Followers Tersayang

Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah

Assalamualaikum
Pagi ni nak join segmen dari blogger Abak, jom ramai-ramai join segmen ni. Boleh tambah follower dan eratkan persahabatan sesama blogger, nak join klik banner  ^_^.

Nasi Goreng Sardin

Assalamualaikum.
Selamat pagi korang, mesti ramai yang dah mula bercuti sempena tahun baru cina kan. Bulan ni tak ada idea sangat nak tulis blog.. tu yang jarang update blog. Idea yang ada cuma kongsi resepi, join GA tak apa lah janji blog tak kosong begitu saja. Okey berbalik pada tajuk entry hari ni saya nak kongsi resepi nasi goreng sardin, resepi ni saya dapat dari google. Jom semak resepi.
RESEPI : NASI GORENG SARDIN
Bahan-bahan :
2 mangkuk nasi sejuk
1 tin kecil sardin
Sayur sawi
Sayur campur
2 biji cili padi - ikut suka nak pedas boleh lebih
1 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
sos ikan 
Serbuk lada sulah
minyak
Cara-cara :
Asingkan sardin dengan kuahnya, kemudian hancurkan isi ikan. Panaskan minyak tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan sayur campur dan perasakan dengan sos ikan dan lada sulah. Masukkan isi ikan sardin, cili padi dan sayur sawi, gaul sekejap dan masukkan nasi. Gaul sehingga masak, enak dihidangkan panas-panas. Selamat mencuba ^_^.

Retro Pin Up Makeup

Assalamualaikum.
Dah lama tak main conteng-conteng muka, main mekap ni salah satu hobi kesukaan saya. Sekarang jarang dah tengok tutorial mekap kat youtube, kalau dulu hari-hari tengok siap download lagi.. habis penuh memori phone dengan gambar hasil mekap hehe.. Tapi kalau keluar ke pekan atau banda,r nak mekap pun malas just pakai foundation, bedak, blusher, maskara dan eyeliner dah cukup. Kali ni saya nak share video mekap tutorial yang saya ambil youtube, nama mekap ni retro pin up ala-ala orang dulu-dulu. Jom layan..
Mekap ni tak banyak pakai eye shadow apa yang penting eyeliner kena tebal dan buat wing kat hujung mata serta lipstik merah. Ni hasil mekap saya
.
.
.
.
Tunjuk mata saja hehe..selamat mencuba ^_^

Orange Yogurt Cake

Assalamualaikum.
Dah lama tak membaking, rasa rindu pula hehe. Petang tadi saya buat kek oren yogurt, saja nak habiskan buah oren yang tinggal sebiji dalam peti sejuk tu. Kek ni agak moist dan manis, kalau tak nak manis boleh kurangkan sukatan gula. Senang saja nak buat sebab tak perlu pakai mixer elektrik pun. Okey jom semak resepi..
RESEPI : ORANGE YOGURT CAKE
Bahan-bahan :
1 1/2 cwn tepung serbaguna * guna tpg gandum
2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon garam
1 cwn plain yogurt
1 cwn gula *  kurangkan sikit
3 biji telur A * saya guna 3 1/2  biji M size
2 teaspoons parutan lemon *saya guna orange
1/2 teaspoon pure vanilla extract
1/2 cwn minyak sayur *saya ganti mentega cair
1 sudu besar orange sunquick *saya tambah

1/3 cwn jus lemon diperah * saya guna perahan oren
1/3 cwn gula

For the glaze: * saya tak buat
1 cwn gula
2 sudu besar lemon perah
Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar ke 180 C dan griskan loyang dan alas dengan baking sheet.
2. Ayakkan bersama tepung, baking powder dan garam ke dalam mangkuk.
3. Dalam mangkuk yang lain satukan yogurt, 1 cwn gula, telur, parutan orange dan vanilla. Kacau sebati kesemua bahan.
4. Perlahan-lahan masukkan bahan kering ke dalam adunan basah tadi. * yang ni saya tukar cara. Saya masukkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau sehingga bahan-bahan sebati.
5. Dengan menggunakan spatula getah, kacau perlahan2 minyak ke dalam adunan tadi. Pastikan semuanya sebati. 
6. Bakar adunan selama 50 minit.
7. Sementara itu, masak 1/3 jus orange bersama 1/3 cwn gula sehingga gula hancur. Ketepikan.
8. Apabila kek sudah masak, biarkan kek selama 10 minit dulu. Kemudian perlahan-lahan letakkan kek di atas baking rak. 
9. Sementara kek suam, tuang adunan orange dan gula tadi ke atas kek dan biar ianya meresap ke dalam kek. Sejukkan dan kek sedia dihidang.
Selamat mencuba ^_^


Birthday GiveAway by Cik Ayue

Assalamualaikum.
Akhirnya join juga GA ni, terima kasih Ayue sudi ajak join dan yang tag saya untuk GA ni. Sebenarnya nak join awal tapi belum dapat gambar baju pengantin dan pelamin, sebab rambang mata nak pilih. Banyak gambar DIY pelamin yang saya simpan tapi semuanya simple, jadi untuk GA Ayue ni saya pilih pelamin yang cantik kat bawah ni.
Pelamin
Pelamin dalam rumah ni nampak simple sebab tak sarat sangat dengan bunga-bungaan, nampak romantik kan. Terpikat pula dengan warna tiffany blue ni
Ni pula pelamin canopy, ni pelamin kawan masa dia kahwin hari tu..suka tengok nampak sweet.
Baju pengantin
Ni fesyen baju pengantin, saya suka baju yang ala-ala dress dan kembang kat skirt. Dari segi fabrik pula chiffon memang cantik sebab akan membuatkan alunan skirt nampak cantik. Tambah border lace, manik pearl, batu kristal dan bunga hiasan dah cukup kalau boleh tak nak yang sarat dengan perincian begitu juga dengan veil.
Fesyen macam ni pun cantik suka tengok skirt tu. Untuk fesyen baju lelaki pula tak banyak pilihan sangat, untuk fabrik pula kebanyakkannya satin. Tentang wedding idaman, saya nak yang simple saja, kalau boleh tak nak sanding-sanding macam Ayue juga hehe.. Baju, pelamin dan hantaran pula nak buat sendiri.. Harap semua gambar ni dapat membantu Ayue, saya doakan moga majlis persiapan majlis kahwin Ayue nanti berjalan dengan lancar.
Nak tag awak, kamu, dia ^_^.

Nasi Goreng Ayam untuk sarapan..

Assalamualaikum.
Selamat pagi korang, pagi ni cuaca sejuk sangat, semalam dahlah sejuk sampai tidur pun pakai stoking. Korang dah sarapan? Hari ni sarapan ringkas saja iaitu nasi goreng ayam, masakan yang sangat senang.. Campak ja bahan yang korang suka dah jadi nasi goreng spesial hihi. Okey saya nak share resepi nasi goreng ayam my style jom tengok resepi.
RESEPI : NASI GORENG AYAM
Bahan-bahan :
1 mangkuk nasi sejuk
Isi ayam - potong nipis
sayur campur
1 ulas bawang merah - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 sudu makan sos tomato
1 susu makan sos cili
Perasa ayam
Serbuk lada sulah
Garam
Minyak
Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau, lepas tu masukkan isi ayam. Masukkan sayur campur kacau sekejap kemudian masukkan sos tomato, sos cili dan serbuk lada sulah. Masukkan nasi dan perasakan, gaul sehingga nasi masak. Selamat mencuba ^_^.


DIY Reben Kain

Assalamualaikum.
Perca kain yang ada dirumah janganlah dibuang begitu saja sebab kita boleh kitar semula jadikan sesuatu benda yang cantik dan berguna comtohnya buat bunga, alas meja, reben dan sebagainya. Kali ni saya nak kongsikan cara nak buat reben dari perca kain. Kalau korang ada adik atau anak perempuan pasti mereka suka reben ni. Senang saja nak buat, tengok gambar kat bawah yang saya ambil dari google..
Kalau nak cantik boleh letak butang atau manik kat bahagian tengah reben. Dah siap boleh lekatkan di cekak atau klip rambut.
Ini reben yang saya buat.
.
.
.
.
Memandangkan saya tak ada adik perempuan kecil, maka cik teddy yang jadi model hehe.. Selamat mencuba ^_^

WW #Makan mangga

Assalamualaikum.
Petang-petang macam ni teringin pula nak makan mangga, potong mangga kecil-kecil lepas tu cicah dengan sambal kicap dan serbuk sweet & sour.. Kalau masa budak-budak dulu tak payah potong mangga tu, terus gigit makan bersama kulitnya sekali..tak lama lepas tu timbul luka di tepi mulut hehe. ^_^
P/s : Entry wordless ja hari ni, sebab tak ada idea nak tulis apa :(

WW # Dapat CD

Assalamualaikum.
Dapat CD hasil join kuiz Xpresi Kembara di TV1.. Korang kalau nak menang juga bolehlah join ^_^

Kiub Pati Ayam

Assalamualaikum.
Selamat malam korang, cuaca sejuk pula kat sini..kat tempat korang macam mana? Tadi tengah tengok tv, padahal mata depan laptop huhu. Lepas tu ada iklan kiub pati ayam Maggi, lebih kurang begini " kiub pati ayam dengan ayam sebenar ". Tetiba adik bungsu bersuara " aik takkan guna ayam palsu " Saya yang sibuk dengan laptop terus tergelak mana tidaknya bila dengar adik cakap begitu. Bila di fikir-fikirkan semula betul juga haha. 
Tapi maksud iklan tu, pati ayam tu tak menggunakan perasa tiruan sebenarnya hehe. Saja cerita kosong malam ni.. Apa pun selamat malam korang.. ^_^.

Mee Goreng Sosej

Assalamualaikum.
Selamat pagi.. korang dah sarapan, menu apa? eh banyak tanya pula hehe. Pagi ni teringin pula nak makan mee goreng ayam, tapi ayam tak ada pula, tak apalah ganti dengan sosej pun jadi lah. Senang saja nak masak, letak apa saja bahan yang korang suka.
Simple ja, nak resepi? jom semak resepi..
RESEPI : MEE GORENG SOSEJ
Bahan-bahan :
1 bungkus mee kuning - celur sekejap
1 ulas bawang merah - di tumbuk
2 ulas bawang putih -di tumbuk
3 batang sosej - potong
Sos tomato
Sos cili
Kicap pekat
Kicap manis
Sayur taugeh
Sayur sawi
Bahan perasa
Serbuk lada hitam
Minyak
Sedikit air
Cara-cara
Tumiskan bawang merah dan putih, masukkan sosej. Gaul sekejap dan masukkan kicap pekat. Tuangkan sedikit air dan tambahkan sos tomato, sos cili, kicap manis, serbuk lada hitam dan bahan perasa. Kemudian masukkan mee kuning yang telah dicelur, gaulkan. Akhir sekali masukkan sayur sawi dan taugeh, kacau sekejap kemudian hidangkan.
Selamat mencuba ^_^
p/s : petang nanti saya blogwalking kat rumah korang eh, sebab nak buat kek durian dulu. ^_^

Durian Crepe / Durian Pancake

Assalamualaikum.
Lamanya tak update blog, hmm tak ada idea nak tulis apa..maaf eh kawan-kawan blogger semua. Dah lama nak buat durian crepe ni, selalu terhidu bau durian dari jiran sebelah rumah yang bisnes kek dan durian crepe.. Nak juga cuba buat sendiri, tapi bila nak buat selalu kehabisan durian faham-faham saja lah semua kat rumah ni suka makan durian..hehe, akhirnya dapat juga buat hari ni alhamdulilah. First time tau buat durian crepe ni, saya ikut resepi kak Azlita senang sikit dari resepi durian crepe yang lain..okey jom semak resepi..

RESEPI : DURIAN CREPE

Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau
Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan di atas di dalam bekas, kacau rata
  2. Masukkan dalam blender dan kisar, kemudian tapis.
  3. Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat. Panaskan hingga kuali benar-benar panas. Oleskan sedikit minyak pada kuali, kemudian kecilkan api.
  4. Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe. Adunan tak perlu di balikkan. Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat, buat sehingga habis. Biarkan sejuk.
Durian Filling
By: Nia Kurniasih
Rujukan : Hesti
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya
Cara-cara :
Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental. Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit.
Bentangkan 1 keping crepe, letakkan Whipping Cream di tengahnya. Letakkan isi durian. Tutupkan semula dengan Whipping Cream. Lipatlah crepe, kemudian simpan dalam peti ais sebentar. Enak di hidangkan dingin.

Selamat mencuba ^_^.

1st Anniversary Giveaway by Janahazana.blogspot.com

Assalamualaikum.
Hari ni nak join giveaway ni, syarat sangat mudah dan hadiah pun best.
5 peserta bertuah akan memenangi hadiah
 bernilai RM450
+
Buku mini
+
Tasbih digital
Jom sama-sama memeriahkan giveaway ini, nak join klik banner. ^_^

Bun kastard

Assalamualaikum.
Dah lama nak buat bun kastard ni, tapi asyik tertangguh ja.. Selalu beli kat kedai bakery Rm 1.50 makan pun tak kenyang. Akhirnya dapat juga buat bun kastard sendiri, memang kenyang sebab boleh buat banyak, makan pun suka hati nak banyak-banyak pun tak apa. Resepi saya cari kat google ja, alhamdulilah menjadi..memang lembut bun ni walaupun sehari di simpan dalam bekas bertutup. Okey jom semak resepi..
RESEPI : BUN KASTARD

Bahan-bahan:
Sponge dough:
11/2 cawan susu segar
21/4 sudu kecil yis
1/4 cawan minyak
1/4 cawan gula
1/8 camca teh bread improver
Cara-cara :
  1. Semua bahan di atas kecuali yis dipanaskan atas dapur hingga suam2 kuku. Kemudian angkat dan masukkan yis. Biar hingga yis membiak.
  2. Dalam bekas lain, satukan 3 cawan tepung roti dan secubit garam. Pukul sedikit 1 biji telur.  Buat well di tengah2 tepung, masukkan telur disusu;i spongue dough. 
  3. Kacau dulu sebati sebelum digaul bersama tepung. Uli hingga lembut. Doh ini sangat melekit dan memang melekat kat tangan.  Jadi, apa yang saya buat adalah ulu pakai sudip nasi.  Kaup balikkan hingga tak melekat pada bekas. Dalam 30 minit.  
  4. Kemudian tutup bekas dengan kain lembab biar naik 2x. Bila dah naik, pukul doh untuk keluarkan angin. Bentukkan doh bulat2. Masa nak bentuk boleh letak minyak sikit pada tapak tangan sebab doh agak lembik.  Bila letak dalam tray pun bentuk tidak sebulat sekata mana. Teruskan saja. Kemudian biar doh pada suhu bilik hingga naik lagi 2 kali.

Kastard filling :
1 cawan susu segar
4 sudu besar susu manis
2 sudu besar gula
3 sudu besar kastard
Cara-cara :
Panaskan semua bahan atas api perlahan hingga menjadi pekat. Tapi jangan berketul sebab filling ni akan jadi lagi keras bila dah sejuk. Nanti masukkan dalam plastik dan sejukkan untuk piping atas roti.
Bila roti sudah naik, sapu permukaan dengan egg wash (bancuhan telur, air, vanilla dan garam). Pipe kan kastard filling tadi ikut citarasa. Bakar pada suhu 170C selama 30 minit.
Selamat mencuba ^_^.

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

Assalamualaikum.
Mai dekat! Mai dekat! Ni segmen cari kawan, bukan segmen cari jodoh...hehe

Lately ni sally jarang blogwalking sebab sally dalam mood final exam...sebab tak nak hampakan korang...Sally buat satu segmen...sambil korang cari kawan, sally blogwalking...okay tak ni..?

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/01/segmen-jalan-jalan-cari-kawan.html

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

Syarat-syaratnya:

  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
Segmen ini akan berlangsung dari  12/1/2014 sehingga 22/1/2014 (10pm)

2 orang blogger yang bertuah akan menerima hadiah saguhati (undian melalui random.org)

Sicilian Orange Cake

Assalamualaikum.
Selamat petang korang, hari ni cuaca mendung dan hujan..rasa sejuk ja.. tempat korang pula macam mana? Resepi kek oren agak popular juga di blog ni, setiap hari ada sahaja keyword kek oren, alhamdulilah. Jadi kali ni saya nak kongsi resepi kek oren yang saya ambil dari dapur Hana Memories, sangat tergoda kek beliau yang gebu tu. Kek ni senang nak sediakan rasanya pun sedap dan moist, saya ada tambah kismis dalam kek ni. Bila dekat-dekat nak masak harum satu dapur bau oren, nak cuba buat? okey jom semak resepi..
RESEPI : SICILIAN ORANGE CAKE
SUMBER : HANA MEMORIES

Bahan-bahan :
250g butter - suhu bilik
250g gula pasir - hana buh 210g je..tuh pong dh manis
4 biji telur size M
1 1/2 sk parutan kulit oren
250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
85ml jus oren
Bahan untuk aising :
125g gula aising
5 sk jus oren
Cara-cara :
  1. Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
  2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
  4. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belom masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
  5. Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
  6. Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.

Selamat mencuba ^_^.

Soto Ayam Senang

Assalamualaikum.
Petang-petang macam ni rasa lapar pula, teringin nak makan soto ayam. Di kampung saya ni ada beberapa restoran berhampiran, kalau beli soto ayam harganya dalam rm 4 ringgit lebih gitu. Soto ni makanan fevret saya, jadi rasanya tak cukup kalau semangkuk ja hehe. Tengok dalam peti sejuk kebetulan ada setengah ekor ayam, daripada beli baik buat soto sendiri lagi kenyang..satu family boleh makan. Cari resepi kat google ja, saya guna resepi dari Azie Kitchen.. Tak pernah pun letak santan dalam sup sebelum ni, kali ni saya letak, memang sedap. Jom tengok resepi..
RESEPI :  SOTO AYAM
SUMBER : AZIE KITCHEN
Bahan bahan:
I ekor ayam – potong 4 - saya guna setengah ekor ayam
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih   
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
1 cawan santan pekat

Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah                    
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai - ketuk

Bahan lain, terpulang pada citarasa masing-masing, saya guna :
Mee hoon dicelur
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng
Limau
Cara-cara :
  1. Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.
  2. Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
  3. Masukkan sedikit santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan garam.
  4. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur.
Ringkas saja resepi soto ayam ni kan, masak pun tak lama.. Nak sambung makan soto lagi ni hehe.. Selamat mencuba.. ^_^
p/s : malam nanti saya blogwalking kat blog korang ya ^^.

Dapat kucing baru

Assalamualaikum.
Kucing kat rumah ni dah bertambah, dulu 3 ekor sekarang ni dah jadi 6 ekor. Cik kiki dah selamat beranak, rasanya subuh tadi kot. Pagi-pagi lagi adik dah bising-bising sebab kucing beranak kat almari adik habis kain penuh darah. Sebenarnya jam 3 pagi cik kiki dah mengiau kat tingkap bilik saya sebab nak masuk, tapi saya tak hiraukan.. Rupa-rupanya nak dia beranak, agaknya dia masuk rumah masa adik ke sekolah pagi tadi. 
Ini dia cik kiki yang sedang sarat bunting. Asyik makan tidur ja kerjanya..
 Selepas beranak, tak boleh duduk diam dengar saja bunyi kucing cepat-cepat pergi tengok anaknya. 
Inilah kucing baru kita, 3 ekor semuanya..masa ni diorang tengah nenyak tidur baru lepas menyusu..comel rasa macam nak dukung ja. Harap-harap anak cik kiki kali ni hidup semua sebab sebelum ni takda satu pun anak dia yang hidup..kesian.. ^_^

Tips Penjagaan kuku dengan bahan semulajadi

Assalamualaikum.
Masih ramai yang mengabaikan aspek penjagaan kuku, sebenarnya penjagaan kuku ni penting. Kuku yang kotor sudah pasti menjejaskan imej seseorang, kalau kerja bahagian pengendali makanan sudah pasti akan didenda. Sekarang banyak salon-salon kecantikan yang menawarkan khidmat perawatan moden untuk cantikkan kuku cuma perlu sediakan duit ja. Sebenarnya kat rumah pun kita boleh cantikkan kuku dengan bahan-bahan semulajadi.

Bawang putih
Bawang putih dapat membantu menguatkan dan mengilatkan kuku. Caranya tumbuk beberapa ulas bawang putih kemudian gosokkan ke kuku anda.
Limau 
Untuk kuku yang kuning campurkan perahan jus limau dengan ubat gigi kemudian sapukan ke kuku, biarkan kering kemudian basuh dengan air suam.
Belimbing buluh
Belimbing buluh dapat membantu membersihkan kotoran pada kuku dengan cara mengosok potongan belimbing ke seluruh kuku selepas itu bersihkan dengan air.
Lidah buaya
Untuk mendapatkan kuku yang cantik sapukan lendir lidah buaya pada kuku, lakukan secara kerap untuk dapatkan kuku yang cantik.
Selain petua di atas, minumlah air putih yang banyak bagi memastikan kulit dan kuku kita tak kering. Susu juga membantu menguatkan kuku agar tidak mudah rapuh dan banyakkan memakan kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar seperti brokoli, strawberi, epal merah, bayam dan sebagainya.
Moga tips di atas bermanfaat dan sama-samalah kita menjaga kuku agar sentiasa cantik dan bersih kerana penyakit bermula dari tangan dan kuku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain