bancuhan ke dalam paper cup, sebelah menyebelah, adunan kosong, pink dan coklat. Buat hingga siap semuanya. Kemudian gunakan lidi sate yang bersih, buat pusingan untuk mendapat corak yang menarik. Buat hingga siap.
  5. Tabur badam cincang dan bakar selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba ^_^.



Rezeki segmen

Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu semua, hari ni duduk di rumah saja tak tahu nak buat apa.. Rancangan nak berDIY buat tudung, nak buat kek.. tapi tengoklah kalau rajin nanti hihi. Korang pula buat apa dihujung minggu ni? Semalam saya ada join Segmen Topup Random 5 Jam , alhamdulilah rezeki dapat topup RM5.. Kebetulan pula kredit dah lama tamat tempoh.. Alhamdulilah dah masuk pun topup tu tadi. ^_^
Mya Farisha's
Terima kasih Mya.. Jom ke blog Mya Farisha dan fanpage Mya Farisha's Gallery.  ^_^

Segmen Topup Random 5 Jam

Assalamualaikum.
Klik banner.
Jom join Segmen Topup Random 5 Jam 
4x RM5 PEMENANG DICARI !!!
Segmen berakhir jam 9.45 malam..

Mini Giveaway By Nabila Medan

Assalamualaikum.

CLICK BANNER!!

Hati goreng berempah

Assalamualaikum.
Hari ni saya nak kongsi resepi hati goreng berempah, saya guna hati lembu.. Masakan ni atas permintaan mama saya.. Sebenarnya mama tak berapa gemar makan bahagian hati ni tak kisah lah hati ayam, lembu dan sebagainya..tak dapat telan kata mama. Mungkin disebabkan bahagian hati ni mempunyai rasa yang agak hanyir sedikit. Orang kata hati ni boleh tambahkan darah..tak pasti pula betul atau tidak. Google resepi terjumpalah resepi ni dari Mat gebu..Alhamdulilah mama makan juga walaupun sedikit yeay.. Jom semak resepi..
RESEPI : HATI GORENG BEREMPAH
SUMBER : TIFFIN BIRU
Bahan-bahan:
500 g hati lembu
1 biji bawang besar, dipotong bulat
1 biji cili merah, hiris serong - tak letak
1 1/2 inci halia*
1 inci lengkuas*
7 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1/2 camca teh lada hitam biji*
1 camca besar ketumbar biji*(*dikisar halus)
3 camca besar kicap pekat
3 - 4 camca besar kicap cair
Sedikit gula
Cara-cara:

  1. Hati lembu dihiris nipis, cuci dan toskan. Gaul bersama semua bahan2 diatas kecuali hirisan bawang besar dan cili merah. Perap dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan no 1 tadi dan kacau rata. Masak hingga hati kecut, masukkan hirisan bawang dan cili merah, terus memasak dengan api perlahan hingga pekat.
  3. Rasa dan jika perlu tambah kicap cair lagi. Angkat dan hidangkan panas bersama nasi hangat.
Senang kan, selain bahagian hati boleh juga digantikkan dengan daging atau ayam. Selamat mencuba ^_^.

P/s : Cara nak hilangkan hanyir pada daging atau hati, lumurkan dengan sedikit tepung, asam jawa atau perahan limau kemudian dibilas bersih.

CPUV THOR 2 GSC PARTNERSHIP

Assalamualaikum
Dalam bulan Oktober ni saya tak dapat banyak  CPUV/BE.. Kawan-kawan lain banyak yang dapat CPUV..sedih rasanya tak dapat. Kemudian hantar tiket konon-konon merajuk kat Nuffnang.. Buka akaun nuffnang tadi, tengok dapat satul iklan CPUV baru sedang on going. Alhamdulilah dengan rezeki yang diberikan..
Iklan CPUV/BE datangnya dari THOR 2 GSC PARTNERSHIP. Terima kasih kepada Nuffnang yang baik hati dan semua pengunjung blog ini. ^_^

1st GIVEAWAY BY MISS FLUFFY

Assalamualaikum.
Hari ni nak join giveaway dari Miss Fluffy. Syarat sangat mudah dan hadiah pun hebat. Jom join ramai-ramai due date 27hb oktober ni. Antara hadiah-hadiahnya..
  • 1 x Jam tangan lelaki Casio Edifice RM65
  • 1 x Set Wangian Mini Pack Scarf Perfume bernilai RM37
  • 1 x Pallazo Pant
  • 2 x Pashmina
  • 1 x Set Pencuci Muka & Mask Daiso Japan
  • 3 x 5 Shiseido Mask setiap seorang
  • 2 x topupRM5 setiap seorang
Menarik bukan hadiahnya, kalau nak sertai klik banner tu ^_^

Kerana kuih koci

Assalamualaikum.
Pelbagai kuih- google
Ada bermacam-macam jenis kuih yang dapat dihasilkan daripada beras atau tepung pulut ni..seperti seri muka, kuih koci kuih bom dan sebagainya.. Saya suka makan kuih getas-getas dan kuih onde-onde. Saya nak cerita sikit pasal kuih koci ni.. Kerana sebiji kuih koci adik saya hampir sesak nafas akibat kesukaran menelan kuih tersebut. 
Kuih koci-google
Pagi itu adik nak ke sekolah, mama bekalkan kuih koci pulut hitam.Seperti biasa adik akan menunggu bas di perhentian bas. Sambil menunggu bas sampai, adik makan kuih yang dibekalkan.. lapar sangat kot. Entah macam mana cara adik makan, sampai susah nak telan..hampir sesak nafas adik. Tanpa rasa malu masa tu ramai orang, adik terus pusing belakang dan korek mulut dengan tangan untuk keluarkan kuih yang tersekat. Alhamdulilah nasib baik dapat dikeluarkan. Sejak hari tu adik lebih berhati-hati jika hendak makan apa saja kuih daripada tepung pulut ni.
p/s: tekstur kuih yang dihasilkan daripada tepung pulut agak kenyal, liat serta melekit sedikit, kadang-kadang agak susah nak telan..

3000 SLE Supporters Giveaway


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, GreenAmila, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam

WW # Kucing bersantai

Assalamualaikaum.
Kucing sedang bersantai-santai di belakang rumah.. ^_^

*google
Kan seronok kalau ada kerusi khas untuk kucing, boleh santai macam ni hihi.. ^_^

Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 21 Oktober 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Petik & masak sayur

Assalamualaikum..
Masih ingat entry pasal tanam sayur hari tu.. nampaknya hasil tanaman tak berapa bagus, banyak daun-daun yang dimakan siput. Daripada biarkan semua daun habis dimakan, Nak tak nak terpaksa petik juga. Takpa lah sekurang-kurangnya dapat juga merasa hasil tanaman sendiri. 
Dipetik segar dari ladang hehe.. nampak tak subur kan, kecil je daunnya..
Tak tahu nak masak apa dengan sayur yang sedikit ni, masak campak-campak sajalah.. walaupun namanya masakan campak-campak, nak juga kongsi resepi hehe..jom masak.
RESEPI : SAYUR DAUN TUMIS DAGING PEDAS
Bahan-bahan ;
Sayur daun - tak kira apa jenis
Daging - potong nipis
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
serbuk kunyit
cili giling
serbuk lada hitam
Kicap
Garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis
Cara-cara: 
Hiriskan bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian perapkan bersama daging, serbuk lada hitam, serbuk kunyit, cili giling, kicap dan bahan perasa. Perap lebih kurang 30 minit.

Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah diperap tadi. Tumis sehingga daging masak.
Akhir sekali bolehlah masukkan sayur daun dan hirisan bawang besar. Masak sekejap saja ya..
Tadaa..dah siap pun.
Selamat mencuba, Memang seronok dapat rasa hasil tanaman sendiri berbanding beli di pasar. Oleh tu kenalah rajin berbudi pada tanah.. Nanti nak cuba pula tanaman lain.. ^_^





Serunding daging

Assalamualaikum.
Resepi kali berasaskan daging, memandangkan stok daging qurban masih ada dalam peti sejuk, lagipun tak elok simpan daging lama-lama kan. Kelmarin saya buat serunding, agak leceh juga kerja nak buat serunding ni, hmm..patutlah dijual mahal. Okey jom semak resepi.
RESEPI : SERUNDING DAGING
SUMBER : DAYANG JACK

Bahan-bahan:
1 kilo daging (direbus dan dicarik halus)
200 ml santan
gula melaka/gula pasir
garam
3 senduk nasi cili giling/cili boh kisar -boleh lebih atau kurang
sedikit serbuk kunyit
Bahan-bahan kisar/tumbuk
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 inci halia
40 gm biji ketumbar (disangai dan dicarik halus)
10 gm jintan manis (disangai)
4 batang serai
daging direbus dan dicarik 
Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga terbit bau.
  2. Masukkan cili giling/cili boh/cili kisar serta serbuk kunyit dan tumis lagi sehingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan bahan-bahan selebihnya. Kacau perlahan-lahan tanpa henti dengan api perlahan.
  4. Hidangkan setelah masak.
Nota : Kalau tak nak goreng dengan minyak, masukkan semua bahan dalam kuali dan kacau sehingga kering.
Enak di makan dengan nasi panas
Selamat mencuba.. ^_^


Lari dari rumah

Assalamualaikum.
*google
Asmawi, kawan adik saya (Nazrul) sudah 3 hari tak balik rumah sejak rabu lalu. Ibunya sudah 2 kali pergi ke rumah saya untuk mencari Asmawi. Ibu mana yang tak risau kalau anaknya tak balik rumah kan. Menurut adik, kawannya itu selalu dimarah dan ditengking oleh ibuya. Kesalahan yang remeh pun ibunya akan tengking dan mengeluarkan kata-kata kesat ' kau bukan anak saya, jangan balik lagi di rumah saya!'. Sebenarnya Asmawi bukan lah anak kandung tapi sekurang-kurangnya cakaplah elok-elok bagi teguran yang membina, supaya anak tersebut tak kecil hati dan faham kesalahan sendiri.
*ibu marah anak- google
'Kami kasihan tengok Asmawi selalu kena tengking, dia pernah kena gunting telinga sebab bawa basikal keluar' kata adik. Sampai begitu sekali marah ibunya pada Asmawi sedangkan hal kecil saja. Menurut mama saya, budak tu memang baik dan hormatkan orang tua. Tak tahu di mana silap budak tu sampai selalu kena marah, saya pun tak berani nak komen banyak-banyak.  Pernah sekali Asmawi cuba lari dari rumah tapi gagal. Agaknya Asmawi tertekan dan inginkan ketenangan, mungkin dia tidur di mana-mana rumah kawannya.
Harap-harap kawan adik selamat dan segera balik rumah, kerana lari dari rumah bukanlah jalan penyelesaiannya. Takut kalau terjadi perkara yang tidak diingini sebab sekarang ni ramai kes remaja lari dari rumah kemudian terjebak perkara yang tidak bermoral.. Nauzubillahi minzalik.
Salam jumaat dan terima kasih sudi baca. ^_^

Kek mudah dan cepat

Assalamualaikum.
Selamat hari raya aidiladha.. macam mana dengan raya korang? Banyak dapat daging korban? hehe.. Raya di tempat saya biasa-biasa saja, taklah semeriah raya aidilfitri.. Teringat pula zaman budak-budak dulu, raya haji pun tetap pergi beraya dekat rumah orang, rasa macam raya puasa pula.. Rindunya zaman kanan-kanak.. Berbalik pada tajuk entry, hari ni saya nak share resepi kek lagi, saya memang suka bab-bab membaking ni walaupun sebenarnya tak ada bakat dan asas dalam bidang baking ni.. Kek yang saya nak kongsi  kali ni sangatlah mudah dan cepat disediakan..budak-budak pun boleh buat hihi. Okey jom start..

RESEPI : KEK MUDAH DAN CEPAT 
SUMBER : TIFFIN BIRU
Bahan-bahan:
200 gram tepung optima @ spongemix
3 biji telur gred A
50 gm mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh strawberry paste + 2-3 titik pewarna merah
1 camca teh pandan paste
150 gm gula kastor - saya tambah

Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, sediakan acuan bund berlubang tengah (saya guna acuan biasa saja), atau ikut acuan yang anda suka, lenser acuan dengan mentega dan tabur sedikit tepung, ketuk keluar lebihan tepung tadi. Jika guna acuan bulat atau 4 segi, alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan..
  2. Dalam mangkuk pemutar, satukan tepung optima, telur dan susu, gula dan kacau rata. Kemudian, putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat, kurang lebih 8 - 9 minit. Tuang mentega cair dan kaup dengan spatula hingga sebati.
  3. Bagi adunan pada 3 bahagian, satu letak perasa vanilla, satu lagi strawberry emuclo + pewarna merah dan satu lagi dengan pandan paste. Kacau rata. Tuang dalam tin kek secara berselang seli warnanya hingga habis. Lorekkan sedikit dan bakar 40 minit atau hingga masak. Keluarkan dari tin dan sejukkan atas jaringan. Boleh hias ikut kreativiti anda.. 
*Tak  tahu kenapa kek saya ada lubang-lubang..
Senang bukan.. Selamat mencuba ^_^

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum..
Syukur alhamdulilah kerana diberi kesempatan lagi untuk menyambut Aidiladha esok. Salam Aidiladha pada rakan-rakan blogger dan semua umat islam di dunia. ^_^

CPUV #14 Sunsilk Samson S

Assalamualaikum..


Syukur alhamdulilah Nuffnang bagi CPUV lagi. Kali ni iklan CPUV/BE dari Sunslik Samson S.
Terima kasih pada Nuffnang serta rakan-rakan yang sudi berkunjung dan klik-klik iklan di blog ini.. ^_^

Segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2013

Assalamualaikum..
Tengah malam ini nak join segmen dari Ayuinsyirah. Saya baru saja follow blog ini, terus join segmen :). Jomlah join ramai-ramai..klik banner tu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain