Followers Tersayang

Shawl manik

Assalamualaikum..
 
Minat pula dengan shawl manik macam ni, simple.. rasa macam nak buat sendiri. Cari ja mana-mana shawl plain yang ada lepas tu jahit manik.. jimat tak payah beli baru.
Kena selongkar almari lah jawabnya ni.. apa pun kalau menjadi nanti saya buat entry ya :)..

Segmen Blogwalking Bulan Kemerdekaan

Assalamualaikum..
Pagi ni nak join segmen blogwaling bulan kemerdekaan dari blogger Sya Mimie, segmen ni bermula 23 Ogos sehingga 31 Ogos 2014. Jom ramai-ramai memeriahkan segmen ni :).
Selamat menyambut hari Merdeka !

Sarapan bun sosej

Assalamualaikum.
Selamat pagi, dah sarapan? Pagi ni sarapan bun sosej yang saya buat kelmarin, sampai pagi pun masih tetap lembut. Saya guna resepi doh dari Kak Nor@ Secubit garam, manakala hiasan atas bun letak suka hati apa pun jom semak resepi.
RESEPI: BUN SOSEJ
SUMBER : SECUBIT GARAM
Bahan doh:
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm 
water roux
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening
Cara-cara :
Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.
**saya uli guna tangan ja..

WATER ROUX(menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
30gm tepung gandum
150ml air
Cara-cara:
Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.
Boleh letak sosej, crab stik, sos, mayonis dan daun bawang di atas bun, letak banyak lagi sedap.. Bakar pada suhu 180C selama 25 minit atau sehingga masak. Klik SINI dan SINI untuk resepi roti sosej yang lain. Selamat mencuba ^_^.
 


 

Cerita Raya

Assalamualaikum.
Masih lagi dalam bulan Syawal, dah akhir bulan syawal baru timbul kerajinan nak menaip entry raya. Ni cerita raya ketiga, di mana sambutan raya keluarga sebelah mama di adakan di rumah nenek & datuk. Semua anak, cucu dan cicit nenek bergotong- royong menjayakan rumah terbuka ni.. Kerja memasak dan sebagainya di buat kat situ juga. Tabik pada makcik-makcik sebab sanggup tak cukup tidur menyiapkan juadah. Saya sempat juga siapkan dua jenis kek iaitu kek gulung pandan dan kek bluberry cheese, tapi buat kat rumah. Tema raya kali ni warna oren, jom layan gambar-gambar raya kami..
Gabungan dua keluarga adik perempuan mama.
 Keluarga abang mama
dengan mama dan adik-adik, tapi  kurang 4 orang iaitu bapa, adik perempuan dan dua adik lelaki.
 si darah manis Rina
sepupu-sepupu yang peramah dan cantik
Atuk @ aki dengan cucu-cucunya, nenek masa ni sibuk layan tetamu.
dengan Pika@ Pikachu yang cantik.
lapar pula tengok gambar ni, tengah makan mee kari.. abaikan mata sembab tu hehe..
Alhamdulilah, majlis sambutan rumah terbuka berjalan lancar dan meriah bila semua saudara-mara berkumpul.. mudah-mudahan tahun depan diberikan umur panjang agar dapat merasai nikmat syawal sebegini lagi.. Amin.
^_^
 


DIY # Hias cekak comel

Assalamualaikum.
Hari tu ada nampak orang post satu gambar cekak kat FB, cekak untuk pakai kat tudung.. Nampak comel pula tengok orang pakai.. Terus timbul idea dan kerajinan nak buat cekak macam tu. Okey jom mulakan projek DIY..
Ni antara bahan-bahan yang diperlukan, saya hiaskan dengan manik pearl dan bunga fabrik, tutorial bunga fabrik boleh tengok kat sini.
Sesi menjahit manik crumble kat riben satin, jahitan manik masih perlu diperbaiki lagi hehe. Lepas tu tambahkan bunga fabrik bagi nampak comel sikit. Kalau nak letak hiasan lain pun boleh, terpulang pada kreativiti masing-masing.
Kemudian bolehlah lekatkan manik yang dijahit tadi pada cekak, sebelum tu kenalah balut cekak tu dulu supaya kelihatan kemas.. Hati-hati semasa mengunakan gam pistol ya.
Dah siap pun cekak kita, mudah bukan?
Selamat mencuba ^_^.



Segmen Tingkatkan Trafik Blog by Irsyahealthyhouse

Assalamualaikum.
Segmen Tingkatkan Trafik Blog By Irsyahealthyhouse.blogspot.com
Lamanya tak join segmen, jadi hari ni saya nak join segmen by Irsyahealthyhouse. Jom ramai-ramai support segmen ni sambil tu boleh berkenalan dengan follower yang lain, boleh klik banner kat atas ni untuk join. 

Kek chiffon oren

Assalamualaikum.
Banyak-banyak resepi yang ada dalam blog ni resepi kek oren ni lah agak popular sebab hari-hari ada keyword resepi ni Alhamdulilah. Banyak peminat kek oren rupanya.. Jadi kali ni saya nak kongsikan resepi kek oren tapi versi kek chiffon. Resepi saya belajar daripada youtube.
RESEPI : KEK OREN CHIFFON
SUMBER : KITCHEN TIGRESS

Bahan-bahan : 
Bahan A
60 gm kuning telur
50 gm gula kastor
80 gm minyak jagung
65 gm jus oren
100 gm tepung kek * 
¾ tsp baking powder *

¼ tsp garam * ( bahan * satukan dan ayak)
15 gm parutan kulit oren
Bahan B:

180 gm putih telur
⅓ tsp cream of tartar
50 gm gula kastor

Cara-cara:

  1. Panaskan oven terlebih dahulu 200C. 
  2. Pukul kuning telur dan gula kastor hingga kembang dan pekat kemudian masukkan minyak jagung dan jus oren. Pukul lagi sehingga pekat seakan-akan mayonis. Masukkan parutan kulit oren, tepung gandum, baking powder dan garam yang telah di ayak. Kaup balikkan guna spatula, jangan terlebih kaup.
  3. Dalam mangkuk lain yang bersih, putarkan putih telur sehingga berbuih. Tambahkan cream of tartar dan gula kastor, putar sehingga bertanduk.
  4. Ambil adunan putih telur kemudian kaup balikkan dalam adunan kuning telur tadi dalam 3 peringkat. Hentak-hentakkan adunan bagi mengeluarkan udara yang terperangkap dalam adunan.
  5. Masukkan dalam oven, letakkan di bahagian rak bawah oven. Kurangkan suhu kepada 180C, bakar sehingga kek berwarna keemasan selama 20 minit. 
  6. Letakkan dulang pembakar di atas ketuhar untuk menyekat haba dari bahagian atas ketuhar. Teruskan bakar hingga kek kelihatan coklat dan sedikit kenyal apabila ditekan, 20-25 minit lagi.
  7. Keluarkan daripada oven dan sejukkan di atas redai.

Kek chiffon oren ni memang lembut dan tak muak walaupun makan banyak, tak percaya cuba lah buat. Selamat mencuba ^^.

DIY #Dress ala Hana Bella

Assalamualaikum.
Ingat tak entry tentang baju raya idaman saya hari tu, nak sangat dress ala-ala Hana Bella ni.. nak beli tapi budjet pula tak cukup.. nak tak nak kenalah jahit sendiri sebab kain dah beli.. sayang pula kalau tak guna.
 Cantik kan *_*..
Sanggup bersengkang mata demi nakkan dress macam ni, saya belajar dari blog jahitan dan youtube ja. Saya tak pandai nak terangkan satu-persatu tutorial untuk dress ni, saya bagi link ja eh.. nanti korang klik..
Untuk pola badan klik kat sini .
Pola skirt saya belajar kat youtube klik sini.
Pola dress ni lebih kurang pola peplum dan dress princess cut. Saya ikut pola princess cut tapi setakat paras pinggang, skirt pula jenis full circle.. memang kembang. Gambar di atas merupakan pola depan dan belakang, ada perbezaan sedikit ya. Oh ya saya guna kain satin valentro, suka kain ni sebab tak berkilat, lembut, terletak dan selesa.
Dah siap cantum bahagian depan dan belakang (1), jahit zip sorok pula (4). Kemudian jahit lengan baju, saya buat jenis lengan berkedut dekat bahu baju (3) tutorial klik sini.
Dah siap pola badan, bolehlah cantum kan bahagian skirt. Lengan saya buat jenis bercuff, jahit guna tangan dahulu sebelum guna mesin jahit takut tersilap hehe.. Agak rumit juga nak siapkan baju ni, banyak juga halangan antaranya lace tu. Lace beli on9 tapi pos laju lambat maklumkan jadi lace sampai 2 hari sebelum raya, kelam-kabut gantikan lace yang saya dah jahit sedia.. akibatnya kain rosak.. untuk tutup kesan tu saya tambah batu lip lap kat tepi lace..
 Alhamdulilah siap juga akhirnya baju idaman walaupun tak secantik mana pun tapi yang penting gembira dengan hasil tangan sendiri.. Harap entry ni dapat membantu bagi yang nak belajar jahit dress sendiri ^^.
P/s : Hari tu ada yang tanya saya jual pola blouse atau tak, sebenarnya saya tak jual maaf ya :)..

Produk Review : Aloe Vera + Vitamin E Mask by Scheming

Assalamualaikum.
Lama tak buat entry tentang produk review kan, sebab saya dah jarang beli produk baru hehe.. Puasa hari tu ada masuk kat Watson, konon nak beli pencuci muka dan pelembab saja tapi terbeli lebih pula yang tak ada dalam list barang hehe.. Wanita kalau dah masuk satu kedai kecantikan memang tak sah kalau tak belek-belek barang kecantikan lain kan.
Terbeli pula mask ni -_-'.
Masa puasa kita kurang minum air kan jadi kulit pun akan rasa kering, pelembab lah penyelamat kulit kita.. Tulis kat situ mask ni dapat melembabkan kulit, terus exited nak beli hehe. Mask ni dari Taiwan, mengandungi vitamin E dan aloe vera yang sangat bagus untuk kulit.
Selepas cuci muka, pisahkan mask daripada plastik kemudian letakkan kat muka.
Biarkan selama 20-30 minit kemudian tanggalkan. Lebihan essence mask ni boleh dap-dapkan ke kulit muka, lepas tu boleh lah dibilas.
Hasil review :
  • Lepas pakai mask ni kulit rasa sejuk dan tak kering dah..
  • Kulit jadi lembut.. suka ^^
  • Mask ni kalau lepas pakai tak cuci, tak akan rasa panas macam mask yang lain.
  • Bau lembut
Bolehlah cuba mask ni harga dalam rm 5.++ gitu..
Terima kasih sudi baca ^^.

Kek Swiss Roll Zirafah

Assalamualaikum.
Makin suka pula nak buat kek gulung ni, bila tengok kat google pelbagai corak kek swiss roll yang comel-comel belaka, terus semangat nak terus belajar buat kek ni makin bertambah. Bahan yang digunakan tak lah banyak mana pun, masak pun cepat.. filling boleh letak ikut suka, nak letak krim ke, jem, coklat dan sebagainya. Jadi kali ni saya nak kongsikan resepi kek gulung corak zirafah yang saya ambil dari blog Resepi Citarasawan, kek yang Kak Wan buat sangat lah cantik, suka tengok hasil tangan beliau.
Kek swiss roll yang tak berapa nak corak zirafah hehe.. saya letak krim dengan bluberry filling, sedap dimakan sejuk-sejuk. Okey jom semak resepi kat bawah..
RESEPI : KEK SWISS ROLL ZIRAFAH
Bahan-bahan :
Adunan Coklat
Bahan A
3 biji kuning telur
15 gm gula kaster
60 ml air
40 ml minyak mazola / minyak masak
75 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla
Bahan B
3 biji putih telur
50 gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar
Bahan C
8 gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco
Adunan Corak Zirafah
1 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1 sudu teh tepung gandum
2 sudu besar adunan dari Bahan A yang telah kita asingkan tadi
Cara-cara:
  1. Sediakan loyang 10" x 10 ". Lakarkan dengan pen corak zirafah di atas sehelai kertas minyak. Masukkan ke dalam loyang, kemudian ambil sekeping lagi kertas minyak dan alas di atas permukaan kertas lakaran tadi. Gunakan berus, celup dengan sedikit minyak dan gris permukaannya hingga rata untuk mengelak corak dari melekat dikertas apabila dikeluarkan.
  2. Adunan coklat: Bahan A : Pukul kuning telur dan gula hingga berkrim, diikuti esen vanilla, air dan minyak. Pukul sebati dan masukkan tepung gandum, kaup balikkan hingga rata. Ketepikan dua sudu besar adunan *** ( untuk corak zirafah ).
  3. Pukul bahan C hingga kembang dan bertanduk, kaup balikkan perlahan-lahan dengan adunan selebihnya dan bahan B untuk adunan cokat. Gaul hingga sebati.
  4. Adunan corak zirafah : Pukul putih telur dan gula hingga kembang dan bertanduk. Masukkan dua sudu besar adunan yang diketepikan tadi diikuti dengan tepung gandum. Kaup balikkan hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam piping bag yang digunting muncungnya dan pipe di atas lakaran corak zirafah tadi.
  5. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 1 minit dan keluarkan dari oven. Ketepikan.
  6. Tuang adunan coklat ke atas corak zirafah, Ratakan dengan spatula. Hentakkan loyang beberapa kali bagi mengeluarkan buih yang terperangkap di dalam adunan.
  7. Bakar kek pada suhu 190C selama 10-14 minit.
  8. Bila kek telah masak, keluarkan dari oven dan pindahkan di atas wire rack. Biarkan sejuk dengan permukaan corak zirafah berada di atas. Keluarkan kertas alasnya perlahan-lahan supaya corak tidak terkoyak.
  9. Untuk menggulung : Potong bahagian tepi kek. Sediakan sekeping kertas minyak yang besar dan terbalikkan kek dengan corak zirafah di bawah. Sapu jem/filling yang disukai di atas permukaan kek dan perlahan-lahan gulung padat dengan kertas minyak. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
Filling
100 gm whipping krim
15gm gula kastor - saya tak letak
Bluberry filling - saya tambah
Putar hingga kental (kecuali bluberry filling ) dan sapu diatas permukaan swiss roll.

Selamat mencuba ^^.  
 

Terima kasih Nuffnang..

Assalamualaikum.
Bila dah jarang-jarang update blog ni CPUV pun susah nak lekat.. Kelmarin ramai kawan-kawan yang update pasal CPUV ni, terus cepat-cepat buka akaun nuff.. ehh ada dua iklan CPUV yang tengah on going Alhamdulilah gembiranya.. terima kasih Nuffnang sebab masih sudi bagi CPUV untuk blog ni..
Ada dua iklan kat situ iaitu IKEA dan Macau Tourism.. tahniah pada korang yang dapat CPUV juga ^^.


Daging rusa salai dengan lada putih

Assalamualaikum.
Hari ni saya nak kongsikan resepi daging rusa salai, rasa daging segar dan yang disalai ada perbezaan sedikit. Daging salai kalau disimpan dalam peti sejuk lebih tahan lama berbanding daging segar. 
Daging salai ni saya campurkan dengan lada putih, kalau kat Semenanjung panggil apa ya? Lada putih ni tak lah pedas sangat berbanding cili api, jadi kanak-kanak pun tak ada masalah kalau nak cuba makan. Lada ni ada dibuat serunding juga tau campur ikan bilis dengan bunga kantan.. raya hari tu ada makan kat sebuah rumah, fuhh memang sedap..  Okey jom semak resepi, saya masak main campak-campak sukatan ikut suka ja..
RESEPI : DAGING RUSA SALAI DENGAN LADA PUTIH
Bahan-bahan:
1 mangkuk daging rusa salai - rebus seketika dan potong nipis
Beberapa tangkai lada putih - belah dua (saya buang bahagian biji)
Hirisan mangga muda
1 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 ulas bawang merah - cincang halus
Hirisan daun bawang
Sos tiram
Gula
Serbuk perasa
Minyak
Cara-cara :
Panaskan minyak, kemudian tumis bawang merah dan bawang putih yang dicincang hingga terbit bau. Masukkan daging rusa dan biarkan seketika hingga daging empuk. Kemudian masukkan lada putih, sos tiram dan bahan perasa, garam tak guna sebab sos tiram ni dah rasa masin. Akhir sekali masukkan bawang besar dan mangga, kacau seketika kemudian taburkan hirisan daun bawang. Angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba ^_^.
*auto publish



Shopping di kedai kek

Assalamualaikum.
Cerita masa pertengahan bulan puasa hari tu, masa ni dah mula sibuk beli persiapan untuk kuih raya. Kebetulan adik minta saya temankan dia beli buku kat satu kedai buku tu.. pusing-pusing sampai sesat (sebenarnya saya lupa lokasi kedai tu sebab dah lama tak jejak kat situ ^^'). Alhamdulilah tak lama lepas tu jumpa juga kedai yang dicari-cari, lenguh juga kaki mencari. Sebelah kedai buku tu, ada sebuah kedai kek baru sebab dulu tak pernah tengok pun kedai tu. Ada hikmah juga sesat tadi, lepas ja siap beli buku terus masuk dalam kedai kek tu..
Siap bawa bakul nak borong semua barang hehe..
Pertama kali masuk teruja sangat sebab banyak barang kek yang tak ada dijual kat kedai lain ada di sini.. harga barang agak mahal sedikit biasalah kedai baru lah kata kan, tapi takpa demi hobi sanggup berkorban duit ececeh.. taklah.
 Dah siap shopping ^^..
Singgah kat satu kedai kain pakistan konon nak beli zip sorok, tapi sayang zip yang dicari tak ada.. :'(. Jumpa pula benda oren ni kat situ, suka pegang sebab lembut.. buat hiasan dekat baju raya ok tak hehe..
Hasil carian di kedai kek..
Kalau ikutkan hati memang nak rembat ja semua barang yang ada kat situ, tapi selalu ingat pesanan mama " jangan berbelanja ikut nafsu, tapi berbelanja apa yang perlu/penting saja".  Tu jelah nak cerita, tak ada yang menarik pun apa pun terima kasih sudi baca ^^.  
 



Kek Gulung Pandan

Assalamualaikum.
Hari ni saya nak kongsikan resepi kek gulung pandan yang saya ambil daripada laman My Resepi.com. Dah lama teringin nak buat kek gulung, tetapi loyang pula tiada. Bila dah beli loyang swiss roll ni, teruja sangat nak buat, percubaan pertama agak mengecewakan sebab tersalah saiz loyang, besar sangat hmm.. Tak putus asa saya cuba buat lagi dengan loyang yang saiznya agak kecil sedikit.. Alhamdulilah menjadi walaupun tak lah cantik mana pun, bak kata orang putih "practise make perfect". Jom semak resepi..
RESEPI : KEK GULUNG PANDAN
SUMBER : MYRESEPI
Bahan (A)
250 gm telur
13 gm emulsifier
Bahan (B)
125 gm tepung gandum
Esen vanila
Bahan (C)
60 gm melted butter
Sedikit pewarna hijau dan perasa pandan
Aising mentega
230 gm gula aising
130 gm mentega tanpa garam
Boleh tambahkan sedikit perasa dalam aising mentega jika suka.
*Untuk corak coklat ambil satu sudu adunan yang belum diwarnakan kemudian warnakan dengan coklat emulco. - saya tambah
*saya buat cara terbalik (corak coklat bahagian dalam )
Cara-cara:

  1. Pukul adunan A hingga betul-betul kembang.
  2. Masukkan ke dalam loyang yang disapu dengan mentega dan kertas minyak. Ratakan keseluruh loyang.
  3. Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit.
  4. pastikan permukaan atas keperang-perangan baru angkat.
  5. Terbalikkan di atas kertas minyak yang kain (biarkan sejuk) dan buat sapuan dengan aising dan di gulung kemas menjadi swiss roll.
  6. *aising mentega dicampur kedua-duanya dan putar sehingga kembang dan gebu.

Selamat mencuba ^^.
*auto publish

WW #Pisang goreng

Assalamualaikum.
Banyak pisang masak kat rumah, ni baru gambar separuh. Pisang ni dikenali sebagai pisang sabah atau pisang rebus, kalau buat pisang goreng atau apam pisang memang sedap, nak buat kek tak sesuai kot. Hari-hari buat pisang goreng sampai jemu nak makan hehe.. apa pun jom layan gambar pisang goreng yang saya buat tadi.


Pisang goreng cicah dengan sambal kacang memang sedap tau.. ^^

Raya pertama

Assalamualaikum.
Raya tahun ni tak banyak berjalan sangat, beraya sekitar kampung ja. Raya pertama bangun awal pagi untuk sediakan juadah raya, sebab saudara sebelah bapa nak datang lepas ziarahi kubur. Sempatlah sediakan 3 jenis masakan iaitu rendang ayam nogori, gulai ayam dan nasi mentega kismis. Bahagian sayur-mayur mama yang masak. Lepas tu siapkan diri dan bersalam-salaman dengan mama, bapa dan adik beradik. Adik yang sorang tak dapat balik, terpaksa beraya kat semenanjung.. tak dapat bayangkan perasaan bila tak dapat beraya bersama keluarga tercinta sob sob.. sabar ye dik. Gambar kami sekeluarga tak sempat nak ambil sebab masing-masing sibuk hihi.

Petang sempat beraya dua buah rumah iaitu rumah nenek dan pakcik.
 Beraya di rumah pakcik, tengah tu adik sepupu.
 dengan adik.
 Biskut kegemaran kita ada lah hehe.. tu yang warna hijau tu..
Raya pertama serba pink ^^.
Suka dengan landskap rumah pakcik ni tau, sebab dah macam taman bunga.. Sejuk mata tengok bunga yang banyak.. sayang tak dapat gambar semua bunga sebab hari dah malam. Tu jelah cerita raya pertama, tak ada yang menarik pun..  macam mana dengan raya pertama korang, mesti meriah kan ^^.
Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin.. ^^
*-auto publish-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain