Followers Tersayang

Mrs Erry 2nd Giveaway

Assalamualaikum.
KLIK BANNER
Jom ramai-ramai join dan support giveaway ni.. seramai 21 pemenang di cari. 
*maaf saya tak ada akaun instagram..
 ^_^

Penghargaan #Hadiah giveaway

Assalamualaikum.
Entry ni untuk penghargaan kepada sponsor hadiah yang telah saya dapat hasil join giveaway. Hadiah pertama saya dapat dari Mini February Giveaway , menang top referral.. terima kasih Ain :) Kalau nak tahu giveaway terkini jom ke blog beliau klik SINI.
Hadiah Natural Bamboo Slimming Suit
Hadiah kedua datangnya dari 1st giveaway by Nadia Dscarnia menang hadiah baju inner black. Terima kasih Nadia..
Hadiah topup rm 15 dari join first topup giveaway by Adeen Closets. Alhamdulilah terima kasih semua sponsor hadiah ^_^. Kalau ada masa jom terjah blog mereka..

Shopping kasut online

Assalamualaikum.
Berlambak website shopping online sekarang ni kan, cuma kena bijak lah pilih tempat mana yang menawarkan harga berpatutan. Bagi korang tengah cari kasut atau beg jom ke website ni.
Kira berpatutan juga harga kat sana.. banyak pilihan beg dan kasut yang cantik-cantik tau sampai rambang mata nak memilih.. selain tu ada juga jual pakaian tapi tak banyak lah.
Hasil shopping.. *kasut kelabu tu bukan saya punya hihi..
Mula-mula nak beli sepasang kasut ja, tapi tak boleh.. kena ambil 3 barang baru boleh sebab kebanyakan barang kat situ pre order. Barang ni sampai dalam seminggu lebih, beg tu ready stock.. Jom lah ke Snow Fahsion Shop mana tahu ada yang berkenan.. 
P/s : Oh ya siapa tahu kat mana nak shopping shawl halfmoon yang murah? nak borong tudung untuk hari raya nanti hehe..^_^..

Sotong goreng kunyit

Assalamualaikum.
Hari ni nak kongsi resepi sotong, saya masak main campak-campak ja ikut resepi sendiri hihi. Letak mangga muda belah dua tambah sedap.. krupp krrap bunyinya bila makan hehe.. Kalau nak resepi jom semak kat bawah.
RESEPI : SOTONG GORENG KUNYIT
Bahan-bahan :
400 gm sotong - potong bulat
1 labu bawang besar - potong
Daun bawang - potong
1 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 cm halia * (* tumbuk )
Serbuk kunyit
2 biji mangga muda - Belah dua
2 biji cili padi - hiris
Sos tiram
Serbuk pati ikan bilis
Garam
Gula
Minyak
Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili padi, mangga, sos tiram, serbuk kunyit dan hirisan bawang besar. Kemudian masukkan sotong, daun bawang dan bahan perasa.. gaul sehingga masak. Masakan ni enak dimakan bersama nasi panas, selamat mencuba ^_^.

Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih

Assalamualaikum.
Jom join giveaway dari blog Pancing Elih J, syarat penyertaan sangat mudah dan hadiah pun menarik. 

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi adalah seperti berikut;
Tempat Pertama: 1 X RM100
Tempat Kedua: 1 X RM60
Tempat Ketiga: 1 X RM40
Hadiah Saguhati: 5 X RM20
Tarikh tutup : 4 Jun 2014.

DIY #Bantal untuk kucing

Assalamualaikum.
Petang korang, siap juga bantal untuk meow kat rumah ni.. buat satu ja cukup lah untuk meow seekor ni yang suka sangat tidur atas beg laptop yang saya buat hari tu.. habis comot penuh bulu segala, nak marah kasihan pula. 
Tengok bukan main lena lagi si piying tidur atas beg laptop tu, gambar kuning sebab kena cahaya lampu dalam bilik.
Saya guna kain perca baki langsir kawan yang saya jahit hari tu.. Guna fabrik jenis satin supaya bulu kucing tak mudah lekat. Gunting bentuk segi empat lepas tu jahit. Selang selikan warna kain supaya nampak cantik.
 Lepas siap cantum, ukur saiz bantal yang korang kehendaki kemudian jahit.
Lepas siap jahit sarung bantal tu, bolehlah sarungkan kat bantal.. Bantal tu bantal kitar semula tau, sebab kita guna bekas balut buah untuk isi dalam bantal.. *ni semua idea mama saya hehe..
Yeah!! Dah siap pun tengok meow pun gembira, siap posing lagi depan kamera.. Hari ni cik black dah selamat beranak 3 ekor semuanya.. bertambah lagi lah kucing di rumah. ^_^

The Liebster Award by Cik Itah

Assalamualaikum.
Saya telah di tag oleh Cik Itah untuk  The Liebster Award, baru hari ni berkesempatan buat entry.. saya akan cuba jawab semua soalan yang diberikan.

1. Gambarkan diri anda dalam tiga perkataan. 
   Pemalu, peramah, suka buat sesuatu yang kreatif.
2. Usia blog anda? 
   Usia blog saya lebih kurang setahun enam bulan lebih gitu..
3. Berapa kali kah anda pernah jatuh cinta? 
  2 kali rasanya.
4. Pernah rasa rindu dengan seseorang dan bagaimana anda menghadapinya? 
 Pernah.. cara nak hadapi sms tanya khabar hehe..
5. Apakah perkara yang paling anda suka buat? 
   Banyak sebenarnya, saya suka mekap, menyanyi, menjahit, memasak dan banyak lagi..
6. Siapakah yang menjadi inspirasi anda dalam sesuatu perkara? 
  Semestinya mama saya.
7. Bagaimanakah anda menghadapi sesuatu yang mengecewakan anda? 
  Cuba berfikir secara positif dan kaji apa penyebab gagal.
8. Apakah perkara yang pernah terjadi yang anda tidak dapat lupakan sehingga kini? 
   Hampir pengsan akibat jatuh basikal masa budak-budak.
9. Jika diberi peluang, anda nak jadi apa? 
  Nak jadi businneswoman ada perniagaan sendiri.
10. Jujur..blog Cik Itah lambat loading kah? 
   Blog Cik Itah cepat loading..
11. Anda mengenali sy dengan nama itah. agak-agak anda boleh teka tidak nama sebenar sy,  Tekaan anda? p/s nama ayah tidak perlu. 
  Siapa ya.. erm.. Masyitah kot atau Rozitah mesti salah kan, maaf kalau salah teka..

Terima kasih ya Cik Itah sudi tag saya ^_^.

Murtabak maggi untuk sarapan

Assalamualaikum.
Pagi korang.. dah sarapan? Mestilah sudah dah nak dekat tengah hari pun kan.. Pagi ni saya buat murtabak maggi untuk sarapan, resepi yang sangat mudah dan cepat disediakan. 
2 bungkus maggi dapat 5 keping murtabak memang kenyang, makan kongsi dengan adik. Mesti ramai yang tahu nak buat kan, takpa saya nak share juga resepi ni kot ada yang nak cuba kan hehe..
RESEPI : MURTABAK MAGGI
Bahan-bahan :
2 bungkus maggi kari
4 biji telur
4 batang sosej - potong dadu dan dicelur
1 labu bawang besar - potong dadu
Bawang merah - tumbuk
Bawang putih -tumbuk
Daun bawang - cincang
Serbuk lada hitam
sedikit rempah kari daging
Minyak
Cara-cara :
  1. Asingkan maggi dengan perencah, celur maggi tos dan sejukkan. 
  2. Kemudian masukkan kesemua bahan kecuali minyak dalam satu mangkuk besar lepas tu gaulkan sehingga sebati. 
  3. Sediakan kuali non stick, panaskan minyak kemudian tuangkan bahan tadi, agak-agak ya jangan tuang semua nanti lambat masak pula. 
  4. Guna api yang sederhana, bila bahagian bawah dan masak terbalikkan sekejap dan angkat. Murtabak ni sedap dimakan panas-panas. Selamat mencuba.. ^_^


Beli bunga ros..

Assalamualaikum.
Lamanya tak update blog, siapa antara korang yang suka bunga ros @ mawar ? Mesti ramai yang suka kan terutamanya kaum hawa. Dulu mama saya ada tanam pokok bunga ros tapi jenis kecil lah warna pink, sekarang dah tak ada dah pokok ros tu, agaknya sebab malas nak jaga tu yang layu hihi. Hari tu jalan-jalan ke pekan dengan adik lepas tu singgah sekejap kat pasar malam, tertarik pula pada bunga yang makcik jual ni.. macam-macam jenis bunga ada. Paling tertarik sekali pada bunga ros yang besar dan warna-warni.. rambang mata nak pilih warna, last-last ros kuning dan merah jadi pilihan.
Setangkai 3 ringgit, menyesal tak minta diskaun.
Ros merah 
Ros kuning
Hati-hati dengan duri yang tajam.
Dah tanam pun bunga ros ni, harap-harap menjadi lah boleh juga buka bisnes jual bunga hehe.. ^_^.

Giveway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com


Assalamualaikum




Buat julung kalinya mama melancarkan Giveway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai  beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang. 

Follow Blog :


Like Page :



Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada  12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang 
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M  dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain