Nasi Goreng Ayam untuk sarapan..

Assalamualaikum.
Selamat pagi korang, pagi ni cuaca sejuk sangat, semalam dahlah sejuk sampai tidur pun pakai stoking. Korang dah sarapan? Hari ni sarapan ringkas saja iaitu nasi goreng ayam, masakan yang sangat senang.. Campak ja bahan yang korang suka dah jadi nasi goreng spesial hihi. Okey saya nak share resepi nasi goreng ayam my style jom tengok resepi.
RESEPI : NASI GORENG AYAM
Bahan-bahan :
1 mangkuk nasi sejuk
Isi ayam - potong nipis
sayur campur
1 ulas bawang merah - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 sudu makan sos tomato
1 susu makan sos cili
Perasa ayam
Serbuk lada sulah
Garam
Minyak
Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau, lepas tu masukkan isi ayam. Masukkan sayur campur kacau sekejap kemudian masukkan sos tomato, sos cili dan serbuk lada sulah. Masukkan nasi dan perasakan, gaul sehingga nasi masak. Selamat mencuba ^_^.


19 comments:

  1. Morning, dilla..
    Harini bekfes nasi goreng... sedapppp tu... k nrl td buat roti telur je untuk anak2.. ^__^

    ReplyDelete
  2. sejuk sangat cuaca semalam kan dila...
    sampaikan nak masak pon terpaksa guna stoking jugak...

    ReplyDelete
  3. sally kalau goreng nasi guna bawang putih je..hehehe

    ReplyDelete
  4. Sedapnya,saya arini tapau je.hehee..kat tmpt saya pun sejuk jugak rasa mcm dok dlm peti ais pulak.

    ReplyDelete
  5. wah sedapnya breakfast!!! nak sikit??? he he he ... salam jumaat dear

    ReplyDelete
  6. saya makan nasi lemak pagi ni. hehe..

    ReplyDelete
  7. arini bekpes pon ns grng jgk..
    =)

    ReplyDelete
  8. nasi + ayam + rempah =setel. hehe

    ReplyDelete
  9. cuaca sejuk sangat sekarang ni.. wah.. sedapnya nasi goreng ayam.. rajin betul dila masak pagi-pagi..

    ReplyDelete
  10. yumyum. sedap nya bersarapan dgn nasik goreng ^_^

    ReplyDelete
  11. thanks share...bolehlah buat dekat rumah esok...hihihi

    ReplyDelete
  12. Sedapnyaa..

    Percuma baucer diskaun untuk semua pembaca blog IM kat SINI

    ReplyDelete
  13. sarapan pagi terbaik..sedapnye...

    ReplyDelete
  14. sedap nampaknya... senang je nampaknya nak buat

    ReplyDelete
  15. wah... sedapnya... nak try buat lah

    ReplyDelete
  16. ayoyo dapnyeeee qila mkn roti je hm mane aci cemniiii hihihi

    ReplyDelete
  17. Sedapnya.. and thanks for the recipe. Macam saya, saya suka letak telur dlm nasik goreng. tak kira lah nasik goreng apa pon. Macam bertambah sedap pulak.. Heee.. (:

    ReplyDelete
  18. dah breakfast jadi lapar blik tgk resepi ni huhuhu

    ReplyDelete