Followers Tersayang

Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com


Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com bermula pada hari ini sahaja, 19 Julai 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

20 blogger yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan akan menerima kad raya dari Mia Liana. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Julai 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

DIY # Jahit lace dan manik

Assalamualaikum.
Baju dah siap jahit sekarang nak hias pula.. jom jahit manik dan lace. Mana-mana baju raya tahun lepas boleh lah jahit lace dan manik pasti tambah menarik, mana tahu boleh pakai semula. Pasti tak ada yang perasan baju tu baju lama sebab mata lebih tertumpu pada lace dan manik yang kita jahit hehe..
Baju warna biru + pink, warna lace yang sesuai ialah pink. Ni sebelum jahit manik, nampak simple kan.
Guna manik pearl pelbagai saiz dan warna, tambah bunga fabrik supaya nampak menarik.
 Siap pun jahit manik sekarang dah boleh jahit lace pada kain baju..
Sebelum dan selepas jahit manik. Selamat berDIY ^_^.

Baju raya idaman

Assalamualaikum.
Suka sangat design dress macam ni, simple tapi menarik. Kain dah beli tapi belum jahit.. satin biasa saja, bukan macam material dalam gambar ni, mereka guna kain satin silk. Satin silk ni agak mahal sikit tapi sangat cantik dan sesuai untuk pengantin. Kalau untuk raya satin biasa pun dah cukup memadai hehe..
Cantik kan.. ^_^. 
Cuci mata lagi.. *_*
 Kalau lah pandai jahit dress macam ni kan bagus.. berangan ja hehe..
Gambar kredit to : HANA BELLA

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

Assalamualaikum.
Memang seronok shopping kat Nile.com.my sebabnya macam-macam barang dijual seperti pakaian wanita dan lelaki, buku, beg serta barangan lain. Harga pun berpatutan malah servis pun ok.. Saya baru pertama kali shopping di Nile.com.my ni memang terbaik.. order hari ni esok dah sampai.
Sekarang ni Nile.com.my mengadakan promosi penghantaran percuma bulan Julai ni, bestnya kan.. untuk info klik bawah.
Nile.com.my juga mengadakan contest sempena hari raya Aidilfitri ni. Antara hadiah yang bakal dimenangi :
2 x Pemenang Bertuah akan mendapat RM300 tunai
4 x Pemenang Bertuah akan mendapat RM100 tunai
Bestnya kalau dapat rm 300.00 tu, kalau dapat nak buat apa ya? 
1. Saya nak shopping beg dan maxi dress kat Nile.com.my  untuk mama saya nak belikan beg macam gambar bawah ni dah pilih awal-awal lagi hehe..
Nak beli set maxi dress macam ni, cantik je tengok Felexia Yeap pakai hehe..

2. Lepas tu nak bagi duit raya kat 3 orang adik saya, tak tahu lagi berapa jumlah nak bagi.. Sebabnya mereka ni rajin tolong kat dapur.. kiranya sebagai hadiah lah kan.. baru diorang tambah lebih rajin lagi lepas ni.

3. Kalau ada duit lebih saya nak simpan dalam bank untuk kegunaan masa depan.
Nak tahu lebih lanjut klik sini. Tarikh tamat 21/07/2014, 11.59pm.

Saya Nak Kad Raya By Cik Akak

Assalamualaikum.
Jom join segmen nak kad raya by Cik Akak comel boleh dapat kad raya free ^_^
tamat 09/07/2014 jam 2.00 pagi.

DIY #Bunga kain

Assalamualaikum.
Jom berDIY petang ni, kali ni saya nak kongsi cara buat bunga fabrik yang sangat senang. Rasanya ramai yang dah tahu kan hehe, dekat-dekat nak raya ni alhamdulilah macam-macam idea DIY datang cuma perlu kerajinan ja nak buat. Okey jom mulakan..
Antara bahan-bahan yang diperlukan, oh ya saya guna fabrik sifon. Kalau nakkan bunga yang besar, korang potong lah kain tu panjang dan lebar sedikit ya.
Gunting kain tu macam dalam gambar atas ni, kemudian bakar bahagian tepi kain supaya nampak kemas bila jahit nanti (part ni agak leceh sikit hehe..).
Dah siap bakar bolehlah jahit, kemudian tarik benang tu sampai jadi bentuk bunga. Hiaskan dengan manik.
Dah siap bolehlah jahit kat tudung atau baju raya korang. Macam gambar sebelah kanan saya jadikan bunga tu sebagai hiasan kat shawl, tambah patch lace dan pearl dah jadi cantik.. Selamat mencuba ^_^.

Tuna roll

Assalamualaikum.
Hari ni saya nak kongsikan satu resepi roti iaitu tuna roll.. boleh lah buat untuk menu berbuka puasa nanti pasti anak-anak suka. First time buat tuna roll ni, wah memang sedap rasa nak buat banyak kali pula hehe.. selalu beli dekat kedai bakery dalam harga rm2.00 gitu. Resepi saya ambil kat blog CMG, tuna roll beliau lagi cantik tau.. selera nampak. jom semak resepi..
RESEPI : TUNA ROLL
SUMBER : TIFFIN BIRU

Bahan doh :
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

Bahan inti tuna :
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan
Parutan keju cheddar secukupnya
Cara-cara : (saya guna kaedah lain : (uli pakai tangan) )

  1. UNTUK DOH : Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN: Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH : Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan dan tabur juga parutan keju (tinggalkan sedikit untuk ditabur nanti). Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai), parutan keju cheddar dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya..
Selamat mencuba ^_^.

DIY # Skirt chiffon A line

Assalamualaikum.
Sekarang ni saya lebih suka pakai skirt berbanding jeans kalau nak keluar shopping ke atau ke mana-mana, sebabnya selain selesa masa nak bersiap pun kejap ja. Ok lah petang ni saya nak kongsikan cara nak buat skirt sendiri, selama ni asyik beli ja kan.. apa salahnya cuba buat sendiri. Skirt ni jenis A cut, maknanya taklah kembang sangat macam circle skirt tu. Okey jom mulakan..
Pastikan sediakan bahan jahitan terlebih dahulu:

  • kain sifon 2.5 meter, 
  • Benang biasa
  • Benang elastik
  • Pembaris
  • Kapur jahit
  • Pita pengukur
Pola skirt ni lebih kurang macam ni..


Mula-mula ukur labuh dan lebar skirt korang kemudian tandakan dengan kapur.
Lipat kain menjadi dua bahagian kemudian lipat sekali lagi *err..harap korang faham ye. Ini bertujuan bagi memudahkan proses menggunting nanti. lepas tu boleh lah gunting..
Bila dibuka akan dapat bentuk macam ni untuk dua bahagian, oh ya jangan lupa kain untuk bahagian pinggang ya. Garisan yang berwarna hijau tu cantum dan jahitkan.. manakala garisan putih tu bahagian bawah skirt kena jahit secara berasingan,
Untuk bahagian pinggang pula saya jahit guna benang elastik, kalau nak gantikan dengan getah pun boleh juga. Selesai jahit cantumkan bahagian pinggang dengan skirt.
Dah siap pun skirt kita..
Dah boleh dah pakai jalan-jalan.. Selamat mencuba korang, harap korang dapat faham tutorial ni ya ^_^.










Blog berwajah baru

Assalamualaikum..

Alhamdulilah hari ni dah masuk hari ke 5 kita berada di dalam bulan ramadhan, selamat berpuasa saya ucapkan. Lama juga tak update blog ni, dah berhabuk dah pun.. Semangat berblog dah makin kurang.. idea mengarang langsung tak timbul hurmm..

Perasan tak ada yang lain dalam blog ni hehe.. yeay! blog dah bertukar wajah.. Terima kasih pada kak Kathy R'bain kerana berjaya editkan blog ni.. warna tema tetap kelabu dan putih cuma tambah sikit warna biru. Saya memang suka yang simple dan yang paling penting loading cepat.. eh blog ni loading cepat tak korang? ^_^

Moga dengan blog berwajah baru ni semangat berblog pulih kembali ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain