Followers Tersayang

Raya aidil adha

Assalamualaikum..
Lama sangat tak bersiaran, rindunya dekat blog ni.. Harap-harap ada yang masih ingat blog ni ya hehe.. Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya aidil adha pada semua.. Raya kali ni biasa-biasa saja, balik beraya di kampung suami di Sipitang. 

Kebetulan majlis kahwin adik ipar berlangsung pada hari jumaat untuk berbedak serta berinai dan hari sabtu majlis bersanding.. jadi tak dapatlah berjalan sana-sini beraya sebab sibuk buat persiapan majlis. 

Ada juga beberapa jemputan rumah terbuka di rumah sepupu suami, tapi malas nak berjalan tambahan pula baju raya pun tak bawa.. jadi duduk di rumah ja siapkan jahit manik tudung yang nak dipakai pada majlis nanti dan tolong mana-mana yang patut dirumah serta ikut ke kebun ambil buah langsat.
 langsat segar dari kebun, sebenarnya plan nak cari durian tapi memandangkan musimnya dah habis cari langsat pun jadilah..
Macam mana dengan raya korang mesti best kan.. 

Terima kasih sudi baca ^_^

9 comments:

Amanda Suria said...

bestnya langsat tu ha....

Mardiah Diana said...

Salam singgah sini dik...wahhh...bnyknya buah langsat..akak raya aidiladha ni pun tak ke mana-mana...sibuk dengan kenduri kahwin...

Mizz Aiza said...

lamanya kak aiza tak singgah sini.. dah jadi isteri orang dila sekarang ni.. sedap nampak buah langsat tu..

Asha Lya said...

Salam aidiladha juga dilla, Lya btl2 x dpt pigi cna yg sbtu tu sibuk btl urusan sana sini hhehe..nnt lenkali pjg umur kita jumpa ya

Dilaella Ella said...

@Amanda Suria best sebab dapat makan buah segar ^^

Dilaella Ella said...

@Mardiah Diana walaikumsalam, sama kita kak..sibuk kenduri kawen hehe ^^

Dilaella Ella said...

@Mizz Aiza Alhamdulilah kak, sedap kak manis langsat ni ^^

Dilaella Ella said...

@Asha Lya selamat hari raya juga Lya, nda apa ada rezeki kita dpt jumpa jg tu ^^

Murni Alysa said...

sedap la pulak nampak buah segar tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain