Followers Tersayang

Sepupu Kahwin #1

Assalamualaikum..
Tak ada idea nak menulis, tengah belek gambar-gambar dalam laptop nampak pula gambar wedding sepupu hari tu.. dah terjeruk gambar ni baru nak buat entry kan hehe..

 Ini masa kahwin sepupu iaitu Wani dengan pasangannya Azlie bulan 12 tahun lalu ( dah lama kan..), serba oren gitu.. suka tengok pelamin tirai tu..
 
Sehari sebelum majlis, saudara-mara bergotong-royong menyiapkan mana-mana kerja yang patut, saya pun ada turut serta sekali. Bunga tangan tu Wani tak berapa berkenan, tak menyerlah katanya.. saya bagi lah idea supaya tambah manik sikit Wani setuju.

Sampai rumah ja terus bersiap ke kenduri kahwin kawan mama pula yang ni pun kira sepupu juga belah bapa, tema purple dan biru terang.. Sebelah malamnya baru projek bunga tangan tu.. ubah sikit-sikit ja..bagi menyerlah sikit. Oh ya bunga tangan tu sewa sekali dengan baju dan pelamin..

 Antara juadah yang dihidangkan
Aktiviti yang digemari ramai..klik-klik
malamnya ada sesi potong kek, menari dan karaoke.. meriah ramai tetamu. Apa pun saya doakan moga hubungan Wani dan suami berkekalan hingga ke jannah insha Allah.. Entry kedua menyusul kemudian, kali ini adik sepupu pula kahwin.
Terima kasih sudi baca ^_^

7 comments:

PeRdU cINta said...

Moga berbahagia hingga ke jannah..amin..

PeRdU cINta said...

Moga berbahagia hingga ke jannah..

ejulz said...

Tahniah.. semoga pasangan pengantin berbahagia hingga ke jannah..

ejulz said...


Entry terkini.. Jemput singgah "Lantai Cilik Musim Ke-3"


Sally Samsaiman said...

Huihhhh...jarang ada nampak pengantin nak pakai warna orange...tapi cantik!

Asha Lya said...

Memg myerlah wrna Oren, terang benderang

Mardiah Diana said...

salam singgah petang dik...wahh...meriahnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain