Followers Tersayang

DIY hias cover handphone

Assalamualaikum..
Lama tak buat enrty diy kan, jadi kali ni saya nak kongsi cara nak bagi cantik cover handphone korang, perempuan mesti suka cover yang cantik dan comel-comel kan. Cari saja kat instagram atau mana-mana kedai pasti ada jual cover yang comel-comel kan rambang mata dibuatnya..cuma perlu sediakan ongkosnya saja hihi. Tapi saya lebih suka buat sendiri, bahan-bahan cari ja yang ada di rumah contohnya lebihan manik-manik, kerongsang ka dan sebagainya ikut kreativiti masing-masing.. okey jom mulakan.
 Ni sebelum dicantikkan, nampak kosong ja kan
 Bahan-bahan yang diperlukan gam, twizzer untuk bantu lekatkan batu swaroski, dan bahan hiasan lain
 Lepas tu susunlah hiasan ikut suka korang
 dah puas hati dengan design pilihan, barulah mulakan proses menghias. Saya guna gam jenis E6000 ni sebab kuat dan tak comot.
Tarra.. dah siap, simples saja.. ok lah kan dari yang kosong tadi.. Selamat mencuba ^_^

p/s: mood berblog ke laut.. ^_^'

Resepi Ayam percik kelantan simple

Assalamualaikum..
Bila mood memasak datang macam-macam lah resepi yang nak di cuba. Sekarang ni dah senang cuma google ja berderet resepi keluar.. Kali ni saya cuba resepi ayam percik kelantan, bahan-bahan pun ringkas saja.. rasanya pun boleh tahan juga cuma ayam tu tak berapa masak, lain kali kena masak lama sedikit. Okey jom semak resepi..

Bahan-bahan:
2 ketul paha ayam -

Bahan kisar untuk perapan ayam
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci halia
bahan perasa

Bahan kuah
Santan secukupnya
cili kering -kisar
1 batang serai - kisar
Asam keping
bahan perasa

Cara-cara:
 Kisar bahan perapan, gaulkan bahan perapan bersama ayam dan perap 1 jam.

 Kemudian panggang dalam pan dengan api sederhana sehingga masak. Masak bahan kuah dengan api yang sederhana, terpulang nak pekat atau cair kuah tu ya.. saya suka pekat.
Ambil ayam tadi dan masak sebentar bersama kuah kemudian bolehlah hidangkan. 
Senang ja kan, selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca ^_^.

 

Review contact lens : Tutti Circle Beskon

Assalamualaikum..
Kali ni nak review contact lens pula, beli tahun lalu sekarang baru nak buat review hehe. Sebenarnya tak ingat berapa jenis dah lens yang saya telah cuba, asyik gambar bila dah pakai ja sampai lupa nak snap packaging lens tu, Kali ni beli ja lens terus snap. Okey lens kali ni dari Bescon, tak pernah dengar pun sebelum ni (nampak sangat ketinggalan hihi). Apek kedai jam tu cakap lens ni ok daripada kebanyakan lens murah sebab original dari Korea dan jenama pun agak terkenal, maka saya pun beli lah dengan harapan mata jadi cantik macam Korean haha.. Jom berkenalan dengan lens ni
the packaging
oleh kerana saya ni rabun maka ambilah yang ada power.

 

 saya pilih hitam sebab ni ja yang ada power.

Nama produk 
 Bescon Tutti Circle lens in black
Harga
 Normal rm128.00 after discount rm70.00
Tempat beli 
Kedai cermin mata
Kandungan 
 Two steril color contact lenses (Polymacon 62%, 38% water) immased in saline.
Tempoh penggunaan
 3 bulan.
Keselesaan 
3/5
- agak selesa juga 
-lepas pakai 3 jam mata akan rasa kering so kena pakai water drop khas untuk lens.
- suka lens ni sebab nampak cantik dan comel bila bergambar.
-keseluruhannya ok juga lah cuma agak mahal sedikit.
 
lens ni tak lah nampak macam alein seperti kebanyakkan lens hitam yang saya pernah pakai hehe.. sebab diameter cuma 14mm, ngam-ngam besar biji mata.
Ok till then..
Terima kasih sudi baca ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain