Followers Tersayang

Bun cheese

Assalamualaikum.
Petang korang.. dah minum petang? Tetiba hari ni rajin pula nak meroti maklum lah dah lama tak buat roti, lagi pun nak habiskan baki yis dan cheese hari tu takut nanti yis tu rosak pula. Untuk doh saya guna resepi roti naik dari Mat Gebu, tapi saya buat setengah adunan dan uli guna tangan ja. Jom semak resepi.. ^_^
Cicah roti keju dengan minuman panas petang-petang macam ni memang sedap.
RESEPI : ROTI NAIK 
SUMBER : TIFFIN BIRU
Bahan-bahan :
400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong (mat guna tepung gandum je)
250 ml air
50 g susu tepung
3/4 camca teh bread improver (yg ni resipi asal tak letak)
180 g gula perang (brown sugar) Mat guna 120 g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning (tak letak sebab habis stok)
*Parutan keju cheedar - saya tambah


Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat-bulatkan doh dan biar 45 minit atau naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
  2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat-bulatkan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik. *Taburkan parutan cheese atas bun.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.
Selamat mencuba ^_^.



Segmen First Annivessary Blog Asha Lya

Assalamualaikum.
Malam ni saya join segmen pertama dari blogger Asha Lya, segmen ni sempena ulang tahun pertama blog Lya. Moga Lya sentiasa success dalam dunia blog dan apa juga bidang yang diceburi. Jom ramai-ramai support segmen ni ^_^.

DIY #Bekas kerongsang

Assalamualaikum.
Sebelum ni saya simpan kerongsang dalam mana-mana bekas kosong, semua kerongsang disumbat begitu saja. Bila nak guna, susah benar nak cari sebab dah bercampur-campur. Banyak kerongsang yang dah rosak sebab batu tercabut dan patah.. sayang kan. Tetiba dapat idea nak buat tempat simpan kerongsang sendiri.
Bahan yang diperlukan macam dalam gambar atas ni. Okey jom mulakan projek DIY..
Memandangkan kotak kasut tu panjang jadi kenalah potong sedikit bagi kecil. Kemudian sesi cantikkan kotak, saya balut luar dan dalam kotak dengan pembalut hadiah baru nampak kemas sikit.
Dah siap pun kotak kita, lepas ni nak buat span untuk lekatkan kerongsang.
Senang ja cuma balut span dengan kain kemudian jahit, saya guna kain satin sebab kain ni lembut.
Lepas tu bolehlah lekatkan kerongsang kat span, susun mengikut saiz. Kan dah kemas nak cari kerongsang nanti pun senang sebab semua dah teratur ^_^. Selamat mencuba..

Blossom April Giveaway

Assalamualaikum.
[klik pada BANNER untuk join]

Senarai hadiah:

1st and 2nd Top Referral:
Set Facialcare Clarins bernilai RM100 ++ atau
Teddy Bear atau
Vintage Necklace atau
Jam Mustache

Cabutan bertuah:

4x Pin Shawl
2x Button Badge
5x Keychain
3x Bookmark

Hairclip
Brooch
Bracelet
Hairband
Tasbih Digital
Kipas Tangan

Obuse Liptint
Fridge Magnet
Beg Strawberry
Handphone Strap
Boboiboy Pencil Case
Lomocard Various Kpop Artist

Sambal sotong sedap

Assalamualaikum.
Lamanya tak update blog, semangat berblog makin kurang tambah-tambah lagi idea tak mari hmm.. apa pun saya nak ucap terima kasih pada yang masih sudi lawat blog ni walaupun tak ada entry baru. Hari ni saya nak share resepi sambal sotong, masak campak-campak ja.. sebenarnya ikut resepi tapi kuantiti bahan tu main agak-agak ikut selera sendiri hehe. Sambal ni sedap dimakan dengan nasi lemak, kalau nak resepi tengok dibawah.

RESEPI : SAMBAL SOTONG
SUMBER : YATIE MEMORIES

Bahan-bahan :
1 kg sotong (dibersihkan dan toskan)
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 biji bawang merah *
1/2 inci belacan  * 
2 sudu besar air asam jawa
1 cawan cili kisar
1 sudu besar kicap jalen manis
1/2 labu bawang besar (dimayang)
garam dan gula - secukup rasa
1 /2 cawan minyak untuk menumis
Cara-cara :
1. Rebus sotong separuh masak dan toskan.
2. Kisar bahan-bahan bertanda *.
3. Panaskan minyak didalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar dan cili kisar hingga wangi dan pecah minyak.
4. Masukkan kicap, garam, gula dan sedikit air. Kacau rata-rata.
5. Masukkan sotong, bawang besar yg di mayang dan jus air asam jawa. Gaulkan sebati.
6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa masam, manis dan masinnya, tutupkan api.
7. Setelah siap, angkat dan bolehlah dihidangkan. 
Selamat mencuba ^_^.

Segmen Blogwalking By DayangDeno

Assalamualaikum.
http://www.dayangdeno.com/2014/04/segmen-blogwalking-by-dayangdeno.html
KLIK BANNER
Malam ni saya join segmen DayangDeno, jom join ramai-ramai boleh tambah kenalan blog sambil blogwalking ^_^. 

Sample free

Assalamualaikum.
Siapa yang tak suka barang free kan, walaupun barang tu hanyalah free sample. Saya memang suka isi mana-mana yang tawarkan sample free ni, tapi satu ja masalah iaitu peti surat, kan barang sample free tu dihantar guna pos biasa.. kalau guna alamat kampung ni sikit kadang-kadang barang tu tak sampai, kalau sampai pun dah dibuka hmm. 
Nasib baik Mr.F sudi pinjamkan alamat, kumpul banyak-banyak barang sample free lepas tu pos sekali guna pos laju hehe terima kasih ya. Ni lah harta karun yang saya dapat kelmarin hehe.. dalam kotak  ni ada sample free, pemberian rakan blogger dan coklat hehe. 
Sample free yang dah dikumpul setakat ni, susu anmum tu tak tahu nak bagi siapa, saya paling suka kalau dapat beauty stuff. Korang yang nak sample free boleh ke website ni Only beauty , Malaysia freebies, Hokangtao. ^_^

Meatball ala IKEA

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu semua akhirnya dapat juga buat meatball ala ikea ni, korang yang pernah pergi ikea mesti tahu masakan ni kan, saya ja yang belum pernah pergi sob sob. Sedap sangat rupanya resepi ni, dah lama adik Qila comel request resepi meatball ni tapi baru hari ni terbuat hehe.. apa pun jom semak resepi.
Ada yang kurang kat situ iaitu kentang, takpa makan dengan nasi pun sedap..
RESEPI : MEATBALL ala IKEA
SUMBER : HANA MEMORIES
Bahan-bahan
Bahan Meatballs

1 peket meatballs (hana guna jenama Marina) - saya guna jenama Ramly
2 sudu besar butter
2 sudu besar air
sedikit minyak masak
Bahan Sos
1/2 biji bawang besar holland (kuning) - potong dadu
1/2 batang saderi - potong dadu
2 cawan air
2 sudu besar susu segar/susu cair
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum - bancuh air sedikit
1 setengah ketul kiub pati ayam (boleh juga cecair pati/stok ayam)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat - bergantung kehitaman yg dikehendaki
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil sos lea perrin - optional
gula secukupnya

Bahan sampingan
kentang goreng,  kentang rebus butter&mayonis, brokoli rebus, carrot rebus.

Cara-cara
  1. Rebus air dengan bawang dan juga batang saderi hingga mendidih. Kemudian tapis dan rebus semula air rebusan tadi. 
  2. Masukkan semua bahan lain kecuali tepung gandum. Biarkan mendidih sebentar. Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau sehingga sos pekat. Perasakan dengan sedikit gula secukup rasa,(garam tak perlu sbb dah masin). Matikan api.
  3. Untuk grill meatball - Panaskan dua sudu besar butter dan sedikit minyak masak (hana guna kuali non-stick). Grill meatball hingga masak. Kecilkan api, masukkan 2 sudu besar air dan tutup kuali sebentar sehingga air kering. (tips supaya meatball juicy) kemudian angkat. (lagi satu tips jangan masak terlalu lama, meatball akan keras)
  4. Cara hidangan - Sediakan meatball ke dalam pinggan bersama-sama bahan sampingan. Tuangkan sos lada hitam dan sedia dihidang.
Selamat mencuba ^_^

Grand Opening Giveaway by HaneulAfiqah

Assalamualaikum.
Malam ni nak join giveaway dari Ika, giveaway ni sempena pembukaan online shop pertama Ika dan tunangnya yang diberi nama NUTRITION'S CAFE, moga berjaya dalam bisnes. Jom ramai-ramai support GA Ika, nak join klik banner ^_^. Maaf saya tak ada akaun instagram..

Short Segmen by Sally Samsaiman

Segmen ni sally buat sempena nak buat GiveAway utk barang-barang yang ada sally mention dalam entry SINI...so, saje nak pancing...nak tengok market...kalau ramai yang yg join nanti sally buat GA pulak..okay..?



Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog SallyAdd To Circle Google+ Sally, dan Like Fanpage Sally
  2. Klik 1,2,3,4.
  3. Like Page My Beauty Herbs & Like gambar SINI.
  4. Buat satu entry bertajuk Short Segmen by Sally Samsaiman.
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
P/s : Jom join ramai-ramai ^_^.

Mee hoon goreng #menu petang..

Assalamualaikum.
Petang-petang macam ni rasa lapar pula, orang lain menu petang makan kuih atau minum teh.. saya pula makan mee hoon hehe.. takpa sekali-sekala tak salah kan. Resepi ni senang saja, campak-campak ja bahan yang korang suka.. saya letak telur dalam mee ni, kalau korang nak letak ayam, udang atau daging pun boleh ja. Okey jom semak resepi simple ni..
RESEPI : MEE HOON GORENG
Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon - celur dan toskan
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu makan cili giling
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 ulas bawang merah -tumbuk
2 biji telur
Sayur kobis -hiris
Garam
Serbuk lada sulah
Serbuk pati ayam
sedikit air
Minyak
Cara-cara :
  1. Pukul telur dengan sedikit garam, serbuk pati ayam dan serbuk lada sulah, panaskan kuali dan goreng jadikan telur dadar, bila dah sejuk potong nipis-nipis dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau, kemudian masukkan cili giling, sos tomato dan sos cili. Kacau sehingga cili masak. 
  3. Tuangkan sedikit air supaya bahan tumisan tadi tak hangus. Tambahkan serbuk lada sulah, garam, serbuk pati ayam dan mee hoon. Kacau dan masukkan sayur kobis, akhir sekali taburkan telur dadar tadi ke atas mee.. Hidangkan panas-panas selamat mencuba ^_^.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain