Followers Tersayang

Majlis berbedak dan berinai adik ipar

Assalamualaikum..
Cerita majlis berbedak dan berinai adik lelaki suami iaitu Mohd Armi Safrin dan isterinya Nadiawati yang diadakan pada 25.09.2015. Sama macam masa kahwin saya dulu, majlis dibuat sebelah pada petang. Majlis tak lah sesibuk masa majlis kahwin hari tu.. sebab semua menggunakan khidmat katering, so semua kerja masak-memasak jadi senang. Cuma yang dimasak kuih wajik dan kelupis saja.

Seawal jam 4 pagi mak mertua dah kejutkan en.suami, saya pun ikut bangun sama.. Kerja memarut kelapa di buat oleh pakcik-pakcik suami, saya tolong mak mertua angkat dan lap barang-barang dapur. Proses memasak kelupis dan wajik di buat pada pagi tu juga.
Kuih wajik dia spesial tau, sebab menggunakan beras jawa. Rasa jakun sekejap tengok rupa beras ni, ada macam telur ikan..baja pun ada haha. Tapi serius memang sedap. Beras ni agak susah nak dapat, harga pun boleh tahan.. segantang boleh mencecah rm 80.. Masa kahwin hari tu beras ni habis jadi guna beras pulut biasa saja.
Kuih wajik dan kelupis yang dah siap di masak..
 Pelamin cinta En.Armi & pn.Nadia
 Kedua mempelai sama cantik, sama padan dengan busana serba kelabu pink
 Gambar sekitar majlis berbedak dan berinai
masjis berinai di adakan pada sebelah malam, tak sempat nak tengok sebab mata mengantuk sangat.
Last gambar saya dan en.suami dengan anak buah suami yang comel iaitu Saifullah yang tersangatlah manja dengan en.suami. Balik-balik panggil en.suami"Anyah...anyah.." (angah), ajak main bersama. Kelakar tengok gelagat angah dan anak buahnya bermain hehe. Okey nanti part kedua iaitu majlis bersanding akan menyusul.
Terima kasih sudi baca ^_^

7 comments:

Normi Nieza said...

first time dengar majlis berbedak..:)

MG schmidt said...

mjlis berinai tu biasa dgr
berbedak tu 1st time dgr
mcm best je ...ehehe :)

Melissa Muklis said...

cantik kombinasi kelabu dan pink :D

Mardiah Diana said...

Salam singgah sini dik....cantiknya pelamin si mempelai....

Mizz Aiza said...

Sama cantik, sama padan pasangan pengantin.. ;)

mirza syazwina said...

teringinya nak rasa kuih tuu

Asha Lya said...

Cantiknya kedua mempelai rugi plak terpigi ari tu sibuk sgt kan hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain