Followers Tersayang

Sepupu kahwin #2

Assalamualaikum..
Ingat tak entry tentang jahit baju kahwin sepupu hari tu, hari ni cerita kahwin dia pula. Majlis nikah sepupu ( Rina) dan Julaili berlangsung pada 5.6.2015, hari yang menggemparkan seluruh Sabah iaitu kejadian gempa bumi, moga-moga kita semua dijauhi bencana sedemikian lagi amin..
pic credit to Rina
Berbalik cerita kahwin, majlis nikah diadakan pada sebelah malam.. Serba putih baju pasangan pengantin.. masa ni tak sempat tengok sebab sibuk di luar tolong goreng ikan hehe.. Bunga tangan tu Rina pinjam daripada saya.
 pic credit to Rina
 Majlis bersanding pada keesokan harinya 6.5.2015, tema warna hijau emerland untuk pengantin dan ungu untuk kaum keluarga.
  
 dengan sepupu (Fazran), MUA saya masa kahwin dulu, dia lah juga yang mekapkan si Rina..
 Sementara menunggu pengantin salin baju, saya dan kak Rosnizan ditugaskan untuk potong kek.. sampai kotor baju kena kek haha.. tapi memang puas makan kek..
Manis sungguh pengantin memakai busana suku kaum dusun/kadazan diapit oleh 3 jejaka kembar.
 motif gambar tak diketahui haha
Saya doakan moga rumahtangga Rina dan suami berbahagia hingga ke jannah amin..
Terima kasih sudi baca ^_^.







3 comments:

Asha Lya said...

Cntik2 smua..tahniah sepupu dila da slmt nikah kawin

Mardiah Diana said...

Salam singgah sini dik... wahh....meriahnya majlis kahwin sepupu adik....akak hari tu masa anak jiran kahwin...akak yang tolong potong kek untuk di bagi2 kat para tetamu terutama tu kanak2....hihi..

Lissa LaLissa said...

suka tengok yang pakai baju kadazan tuuu.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain