Followers Tersayang

Jus Epal Merah dengan Oren Sunkist

Assalamualaikum.
Hii.
Panas-panas begini best kalau dapat minum jus..Apa kata kita buat jus buah-buahan nak?Kebetulan dalam peti ais ada epal dan oren hehe.Jom tengok cara buat jus yang senang..
Resepi: Jus Epal Merah Dengan Oren Sunkist
Bahan-bahan:
2 biji epal merah - potong kecil-kecil
1 biji oren Sunkist - buang kulit dan biji (jika ada)
1 sudu madu - Honey Red Dates Tea
3 sudu gula
4 cawan air
ketulan ais - pilihan
Cara-cara:
Kisar semua bahan di atas kecuali ketulan ais.Kemudian tapis dan tuangkan ke dalam gelas..(saya tak tapis hehe).Tambahkan ketulan ais jika suka..dan sedia untuk diminum..

Jemput minum...
Till then.
Terima kasih sudi baca.
Assalamualaikum.

Kek Marble Susu

Assalamualaikum.
Hii.
Selamat berhari sabtu,moga korang semua sihat dan ceria selalu..Kali ni saya nak kongsi resepi kek lagi,wah boleh jadi gemuk kalau selalu makan kek hehe.Bukannya apa,saja buat kek sebab nak habiskan baki telur yang tinggal berapa biji saja lagi,kalau disimpan lama expired pula nanti.Resepi ni saya ambil diSINI.Kek ni lembut dan agak manis,maybe kena kurangkan gula lagi.Jom tengok resepi..


KEK MARBLE SUSU 
Sumber : Chef Norzailina Nordin 

Bahan-bahan : 
250gm butter, Rinn guna majerin
230gm gula caster, Rinn kurangkan kepada 200gm
2 camca teh ovalette
4 biji telur
270gm superfine flour, Rinn gunakan Tepung Kek NONA
1 camca teh baking powder
60gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 camca teh chocolate emulco 

Cara-cara:
Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
  Putar majerin, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim. 

Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan. 

Kaupbalikkan tepung menggunakan spatula. Masukkan susu pekat dan putar sebati. 

Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar begitu sahaja, 
satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar.  Alas loyang bulat 22cm dengan kertas minyak. 

 Sudukan sesenduk adunan tanpa koko ke tengah loyang.


 Dikuti dengan adunan koko, silih berganti antara 

dua adunan sehingga habis. 

Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min - 50min atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi tester. 

Senang saja kan?Selamat mencuba :)

Terima kasih sudi baca. 
Assalamualaikum.

Kek Chiffon Pandan

Assalamualaikum.
Hii.
Petang tadi saya buat kek chiffon pandan.Thanks buat adik saya Suzilah sebab tolong snap gambar dan tolong makan sekali hehe.Kek ni sangat lembut,wangi dan sedap,sekejap jer habis dikerjakan oleh adik-adik saya.Sebenarnya dah lama mama saya request kek pandan ni,tapi baru sekarang dapat buat,alhamdulilah menjadi dan mama pun suka ^_^ love you mama!Resepi ni saya ambi dari sini,bahan-bahan yang digunakan tak banyak.Nasib baik tak banyak guna telur,sebab saya memang fail kalau bab-bab asingkan putih dan kuning telur ni..untuk kek ini saja 4 biji telur saya rosakkan -_-'.Okey tak mau bebel banyak jom tengok resepi.   

KEK CHIFFON PANDAN
Sumber : Irene Chia 
Bahan A (Diayak sebanyak 3 kali) 
150gm tepung kek
1 camca teh baking powder
Bahan B 
4 biji kuning telur saiz A
70gm gula castor
1/4 camca teh garam halus
Bahan C 
85ml corn oil, Rinn guna canola oil
115ml jus pandan, Rinn blend daun pandan dan air
Bahan D 
4 biji putih telur saiz A
70gm gula castor
1/2 camca teh cream of tartar  
Cara-cara:
Blend 10 helai daun pandan bersama 150ml air masak. Dapatkan 115ml jus pandan. Gunakan saputangan kecil yg bersih utk memerah. Kalau guna penapis mungkin 
habuk-habuk hampas daun pandan akan turut masuk.
  

Gunakan handmixer utk memukul Bahan (B). Masukkan canola oil dan teruskan memukul. Putar sehingga kembang. 



Masukkan jus pandan. Teruskan memutar. Teruskan memutar hingga rata.  





 Boleh tambahkan sedikit pewarna hijau untuk menaikkan lagi warna hijau. Tak bubuh pun tak pe.


Masukkan sedikit demi sedikit tepung.

Dengan menggunakan spatula kacau setakat tepung hilang 

dari pandangan. Jangan terlebih kacau. 

 Dengan kelajuan tinggi putar putih telur hingga kembang. Masukkan cream of tartar dan terus putar.
 Masukkan gula castor dan terus memutar hingga putih telur kental tetapi jangan terlebih putarCukup sekadar putih telur tidak tumpah walaupun mangkuk mixer diterbalikkan.

 Masukkan separuh dari putih telur kental (meringue)tadi ke dalam bancuhan kuning telur tadi.
 Kaup balikkan hingga rata. Jangan diputar. Jangan risau kalau adunan kelihatan "lumpy" atau berketul-ketul kerana memang itu yg resepi kehendaki untuk menghasilkan kek yang gebu dan berongga.Tuangkan bancuhan di atas ke dalam mangkuk yg berisi separuh lagi meringue tadi. 
Tuangkan ke dalam acuan chiffon (saya pakai asuan biasa saja )dan dibakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu to moderate 175 darjah cel. lebihkurang 20min awal. Bakar selama 40min - 45min.
Tolong jangan lapik acuan dengan kertas minyak atau disapu dengan butter atau majerin. Cukup sekadar dilap dengan kain kering yg bersih. Dasar dan dinding acuan yg tidak bergris membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. Guna api atas dan bawah semasa membakar kek ini. 
Kek yang telah siap dibakar selama 40 minit setelah dicucuk dengan lidi tester, ianya telah kelihatan elok masaknya. Segera keluarkan dari oven. Kalau nak amik gambar..amik cepat-cepat sebab kek ini perlu diterbalikkan dengan segera sebelum ia mendap.. 
Pastikan guna pisau yang tajam dan panjang kita sisipkan antara kek dan dinding acuan agar kek tidak melekat pada dinding dan dasarnya.
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca ^_^
Assalamualaikum.

Segmen: Jom Klik Link Iklan

Assalamualaikum.
Hii. 
Klik banner kalau nak join.
Link iklan saya^^
 

Saya pengguna Celcom :)
Assalamualaikum.

Segmen:Saya Nak Di Bloglisted oleh Cik Misya!

Assalamualaikum.
Hii.
Jom join segmen ini.Klik banner cantik tu ^_^
Saya tag Ella Suhaila.
Assalamualaikum.

Peplum

Assalamualaikum.
Hii.
Saya dah lama nakkan baju kurung peplum,fesyen baju yang tengah femes sekarang ni.Suka tengok baju peplum ni sebab cute dan nampak kurus jer bila pakai.Nak minta jahit tapi kain takda,teringat pula baki kain baju kurung tahun lalu,asalnya kain ni saya beli 4 meter,tapi saya guna 2 meter untuk baju kurung,skirt guna kain lain.Kalau hantar kat kedai jahit upahnya rm50,jahit sendiri lagi jimat.First time jahit baju peplum ni ,saya jahit untuk suka-suka jer.Alhamdulilah menjadi walaupun tak cantik,maklumlah saya tiada pengalaman menjahit.Saya jadikan Kedaijahitku sebagai rujukan,banyak tutorial dan tips jahitan diblog ni.Jom layan gambar dibawah.



Siap..^_^
Till then.
Terima kasih sudi baca.
Assalamualaikum.

DIY: Makeup brush roll

Assalamualaikum..
Hii.
Selamat malam korang,ada yang belum tidur lagi ke?(aissh tetiba pula).Masa tengah google-google ternampak pula cara buat tempat berus ni dari blog orang putih,cantik pula lagi satu dapat jimat duit..tak payah susah-susah beli baru hehe.Saya pun terus lah sediakan bahan dan buat,senang jer nak buat sebenarnya.Jom kita start..Maaf saya tak pandai nak explain satu-satu T_T..Korang tengok gambar saja lah ya,mesti boleh faham punya ^_^.


Hasilnya 
.
.
.
.
.
.
.
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca^_^

Sucker Punch Baby Doll Make up

Assalamualaikum.
Hii.
Mood mekap-mekap pula kali ini,jom main mekap-mekap.Saya,kalau buka youtube mesti tak ketinggalan tengok mekap-mekap tutorial ni hehe..suka tengok bab-bab nak mencantikkan diri ni.Korang mesti kenal Fyna kan? Fyna ni MUA untuk orang kahwin,suka tengok hasil sentuhan tangan beliau yang cantik sangat..Selalu terjah kat blog Fyna ni banyak tips-tips kecantikan kat sana i like.Di bawah ni video mekap tutorial dari fyna jom layan.. 

Mekap ni simple saja,tak main banyak warna sangat..tak perlu eyeliner bawah mata sebab dah namanya doll mekap mestilah nak bagi effect big eyes tu nampak.For the lips pun natural colour jer more to nude colour.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hasil contengan dari budak baru belajar -_-'
Mempersembahkan muka bolat dan jerawat di pipi haha..
Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum.

Tips Untuk Cepat Tidur

Assalamualaikum.
Hii.
Tetiba pula post enrty lewat malam ni (eh bukan dah pagi kah)..Sebenarnya saya tak mengantuk lagi..Uwaa mata still tak nak lelap.Tak tahu sebab apa,tapi bukan saya sorang saja yang belum tidur dalam rumah ni..adik saya yang leka main game ntah apa tu pun tak tidur-tidur lagi.Banyak keburukan tak cukup tidur ni,antaranya:
  1. Menjejaskan kesihatan -dapat penyakit insomnia iaitu penyakit yang susah nak tidur.
  2. Badan menjadi lemah dan tak cergas.
  3. Sakit mata -mata panda,mata merah dan rasa macam ada pasir saja kat mata.
  4. Kerja terbantut -sebab ingat nak tidur jer,macam manalah nak siap kerja.
  5. Gangguan mental dan emosi -mood jadi tak menentu asyik nak marah saja.
Tips untuk cepat tidur:
  1. Minum milo dikatakan dapat membantu untuk tidur cepat.Jangan pula minum kopi ya,nanti lain pula jadinya.
  2. Dengar lagu yang syahdu 
  3. Baca buku yang membosankan
  4. Kira bintang dilangit 
  5. Padamkan lampu kalau nak tidur,cahaya yang terang akan menganggu hormon tidur dan merangsang otak.
  6. Jangan tidur pada siang hari.
  7. Sediakan suasana bilik yang selesa seperti pemilihan pakaian daripada cotton yang longgar,tilam dan selimut yang selesa.


Harap tips ini dapat membantu korang yang susah nak tidur awal.Till then.

Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum.

Tauhu Masak Sos Simple

Assalamualaikum.
Hii.
Kali ni saya nak share resepi simple iaitu tauhu masak sos.Saya memang suka makan tauhu dan apa-apa yang berkaitan dengan kacang soya.Saya masak main campak-campak aje,apa pun jom tengok resepi.
Bahan-bahan:
4 ketul tauhu ~dipotong dua dan di goreng sekejap
3 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 ulas bawang merah ~cincang halus
3 ulas bawang putih~cincang halus,saya suka letak lebih 
Mix vegetable
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Satu sudu kecil tepung jagung~bancuh bersama sedikit air
Minyak untuk menumis
Sedikit air
Cara-cara:
Panaskan minyak,tumis bawang hingga naik bau.Masukkan cili kering dan tumis hingga pecah minyak.Tuangkan sedikit air,kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan mix vegetable biarkan mendidih.Then,masukkan bahan perasa.Untuk pekatkan kuah saya letak bancuhan tepung jagung bersama air.Akhir sekali masukkan tauhu,kacau sekejap dan matikan api.Sedia untuk dihidangkan bersama nasi..
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum.

5th Giveaway by Aimi Wardina

Assalamualaikum..
Hii.
Klik banner untuk join.
Assalamualaikum.

Mee Kari Simple

Assalamualaikum.
Hii.
Jom memasak lagi,tengah hari tadi masak mee kari,simple dan mudah disediakan.Makan mee jer,cuti makan nasi hehe.Tapi tak bolehlah makan selalu nanti gemok pula sebab resepi mee kari ni pakai santan.Resepi ni saya ambil dari SINI.Jom tengok resepi.

BAHAN -BAHAN:
beberapa ketul ayam di potong kecil 
10 - 15 ekor udang, dibersihkan~saya tak letak 

fish ball
fish cake 
1 kotak santan di campur air sebanyak 1-2 cawan (ikut suka nak pekat mana ye!) 
1 paket kecil rempah kari daging/ayam baba’s  di campur sedikit air

BAHAN A:
3 biji bawang merah, diblend 
2 ulas bawang putih, diblend 
1 batang kayu manis 
1 kuntum bunga lawang 
2 biji buah pelaga 
2 kuntum bunga cengkih

5 biji cili kering di blend bersama bawang putih n bawang merah…kalau nak lagi pedas, tambahlah lagi cili ye!)
2 biji buah keras di tumbuk halus
BAHAN LAIN: 
1 kg mee kuning, cuci, dan celur sekejap, toskan 
Taugeh, dicelur sekejap 
sawi di celur sekejap 
taupok 
Bawang goreng  
Belahan limau kasturi

CARA-CARA:
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan A sehingga harum
  2. Then masukkan bahan-bahan rempah kari dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api perlahan.
  3. Masukkan ayam, kacau rata dan biar kecut sekejap.
  4. Then masukkan udang dan kemudian masukkan santan biar hampir mendidih
  5. Then masukkan fish cake dan fish ball
  6. Bila mendidih, masukkan garam dan rasa lah sedap ke tidak..then boleh matikan api.
Bila nak makan,tuangkan kuah ke atas mee yang telah dihiaskan dengan taugeh,taupok dan bawang goreng.
Dalam resepi ni letak sambal tapi saya tak letak,tu terpulanglah pada selera tekak masing-masing.
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum.



Giveaway by DI #2

Assalamualaikum.
Hii.

Klik banner untuk join :)
Assalamualaikum.

Nasi Goreng Simple

Assalamualaikum.
Hii.
Selamat pagi..Sudah sarapan?Menu sarapan pagi ni nasi goreng yang sangat senang nak sediakan.Tak tahu nak bagi nama apa untuk nasi goreng ni hehe..Jom tengok resepi.
Bahan-bahan:
Nasi sejuk
Sayur campur
Ikan bilis
Fish ball -Potong 4
Bawang merah -mayang halus
Bawang putih -mayang halus
Garam
Serbuk perencah nasi goreng bilis
Minyak untuk menumis
Bawang goreng untuk hiasan
Cara-cara:
Panaskan minyak,tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.Masukkan ikan bilis,fish ball dan sayur campur.Kemudian,tambahkan bahan perasa.Akhir sekali masukkan nasi sejuk,gaul sehingga masak.Taburkan bawang goreng untuk hiasan.
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum.

Kek Keju Tiramisu

Assalamualaikum.
Hii.
Pertama kali membuat kek ni,alhamdulilah menjadi walaupun tak cukup bahan dan tak berapa cantik.Kalau beli kat kedai kek alahai mahalnya,buat sendiri lagi jimat lagipun nak buat kek ni tak lah susah sangat.Kek ni sangat sedap dan lembut yummy..Mulanya nak guna biskut marie untuk kek tiramisu ni,tapi tak jadi pula dan saya gantikan dengan kek span ..Maafkan daku biskut marie..-_-' opps hehe.Untuk kek span saya guna resepi dari Kak Azlita,terima kasih kak untuk kek span yang lembut.Untuk cara penyediaan kek keju tiramisu pula dari K.Zai.Jom semak resepi..


Kek Keju Tiramisu
Bahan-bahan:han-ba ( 8 orang atau lebih )
1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream (takde stok,saya ganti buttercream buatan sendiri T_T
200ml cream cheese - haniss guna jer sebuku tu 250gm 
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara:
 Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
 Satukan gula, cheese dan cream
 Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu

Potong kek pada 3 bahagian.Susun 1 bahagian dalam bekas

Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek

 Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek

Susun lagi bahagian yang selebihnya

Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya... 
Nyum nyum..
Selamat mencuba..
Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain