Followers Tersayang

Kuih Kasui

Assalamualaikum.
Hii.

Saya memang suka makan kuih-muih tradisional,bukan saja sedap malah nak membuatnya pun tak rumit..tak perlu banyak bahan.Antara kuih tradisional yang saya gemari ialah kuih kasui,jadi kali ni saya nak share resepi ni..Resepi ni saya ambil dari SINI..jom semak resepi.
RESEPI : KUIH KASUI
SUMBER : RESEPI RAIDAH
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula merah ~ saya guna dark brown sugar
3/4 cawan gula
3 sudu besar(makan) air kapur ~ saya letak 1 sudu saja
5 cawan air
1 sudu kecil perasa pandan
Kelapa parut dicampur sedikit garam~ untuk menyalut kuih

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
2. Sapukan sedikit minyak atau lapikkan plastik dalam loyang.
3. Tuangkan bahan (1) tadi tetapi elok ditapis ramuan tersebut untuk memastikan semuanya sebati.
4. Kukus sehingga masak (anggaran dlm 1/2 jam) atau sehingga masak.
5. Sejukkan dahulu baru dipotong.
6. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa parut tadi.

Selamat mencuba..Terima kasih sudi baca ^_^.Assalamualaikum.

DIY Shawl Halfmoon..

Assalamualaikum.
Hii.
Di rumah saya banyak lebihan kain yang tak digunakan,kadang-kadang sampai tak ada tempat nak simpan..kebanyakkannya jenis kain satin dan sifon..kalau kain cotton bolehlah buat beg ke..tapi kalau jenis kain sifon dan satin rasanya tak berapa sesuai kot.Tetiba timbul pula idea nak cantum-cantumkan kain dan buat shawl berbentuk halfmoon..tapi tak tahu pula apa nama shawl ni.Saya gunakan tiga warna kain sifon..jom mulakan.
tiga jenis warna yang menjadi pilihan hehe
ukur dan potong kain
cantumkan dan jahit
lipatkan dua,gariskan membentuk halfmoon,untuk ukuran boleh tengok di sini
proses mengunting kain.
saya jahit biasa saja dibahagian tepi shawl,kalau nak cantik boleh guna mesin jahit tepi.
Dah siap!
.
.
.
.
.
.
.
.
Adik jadi model shawl ^_^
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca ^_^
Assalamualaikum.

Petua Untuk Cirit-birit

Assalamualaikum.
Hii.
Pasti semua pernah mengalami cirit-birit kan.Aduh..seksa sekali dengan sakit perut memulas-mulas lepas tu kena ulang alik ke tandas.Ini lah yang terjadi pada saya kelmarin..tak pasti pula apa yang saya makan sampai sakit perut dan cirit-birit.Nak ke hospital malas lah pula..
Apakah punca cirit birit?
- Makanan dan minuman yang tidak bersih – dicemari bakteria, dan kuman lain.
- Makanan yang tidak dimasak dengan betul, seperti daging, makanan laut, atau produk tenusu (telur) yang tidak dimasak dengan betul.
- Makanan yang tidak disimpan dengan kaedah yang betul, seperti susu atau makanan sudah dimasak.
Ubat seperti antibiotik, yang membunuh bakteria baik dan bakteria jahat, menyebabkan ketidakseimbangan mikroflora dalam usus sehingga mengakibatkan cirit-birit.(copy paste dari sini)
Petua mengubati cirit-birit:
Daun jambu batu
Ada banyak cara dan kaedah untuk mengubati cirit birit ni,cara senang beli saja ubat pil chi kit teck aun..tapi saya tak berapa suka makan pil ni.Then,tanya kat mama apa cara yang paling senang..caranya mudah saja cuma rebuskan beberapa helai daun jambu batu yang muda kemudian minum air rebusan tersebut.Lepas amalkan alhamdulilah lega sikit.

Teh
Teh akan membantu badan menyerap cecair sementara mengurangkan keradangan pada saluran usus. Pastikan air teh yang disediakan tidak terlalu panas, kerana air panas akan merangsang pengecutan usus. Pilih teh yang mengandungi teh sebenar bukan sekadar perisa, serta teh yang kurang kafein. Ini kerana kafein menyebabkan dehidrasi lebih teruk.(copy paste dari sini)
Air garam
Larutkan garam bersama air kemudian minum.Cara ini adik saya selalu amalkan jika mengalami gejala cirit-birit.Minum air masak yang banyak bagi menggantikan bendalir dan garam yang hilang.
Jaga kebersihan
Selain itu,amalkan tabiat menjaga kebersihan dengan sentiasa membasuh tangan terutama selepas keluar dari tandas dan sebelum menyediakan makanan kerana kuman dan penyakit mudah tersebar melalui sentuhan.Sentiasa membasuh buah-buahan dan sayuran dengan air sebelum dimakan.Daging dan ayam perlulah di masak dengan sempurna dan pastikan betul-betul masak.
Sebenarnya banyak lagi cara bagi mengubati cirit-birit ni.Di harap dengan sedikit tips diatas dapat membantu.
Terima kasih sudi baca ^_^
Assalamualaikum.


Pucuk Ubi Masak Lemak Ikan Masin

Assalamualaikum.
Hii.
Malam-malam begini tetiba pula update resepi,bukan apa siang tadi sibuk sikit,sampai blog pun terabai..maaf ya kawan-kawan kalau tak sempat blogwalking tempat korang.Sebenarnya saya baru balik dari majlis kahwin kawan saya..dekat kampung ni saja.Sekarang ni pun majlis tu belum habis lagi,biasanya di tempat saya majlis kahwin habis dekat nak tengah malam,waktu malam lah yang meriah sebab ada aktiviti karaoke..Siaplah jiran-jiran diorang terpaksa tahan telinga hehe.Opps cerita kahwin ni akan bersambung besok ya..sambung cerita resepi pula..Jom tengok resepi yang sangat senang..

 
Mangkuk percuma Vico..yang dah lama tersimpan hehe
RESEPI : PUCUK UBI MASAK LEMAK IKAN MASIN
Bahan-bahan:
Pucuk ubi
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia* (*ditumbuk)
Santan
Ikan masin
Garam
Serbuk perasa
Serbuk kunyit
Minyak
Cara-cara
Panaskan minyak,goreng ikan masin sehingga garing dan ketepikan.Tumiskan bawang merah,bawang putih dan halia hingga garing.Masukkan pucuk ubi dan masak sehingga pucuk ubi layu.Kemudian,tuangkan santan dan tambahkan serbuk kunyit.Bila dah mendidih tambahkan sedikit garam,serbuk perasa dan ikan masin.Tutupkan api dan hidangkan.
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca ^_^
Assalamualaikum.

Review Produk:Nu Teen Acne & Pimples Away Sleeping Mask

Assalamualaikum.
Hii.
Pasti semua tak sukakan jerawat kan,tambah-tambah lagi jerawat besar,ambil masa juga nak hilang..kadang-kadang tu siap tinggalkan bekas comel lagi.Kalau yang gatal tangan macam saya siaplah muka penuh bekas jerawat..Tapi dengan adanya produk nu teen ni jerawat jadi cepat kecut dari biasa..serius tau!.Nu Teen Acne & Simples Away Sleeping Mask ni adik-beradik dengan produk yang saya dah review hari tu kat SINI..Produk ni kita pakai malam,sebelum tidur,siangnya pakai Nu Teen Acne Away Gel..hasil gabungan dua produk ni memang awesome,jerawat besar pun cepat kecut.Jom kita berkenalan dengan produk ni..
The packaging 35g
Harga dalam rm20.++

comel bekas dia ^^
tekstur dia 
Hasil review saya:
Produk dia wangi yang menyenangkan
Tak berminyak,cepat meresap ke dalam kulit lepas sapu.
Sapu malamnya,esok pagi jerawat ada kecut sikit
Jerawat yang besar ambil masa 3 hari baru ok,ini pada saya lah..semua kulit tak sama kan.Tak percaya cuba tengok gambar kat bawah..


Jerawat beransur-ansur pulih..^_^.Pic berlainan warna sebab pengaruh cahaya.
Terima kasih sudi baca ^_^
Assalamualaikum.

Kek Coklat Lembap

Assalamualaikum.
Hii.
Kali ni saya nak share resepi kek lembap yang saya ambil dari SINI.Resepi kek lembap ni guna mentega,berbeza dengan kek lembap yang saya dah pernah cuba kat SINI yang menggunakan minyak.Rasa kek tak banyak beza,cuma kek yang menggunakan mentega lebih lembut dan berspan sikit,susah sikit nak potong sebab terlalu lembut..tapi memang sedap.Okey jom start..
RESEPI : KEK COKLAT LEMBAP
SUMBER : MAT GEBU
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)
BAHAN COKLAT GANACHE:
100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega
CARA-CARA:
Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

Pukul mentega dan gula halus hingga putih. 
Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 4 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.
Selamat mencuba ^_^
Terima kasih sudi baca ^_^..
Assalamualaikum.

DIY Bola Kertas 3D

Assalamualaikum.
Hii.
Pic from google
Cantik kan bola kertas tu,macam mana nak buat?Okey senang saja..jom kita mulakan.Tutorial ni saya dapat dari SINI.
Bentukkan kertas seperti pic di atas,guntingkan bahagian tepi kertas.Buat dalam 12 keping.
Proses mencantum kertas,korang sisip-sisipkan saja bahagian tepi kertas tu.
Dah hampir siap..
Siap!!
Pic from google
Senang kan..kalau nak cantik pakai kertas berwarna.
Terima kasih sudi baca ^_^
Assalamualaikum.

Duit Syiling Lama

Assalamualaikum.
Hii.
Tadi adik saya tunjukkan duit syiling satu sen,katanya jumpa masa tengah bersihkan sampah.Mula-mula tengok macam tak percaya duit betul sebab macam duit mainan dengan bentuk segi empat..sah lah tak tahu sejarah hehe.selama ni duit syiling kan bentuk bulat.Then search google..wah memang sah lah duit betul..Bertuah jumpa duit lama,kemain gembira lagi dia..agaknya kalau jual ada yang nak beli tak?Issh..manalah dia nak jual..nak simpan buat koleksi katanya. 
Duit syiling 1 sen baru
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Inilah duit tu King George VI
Syling 1 sen keluaran 1945
Kalau duit syiling sekarang berbentuk macam ni,ada kebaikannya juga sebab kalau terjatuh tak bergolek jauh.Pasti ada di antara korang yang suka kumpul koleksi duit syiling lama kan :).
Terima kasih sudi baca ^_^
Assalamualaikum.

Diy Scrub

Assalamualaikum.
Hii.
Kali ini saya nak share cara buat skrub sendiri di rumah.Semua bahan nak buat skrub ni boleh didapati dari dapur.Terdapat banyak jenis skrub yang terdapat di pasaran,cuma perlu sediakan duit jer nak beli..apa kata kita rajinkan diri untuk buat skrub sendiri,lagi jimat kan..Maaflah saya tak ada tutorial sendiri untuk diy kali ni.Tapi saya dah pernah try semua skrub-skrub ni..hasilnya memang memuaskan.Okey jom start.. 
Pic from google.
Skrub Bibir.
Bahan yang diperlukan gula,vaseline,madu dan minyak zaitun.Campurkan kesemua bahan dan simpan dalam bekas,cara nak guna cuma sapu kat bibir dan gosokkan perlahan dengan berus gigi lembut atau dengan jari.Skrub ni bagus untuk lembutkan bibir.Saya pernah try skrub ni,hasilnya kulit-kulit mati yang ada pada bibir akan tanggal dan bibir jadi lembab.
Pic from google
Skrub muka
Bahan yang di perlukan madu dan oat.campurkan kedua-dua bahan dan sapukan ke muka,kemudian gosok perlahan-lahan.Seperti yang kita sedia maklum madu mempunyai banyak manfaat bukan saja untuk kesihatan malah untuk kecantikan.Antaranya,dapat malembabkan kulit,anti penuaan,anti jerawat dan sebagainya,manakala oat pula dapat mangatasi kulit kering dan menghaluskan wajah.Lepas pakai skrub ni korang dapat rasa kulit wajah jadi lembut dan lembab gitu..

Pic from google
Skrub muka yang kedua menggunakan tomato dan gula.Caranya hiriskan tomato dan sapukan gula dipermukaan tomato lalu gosokkan ke muka secara lembut.Hasilnya kulit muka akan kurang berminyak.

pic from google
Skrub Badan.
Bahan yang diperlukan serbuk kopi,oatmeal dan madu serta minyak zaitun.Bancuh serbuk kopi dengan sedikit air panas dan masukkan bahan yang selebihnya.Cara nak guna seelok-eloknya mandi terlebih dahulu dengan air suam..ini bertujuan untuk bagi liang roma kita terbuka,kemudian lumurkan skrub tadi dan gosok lembut.lepas tu cuci dan keringkan.Antara manfaat kopi untuk kecantikan ialah menghaluskan kulit,membantu menghilangkan sel kulit mati,melembabkan kulit dan banyak lagi.

Sebenarnya ada banyak lagi jenis skrub,korang bolehlah cari di google..Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca ^_^
Assalamualaikum.

Bingka Roti Kukus Pandan

Assalamualaikum.
Hii.
Kali ini saya nak kongsikan resepi bingka roti kukus pandan yang sangat mudah tapi sedap.Resepi ni lebih kurang sama dengan resepi Puding Roti Mudah hari tu,cuma bezanya bingka ni mengunakan santan dan rasa pandan serta masak dengan kaedah kukus.Melihatkan banyak roti di dapur maka timbul lah kerajinan nak membingka..Resepi ni saya ambil dari SINI.Saya sengaja tak letak sos kastard,sebab tak ada stok susu cair.Okey jom tengok resepi.^_^
RESEPI:BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Bahan-bahan:
8-10 keping roti putih (tak perlu siat kecil)
200 ml santan
200 ml air (saya gunakan air kisaran daun pandan)
1 cawan gula (saya letak 3/4 cawan)
4 biji telur
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan (tak letak  sebab dah guna air pandan asli)
2 helai daun pandan | simpul
Sedikit pewarna hijau (resepi asal tak ada)
Cara-cara:
1.Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air (sy guna air kisaran pandan), gula, telur, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
2.Kemudian rendankam kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
3.Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (sapu dulu loyang dengan mentega).Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
4.Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
5.Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15-20 minit.
6.Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan.

SOS KASTARD
SUMBER:Azlita
Bahan-bahan:
1/2 tin susu cair
1/2 cawan air
Secubit garam
1 sudu besar kastard

Cara:
1.Masak semua bahan dalam periuk atas api yang sedehana hingga kuah pekat.
2.Angkat dan biarkan sejuk.
3.Sedia untuk dihidangkan bersama puding roti pandan coctail.
Selamat mencuba..
Terima kasih sudi baca ^_^.
Assalamualaikum.

Nasi Lemak

Assalamualaikum.
Hii.
Selamat pagi semua,sudah sarapan??Tetiba pulak hehe.Pagi ni sarapan nasi lemak,saja nak rasa sarapan yang berat-berat.tapi tak bolehlah  hari-hari,nanti bertambah...(sila sambung ayat sendiri...hehe).Tak lah nasi lemak kan guna santan,tapi tak pasti pula boleh gantikan dengan susu cair ke tidak.Sambal tu saya sediakan awal semalam,nasi masak pagi tadi..bukan apa,takut tak sempat sebab adik-adik nak bawa bekal untuk ke sekolah.Resepi nasi lemak ni saya ambil dari SINI,ada tips sambal sedap lagi kat sana.Selama ni buat sambal main campak-campak saja,patutlah rasa macam ada yang kurang saja.-_-'.Okey mari tengok resepi..
RESEPI : NASI LEMAK
SUMBER : POTRET KASIH
Bahan untuk nasi:
3 cawan beras
1 cawan santan
3 cawan air ( anggaran saja – kadar air ikut jenis beras yang anda guna, boleh tambah jika di perlukan)
3 hiris halia
1 helai daun pandan
3 ulas bawang merah ( di hiris)
sedikit garam
cara-cara:
* Campurkan semua bahan di dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
Bahan untuk sambal:
6 sudu besar cili giling
3 biji bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
2 biji bawang besar – 1 biji bawang ditumbuk dan 1 biji bawang besar hiris
segenggam ikan bilis ( sebahagian di tumbuk, sebahagian lagi di goreng )
sedikit air asam jawa
sedikit belacan jika suka
sedikit garam, gula dan perasa
Cara-cara:
Tumis cili giling, bawang merah, bawang besar, bawang  putih, ikan bilis dan  belacan hingga pecah minyak.
Masukkan air asam, bawang besar hiris dan sedikit air agar sambal tidak terlalu pekat.
Bila sudah mendidih sesuaikan rasa dam masukkan ikan bilis yang telah di goreng.
Bahan sampingan lain:
ikan bilis goreng
timun – dihiris
kacang tanah
telur rebus


Berikut adalah tips untuk membuat sambal kita menjadi enak.
1.  Jangan mengunakan cili boh atau cili giling tersedia kerana bahan pengawetnya akan mencacatkan rasa. Gunalah cili kering yang dikisar sendiri.
2.  Gunakan banyak bawang besar kerana ia akan mengurangkan kepedasan dan menambah manis secara semulajadi.
3.  Semasa menumis cili dan bawang besar pastikan pastikan ia benar-benar masak atau naik minyak sehingga mengeluarkan bau tumisan yang harum.
4. Imbangi rasa sambal anda dengan meletakkan sedikit asam keping atau air asam jawa. Jangan terlalu banyak kerana rasa masam yang keterlaluan akan mencacatkan rasa sambal anda.
5. Jika suka boleh tambah belacan untuk menambah rasa lemak atau kisarkan ikan bilis dan udang kering sebagai bahan campuran tumisan anda. Untuk lebih enak tambahkan ikan bilis yang telah di goreng dan tumbuk separa hancur untuk dimasukkan di dalam sambal. Semasa menghidang sambal jangan kedekut untuk taburkan ikan bilis goreng di atas sambal untuk mengekalkan kerangupannya.
6. Sesuaikan rasa garam, gula dan sedikit masam pada sambal. Boleh tambah serbuk perasa jika anda suka kerana ia akan menambah kelazatannya. Jika anda tidak suka pastikan ikan bilis atau udang kering diletakkan lebih sedikit pada sambal.
Semoga tips ini membantu anda..
Selamat mencuba..
Terima kasih sudi baca ^_^.
Assalamualaikum.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain