Followers Tersayang

Bun Pandan

Assalamualaikum.
Tadi petang saya buat bun, kali ni bun pandan. Memang seronok kerja meroti ni hehe.. Masa masak roti tu, memang harum satu rumah dengan wangian pandan.. Kalau letak inti kaya atau kelapa lagi sedap tapi tak ada pula bahan tu kat dapur, tanpa inti pun sedap juga.. Okey jom semak resepi..

RESEPI : BUN PANDAN
Bahan-bahan:
250 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
140 ml air suam/ atau susu segar
1 biji telur- tinggalkan sedikit untuk gliss nanti
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver atau dough softner
sedikit pewarna hijau dan beberapa titik perasa pandan.
(kalau guna water roux,letak dalam 2 sudu besar dan kurangkan kuantiti air/ susu)
Cara-cara:
  1. Masukkan semua dlm bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On je, (uli tangan,kemudian perap sehingga dua kali ganda).
  2. Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 16 bahagian dan biarkan lagi selama 8 hingga 15 minit. akhir sekali masukkan inti kaya dan tutup doh, rehat lagi selama 40 minit atau sehingga naik dua kai ganda, gliss permukaan roti dengan sedikit telur+susu+madu dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
  4. Akhir sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama air milo atau kopi, amat sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang.
Selamat mencuba ^_^

Saya Blogger Hawwt

Assalamualaikum.
Malam ni nak join segmen dari Zafirah. Jom lah join esok tamat ^_^
Dah ikut semua syarat tapi akaun instagram tak ada..

DIY Simple Blouse

Assalamualaikum..
Baru ada masa nak update blog, line internet tak nak berapa ok. Berbalik pada tajuk entry, hari ni nak tunjuk DIY blouse yang saya buat kelmarin.. Sebenarnya saya tak tahu fesyen baju ni, panggil blouse saja lah. 
Ini kain yang saya gunakan iaitu kain sifon, kain ni baki buat baju raya bulan lalu.. ukuran kain ni 1 meter lebih.. tak tahu nak buat apa dengan kain sekecil ni.. kalau buat baju kurung moden atau shawl memang tak cukup, membazir pula kan kalau tak diguna.. Tetiba datang idea nak buat blouse hehe.. jom berDIY..
Mulakan dengan buat pola, kalau yang dah pro tak payah susah-susah buat pola hihi. Saya ikut pola baju kurung moden saja, cuma blouse ni tak ada zip dan tak labuh serta longgar sedikit. Dah siap potong kain bolehlah mula proses menjahit.
Proses menjahit.. leher saya buat ringkas ja. Cara jahitan sama seperti jahit baju kurung moden. Untuk hujung lengan baju saya letak getah saja nak kelainan sikit hehe. 
Dah siap pun..senang ja kan. Kalau nak pakai blouse ni kena pakai baju inner sebab kain sifon ni jarang. Selamat berDIY.. ^_^

Mini GA KakNi Edisi Tupperware

Assalamualaikum..
Jom join mini GA ni. Klik banner. 
Due date 28/11/2013 hingga 6/12/2013
^_^

PRETTY AWESOME GIVEAWAY BY KHAIRINA

Assalamualaikum.
Jom join.. klik banner.
banyak hadiah menarik ^_^
maaf saya tak ada akaun instagram..

Jadi Mak Andam BFF

Assalamualaikum.
Cerita ini dah lama tahun lalu punya, tak apalah walaupun dah basi tapi nak cerita juga hehe. Masa nikah kawan (pija) hari tu, dia minta saya untuk mekapkan dia. Mulanya teragak-agak nak terima, yelah saya mana ada pengalaman mekap untuk majlis-majlis yang penting macam tu..tapi demi kawan baik tersayang saya terima. Jom tengok hasil mekap saya yang tak seberapa ni.
Gambar Pija sebelum dan selepas mekap..gambar sebelum tu curi kat fb dia. Saya mekap natural ja tak tebal sangat.. mekap ikut suka hati, pakai mana yang ada saja sebab barang mekap saya tak banyak.. Kening saya tak cukur, tapi masa sanding MUA dia cukur rasanya. Alhamdulilah pija suka.. Thanks pija sebab sudi ambil saya yang tak ada pengalaman ni jadi mak andam  ^_^.
Masa Jiana nikah pun saya yang mekapkan, dia tak nak orang lain mekap dia masa nikah. Jom tengok jiana..
Gambar sebelum dan selepas.. maaf Jiana, pinjam gambar sebelum tu ya hihi. Mekap natural juga, kening tak cukur sebab tak suka..saya guna concealer ja untuk kemaskan kening. Alhamdulilah jiana suka hasil mekap saya..thanks jiana ^_^.  Tak sempat ambil gambar jiana dengan suami dia masa nikah..
Bakal pengantin hihi berangan ja.. doakan ya ^_^..  
Teringin nak mekap sendiri masa nikah dan sanding nanti.. Tetiba rindu pula kat Pija dan Jiana.. Tahniah pada Jiana sebab selamat melahirkan baby perempuan.. Anak Pija pula dah masuk 5 bulan lebih dah sekarang, comel sangat.. Apa pun saya doakan mereka berdua sentiasa bahagia dengan kehidupan masing-masing.. ^_^

WW # Kucing malas

Assalamualaikum.
Cik piyik yang malas..tengoklah cara dia tidur, kalau lah letak tilam tak tahu macam mana posisi dia.
 Pindah di tempat panas pun masih tidur lena..
Letak teddy bear pun tak sedar,.memang mengantuk sangat cik Piyik ni hihi..

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Assalamualaikum.
Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

Nasi goreng sosej

Assalamualaikum.
Pagi ni tak tahu nak sarapan apa, buka peti sejuk nampak sosej terus terfikir nak buat nasi goreng. Nasi gorenglah masakan yang senang dan cepat untuk orang bujang selain maggi dan telur kan hihi.. 
Nasi goreng campak-campak ja.. Jom tengok resepi yang sangat senang ni..
RESEPI : NASI GORENG SOSEJ
Bahan-bahan:
Nasi sejuk
Bawang merah - cincang halus
Bawang putih - cincang halus
Sosej secukupnya - potong 
Mix vegetable
Sayur daun
Sos tiram
Sos cili
Kicap pekat
Serbuk lada hitam
Serbuk pati ayam
Garam
Minyak
Cara-cara:
Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau, kemudian masukkan mix vegetable, sosej dan sayur daun. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap pekat, pati ayam, serbuk lada hitam dan garam tumis sehingga sosej masak. Akhir sekali masukkan nasi, bila dah masak angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba ^_^

1K Giveaway By Cik Arnab

Assalamualaikum.
Nak join GA lagi hihi..kali ini giveaway dari Cik Alia. Saya merupakan salah seorang sponsor GA ni, saya sponsor brooch untuk 3 orang pemenang..penganjur kata sponsor pun boleh join juga. 
 1K Giveaway By Cik Arnab
Hadiah GA ni best-best tau, jom lah join sekali. ^_^

Kucing lapar

Assalamualaikum.
Kucing kalau lapar asyik mengiau-ngiau ja kan..pantang nampak kita pegang makanan mulalah tunjuk aksi manja.. sampai kita nak jalan pun kadang terpijak si kucing, mana taknya kita nak jalan dia dah dahulu ke depan lepas tu pusing-pusing kat kaki..macam-macam aksi kucing ni kan..
Hari tu ada buat kek cawan, bagi kat kucing separuh..kejap ja habis, sampai kertas kek tu pun dia makan..ish ish. Tengok kertas kek tu tinggal separuh lagi..kalau dibiarkan habis kertas tu dimakan.
Kelmarin adik beli makanan kucing, beli yang murah saja..pernah bagi wishkas tapi kucing cirit-birit pula, yang murah ni ngam pula. Tengok tu tak sabar-sabar nak makan, selalu simpan makanan kucing dalam tin ni..cuba tengok lambang tin tu..harap-harap lepas makan kucing jadi gemuk hihi. Bila goncang-goncang tin ni laju ja kucing datang, tak payah nak panggil-panggil hehe.. 
Gambar google
Kalaulah semua kucing macam ni, jaranglah kita dapat merasa ikan hehe.. ^_^

simple giveaway by Love Cathy Doll

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu, apa aktiviti korang hujung minggu ni? Hari ni tak ada idea nak update enrty..hmm nak join giveaway lah..hihi.
Syarat giveaway ni sangat mudah..hadiah pun best. jom lah join mana tahu ada rezeki. 
Antara hadianya :
pemenang pertama:
1 product cathy doll, boleh pilih sendiri hadiah yg korang nak +
1 produk cathy doll yg dipilih oleh owner sendiri.
senarai barang ada di page Love Cathy Doll ye loveliess. :)

pemenang kedua: 
2 maxi dress tajaan ZuraOnlineShopping + 2 obuse liptint

pemenang ketiga:
1 maxi dress tajaan ZuraOnlineShopping + 1 obuse liptint
Best kan? ^_^ 

Minum petang

Assalamualaikum.
Selamat petang semua, dah minum petang? Menu minum petang kali ni pisang goreng dengan teh ja. Ada yang panggil pisang goreng ada juga yang panggil goreng pisang..tapi mana satu yang betul eh? Mana-mana sajalah kan hihi.. Hari tu jiran sebelah rumah bagi setandan pisang, alhamdulilah rezeki inilah kebaikan hidup berjiran. Tak tahu nak masak apa dengan pisang ni selain pisang goreng, kelmarin dah buat pisang goreng..hari ni pun buat lagi..bukan apa takut nanti pisang tu buruk, membazir pula. 
pisang sabah 
Pisang goreng enak dimakan panas-panas. Saya tambah bawang merah dalam adunan tepung..memang sedap dan wangi. Oklah nak sambung makan pisang goreng lagi.. Line internet sangat slow menyukarkan kerja blogwalking, mana yang tak sempat saya singgah maaf ya ^_^.

Roti Sosej

Assalamualaikum.
Salam jumaat semua.. kali ni saya nak kongsi resepi roti lagi. Seronok pula 'meroti' ni, tambahan pula kat rumah ni semua suka makan roti..tak kira roti tu menjadi atau tak, sekejap saja licin hihi. Pagi tadi saya buat roti sosej, saya guna resepi dari blog Yatie cooking..tapi saya buat setengah adunan sebab sosej tak cukup. Untuk tips membuat roti korang pergi ke blog Yatie cooking.. 
RESEPI : ROTI SOSEJ 
SUMBER : YATIE COOKING
Bahan-bahan :
190ml air
400gm tepung roti

5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
2 sudu kecil yis
60gm butter
Sosej yang mencukupi (direbus terlebih dahulu)
cara-cara:

1. Tepung, susu tepung, garam & telur dikacau sebati (BAHAN A)

2. Bancuh gula dengan yeast dalam air suam (BAHAN B)
3. Masukkan B dalam A gaul sebati dan masukkan butter, uli sehingga lembut
4. Biarkan 45 minit - 1 jam atau sehingga roti naik dua kali ganda
5. Uli doh mengikut bentuk yang dikehendaki, biarkan selama 10 - 15 minit sebelum dimasak
6. Untuk menampakkan roti berkilat diatas, boleh le disapu adunan susu segar & telur kuning diatasnya.
7. Dibakar dengan suhu yang tinggi 200C selama 10 minit dan kemudian diturunkan suhu kepada 180C selama 10 - 15 minit. Ini semua bergantung kepada kesesuaian oven masing-masing ye jadi kena pandai agak-agak juga. Kalau rasa dah masak boleh lah diangkat.

Selamat mencuba ^_^


TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY


ASSALAMUALAIKUM

Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini
2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..

Simple saja kan..

HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi

Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 

Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..


Sweet soft bun


Assalamualaikum.
Selamat malam korang, kat sini hujan tapi tak lebat..sudah makan malam? awal lagi lah kan hihi. Malam ni rasa malas pula nak makan nasi, hari-hari makan nasi sekali sekala tukar menu pula..nak makan roti bun lah. Petang tadi saya buat bun, adunan pertama tak kembang T_T..mungkin yis tu dah expired. Jenuh juga menunggu tapi adunan tak juga kembang-kembang. Kemudian buat satu aduan lagi dengan yis baru alhamdulilah menjadi..
Bun yang dah kembang tapi belum masak lagi..
 Yang ni baru keluar dari oven..
Resepi sweet soft bun ini saya ambil dari E-NA LOVELY KITCHEN. Kena ikut betul-betul step baru dapat bun yang lembut dan gebu. Saya guna tepung gandum biasa saja sebab tepung roti tak ada. Rasanya macam tak kenyang pula kalau makan bun ja kan..takpa lah cuba dulu..cicah bun dengan kari ayam pun sedap kan..
Apa menu korang malam ni? ^_^ 

DIY : Syria Chiffon

Assalamualaikum.
Kredit to: Raudhah shawl
Cantik kan syria yang model tu pakai, tak payah nak lilit sana sini.. Sarung kat kepala terus siap. Nak juga satu syria macam tu.. Teringin nak buat sendiri, tapi kain sifon tak ada pula.. baru teringat ada shawl halfmoon yang  jarang dipakai, saya ubah suai shawl tu menjadi tudung syria.
Tak susah pun nak buat syria ni, tengok gambar saja pun dah faham kan. Garisan biru tu korang kena jahit untuk cantumkan tudung. Nak cantik tambahkan manik pearl pada patch lace, dan terpulang korang nak jahit di mana patch lace tu, kat bahagian kepala pun boleh.. saya letak macam tudung Raudhah tu. Bahagian hujung tudung pula saya buat piping.. cara buat boleh tengok disini
Dah siap pun..yeay! dah ada syria sifon..walaupun tak secantik syria yang ada di pasaran. Selamat berDIY ^_^

Oreo Cupcake Senang

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu semua.. Hujung minggu ni duduk rumah saja, kaki belum sembuh lagi.. terima kasih pada yang ambil berat. Berbalik pada tajuk entry, hari ni saya nak share resepi kek cawan yang sangat mudah dan sedap.. Pasti ramai yang suka makan biskut oreo ni kan, lepas makan gigi jadi hitam hihi. Kek ni saya dengan adik bongsu yang buat, dapatlah 9 biji cupcake saiz sederhana. Okey jom kita buat cupcake..
RESEPI : CUPCAKE OREO
SUMBER : TIFFIN BIRU
Bahan-bahan:
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali
Buah strawberry segar, untuk hiasan - tak letak
Gula manik halus, untuk hiasan
Bahan buttercream:
125 gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula ising, ayak
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu pekat manis
Sedikit oreo kiasr -saya tambah

Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
  2. Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias dengan buttercream, manik gula dan strawberry tadi.
  3. Untuk buttercream: Putar semua bahan-bahan buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. Isi dalam piping beg yang diisi nozel bentuk bintang, tabur gula manik dan hias atasnya dengan strawberry...
Selamat mencuba resepi yang senang ni ^_^

Sebab ke klinik

Assalamualaikum.

Terima kasih pada kawan-kawan yang ambil berat dan doakan kesihatan saya.. Ada yang bertanya kenapa saya ke klinik,  sebenarnya penyakit aczema saya datang lagi.. Bulan Mac yang lalu saya dah kena penyakit ni, lepas kena suntik dan makan ubat dah beransur pulih tapi kulit tapak kaki masih mengelupas. 
Silap saya juga sebab tak ikut nasihat doktor, pesakit aczema ni sangat sensitif pada habuk dan air kotor. Lepas cuci kain mesti tapak kaki gatal-gatal, kalau cuci kain kan kaki pun ikut basah sekali, masa tu lah kulit yang mengelupas tu gatal-gatal.. kalau tak garu aduh seksanya sebab gatal tu seperti menyucuk dikaki. Bila digaru makin melarat pula kesan mengelupas tu. makin bertambah teruk bila saya ke sawah hari tu.. kat sawah kan berlumpur lepas tu banyak habuk, masa tulah gatal semakin teruk.. bekas mengelupas jadi berair dan bernanah. Sampai nak jalan pun susah sebab dua-dua tapak kaki kena aczema.. dapat bayangkan tak berjalan guna tumit kaki dan ibu jari kaki ja. 
 
Google
Kelmarin dah pergi klinik, doktor tu hanya gelengkan kepala saja tengok tapak kaki saya.. Doktor nasihatkan supaya jangan biarkan kaki terendam kat air lama-lama takut gatal-gatal kembali dan menyebabkan bakteria membiak. Lepas ni nak ikut nasihat doktor tu betul-betul dah ,tak nak kena suntik lagi..takut hihi.. Korang jaga kesihatan baik-baik ya, kata orang lebih baik mencegah dari mengubati..till then ^_^
p/s : malu nak letak gambar kaki sendiri, nanti ada yang muntah pula..

Makanan ringan budak-budak

Assalamualaikum.
Petang ni tak pergi mana-mana, duduk depan laptop blogwalking kat blog kawan-kawan.. sambil makan kopok dan gula-gula hihi.. Jumpa juga makanan ringan kesukaan zaman budak-budak.. 
Keropok dan gula-gula
Harga keropok tu tetap sama 10 sen tapi isi makin kurang, rasa tetap sama. Saya panggil keropok kucing sebab ada gambar kucing.. keropok ni agak laku juga sebab selalu cepat habis. 
Gula-gula sedap kesukaan zaman kecil-kecil sampai sekarang.. dulu 10 sen dapat dua biji, sekarang makin mahal.. tak apalah yang penting dapat merasa gula-gula sedap ni hihi.. Ok lah nak sambung blogwalking dulu.. ^_^

Pergi klinik

Assalamualaikum.
Kelmarin saya ke klinik..

Dalam klinik
Masih terasa kebas lagi kesan suntikan kelmarin.. Tengok gambar dulu ya, nanti saya cerita.. ^_^

Pandan And Vanilla Cupcake

Assalamualaikum.
Dua hari tak tengok blog macam dah berhabuk pula fuhh.. fuhh tiup sikit hehe. Badan tak berapa sihat, macam-macam sakit datang.. nak update entry pun tak ada idea. Hmm..apa pun terima kasih pada semua yang masih sudi jenguk blog ini walaupun tiada cerita baru. Hari ni ada rajin sikit untuk buat kek cawan, sebab selalu terbau kek daripada jiran sebelah rumah, selalu jugalah lapar kek hihi.. Kalaulah boleh buat bisnes macam jiran tu kan bagus hehe angan-angan ja. Resepi kek ni lebih kurang sama je dengan kek neopolitan bezanya cuma perasa dan warna. Jom tengok resepi..

RESEPI : PANDAN AND VANILLA CUPCAKE
SUMBER : TIFFIN BIRU
Bahan-bahan :
150 gram mentega
130 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1/4 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh pes pandan
160 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
Coklat chip secukupnya- tak letak
Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna papercup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga lembut, masukkan gula kstor dan putar hingga putih, masukkan telur satu persatu dan putar lagi hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis dan diakhiri dengan esen vanilla. Putar rata.
  3. Ambil 4 camca besar adunan dan campurkan dengan pes panda, kacau rata. Sudukan adunan biasa 1/2 penuh masukkan sedikit adunan hijau. Lorekkan kan dengan chopstik sebanyak 2 kali. Buat kaedah sama pada baki adunan. Tabur coklat cip pada setiap bekas
  4. Susun dalam loyang dan bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk minum petang.
Selamat mencuba ^_^

Salam Jumaat

Assalamualaikum..
*google
^_^

Sup Tulang

Assalamualaikum..
Menu untuk tengah hari ni sup tulang.. Bab-bab sup ni saya memang tak berapa mahir sangat.. kalau buat pun rasa macam ada saja bahan yang kurang tapi tak tahu pula apa. Alhamdulilah.. percubaan membuat sup kali ni agak berjaya.. gembira bila masakan kita habis dimakan. Kali ini saya ikut resepi dari Kak Nor. Jom semak resepi..
RESEPI : SUP TULANG
Bahan-bahan:
1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
3 biji bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih - dimayang halus
2 inci halia diketuk
1 rempah sup bunjut @ 3 sudu besar rempah sup serbuk
1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
3 biji ubi kentang - saya tak letak
garam dan gula secukup rasa
1 btg celery jika suka 
1 kiub pati ayam
air secukupnya
bawang goreng dan daun sup
Bahan penumis :
5 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang

Cara-cara:
  1. Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jangan buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yang sederhana sahaja. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
  2. Ceduk keluar bahagian berminyak yang terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibahagian atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yang dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
  3. Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
  4. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
  5. Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing-masing. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak boleh empuk kan.. hehe)
  6. Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.
Letak sambal kicap memang tambah menyelerakan.. Selamat mencuba ^_^

Simple Green Smokey Eye

Assalamualaikum.
Dah lama tak buat entry pasal mekap, saya memang suka bab-bab mekap ni. Dulu, ada saja masa mesti buka youtube cari tutorial mekap, lepas tu conteng-conteng muka hihi. Tapi kalau keluar rumah tak beranilah nak mekap tebal-tebal. Hari tu godek-godek youtube nampak Promise Phan tunjuk cara mekap yang simple.. sekejap saja dah siap. jom tengok..
Cantikkan? Suka tengok cara Promise mekap ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hasil mekap mata sendiri.. tak sama pun, maklum baru belajar hehe ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain