Followers Tersayang

Review produk # Relian Mascara

Assalamualaikum.
Femes maskara relian ni kan, sana-sini jual maskara ni.. Saya ja yang ketinggalan, bukan apa saya tak berminat sangat nak cuba mascara relian ni, sebab setia dengan maskara Maybelline. Kalau tak kerana sepupu ( Wani), tak merasalah relian maskara ni.
 The packaging, agak elegan pink-pink gitu.

 Satu maskara dan yang satu fiber. Fiber ni yang buatkan bulu mata jadi panjang dan lebat.
 Dapat lihat perbezaan sebelum dan selepas pakai maskara kan, bulu mata jadi lebat dan panjang. Abaikan lens yang tak sama warna tu.. tak tahu kenapa jadi macam tu, order lens sepasang dan berlainan power tapi warna pula tak sama **.
Sebelah kiri maskara relian, kanan maskara Maybelline.
Hasil review:
Bulu mata jadi panjang dan lebat lepas pakai.
Senang di cuci
Tak tahan lama, terutama fiber tu cepat jatuh, habis hitam bawah mata -_-'
Lebih suka kalau tak letak fiber.. just mascara ja.
Fiber tu bila kena air cepat tanggal.
Kesimpulannya tetap setia pada mascara Maybelline.. Apa pula pendapat korang tentang maskara ni?
Okey till then ^_^.



DIY Kotak serbaguna

Assalamualaikum.
Hari ni mood berDIY pula, saya nak kongsikan cara mudah nak ubahsuai kotak terbuang jadi tempat simpan barang. Banyak kotak kat rumah tu yang timbul mood rajin berDIY, rimas pula tengok sana-sini kotak hehe. Bahan-bahan yang di perlukan sangat lah mudah didapati..(eh macam main masak-masak pula ).

Antara bahan yang diperlukan.. Okey jom mulakan..
 Ukur besar mana kotak yang korang nak kemudian potong dan cantum. Saya buat ala-ala laci dua tingkat, supaya dapat simpan banyak barang.
Lepas siap cantum, bolehlah cantikkan dengan kertas pembalut. Kemudian kemaskan dengan gam plastik pada keseluruhan kotak, ini untuk bagi kotak kita tu tahan jadi kalau kena air atau kotoran senang nak bersihkan.
Peneman merangkap pengacau projek DIY, sibuk ja mau masuk dalam kotak..
Ini pula untuk bahagian laci, ikut kreativiti masing-masing ya.
Dah siap pun boleh lah susun barang-barang korang.. Mudah bukan? Selamat mencuba ^_^.


WW # Jeruk Mangga Asam boi

Assalamualaikum.

Femes jeruk mangga asam boi ni kan, sana-sini gambar jeruk ni, buat orang terliur ja.. Selalu juga buat jeruk mangga campur asam boi ni tapi guna yang dalam serbuk tu macam kat sini .
 1 biji mangga ni tak cukup makan sorang hehe..
 Letak banyak asam boi @ amoi-amoi lagi sedap.. 
Selamat petang ^_^


Sambal terung ala peranakan

Assalamualaikum.
Saya memang suka makan semua jenis sambal, tak kisah lah sambal petai ka, sambal bilis, sambal sotong dan sebagainya. Kalau makan nasi dengan sambal mesti siap tambah nasi sepinggan hihi. Jadi kali ni saya nak kongsikan satu resepi kegemaran iaitu sambal terung, siapa suka makan sambal terung kita geng hihi.. 
 Selalu masak campak-campak ja, kali ni cuba resepi dari  CMG pula, memang sedap ala peranakan baba nyonya gitu.. Okey jom semak resepi.
RESEPI : SAMBAL TERUNG ALA PERANAKAN
SUMBER : TIFFIN BIRU
Bahan-bahan :
2 biji terung biru panjang
1 batang serai, dititik
1/4 cawan jus asam jawa
Gula dan garam secukup rasa

Bahan tumbuk halus :
6 biji cili merah
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 camca besar, udang kering, rendam dan toskan
1/2 inci belacan
1/3 inci kunyit hidup

Cara-cara:
  1. Terung dibuang sedikit kulitnya, hiris serong dan rendam dalam air bergaram. Serai dititik. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, terung tadi ditoskan dan lap kering dengan paper towel, tabur sedikit garam gaul rata dan goreng hingga lembut sedikit, angkat, tos dan susun atas beberapa helai paper towel. Biar minyak terserap.
  3. Cedok keluar minyak dan tinggalkan untuk memasak sambal. Masukkan bahan tumbuk halus dan serai titik, tumis hingga garing, masuk jus asam jawa kacau dan tambah garam secukup rasa serta gula. Masak dengan api sederhana hingga sambal terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Sususn terung tadi dalam pinggan sesuai, sudukan sambal atas terung dan ratakan. Hidangkan segera bersama nasi hangat...hmm i likeee!!... - saya gaulkan terus terung dengan sambal tu.
Selamat mencuba ^_^.

Cpuv lagi..

Assalamualaikum..
Nuffnang sekarang memang baik hati, ramai yang dapat BE/CPUV bertingkat-tingkat bestnya kan..
Alhamdulilah.. saya pun ada juga lah dapat sikit, tulah siapa suruh jarang update blog hihi.. Sekarang ni kesihatan tak berapa ok, mood berblog pun kurang, doakan saya cepat sembuh ya.. Mana-mana blog yang saya tak sempat blogwalking minta maaf ya, nanti bila semuanya ok InsyaAllah saya akan terjah kat blog korang ya.. 
^_^ 

Cashout Nuffnang

Assalamualaikum.
Baru ada masa buka blog kesayangan ni, korang yang masih sudi jenguk blog ni terima kasih di ucapkan ^_^. Sekarang ni agak sibuk buat dengan kerja membiskut, buat sikit-sikit ja.. ni pun sebab ada yang nak hehe.. Berbalik pada tajuk entry saya dah cashout nuffnang, gatal ja tangan nak tekan butang cashout tu hihi..


Jumlah tak lah banyak  mana pun, alhamdulilah dengan rezeki yang diberikan dapat juga merasa hasil berblog ni. 8 share pun dah cashout baru-baru ni, churpchurp nanti-nanti ja lah tunggu sampai cecah ribu-ribu hehe tak ada lah.. ^_^.
 Sedih bila tengok baki tinggal rm0.00, tapi jadi gembira balik sebab nampak 4 CPUV baru tengah on going.. Alhamdulilah terima kasih Nuffnang yang baik hati, pasti korang pun dapat juga kan ^_^.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain