Roti Arab

Assalamualaikum.
Hari ni nak kongsi resepi roti lagi tapi versi goreng iaitu roti arab, saya buat pagi tadi untuk sarapan dapatlah 9 biji.. sedap cicah dengan kari atau sambal. Jom tengok resepi..
RESEPI : ROTI ARAB
SUMBER : RESEPI DARIA
Bahan-bahan :
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar gula halus @ castor
150 ml air suam
3 gm yis segera atau mauripan
250gm tepung gandum
Cara-cara :
  1. Masukkan tepung dalam bekas. Masukkan yis, mentega, gula dan minyak. Gaul rata sehingga menjadi seperti serbuk.
  2. Kemudian barulah masukkan air suam dan uli sehingga ia tidak melekat ditangan dan dibekas.
  3. Masukkan doh tadi dalam beg plastik, dan uli sekali lagi sehingga ia kental.
  4. Biarkan doh dalam beg plastik yang tertutup selama 1 jam
  5. Keluarkan doh dari beg plastik dan uli semula sekejap.
  6. Timbang 45gm dan bulat-bulatkan (bancuhan ini boleh dapat 9-10 ketul)
  7. Taburkan sedikit tepung atas papan pencanai dan canai doh nipis lebih kurang 0.4 cm
  8. Panaskan minyak dan goreng sebiji-biji. Tunggu sehingga roti kembang dan mengelembung sepenuhnya serta nampak kekemasan dibahagian bawahnya barulah diterbalikkan.

Angkat dan hidangkan bersama kari ayam atau daging
Nota :
- Pastikan api yang digunakan adalah sederhana. Jika terlalu panas, kulit kelihatan mengerutu dan kuih tidak memgembung sepenuhnya.

- Pada awal saya guna pan untuk mengoreng tapi bila saya dapati ia tidak mengelembung saya tukar kepada wok (kuali), barulah kuih mengembung dengan cantik.
Roti tak nampak mengembung sangat sebab guna pan..nanti nak cuba guna kuali pula.
Selamat mencuba ^_^

18 comments:

  1. Wah sedap gila ah kalau cicah tu aaaaaaaaaaaaaaaaa dgn kari aaaaa <3
    nyummy!!!
    Thanks kak dilla <3

    ReplyDelete
  2. Kegemaran ni dilla..mmg sedap cicah dgn kari..tp klu dot sadin ni..mesti sgt best kn dilla ^_^

    ReplyDelete
  3. wahh mesti sedap ni..
    pos g sini bole? hehehe..

    ReplyDelete
  4. wahhhhh boleh cuba ni nanti :)
    pergi market nanti boleh beli barang2 nak baking etc etc~
    TQ share resepi ni dila ^^v

    ReplyDelete
  5. mcm buat donut jugak....tp kene letak dalam plastic..untuk ape ek?

    ReplyDelete
  6. Wahhh cam best ni
    Hujan2 sedap makan ngn kari

    ReplyDelete
  7. wah rajin nya, mesti sedap dan puas hati kan dapat buat sendiri. saya ni rajin nak makan jer, bila tengok kena uli bagai, terasa malas nya nak try resepi tu... hahahah...

    ReplyDelete
  8. sedap ni.. rajin dila memasak.. :D

    ReplyDelete
  9. Haaa boleh cuba bah nii :D

    ReplyDelete
  10. Rajin buat roti.. Mmg ada ambk kursus buat roti eh, semua roti menjadi nampak sedap

    ReplyDelete
  11. Oh wow, Roti Arab.. They are even good when baked fresh :D

    ReplyDelete
  12. wah...sedapnya roti arab cicah kari...

    ReplyDelete
  13. ermmm.. laparnye.. dah la x bekpes lagi Fiza nie...

    ReplyDelete
  14. macam sedap ja..hehe
    p/s isi tabung taylor's dan maple story :)

    ReplyDelete
  15. wahhh sedapo nie ..cecah dengan kari .. jemput join segmen acik yer

    ReplyDelete
  16. nak cuba la..tengah banyak masa ni..hehe ^_^

    ReplyDelete
  17. wah,memang sedap kalau cicah dengan kuah kari..lapar pulak..;)

    ReplyDelete