Followers Tersayang

Giveaway Zalora Voucher RM150 by SueAKGoGeous

Salam Sejahtera,


Jom sertai GA RM150 Zalora Voucher terbaik ni dari SueAKGoGeous. Buat enam langkah-langkah berikut:

  1. Buat satu entri bertajuk 'Giveaway Zalora Voucher RM150 by SueAKGoGeous'.
  2. Publishkan entri tersebut dan masukkan URL ke ruangan komen di bawah.
  3. Follow blog SueAK.
  4. Follow Google Suriana abdul kadir.
  5. Klik sini sini sini sini dan sini tunggu sehingga hadis loading.
  6. Masukkan blog SueAKGoGeous ke dlm bloglist anda.

Satu pemenang utama akan mendapat Online Voucher Coupon Code dari Zalora bernilai RM150.


Manakala dua pemenang saguhati akan mendapat Marybrown Lunch Box.
Tarikh GA ini ialah dari 21/11/2014 sehingga 12/12/2014.
Tiga pemenang bertuah akan diundi dengan random.org dan akan dimumkan pada 13/12/2014.
Marilah mari pergi sertai!

WW #Egg Roll mudah

Assalamualaikum.

Jumpa cara menarik masak telur dadar di youtube.. hidangkan kat budak-budak pasti mereka suka ^_^
Senang ja kan ^_^

SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST'.

~ ✿*゚ Assalamualaikum,Salam 2014 ✿*゚ ~
 
http://kathyrbain.blogspot.com/2014/11/segmen-saya-nak-template-bloglist.html
 
SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST' | Setelah sekian lama tanpa sebarang segmen akhirnya kathyrbain.blogspot.com ingin mengajak rakan blogger semua agar join segmen kathy ini yang menawarkan dua hadiah berupa Template Bloglist dan satu hadiah misteri.

Syarat untuk menyertai segmen ini:-
  • terbuka kepada semua blogger.
  • letakkan banner ini dalam entri dan buat tajuk  SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST'.
  • wajib Follow belog Coretan Hati Kathy dan belog Kathy Rbain Diari Resipi .
  • sila lengkapkan slogan "Saya nak Template Bloglist By Kathyrbain.blogspot.com kerana ............. (tidak melebihi 20 patah perkataan) - wajib di lakukan oleh semua peserta untuk melayakkan diri dalam segmen ini.
  • hantar penyertaan sebelum atau pada 30 November 2014 di ruangan komen entri ini sahaja.
  • tarikh tutup penyertaan pada 30 November 2014 jam 11.30 tengah malam dan keputusan hanya akan di umumkan setelah 3 Disember 2014 (setelah owner segmen balik bercuti dari Tawau,Sabah).
Hadiah yang di tawarkan:-
  • 2 Template Bloglist untuk 2 pemenang dengan slogan paling kreatif.
  • hadiah misteri ole² dari Sabah untuk seorang Top Referral segmen.
Saya nak Template Bloglist By Kathyrbain.blogspot.com kerana saya suka hasil editan sis Kathy yang menarik, simple dan loading cepat, blog ni pun sis yang edit.
SELAMAT BERSEGMEN ^_*
 

1st Segmen Blogwalking By Cik Ash

Assalamualaikum.
 http://cikash.blogspot.com/2014/11/1st-segmen-blogwalking-by-cik-ash.html
Jom ramai-ramai memeriahkan segmen dari blogger Cik Ash, boleh merapatkan silaturahim sesama blogger ^_^.

Makan coklat

Assalamualaikum.
Selamat pagi korang dah sarapan? Pagi ni sarapan coklat ja, makan coklat sambil blogwalking.. seharian tak blogwalking kelmarin sebab sibuk menjahit, maaf ya :). Waktu pagi memang berselera makan coklat, kalau waktu tu lain kurang sikit.
Ini antara coklat kegemaran saya, cloud 9 tu kesukaan sejak kecil lagi sampai lah sekarang.. kalau makan banyak pun tak muak hehe. Korang pula suka makan coklat apa?
^_^

Majlis pertunangan

Assalamualaikum.
Eh siapa yang bertunang? Saya?? Opps bukanlah korang hehe.. Sebenarnya adik sepupu yang bertunang masa raya hari tu ( dah lama baru nak cerita). Masjis ni 2 dalam 1, iaitu majlis pertunangan dengan rumah terbuka.. Meriah tau banyak tetamu yang datang, macam majlis kahwin pun ada sebab siap pasang canopy dan karaoke. Apapun jom layan gambar..
Depan rumah

Dara manis si baju merah Rina, abang dia yang mekapkan untung kan.. dan sebelah bff Pija.

Sesi menyumbangkan suara

Nenek dan adik

My bff dengan anak dia yang comel Amar, nak dukung tapi Amar tak mau :(

tengah makan mee kari

Lengan baju ala-ala kelawar, beli online ja Rm 30.00.. shawl jahit sendiri. Rindunya main basikal di sini.. kat sini lah pernah jatuh sampai nak pengsan..
Apa pun tahniah dan moga sepupu ku Rina dan pasangan cepat-cepat kahwin dan bahagia sampai ke akhir hayat Amin.. Doakan tuan blog ni sama ya hihi ^_^.

-auto publish-



Sarawak's Shopping Hauls Giveaway by Siti Yang Menaip

Assalamualaikum.
Malam ni saya join giveaway dari blogger Siti, jom join ramai-ramai esok tamat ^_^.

Kek buah bakar

Assalamualaikum.

Kek buah ni saya buat untuk jamuan kelas adik, tiada idea nak bawa apa last-last kek buah jadi pilihan.. Alhamdulilah habis licin. Kek ni agak lembab kalau simpan semalaman dalam peti ais lagi tambah sedap. Memandangkan baki buah campuran tinggal sedikit, kek tu nampak tak berapa cantik, lagi satu buah campuran banyak jatuh ke bawah.. sebab tak ikut resepi betul-betul hmm.. kena perbaiki lagi nanti. Resepi saya ambil di sini, terima kasih dengan resepinya yang memang sedap. Okey jom semak resepi.

RESEPI : KEK BUAH BAKAR
SUMBER : ZUR HERITAGE
Bahan-Bahan :
250 gm Mentega
250gm Buah-buahan campuran- perap semalaman dengan 1/2 cawan jus orange- kata kak sal lagi lama perap lagi sedap. -ini saya skip
4 biji Telur Gred A
220 Gula Perang-  Aku letak 200 gm je
260 Tepung Kek- Aku guna 180 gm Tepung Naik sendiri dan 80 gm Tepung Gandum - saya guna 260gm tepung blue key
1 sudu kecil esen vanila
2 camca besar susu pekat

Cara-cara:
1.Pukul mentega dan gula  perang sehingga kembang
2.Masukkan Telur sebiji demi sebiji dengan hadlaju yang sederhana sehingga kembang.
3.Masukkan esen vanila dan susu pekat.
4.Kemudian gaulkan tepung ke dalam adunan tepung dan gaulkan dengan kaedah kaup balik.
5.Masukan buah-buahan dan gaulkan perlahan-lahan.
6. Lapik Spring Foam dengan baking paper, dan bolehlah dituangkan  adunan ke dalam bekas spring foam tersebut. - saya guna dulang biasa 4 segi
7. Bakar pada suhu 160c selama 1 jam. Terpulang kepada suhu oven masing-masing.


Selamat mencuba ^_^.

Nah 1st GiveAway By Anamizu

Assalamualaikum.
Jom join 1st giveaway by Anamizu..
^_^
 

Tetamu malam

Assalamualaikum.
Malam kelmarin bising bunyi kucing mengiau di luar rumah.. bunyi macam bukan kucing kat rumah ni. Malas nak pergi tengok, tak lama lepas tu riuh adik bising-bising dengan bunyi kucing sekali dalam rumah. Sekali tengok ada seekor kucing berbulu panjang datang, comel..
 Adik cakap kucing ni ikut dia balik rumah sejak dari restoran R&R..
 Ni dia kucing tu, muka nampak garang tapi sebenarnya manja sangat dan tak suka di dukung. Kasihan tak terjaga, telinga dia berkurap..
 Lembut ja bulu kucing ni.. Kalau lah ada seekor kucing spesis ni habis rumah penuh bulu kucing hihi..
Siapa ada kucing macam ni?
^_^

Beli kain

Assalamualaikum.
Seharian tak jeguk blog dan blogwalking, rasa rindu pula.. Kelmarin saya ke Kota Kinabalu ditemani adik dan Mr.F, tujuannya nak cari kain untuk persiapan majlis nanti. Di Keningau bukannya tiada jual kain, tapi kurang pilihan serta harga pun agak mahal. Puas keliling Segama dan Sinsuran, agak tergesa-gesa mencari kain sebab petangnya dah nak balik Keningau. Lagi satu warna kain belum ditetapkan tu yang kejap-kejap warna ini cantik, kejap-kejap warna sebelah situ lagi menyerlah.. dah jadi masalah.. alahai perempuan memang begitu kan hehe..
Sibuk-sibuk cari kain perut lapar pula, malas nak pergi cari tempat makan, masuk ja lah kedai makan yang ada di situ, yang penting halal, menu pilihan nasi ayam..
Lepas makan terus cari kain dan alat jahitan. Angin agak kuat dan hujan turun renyai-renyai.. Balik jam 5 lebih, sampai rumah dalam jam 7 lebih.
Inilah sebahagian hasil carian kelmarin.. rembat ja mana yang berkenan tapi masih belum lengkap lagi, nanti ada masa sambung cari.. Lagipun tarikh belum ditetapkan lagi. Tengah fikir nak upah orang jahit atau jahit sendiri.. tapi mampu ka? hmm.. tengoklah nanti macam mana hehe..
^_^

GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM

Assalamualaikum...




Dengan ini bermula lah giveaway hujung tahun dari dianarashid.com dan sudi2 kan lah untuk sertainya kerana ada banyak hadiah menarik yang boleh kawan-kawan menangi.Berikut adalah senarai hadiah :-

Dish Wash Concentrate x 1 pemenang
Herbal Blend® Multi-Purpose Cream x 2 pemenang
telekung lycra x 1 pemenang
topup RM10 X 3 pemenang
Fridge magnet London + keychain (1 pemenang)
Fridge magnet Malaysia + keychain (1 pemenang)
Topup RM10 x 1pemenang
Fridge magnet cameron highland x 4 pemenang
Shawl x 1 pemenang
Topup Rm10 x2
1 paket Mykoko rm39/500g x 1 pemenang
2 voucher KFC x 1 pemenang
baju muslimah x 2 pemenang
wang tunai rm50 x 1 pemenang
Home Binder 2014 x 1 pemenang


Syarat-syaratnya...:-

1- Buat satu entry bertajuk " GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM"

2- Like semua facebook page penaja(wajib ):-



3- Follow blog penaja( wajib) :-

Fiza , Dila , Yumida , Parihh ,Eurukaseven , CekguNorazimah ,Veesandi , Nadiah , Ujie , YatiAdam , Fizah@susunatursioca

4- Follow Instagram penaja (jika ada)

@cikgunorazimah , @syidah_eda93

5- Add google + :-

Junainah , Yumida

6- Tinggalkan link entry anda di entry ini

jangan lupa letak kan link blog www.dianarashid.cm di bloglist anda supaya tak terlepas pandang apa2 update terkini.Tarikh tutup giveaway ini ialah pada 10-12-2014 .Pemenang dipilih melalui random.org .Keputusan akan diumukan sebelum 15-12-2014

Sekian..

GIVEAWAY by FYRA SHARIF

Assalamualaikum w.b.t.
Malam ini dengan pertama kalinya Fyra ingin menganjurkan yang bertitle GIVEAWAY by FYRA SHARIF ;)

http://cendolovers.blogspot.com/2014/11/giveaway-by-fyra-sharif.html


FOLLOW BLOG

{UMMI AMMAR ARIF}

{ZAHIDAH NUR}



FACEBOOK PAGE








FOLLOW INSTAGRAM

Follow @rsaisyah

Follow @zahidahnur

Follow @lolitablossom


MAIN SPONSOR GA by FYRA SHARIF

Vitamin Chew C by Ummi Ammar Arif

Bio Seleza P. Liner and Mineral Coffee by Zahidah Nur

Vial's Perfume (ORI) by Perfume's Lolitablossom

Grade Handbag by Maryana's Shoppe

Hadiah Misteri by Fyra Sharif ;D

Sambal kering cornflakes ikan bilis

Assalamualaikum.
Sedap pula cornflakes yang dimasak ala-ala sambal kering ni, krupp krapp laju ja masuk mulut. Sebelum ni tak pernah pun terfikir cornflakes boleh di buat macam keropok ubi pedas, nampak sangat ketinggalan.. selalunya lepas ja raya baki cornflakes memang tak terusik pun sampai mama pun bising, sebab membazir. Bila google eh boleh pula buat macam ni..hmm, terus selongkar almari cari cornflakes..
 Ini lah hasilnya, adik-adik suka makan.. jom semak resepi.
RESEPI : SAMBAL KERING CORNFLAKES IKAN BILIS
SUMBER : CIK MANGGIS
Bahan-bahan :
3 cawan Cornflakes.
1 cawan ikan bilis-goreng garing.
15 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
1 cawan badam-goreng sekejap.(boleh ganti dgn kacang tanah) -saya guna kacang tanah
10 tangkai cili kering-jika suka pedas boleh tambah lagi.
Sedikit belacan.
1/2 cawan bijan-tabur di atasnya.(Cm tak letak sb tak ada)
1 keping asam gelugur.
Gula melaka secukupnya.
Garam secukup rasa.
Minyak untuk menumis.
Cara-cara :
  1. Bawang merah, bawang putih,belacan dan cili kering di kisar halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga betul-betul masak..
  3. Masukkan gula merah(Lebihkan kerana lebih sedap jika agak manis), garam dan asam keping.
  4. Masukkan ikan bilis, cornflakes serta badam.gaul hingga rata.
  5. Untuk peringatan:guna minyak yang agak banyak semasa menumis agar sambal betul-betul kering dan masak.
Selamat mencuba ^_^.

Liebster award

Assalamualaikum.
Di tag kali kedua kali ni dari cik Flawless Sakura, 11 soalan juga.. saya jawab eh..

1. Bila nak ada kereta sendiri?
- Tak tahu bila, sebab lesen pun belum dapat.. kalau ada rezeki insyaAllah dua tahun akan datang
2. Kalau keluar p mana-mana tempek make up dak?
- Ikut keadaan, kalau setakat jenjalan di kampung pakai pelembab dan bedak dah cukup. Kalau ke bandar atau mana-mana saya pakai BB krim, bedak, eyeliner, blusher dan lip balm.
3. Apa perasaan kalau kena tegur kalau kita salah?
- Rasa insaf, malu dan tak mahu ulang kesalahan tersebut.
4. Paling teror masak apa? lauk ke, kuih-muih ke?
- Saya taklah teror sangat, tapi suka masak kuih @ benda yang manis-manis.
5. Dalam sehari berapa kali online?
- Tak menentu
6. Kalau time cuti selalu hang out ke, duk kat rumah je?
- Duduk di rumah ja
7. Kata-kata motivasi untuk diri sendiri
nak berjaya kena usaha sekuat daya, yakin pada diri sendiri.
8.  Siapa yang awak paling rapat, mak/ayah?
- Lebih rapat dengan mak.
9. Apa yang awak dapat bila berblogging?
- Macam-macam, paling best dapat kenal ramai blogger dari serata negeri, dapat banyak ilmu..
10. Kalau tetiba dapat pergi overseas, nak ke mana?
- Jepun, korea
11. Pakai handphone jenis apa?
-  Nokia.
Done ^_^.

Aktiviti hujung minggu

Assalamualaikum.
Tetiba teringin mahu makan pizza, ni sebab tergoogle resepi pizza.. buat terliur ja nampak pizza yang sedap-sedap. Terus ajak adik-adik turun dapur gotong-royong buat pizza, nasib baik diorang nak tolong, apa tidak kalau dah cakap "Siapa ndak tolong tidak kena bagi" hehe..
Toping pizza saya letak sosej, crabstik, cendawan butang, nenas, sayur campur, keju mozarella, puri tomato dan lada hitam..
Kejap ja masak, sedap makan panas-panas. Puas hati dapat makan pizza buatan sendiri.

Pizza hasil kitaorang adik-beradik. Habis makan pizza, tanya adik "kamu mahu buat pizza lagi ka?" serentak jawab, mahu!!!. amboi nanti ja lah ya hihi..

Apa aktiviti korang hujung minggu?

Channel Set Perfume Giveaway by Melangkau Garisan

Assalamualaikum.
Klik banner
Due date 11.11.2014

DIY lengan bercuff

Assalamualaikum.
Hari ni saya nak buat tutorial cara senang nak jahit lengan bercuff. Ini cara orang yang tak ada basic dalam ilmu jahitan ya.. Ini kesinambungan entry baju raya lalu okey jom mula..
Saya guna ni, tak pasti apa pula namanya, kertas gam kot
Mula-mula ukur pergelangan tangan, jangan ketat sangat. Kemudian potong kertas gam tadi, kalau suka lebar boleh besarkan.

Kemudian lekatkan kertas gam tadi pada kain dengan seterika. Jahit separuh ja, bahagian atas tu biarkan untuk cantumkan kain nanti

 Jahit macam ni
Jahit kedut bawah lengan dengan jarum tangan dahulu.
Cantumkan bahagian kertas gam tadi, jahit dengan jarum tangan dahulu baru jahit mesin.. kalau yang dah pro tak ada buat pun macam ni.
Jahit butang

Dah siap pun, harap korang faham lah ya.. Maaf kalau ada tersalah, maklum baru belajar.. Selamat menjahit ^_^.
-Auto publish-





SIMPLE GIVEAWAY BY BBWANA ADIENIA

Assalamualaikum.
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/11/simple-giveaway-by-bbwana-adienia.html 
Jom join simple giveaway dari Bbwana..
Due date 16.11.2014
^_^

Review Vitamin Shaklee

Assalamualaikum.
Hadiah giveaway hari tu..
Alhamdulilah rezeki saya menang Vita-C Plus Shaklee, tapi belum buka lagi sebab stok vitamin C belum habis makan.
Hari ni saya nak review produk yang dah memang dikenali lama oleh semua iaitu SHAKLEE. Pasti ramai yang tahu kehebatan suplement shaklee kan. Sebelum menang giveaway ni saya dah amalkan set kecantikan Shaklee, saya beli dari pengedar sah daerah Keningau iaitu Kak Nadrah Amat yang sangat mesra orangnya.

 Set kecantikan Shaklee vitamin C, vitamin E dan B-Complex
Saya dah lama tercari-cari suplement apa yang terbaik, sekarang ni memang banyak pilihan produk kecantikan iklan sana-sini kemain.. sampai rambang mata mahu pilih mana satu. Bila dah baca banyak feedback positif tentang produk Shaklee ni hati terus tertarik mahu cuba.. so far Alhamdulilah..
Hasil review setelah 3 minggu amalkan set kecantikan Shaklee:
  • Badan rasa bertenaga biar pun tidur lambat dan bangun awal esok pagi.. tak macam sebelum ni bila bangun ja badan letih, mengantuk dan mata berpasir.
  • Kulit lembab biarpun kurang pakai pelembab.
  • Kulit yang kena aczema pun cepat sembuh
  • bibir lembab dan kurang mengelupas
  • parut jerawat ada kurang sedikit- tengok gambar bawah
sebelum dan selepas 
*sila abaikan tahi lalat yang banyak tu ya..
InsyaAllah akan tetap setia dengan Shaklee ^_^. 






Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 4)

Haaa!

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman dah masuk edisi yang keempat..Macam biasa la GA ni dibuat sempena untuk memberi penghargaan utk korang yang still datang blog Sally walaupun tuan blog dia tgh sibuk bercuti...So, siapa nak souvenirs daripada Korea..? Hehehe...Kalau nak, sila la ikuti syarat-syarat dibawah ye...

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/11/holiday-giveaway-by-sally-samsaiman.html



Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 4).
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih 5 orang blogger ye...
  6. Segmen ini akan berlangsung dari 6th November 2014 - 16th November 2014 (11.59 pm waktu Malaysia)

Donut Ball untuk minum petang

Assalamualaikum.
Dah minum petang? Saya sudah, makan donut ball dengan air milo.. Kuih donut ball ni sedap dan lembut, bila makan sampai tak sedar berapa biji masuk dalam mulut hehe.. Resepi saya ambil dari Dayang Jack, terima kasih untuk resepi donut ni..
Makan masa panas-panas lagi sedap, nak resepi scroll bawah.
RESEPI : DONUT BALL
SUMBER : DAYANG JACK
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2  1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung - tak letak 
1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 cawan air suam (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (-/+)
gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung) - saya guna susu cair

Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.
Lembut dan kurang berminyak.
Selamat mencuba ^_^.

Libster Award - Cik Pelangi

Assalamualaikum..
Cik Pelangi tag saya untuk Libster Award, saya cuba jawab eh..

1. Bantal kesayangan korang warna ape?
- warna pink
2. Kalau hamster kesayangan korang hilang, apa korang buat?
- cari sampai dapat dulu.. kalau tak jumpa beli hamster baru
3. Telefon bimbit impian?
- Samsung Note 3
4.  Korang suka makan petai ke tak?
- suka, sedap buat sambal
5. Subjek kesukaan korang
- dulu masa sekolah suka subjek seni dan geografi
6. Antara ayam, itik dan lembu mana korang suka?*pilih satu je
- lembu
7. Korang teringin benda apa yang akan datang dalam angan-angan korang?
- nak berjaya dan ada bisnes sendiri
8. Benda korang tak suka bila disuruh buat?
- dipaksa buat benda yang kita sendiri tak tahu buat. eh?
9. Kalau korang nampak orang gila, korang buat apa?
- biarkan saja, jangan dikacau.
10. Korang takut cacing atau tak?
 - tak, tapi tak suka bau cacing
11. Makanan kegemaran
- banyak terutama pastri, kek dan makanan bersup.
 done ^_^

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014

Assalamualaikum.

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 bermula pada jam 4.00 pe 11 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 11 November 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 552.90 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
Diari Jejaka Hangat | Yun Sing | Ana Solehah | Syaza Raihanah | Iklil Syahmi | Idah Rashid | IanFaizal | Mar Mansor | Kathy R'bain | Shad | Ssurianah Yana | NurAlja | Aika Azizan | Budak Bandung Laici | Hunny Kitty | Si Tracey | Noryussyairah | Ida
2. Wajib Like Fanpage Sponsor




3. Follow Twitter + Instagram Sponsor
Twitter :


Instagram : Rexylla_Blogshop Aerill_Hassan
4. Tambah Google Plus Sponsor
+Mohamad Khairil +ct fand
3. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI


37 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 12 November 2014.

Good luck!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain