Followers Tersayang

Bye bye 2013, welcome 2014

Assalamualaikum.
Beberapa minit lagi tahun 2013 akan meninggalkan kita, cepat sungguh masa berlalu kan. Selamat datang tahun 2014, bila tiba tahun baru semua mesti tanya apa azam baru kita kan. Azam saya tahun ni alhamdulilah ada yang tercapai dan ada juga yang sebaliknya.. mana-mana azam yang tak dapat capai bawa ke tahun 2014. Apa pun moga tahun baru ini kita semua sentiasa success dalam apa juga kerjaya kita. ^_^

Year End Giveaway By Anis Athia

Assalamualaikum.
Hari ni nak join giveaway dari Anis.. Jom lah join sama banyak hadiah beauty product menarik..
THE PRIZES :
RM100 for most supportive blogger
Baviphat Brush Set
Clinique turnaround instant facial masque, 15ml
Clinelle Blackhead Control Gel, 15ml
RVB Skinlab Diego Dalla Palma Cell Detoxium Purifying Clay Mask
YADAH cleansing nose pack X 3
Crabtree & Evelyn Lavender body lotion, 5ml

NEWLY ADDED PRIZES :
Soap & Glory Hand Food hand cream, 50ml
RM10 foodpanda voucher for 10 winners

DIY mangkuk kertas/kain

Assalamualaikum.
Tengah google-google ternampak pula kat blog orang putih ni buat mangkuk kertas, memang kreatif. Teringin pula nak cuba buat, tapi kertas cantik tak ada kalau surat khabar tu banyaklah. Teringat pula kain perca yang banyak kat rumah, timbul idea nak cuba gantikan kertas dengan kain perca. Alhamdulilah menjadi juga walaupun tak secantik yang orang putih buat.
Cantikkan? Ni gambar google.. Okey jom mulakan..
Bahan-bahan yang diperlukan, kain perca/ kertas, plsatik pembalut makanan, gam tepung, mangkuk.
Cara nak buat gam tepung : Campurkan ½ cawan tepung dan 2 cawan air sejuk dalam mangkuk. Didihkan 2 cawan air dalam kuali dan tambah tepung dan campuran air sejuk. Masak hingga mendidih sekali lagi. Keluarkan dari kuali dan tambah 3 sudu besar gula. Biarkan sejuk dan gam akan menjadi pekat bila dah sejuk.
Balutkan mangkuk dengan plastik, mangkuk tu sebagai acuan, kalau nak guna gelas ke bentuk lain pun boleh. Kemudian, bolehlah mulakan proses menampal perca kain/kertas dengan menggunakan gam..
 Buat sehingga habis, lepas tu biarkan sehingga gam kering. Bila kering perca kain / kertas akan jadi keras. 
Dah siap pun..rasanya kalau guna kertas lagi cantik. Selamat berDIY ^_^


Bubur bilis mudah

Assalamualaikum..
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu semua, korang buat apa di hujung minggu ni? Sudah sarapan, mestilah dah kan.. dekat nak tengah hari. Pagi ni sarapan bubur, saja tukar menu.. Bubur merupakan makanan kegemaran saya tak kisahlah bubur ayam, bubur lambuk, bubur kacang hijau ka, macam-macam jenis bubur ni kan. Senang ja nak masak bubur ni pasti korang pun pandai kan. Kali ni nak share resepi bubur bilis cara saya..
RESEPI : BUBUR BILIS MUDAH
Bahan-bahan :
Beras
Ikan bilis 
kiub pati ikan bilis
sayur campur
garam
Air secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan di tumbuk
Bawang putih
Bawang merah
Halia 
Cara-cara:
  1. Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam periuk, tambahkan air secukupnya..masak seperti biasa. 
  2. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar dan bilis sehingga agak garing sedikit. Tutup api kemudian tuangkan bahan yang telah ditumis bersama minyaknya sekali ke dalam bubur tadi. 
  3. Masukkan sayur campur dan bahan perasa. Bila dah masak tutup api dan hidangkan panas-panas.
Selamat mencuba ^_^.

Cadar tilam mahal

Assalamualaikum.
Minggu lalu ada seorang penjual berbangsa Pakistan ( panggil pakcik pakis jelah) yang fasih bahasa melayu datang ke rumah, nak berniaga lah katakan. Pakcik pakis ni dah biasa ulang-alik ke kampung jual barang dan kutip hutang. Mama pernah juga hutang barang kat pakcik ni dulu tapi dah habis bayar dah. Dah lama tak muncul tetiba hari tu datang, konon nak jual cadar untuk habiskan stok.. Oleh kerana mama saya pernah beli barang kat dia, dia bagi diskaun untuk harga cadar tu..dan boleh bayar ansuran, tiap bulan boleh bayar berapa saja yang mampu.
Harga sebenar rm 90.00 dia jual kat mama rm 70.00. Biar betul tapi apa pasal mahal sangat sedangkan kualiti cadar ni biasa saja. Kelmarin mama ke pekan dengan adik, ternampak pula cadar sebiji dengan yang pakcik pakis punya.. Harganya uissh jauh lebih murah rm 25.00 sahaja. Pandai betul pakcik pakis tu cari keuntungan kan. Patutlah dulu pakai basikal saja, sekarang dah berkereta.. Pandai cakap bahasa orang sini pula tu. Hmm..apa pendapat korang tentang ramai warga asing berniaga di negara kita? ^_^


Telur masak sos

Assalamualaikum..
Selamat malam semua,kat sini baru berhenti hujan, asyik hujan saja tiap petang.. Tempat korang pula macam mana? Bila cuaca sejuk cepat lapar pula hehe.. tapi tak tahu nak masak apa. Buka peti sejuk nampak telur ayam terus terfikir nak masak telur campur sos, inilah menu yang paling senang kan. Semua pun tahu masak resepi ni, takpa saya nak share juga..
RESEPI :  TELUR MASAK SOS
Bahan-bahan :
2 biji telur
1 labu bawang besar - potong 
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 ulas bawang merah -tumbuk
Sayur campur
Sos cili dan sos tomato
Garam
Serbuk pati ayam
Minyak
Cara-cara:
Panaskan minyak goreng telur, angkat dan ketepikan. Tumiskan bawang merah dan putih, bila naik bau masukkan sayur campur. Kemudian masukkan sos tomato dan sos cili serta bahan perasa. Akhir sekali masukkan bawang besar, kacau sekejap dan angkat, curahkan sos ke atas telur. 
Enak dimakan dengan nasi panas-panas.. Selamat mencuba resepi ringkas ni ^_^.

LAST GIVEAWAY 2013 by SL

Assalamualaikum.
Jom join GA ni, tamat lagi beberapa jam dan pemenang akan diumumkan malam ni juga.
Tag awak dan kamu. ^_^

Kek span vanilla mudah dan sedap

Assalamualaikum.
Selamat petang semua, kali ni nak share resepi kek span memandangkan keyword kek span ni agak popular di blog ni. Boleh dikatakan tiap-tiap hari ada yang cari resepi ni, terima kasih sudi ke blog ni. Kek span ni memang sedap dengan tekstur kek yang agak kering berbanding kek lain.. Resepi saya ambil dari blog Masam Manis yang merupakan salah satu blog masakan popular yang selalu saya jenguk, sangat teruja tengok hasil seni masakan kak Azlita. Okey jom tengok resepi.
RESEPI : KEK SPAN VANILLA
Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula castor

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor
95 gm tepung
15 gm susu tepung
70 gm butter dicairkan
Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan loyang 8 inci. Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
  2. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
  3. Putar putih telur hingga kembang. Masukkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku. Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
  4. Ayakkan tepung bersama susu tepung dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
  5. Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inci. Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit
  7. Keluarkan kek segera setelah masak. Letakkan kek atas redai hingga ia sejuk.

Dah siap boleh lah hiaskan dengan buttercream atau apa saja mengikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba ^_^
>> Untuk resepi kek span coklat klik SINI

Last Giveaway In 2013 @ dakwahmahabbah.blogspot.com

Assalamualaikum.
Jom join GA ni, banyak hadiah menarik.. Klik banner tu ^_^

WW # Cubaan Pertama buat Doodle

Assalamualaikum.
Inilah hasil cubaan pertama saya melukis doodle, guna paint tool SAI jom tengok..
Tak cantik pun, sebab tangan masih keras lagi hehe.. Saya tiru kartun kat pembalut makanan, maklum belum pandai reka doodle sendiri lagi. 
Banyak yang buat tutorial cara nak buat doodle ni.. belajar dari sana saja ^^.
Yang ni saya tiru kat majalah Asuh, bab buat bayang tu saya tak pandai sangat hehe.. Kata orang practice makes perfect kan. ^_^

Segmen : Jom Blogwalking

Assalamualaikum.
Jom join segmen blogwalking ni, syarat sangat mudah dan kalau ada rezeki boleh menang.. ^_^
klik > SINI <

Ais Krim Oreo Paling Mudah

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu semua, korang buat apa hujung minggu ni? Nak pergi kenduri kahwin tapi hujan lebat pula, biar bapa saja yang pergi hihi. Okey hari ni saya nak kongsi resepi ais krim yang sangatlah mudah sedap pula tu..pasti ramai yang dah mencuba kan, rasa lebih kurang saja dengan yang main beli punya. Hari tu saya ada buat ais krim juga tapi tak berapa nak jadi, yang ni alhamdulilah menjadi :). Resepi saya cari kat google, jom mulakan..
RESEPI : AIS KRIM OREO
Bahan-bahan :
2 1/2 cawan susu penuh krim Dutch Lady 
2 1/2 cawan Nestle coffee mate powder
1 paket biskut Oreo 
Cara-cara nak buat senang sabgat, masukkan susu Dutch Lady dan Nestle coffee mate dalam blender, kemudian blendkan 5 minit.
Lepas blend pindahkan dalam bekas, patah-patahkan biskut oreo bersama krimnya sekali tapi jangan letak banyak krim biskut tu. Bekukan sehingga 4 jam, keluarkan kemudian blend sekali lagi supaya adunan jadi lebih lembut. Bekukan lagi beberapa jam.
Taadaa..dah siap, bolehlah nikmati ais krim buatan sendiri..nyum.. selamat mencuba ^_^


Giveaway Akhir Tahun By Zharif & Diana

Assalamualaikum.
JOM JOIN KLIK BANNER!
Hadiah best menanti : 
Keychain 5x pemenang
Topup RM5 x5 pemenang
Topup RM10 x1 pemenang
Doodle single x2 pemenang
Full edit blog x1 pemenang
Topup RM5 x2 pemenang
Shawl x1 pemenang
Tasbih dari mekah x1 pemenang

CPUV # INTI Cycle 1 Degree

Assalamualaikum.
Sejuknya kat sini, hujan sepanjang hari tempat korang macam mana? Banyak yang update pasal cpuv, tadi tergerak nak buka akaun Nuffnang, Alhamdulilah Nuffnang baik hati bagi CPUV/BE.. 

Iklan kali ni datangnya dari INTI International University, Cpuv kedua untuk bulan disember.Terima kasih korang yang sudi berkunjung dan klik-klik iklan diblog ni, kalau dah klik bagi tahu kat cbox ya, nanti saya akan terjah blog korang klik iklan ^_^


December Giveaway by Fatin Diana

Assalamualaikum.

Klik banner untuk join.

Senarai hadiah :
Cash RM50 x 1, AuraWhite 400,000mg x 1, Jersey x 7, Peplum blouse x 3, Tshirt I ❤ Medan x 1, 2 keping shiseido mask x 2, Tote Bag Authentic Mango worth RM80 x 1, Jumpsuit x 1, Cardigan x 1, Felt brooch x 3, Bawal glitter x 2 + bracelet x 1, Header + Doodle x 2, dan voucher discount 10% untuk semua peserta.

December Giveaway ditaja oleh Fatin Diana, Abang Ensem, Red Delima, House of WNS, Nadratul Syazwana, Mai's Beauty House, Nur Cimi, Fariqan Afina, Jasple Boutique dan Nur Shahira.


Tamat 27 Disember 2013, 10 Malam.

Jemputan Kahwin

Assalamualaikum.
Musim cuti sekolah ni, banyak yang ambil peluang untuk melansungkan perkahwinan. Meriahnya bulan disember kan. Di kampung saya pun tak ketinggalan banyak kenduri kahwin. Kelmarin saja ada 3 kad jemputan kahwin diterima. 
20-21-22 disember 2013. 3 hari berturut-turut kenduri kahwin, wah kenyanglah nanti. Satu pertanyaan yang biasa bila terjumpa makcik-makcik dan kawan lama " kau bila lagi? (kahwin). Senyum kelat menjawab " tunggu saja kad jemputan " hehe.. Mesti korang pun banyak terima undangan kahwin kan.. ^_^

Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2013.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Blackout

Assalamualaikum.
Baru dapat buka blog, seharian tak dapat buka sebab elektrik tak ada. Semalam asyik menghadap laptop lupa pula nak cas.. Suis elektrik kat rumah tendang, dah dua kali berlaku semua mesin basuh punya pasal, tak pasal-pasal mesin basuh pula disalahkan. Semua orang dalam rumah ni pula tak ada yang berpengalaman pasal elektronik ni huu.. Boring sepanjang hari ni sebab nak buat apa pun tak boleh, tengok tv, online buat kek semuanya bergantung pada tenaga elektrik.. masa ni lah baru nak menghargai hmm.. Nasib baik ada kawan bapa, alhamdulilah jam 7 malam baru selesai kerja buat suis utama tu. Ni semua pasal saya lupa nak buang air dalam mesin basuh hari tu.. Semalaman air tu kat dalam, mengakibatkan wayar terkena air tu yang bila on mesin tadi pagi terus blackout.. Biasalah kalau barang elektrik lama memang kuat meragam.
P/s : Maaf seharian tak dapat blogwakling. Terima kasih sudi ke blog ni. ^_^

Petua untuk selesma

Assalamualaikum.
Sekarang ni cuaca tak menentu menyebabkan ramai yang mudah terkena virus selesma. Kat rumah adik-adik pun kena selesma, berjangkit pula kat saya. Saya ni tak suka pergi hospital dan makan ubat, kalau dah teruk sangat terpaksalah makan ubat. Kalau selesma ringan biasanya saya akan guna petua tradisional saja, meh saya share kat korang ^_^
Kurangkan batuk dan demam
Kenal tak nama tumbuhan ni? Inilah pokok jelai, ada orang panggil pokok tasbih. Di Sabah orang namakan pokok dalai. Buahnya boleh buat gelang dan macam-macam lagi. Pokok ni banyak kat belakang rumah, banyak kegunaannya terutama untuk demam selesma. 
Caranya ambil bahagian batang yang muda atau akar bersihkan kemudian rebus beberapa minit. Bila dah suam bolehlah diminum. Untuk batuk-batuk pun boleh kurang. 
Sakit tekak/leher
Campurkan sebiji limau dan sesudu madu asli dalam segelas air suam kemudian diminum.
Kahak dalam leher 
Campurkan asam jawa dan madu asli dalam air suam kemudian minum.
Moga tips yang dikongsikan dapat membantu korang yang selesma tapi tak suka makan ubat, kesannya lambat sedikit berbanding dengan ubat, tapi bahan semulajadi ni tak ada kesan sampingan kan. Kalau sakit tak sembuh juga silalah jumpa doktor. ^_^

Widget follower

Assalamualaikum.
Kelmarin hampir semua widget follower blog bermasalah..Kejap ada kejap tiada, saya pun risau juga terus letak widget follow blog kat tepi blog padahal dah ada kat menu tab hihi. Hari ni masalah widget follower dah ok. Tapi tadi buka blog, eh jumlah follower blog kurang seorang.. :(
 Yang ni follower masa pagi tadi
sekarang dah kurang seorang hmm.. Pernah jadi kat korang macam ni tak? 

WW # Menang T-shirt Akua Ekstrem

Assalamualaikum.
Alhamdulilah..menang t-shirt hasil join kuiz rancangan Akua Ekstrem. Korang kalau nak menang juga, tonton Akua Ekstrem di tv2 jam 5 pm tiap sabtu & ahad ^_^

Giveaway | New Year 2014 by Mya dan CB

Dengan kerjasama Craft & Beads,
kami akan melancarkan
New Year 2014 Giveaway
By
Mya Farisha
Craft & Beads
12/12/2013 – 4/1/2014


Klik banner utk join

Hadiah :
Top Referral : RM 20

Random (by lucky draw) :
Topup RM5 x4 | Handmade Bracelet (worth RM10) x2

Keychain x2 | Brooch Felt x2 | Bloglist x5

Genap setahun

Assalamualaikum.
Alhamdulilah dah genap setahun usia blog ni, kalau tengok dari entry pertama. Macam mana terjebak dalam dunia blog ni? Tak tahu nak cerita macam mana hehe, dulu berangan-angan nak ada blog sendiri sebab saya suka tengok blog orang, macam-macam yang boleh dikongsikan. Mulanya agak ragu-ragu juga nak buat blog ni sebab tak tahu nak tulis apa nanti, lagipun saya tak pandai sangat nak mengarang hehe. Kalau tulis pasal personal, tak ada yang istimewa pula nak diceritakan.. kat FB pun tak aktif update status-status ni.. Oleh kerana saya minat memasak, menjahit, mekap apa salahnya kalau sedikit ilmu yang ada dikongsikan melalui blog. Lagi satu saya tak tahu nak edit blog bagi cantik, mujur adik Izyan ada..thanks :).
Sepanjang bergelar blogger ni macam-macam yang saya dah pelajari.. Perkara yang paling berharga ialah dapat mengenali korang semua..sebab kat luar saya tak banyak sangat kawan. Alhamdulilah dalam setahun follower dah mencapai 1000 lebih, namun niat utama bukannya nak cari follower yang banyak semata. Terima kasih yang tak terhingga pada korang semua yang sudi jadi kawan saya dan terus berkunjung ke blog ini.. moga persahabatan kita semua terus berkekalan walaupun hanya di alam maya saja, tanpa korang blog ni takkan kekal sampai hari ini ^_^.

DIY Blouse Chiffon Layer

Assalamualaikum.
Terpikat dengan blouse sifon dari minniemouse boutique ni, cantik kan? sesuai dipadankan dengan pallazo, jeans atau skirt. Terus pasang angan-angan nak blouse macam ni.. Cuba-cuba jahit sendiri alhamdulilah menjadi walaupun tak secantik blouse kat atas tu huu, sekurang-kurangnya dapat jimat sikit. Kos untuk jahit sendiri RM 16.00 sahaja, nampak tak berapa ringgit dapat jimat hehe.. jom berDIY..
Proses menjahit blouse, pola lebih kurang macam baju kurung moden tapi bahagian belakang panjang sikit.
Dah siap pun, senang kan. Hari tu saya ada buat blouse simple boleh tengok SINI . Selamat berDIY ^_^
P/s : Tak berapa sihat, selsema menyerang hmm :(.. kerja blogwalking pun terganggu..

Hadiah GA dari KakNi

Assalamualaikum.
Hadiah KakNi dah sampai, sebenarnya dah beberapa hari sampai tapi baru kelmarin pergi ambil kat pos laju hehe. Alhamdulilah rezeki join Mini GA KakNi Edisi Tupperware..ni hadiahnya iaitu Natures Enhancement Gift Set.
 buka saja plastik terus harum semerbak wangi ^^
dapat set body wash yang sangat wangi, ada 3 jenis iaitu halia, citrus bilberry dan petal soft. Terima kasih KakNi, jom terjah ke blog KakNi ^_^ 

CONTEST KASIH EPHYRA ~ Phase 1

Assalamualaikum.
Hari ni saya nak join contest Ephyra dari kak Filla, harap sempat lagi :)
Pasti ramai yang dah tahu dan dah mencuba produk Ephyra ni kan? Rata-rata memberikan feedback positif, ternyata Ephyra ni memang hebat. Kenapa saya nak sangat mencuba produk Ephyra ni? Sebab saya tertarik dengan testimonial daripada pengguna-pengguna Ephyra, serta teringin nakkan kulit yang cantik, sihat dan yang penting kesihatan dalaman yang baik. siapa yang tak nak cantik kan? 
Tengok beberapa testimonial Ephyra yang saya ambil dari http://oceanlife2u.com/
testimonial _syikin_b
Jerawat
Semua mesti tak lari dari tumbuh jerawat kan, saya juga mengalami masalah ni..kadang-kadang sampai tinggalkan bekas yang sukar nak pudar. 
680287_229336790530500_1137763314_o-1024x508
Parut
Saya nampak gambar testimonial pasal parut ni, makin bertambah keinginan nak mencuba Ephyra. 
184445_312714222192756_195365764_n
Kulit kering
Saya pun mengalami masalah tapak kaki, bukan tumit pecah tapi kulit kering kena ekzema hari tu, saya ada terbaca tentang kulit yang kena ekzema ni pun boleh cantik, makin semangat nak mencuba Ephyra ni. Semua yang pernah mencuba Ephyra amat berpuas hati..Alhamdulilah.
Antara kelebihan lain selepas mengguna Ephyra ialah :
  • Meningkatkan keanjalan kulit, menjadikannya lembut dan berseri
  • Memperbaiki keadaan kulit daripada freckles dan kecacatan
  • Mencegah kedutan dan melicinkan garis-garis halus
  • Meningkatkan kualiti rambut lebih sihat, lembut dan berkilat
  • Memperbaiki sistem pencernaan dalam badan
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol
  • Meningkatkan tenaga dan tumpuan anda
  • But sistem imun anda
  • Membantu mengawal berat badan dan membantu dalam meningkatkan metabolisme anda
  • Melegakan artritis dan sakit sendi

Ramai yang cakap produk ni mahal, tapi harga dan kesan serta kandungan Ephyra ni memang setimpal. dan yang penting HALAL. ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain