Marble strawberry chiffon cake

Assalamualaikum.
Kali ini saya nak kongsikan resepi kek chiffon strawberi.Kek chiffon ni berbeza dengan kek span..kalau saya,saya lebih suka kek chiffon sebab kalau makan banyak pun tak muak.Sebelum ni saya dah pernah buat kek chiffon pandan,coklat dan hokkaido,kalau nak tengok boleh lah cari kat label resepi ya..Resepi ni saya ambil dari SINI.Kek yang beliau buat memang cantik berbanding kek saya -_-'..ada kesilapan masa saya buat kek ni,saya terlebih 'marble' akibatnya kek ada rasa pahit..Okeylah jom kita semak resepi.
RESEPI : MARBLE STRAWBERRY CHIFFON CAKE
Bahan-bahan: (A)
4 biji kuning telur 
115 ml susu segar
85 ml corn oil
1/4 sk garam
90 gm gula kaster
150 gm tepung superfine
1 sk baking powder
1 sk strawberry emulco
1/2 sk pewarna merah jambu
B
4 biji putih telur
90 gm gula kaster
1/8 sk cream of tartar
C (satukan)
2 sb serbuk koko
1 sb gula aising
2 sb air panas (tambah jika kurang)


 Cara-cara :
1. Sediakan loyang chiffon bersaiz 9 inci. Griskan guna sedikit butter dan taburkan tepung pada seluruh permukaannya. Ketuk keluar lebihan tepung dan ketepikan.
2. Satukan semua bahan A dalam mangkuk pengadun. Gaul rata hingga sebati. (guna hand whisk)
3.Kemudian pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk.
4. Kaup balikkan adunan B ke dalam adunan A sehingga sebati.
5. Tuang 1/2 adunan kek dalam loyang yang disediakan. Kemudian, tuang sedikit adunan C perlahan-lahan di atasnya.Swirlkan guna lidi atau chopstik untuk membuat pattern marble. Tuang pula bai adunan tadi dan letakkan lagi adunan C diatasnya, swirlkan lagi.
6. Bakar pada suhu 175C selama 40 minit. Terbalikkan adunan apabila kek sudah masak dan biarkan sejuk sepenuhnya baru keluarkan dari acuan.
Selamat mencuba ^_^

21 comments:

  1. sedapnya kek.. rajin dila memasak..

    ReplyDelete
  2. woa nice nice. boleh cuba nie :)

    ReplyDelete
  3. wah menarik dan macam nak cuba juga lah...

    ReplyDelete
  4. meh pos sikit kek tuu kat yaya . hehe :D yaya amek eaa resipi kek ni . nak try buat dgn mak :D

    ReplyDelete
  5. xda mixer..nnt nk blila..

    ReplyDelete
  6. xda mixer..nnt nk blila..

    ReplyDelete
  7. wahhh..mcm sedap..bolela mun cuba nnti..

    ReplyDelete
  8. mmg terbaek dr ladang nie..
    tgk laer pn dh cm sodap.
    oder satu :p

    ReplyDelete
  9. bila tengok kek tu..teringin nak buat...:)

    ReplyDelete
  10. alahai.. sedapnya.. mama ni hantu kek ni..

    ReplyDelete
  11. wow..mmg jd la..npk mmg lembut..

    ReplyDelete
  12. jom join GA ni.. http://afiqah220511.blogspot.com/2013/08/1st-giveaway-by-narbana.html

    ReplyDelete
  13. uhui, yg belom potong tu nmpk sdp gilaa. huhuhu

    ReplyDelete
  14. alamak cantiknye , dan mesti sedap ..nyum nyum :) pandai buat kek

    ReplyDelete
  15. pergh.. nampak menarik tu. mohon pos sikit ke rumah saya. hehehe

    ReplyDelete
  16. Salam kenal, thanx sudi singgah blog sy, wahhh nice ! mmg suka buat kek ya? rajin betul hehe...comel lah kucing u kat tepi tu (n_n) cute ! hehe

    ReplyDelete
  17. rajinnya dila masak..nampak sedap lagi tu..

    ReplyDelete
  18. Teringin juga buat kek sendiri.

    ReplyDelete