Followers Tersayang

Cerita kahwin saya part 3

Assalamualaikum..
Selamat hari raya semua.. 
Entry terakhir untuk cerita kahwin saya, klik sini dan sini untuk entry sebelum ni. Majlis sanding di adakan pada 21.03.2015 di rumah suami iaitu di Kampung Pantai, Sipitang. Kat sini majlis bersanding bermula awal pagi..berbeza di tempat saya di Keningau biasanya bersanding pada sebelah petang.. satu suasana yang berbeza namun kemeriahan tetap sama. 

Paginya bangun awal walaupun malam sebelumnya tidur agak lewat disebabkan majlis berinai. Seawal jam 8 lebih MUA iaitu Fazran dah mulakan kerja mekap dan siap jam 10 lebih, waktu ni dah ramai tetamu dan alhamdulilah keluarga dari Keningau pun selamat sampai, agak ramai juga sampai penuh dua bas mini. Majlis bersanding dalam jam 11 pagi, ramai tetamu datang memeriahkan majlis. Jom tengok gambar disekitar majlis sanding kami..
 Adik ipar dan sepupu perempuan suami jadi pengapit

serba hijau
 dengan sebahagian saudara-mara yang datang

 pose sikit kat pelamin
 
 Dengan sepupu yang cantik-cantik, waktu ni diorang nak balik dah tapi sebelum tu nak ke Esplanad, alang-alang sampai Sipitang rugi tak jalan-jalan keliling daerah Sipitang ni. Maka kedua pengantin ni pun join sekaki hehe..
Sampai sahaja di Esplanade, ramai gila orang maklum cuti sekolah.. Perasan artis sekejap sebab jadi perhatian orang haha..siap ada yang ambil gambar kita orang lagi.

 gambar di sekitar Esplanad
Geng kaca mata hitam
posing kat jeti pula
Alhamdulilah.. Doakan kebahagian kami ya..
Terima kasih sudi baca ^_^

1 comment:

mirza syazwina said...

seronoknya tangkap2 gmbr ^ ^
miza doakan berkekalan hingga ke syurga :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain