Followers Tersayang

Raya pertama

Assalamualaikum.
Raya tahun ni tak banyak berjalan sangat, beraya sekitar kampung ja. Raya pertama bangun awal pagi untuk sediakan juadah raya, sebab saudara sebelah bapa nak datang lepas ziarahi kubur. Sempatlah sediakan 3 jenis masakan iaitu rendang ayam nogori, gulai ayam dan nasi mentega kismis. Bahagian sayur-mayur mama yang masak. Lepas tu siapkan diri dan bersalam-salaman dengan mama, bapa dan adik beradik. Adik yang sorang tak dapat balik, terpaksa beraya kat semenanjung.. tak dapat bayangkan perasaan bila tak dapat beraya bersama keluarga tercinta sob sob.. sabar ye dik. Gambar kami sekeluarga tak sempat nak ambil sebab masing-masing sibuk hihi.

Petang sempat beraya dua buah rumah iaitu rumah nenek dan pakcik.
 Beraya di rumah pakcik, tengah tu adik sepupu.
 dengan adik.
 Biskut kegemaran kita ada lah hehe.. tu yang warna hijau tu..
Raya pertama serba pink ^^.
Suka dengan landskap rumah pakcik ni tau, sebab dah macam taman bunga.. Sejuk mata tengok bunga yang banyak.. sayang tak dapat gambar semua bunga sebab hari dah malam. Tu jelah cerita raya pertama, tak ada yang menarik pun..  macam mana dengan raya pertama korang, mesti meriah kan ^^.
Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin.. ^^
*-auto publish-


4 comments:

Normi Nieza said...

selamat hari raya diela.:)

Thanks for kad raya.Terkejut sgt dapat kad raya dari diela...:)

tiey smilez said...

Salam Aidilfitri cik Diela. Wah. cun melecun gitu. Cantik :)

Jemput singgah My recent post : Hidangan KungFu Paradise Sedap!

mirza syazwina said...

kak dila cantik ^_^

Sya Mimie said...

Cntiknya dila.. :)
Seronok time raya ni sbb dpt berkumpul dgn sedara mara..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain