Followers Tersayang

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.
Alhamdulilah diberikan kesempatan lagi untuk menemui bulan yang penuh barakah dan dinanti-nantikan seluruh umat islam ini. Di sini saya nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-mubarak kepada semua rakan-rakan blogger dan umat Islam, sama-samalah kita memperbanyakkan amal ibadah dan mengumpul pahala sepanjang bulan puasa ni. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
P/s: Tengah fikir esok nak masak apa hehe..

Cerita kahwin saya part 2

Assalamualaikum..
Sambungan dari entry cerita kahwin saya part 1, kali ni tentang majlis berbedak dan merenjis yang di adakan di rumah suami di Sipitang pada 20.03.2015. Pertama kali tau jejakkan kaki ke rumah suami, bohong lah kalau perasaan takut dan berdebar-debar tu tak ada, maka ajak lah dua orang adik perempuan ikut sekali, kami tiba ke rumah suami sehari sebelum majlis tersebut. 
Masa ni semua saudara mara en. suami tengah sibuk buat persiapan, saya tak dapat tolong sangat sebab sibuk jahit veil untuk sanding alhamdulilah sempat juga siap. Seronok tengok gelagat makcik-makcik bercerita walaupun percakapan mereka saya tak berapa faham, untuk makluman suami saya berbangsa Kedayan, manakala saya pula Dusun. Bertuah tinggal di negeri Sabah ni yang banyak kaum berbilang bangsa..

Tiba majlis berbedak terpaksa mekap sendiri sebab tukang mekap lambat sampai, lens pula tak boleh pakai sebab lupa nak cuci lepas nikah hari tu hmm.. macam-macam masalah..
Sambil tunggu di panggil keluar, lepak-lepak sekejap kat dapur nampak pula buah ni.. serius tak pernah nampak sebelum ni.. en.suami bagi tahu buah ni dibuat sambal dan dipanggil limpahu kalau tak silap lah. Rasa dia agak masam tapi sedap tau, sampai makan pun tambah beberapa kali..
Majlis berbedak dilangsungkan secara sederhana dan dihadiri jiran dan saudara mara en.suami. Jom tengok gambar disekitar majlis berbedak..

 Adik perempuan jadi pengapit, lelaki pula sepupu en.suami
 bersedia untuk dibedakkan

 
 kami dah selesai berbedak, muka masih ada sisa bedak hihi
 selesai saja majlis terus ajak en.suami dan adik ke pekan beli kanta lekap untuk dipakai pada majlis esok
Ni lah kanta lekap tu, insya Allah akan direview nanti.. Mak, makcik dan tukang mekap tiba pada sebelah petangnya, tak sempat tengok majlis berbedak.. tak apa janji mereka selamat sampai. Alhamdulilah majlis berjalan lancar, part ke 3 iaitu majlis bersanding akan menyusul.
Terima kasih sudi baca ^_^.

Resepi marie layer cheese

Assalamualaikum..
Entry resepi kembali, okey saya nak kongsikan resepi yang sangat lah mudah, tak payah bakar-bakar pun.. Pasti ramai yang tahu dan dah cuba resepi ni kan.. resepinya ialah marie layer cheese. Saya buat sempena hari ibu untuk mama tersayang.. Okey jom mulakan..
Bahan-bahan yang diperlukan :
3/4 tin susu pekat ( boleh kurangkan)
250 cream cheese
sebungkus biskut marie 300gm ( saya guna perisa cappucinno)
whipping cream - main agak-agak ja
air panas
Cara-cara:
Blendkan whipping cream, susu pekat dan cream cheese sehingga sebati
 Ambil adunan yang di blend tadi, sapukan di permukaan dulang, kemudian celupkan biskut marie ke dalam air panas sekejap lepas tu susun kat atas adunan blend tadi..
 Selang-selikan biskut marie dengan adunan blend tadi ya, buat sampai habis
 Dah siap taburkan dengan biskut marie yang dah dihancurkan di atas adunan.
 Dah siap pun.. kalau rajin bolehlah hias-hias sedikit.
Memang sedap dimakan sejuk-sejuk, mama cakap rasa dia macam aiskrim..apa pun selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca ^_^

DIY #Hand bouquet ribbon 1

Assalamualaikum..
Lama tak kongsi entry diy, kali ni saya nak kongsikan
tutorial bunga tangan daripada riben satin. Kesabaran untuk buat bunga ni sangat penting ya sebab saya yang membuatnya pun rasa lenguh-lenguh pinggang. Dalam tiga hand bouquet yang saya buat yang ni lah agak leceh sikit.. tapi hasilnya memang berbaloi.. okey jom tengok tutorial bunga ros riben satin dahulu.
 Ukur dan gunting riben satin sepanjang 6 cm. Saiz riben yang saya gunakan ialah 2.5 inci.
 Kemudian bentukkan dan gunting seperti gambar di atas, kemaskan dengan api lilin. buat dalam 7 keping untuk sekuntum bunga ros.
Lepas tu bolehlah cantumkan kepingan tadi sampai jadi sekuntum ros riben.. Lekatkan dengan gam pistol.
 
Beginilah rupa ros riben yang dah siap. Sekarang proses menyusun ros ni menjadi hand bouquet pula..
 Saya guna polisterin bulat saiz kecil lepas tu belah dua, guna sebelah bahagian ja. kalau nak guna saiz besar pun boleh tapi kena buat ros riben tu banyak lah ya.
 Lepas tu bolehlah susun bunga ros tu mengikut kreativiti masing-masing, lekatkan dengan gam pistol.. susun cantik-cantik ya..
 yang ni dah siap separuh
 Dah siap pun proses melekatkan bunga kat polisterin, lepas tu siapkan tangkai dan kemaskan sengan riben satin dan hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.. maaf lupa nak snap gambar =.='
 Dah siap pun bunga tangan kita..
 Close up sikit, hiasan simple menggunakan manik dan kerongsang..
Ni pula bahagian pemegang/tangkai.. hias dengan riben satin dan organza. Bunga tangan ni saya pakai masa nikah, insya Allah saya nanti akan sewakan kalau ada yang berminat.. Harap dengan tutorial ni dapat lah memberi sedikit sebanyak idea buat b2b kat luar sana.
Terima kasih sudi baca ^_^

cerita kahwin saya part 1

Assalamualaikum..
Fuhh..fuhh tiup habuk kat blog ni yang dah lama terbiar, hmm.. baru ada masa dan mood nak update blog..
Entry kali ni nak cerita tentang majlis nikah saya hari tu (15.03.2015), majlis diadakan secara ringkas di rumah nenek. Alhamdulilah ramai saudara-mara datang membantu memeriahkan majlis, terharu sangat tau. Rumah nenek yang tengah diubahsuai, siap sebelum majlis keesokannya, dapatlah merasa tidur kat bilik baru.. Sehari sebelum majlis semua bergotong-royong bersihkan rumah nenek, yang lain pula siapkan kerja masak-memasak. Jarang dapat berkumpul sama, sebab masing-masing sibuk kerja, memang masa ni meriah sangat dengan riuh suara saudara-mara. Malam sebelum majlis tak dapat tidur langsung, mana nak berinai, siapkan photobooth dan macam-macam lah, banyak fikir sampai tak boleh lelap.

Paginya awal-awal dah siap mandi, lebih kurang jam 8 lebih sepupu (Fazran) datang mekapkan.. Just tadahkan muka ja hehe, suka hati dia lah nak buat macam mana tapi bab mata memang tak boleh cover sebab merah tak cukup tidur.

Rombongan keluarga lelaki tiba dari Sipitang ke Keningau jam 9 lebih, Tok kadi iaitu Imam Hamzah tiba dalam jam 10, majlis pertunangan dibuat sebelum majlis akad nikah sempat juga merasa jadi tunangan orang dalam beberapa minit hehe.. Alhamdulilah saya sah menjadi isteri kepada Mr.Fendy dengan sekali lafaz. Jom layan gambar sekitar majlis pernikahan..
 sebahagian rombongan pihak lelaki
mak mertua menyarungkan cincin tunang
sesi tukar hantaran
 dup dap dup dap masa ni menunggu lafaz nikah
 Alhamdulilah sah menjadi suami isteri

 bergambar bersama keluarga suami
 keluarga saya
 mak, bapa dan kedua mertua
dikelilingi sepupu sepapat
 pengantin pula nak bergambar
Alhamdulilah, majlis berjalan dengan lancar.. terima kasih pada semua saudara mara yang telah banyak membantu sepanjang majlis pernikahan ni. Insya Allah part kedua iaitu majlis berbedak dan berinai akan menyusul nanti. 
Terima kasih sudi baca ^_^..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain