Assalamualaikum.
Hii.
Kali ini saya nak kongsikan resepi kari ayam,pasti semua pun tahu masak kari ayam ni kan..resepi ni sama saja dengan kari ayam yang biasa,tapi yang ni saya tambah fucuk..saya dapat resepi ni dari kenduri sepupu hari tu..okey jom semak resepi :)
RESEPI : KARI AYAM FUCUK
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam di potong
sebiji kelapa-ambil santan
4 sudu serbuk kari *
2 sudu serbuk cili* (* bancuh dengan sedikit air)
Rempah 3 sekawan (kayu manis, pelaga bunga lawang)
3 biji kentang -dipotong dadu
1 keping asam keping
2 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
seinci halia* (* di tumbuk)
sedikit daun kari
fucuk-di rendam
bahan perasa
minyak.
Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah,bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. tumis sehingga naik bau,masukkan rempah 3 sekawan dan daun kari.masukkan serbuk kari dan serbuk cili tadi,tumis sehingga pecah minyak.selepas itu masukkan ayam,asam keping,kacau dan biarkan sebentar.tuangkan santan dan masukkan kentang.tunggu sehingga mendidih kemudian tambahkan bahan perasa dan fucuk..siap untuk di hidangkan.
Selamat mencuba..Assalamualaikum ^_^.