Followers Tersayang

Agar-agar Karamel

Assalamualaikum..
Dah lama nak buat puding @ agar-agar karamel ni tapi asyik tertangguh saja.. Akhirnya kelmarin dapat juga merasa puding karamel ni hehe.. Puding ni senang saja nak buat, tak payah pakai telur pun..mm..memang sedap terutama kalau sejuk.  Resepi ni saya dapat dari blog Tiffin Biru,  jom semak resepi.
RESEPI : AGAR-AGAR KARAMEL 
SUMBER : SHAFIDAH SHAMEN
Bahan-bahan:
8 g serbuk jelly (boleh beli kat pasaraya)

600 ml air
300 ml susu cair
120 g gula halus
1 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
1 cawan gula pasir (mat guna 3/4 cawan)*
3 camca besar air*(*untuk karamel)
Cara-cara :

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati-hati tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar-agar.
  2. Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.
  3. Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin.

Selamat mencuba ^_^.

Jalan-jalan di sawah padi

Assalamualaikum..
Pemandangan di sawah padi memang cantik dan mendamaikan.. Rasa tenang saja bila tengok kehijauan padi..Subhanallah sungguh indah ciptaan Allah. Kelmarin saya ke sawah padi dengan adik-adik dan mama. Tak jauh sangat lebih kurang 30 minit dengan hanya berjalan kaki.. 
Pemandangan sawah padi.. Masa ni musim tanam padi, memang tak sah kalau kaki tak berlumpur.. 
Cantikkan..
Ada tiga ekor burung bangau di situ, cari ikan agaknya. Nampak tak?
Merenung masa hadapan ~~~
Bersama adik-adik..^_^
Sempat singgah di rumah makcik, comel sangat kucing dia, bulu panjang dan lebat..rasa macam nak bawa balik rumah saja..hehe.. Sekian ^_^.



CPUV #13 Talent Corp SFCF - October

Assalamualaikum.
Selang sehari dapat CPUV, Nuffnang bagi CPUV / BE lagi alhamdulilah.. Terima kasih sangat-sangat pada yang sudi singgah di blog saya walaupun blog ni tak berupdate..
CPUV ke 13 dari Talent Corp SFCF. Terima kasih pada Nuffnang ^_^

Pandan Butter Cake

Assalamualaikum.
Sekarang saya gemarkan kek butter ni, mungkin kerana cara penyediaannya yang agak senang berbanding dengan kek lain. Kek butter ni makin sedap dimakan jika semalaman disimpan dalam peti sejuk..Hari ni saya cuba buat kek butter pandan alhamdulilah menjadi, sangat lembut sampai nak letak atas redai kek pun kena hati-hati..agaknya terlebih letak susu segar kot hehe.  Okey jom semak resepi.
RESEPI : PANDAN BUTTER CAKE 

SUMBER : MORI'S KITCHEN

Bahan-bahan :
175 gm butter
100 gm gula kastor
2 biji telur gred A
1/2 sudu teh esen vanila
1 /2 sudu teh perisa pandan
1/2 sudu teh Pewarna hijau
110 gm tepung naik sendiri
3 sudu makan susu segar
Cara-cara :
  1. Griskan loyang 8" x 4" dan lapikkan dengan baking paper.
  2. Panaskan oven 175 degress.
  3. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan gebu.
  4. Masukkan telur sebiji pukul kemudian masukkan lagi telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  5. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar tadi.
  7. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  8. Satu bahagian di masukkan perisa pandan dan juga pewarna hijau.  
  9. Masukkan selang seli adunan asal dan juga aduanan pandan.
  10. Akhir sekali bakar dengan suhu kepanasan 175 degrees dalam masa 25 minit atau sehingga kek masak bila di cucuk dengan lidi. (ikut oven masing-masing)
  11. Bila kek telah cukup masak keluarkan dari oven.  Biar kan sebentar dalam 2 atau 3 minit.  Keluarkan dari loyang dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba ^_^.

CPUV lagi.. Alhamdulilah

Assalamualaikum.

Nuffnang bagi CPUV/BE lagi untuk blog ni.. Syukur alhamdulilah, terima kasih pada pihak Nuffnang yang sangat bermurah hati bagi CPUV dan tak lupa juga pada yang sudi berkunjung ke blog picisian ni.. Ada 4 iklan CPUV baru yang sedang on going. Alhamdulilah ^_^.

Cekodok Pisang Rangup

Assalamualaikum.
Selamat petang semua, sudah minum petang? Petang ni makan cekodok pisang je dengan air putih..skip minum manis-manis hehe.. Hari tu buat kek pisang, sekarang cekodok pula..hehe. Apa pun cekodok ni sedap dan rangup, tak percaya boleh lah cuba nanti.
sekali pandang macam nugget pula 
RESEPI : CRISPY BANANA FRITTERS
SUMBER : DAPURKU SAYANG
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum atau secukupnya
pisang secukupnya (dilenyek) - DJ guna pisang emas 5-6 biji -saya guna pisang raja
60 ml susu cair
1/2 cawan gula (-/+)
Sedikit garam
Breadcrumb / serbuk roti secukupnya

Cara-cara:
Satukan kesemua bahan , kecuali serbuk roti. Sebatikan sehingga gula hancur. Boleh tambah tepung jika perlu. Kemudian ambil sesudu adunan dan bentukkan mengikut citarasa sendiri. Buat sampai habis.
Salutkan atau golek-golekkan adunan ke dalam serbuk roti. Sejukkan sebentar.
Panaskan minyak untuk goreng terendam. Goreng sehingga keemasan.
Enak dimakan panas-panas..
Selamat mencuba ^_^.

SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!

Assalamualaikum..



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat blogger semua. Kali ini Zam ingin menjemput anda untuk menyertai SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE dan di dalam masa yang sama anda juga berpeluang MEMENANGI SATU HADIAH MISTERI dari Zam! Insya Allah segmen ini mampu memberikan manfaat kepada setiap blog yang mengambil bahagian :)

Zam akan memasukkan blog peserta ke dalam bloglist khas Zam di sepanjang bulan Oktober, & di penghujung bulan Zam akan memilih salah seorang peserta untuk menerima sebuah hadiah misteri dengan menggunakan Random.Org.

Segmen ini akan berlangsung mulai 23 September sehingga 27 September (11.59pm).

Syarat-syaratnya:
  1. Masukkan blog ZAMANI ABE ke dalam bloglist di blog anda (Penting).
  2. FOLLOW blog ZAMANI ABE.
  3. LIKE Page Abe Za In Da Blog Di FACEBOOK .
  4. Sediakan entri dengan tajuk SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!  
  5. Copy kod di yang disediakan, paste kan di HTML entri anda, dan publish.
  6. Hantarkan link penyertaan anda di ruangan komen entri ini :)

  7. (kredit idea hasilkan segmen mudah dan pantas ini kepada Mialiana.Com)

CPUV #9 Ford MCA Launch (SEPT)

Assalamualaikum..
Seronok tengok kawan-kawan buat entry pasal CPUV Nuffnang. Laju je tangan buka akaun Nuffnang.. Alhamdulilah dapat cpuv baru..Alhamdulilah.
Iklan CPUV datangnya dari Ford MCA Launch (SEPT).
Terima kasih pada Nuffnang yang sudi bagi iklan. ^_^

Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com

Assalamualaikum.

Jom sertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Segmen ini berlangsung daripada 1 September 2013 hingga  30 September 2013. Caranya mudah sangat. Cuma lima langkah sahaja.

  1. Follow Blog cikguzamrud.com, Tambah Google+ hijau zamrud
  2. Buat entri bertajuk "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com"
  3. Copy paste kod HTML yang telah disediakan diruangan HTML new post dan publish entri.
  4. Tinggalkan link (URL entri) anda diruangan komen entri ini.
  5. Klik mana-mana iklan Nuffnang.

Blog rakan blogger yang menyertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com" akan tersenarai dalam bloglist cikguzamrud.com sehingga 31 Disember 2013.

Segmen ini dibuat sempena pertukaran domain pbssainsonline.blogspot.com kepada cikguzamrud.com. Selain itu, ia memberi peluang kepada cikguzamrud mengenali rakan-rakan blogger dan menziarahi blog rakan-rakan blogger. Secara tidak langsung segmen ini dapat merapatkan lagi persahabatan sesama blogger.

Kepada semua rakan blogger, selamat berkenalan. Terima kasih kerana memberi meryertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Sokongan kalian amat saya dihargai.

Kek pisang cepat siap

Assalamualaikum.
Kelmarin mama saya tebang pisang dua pokok, bila tengok banyak pisang di rumah risau pula kalau tak dapat habiskan..macam hari tu masa raya, kebetulan setandan pisang masak ranum..masa raya kan sibuk, pisang tu pula tak terusik sampailah buruk..membazir kan. Hari ni kebetulan ada sesikat pisang yang masak, nak buat pisang goreng tapi rasanya pisang ni tak sesuai..kalau pisang sabah tak apa juga, buat kek jelah. Tapi malas pula nak guna mixer elektrik sebab bising sikit hehe.. Google-google jumpa pula resepi kek pisang yang tak pakai mixer ni. Senang main campak-campak je. Jom semak resepi..
RESEPI : KEK PISANG CEPAT SIAP
SUMBER : MAT GEBU
Bahan-bahan :
200 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh baking powder*(*satukan dan ayak)
150 gram pisang
170 gram gula kastor (mat guna 150 gram gula perang)-saya pun guna gula perang
Secubit garam (mat tambah)
3 biji telur gred A
120 gram minyak sayur (mat guna minyak jagung)
1 camca besar ovallate
Beberapa titik esen pisang (optional)
Chocolate rice sebagai hiasan
Cara-cara:
*Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loaf pan berukuran 7 inci x 3 inci (2 biji), sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (anda boleh juga guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci). Ketepikan.
*Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati. Masukkan telur, kacau hingga rata. Tambah tepung yang telah diayak, minyak jagung dan esen pisang (jika guna), saya guna esen vanilla. Gaul hingga sebati. *Kalau anda nak masukkan sedikit coklat rice juga boleh, tapi mat cuma tabur atas kek saja.
*Tuang dalam tin kek dan bakar 40 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing-masing. Keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidangkan..
Selamat mencuba..^_^

Alhamdulilah CPUV dari Nuffnang

Assalamualaikum.
Syukur Alhamdulilah dengan rezeki yang diberikan, dapat juga BE ke 7 untuk bulan september ni. Mungkin sebab jarang update blog tu yang tak dapat BE. 

Iklan terbaru datangnya dari Olay. Ada dua iklan yang masih on going. Terima kasih pada yang sudi klik iklan diblog ni..tinggalkan je jejak korang di cbox nanti saya akan balas klik-klik. ^_^.  Apa pun terima kasih pada Nuffnang yang bermurah hati sudi bagi BE.. ^_^

Segmen 1st Mama

Assalamualaikum.
Jom join 1st segmen dari Mama.. Klik je banner comel tu.
^_^

Kek pop

Assalamualaikum.
Kek yang tak habis makan jangan dibuang, membazir..jom kita jadikan kek tu menjadi sesuatu yang comel dan sedap di makan. Budak-budak pasti suka kek pop ni sebab nampak comel je..
Jom mulakan..
Bahan-bahan yang diperlukan cuma kek, mentega/majerin dan hiasan kek contohnya coklat masakan, gula manik, coklat rice dan sebagainya.
* Hancurkan kek dan gaulkan bersama mentega sehingga sebati. Bentukkan bulat dan masukkan dalam peti sejuk 2 jam. Lepas tu salutkan coklat masakan dan hiaskan mengikut kreativiti masing-masing. Senang je kan..budak-budak pun boleh buat hehe.
Nyammm ..

Selamat mencuba.. ^_^
Selamat hari Malaysia..

Tengok movie seram pula..

Assalamualaikum.
Selamat malam semua :). Malam ni tak tahu nak buat apa..rasanya nak tengok movie seram pula. Tapi..takut pula. Saya ni memang tak boleh sangat tengok cerita yang seram-seram ni..nanti terbawa-bawa dalam mimpi..tapi tak pernah serik, nak juga tonton tapi waktu siang lah hehe.
 Dalam banyak-banyak movie seram, movie yang paling seram pernah saya tonton filem dari Thailand iaitu Shutter. Sampai termimpi-mimpi tengok movie ni.. Serius takut.. 3 hari tidur pasang lampu huhu..
Malam ni nak tengok filem ni pula, ramai cakap best. Tapi takut pula..hmm..Adik cakap tak seram sangat pun.. Korang dah tengok ke? ^_^

Segmen Klik-Klik Weekend #3 by Sally Samsaiman

Assalamualaikum.
Jom join segmen by Sally Samsaiman.
Due date 18 September 2013 
^_^

Biskut makmur oh biskut makmur..

Assalamualaikum.
Bulan syawal dah berlalu, masa ni lah teringin nak makan biskut makmur. Nak cari di mana ya biskut ni? biskut di rumah dah lama habis. Hmm..ni semua sebab makan biskut makmur 2 ketul yang mama bawa kelmarin dari sambutan raya merdeka kat sekolah. kerana 2 ketul biskut makmur tu lah yang telah membuatkan daku teringat-ingat pada si biskut opps! hehe.. Oleh itu petang tadi telah merajinkan tangan untuk buat biskut makmur..nasib baik ada baki minyak sapi dan butter dalam peti sejuk.
Buat sikit je sebab tak cukup bahan.. ^^
Alhamdulilah dah masak pun..tunggu sejuk sekejap then salutkan dengan susu tepung dan gula aising..lepas tu dah boleh makan..hehe.. Raya haji dah nak dekat, rasanya biskut ni memang dah habis sebelum raya haji hehe..
Till then ^_^

Akibat tidur petang

Assalamualaikum.
Memang seronok tidur petang kan, tambah-tambah lagi kalau tengah hujan.. Tapi ramai yang cakap tidur petang ni tak baik terutama tidur lepas waktu asar. Nak cerita satu kisah lucu yang berlaku kelmarin.. 
gambar google
Alkisahnya adik saya ( Suzilah) tidur waktu petang lepas balik dari sekolah..agaknya penat sangat kot kasihan.. tak pasti pula jam berapa dia mula tidur yang pasti bangun lepas asar lebih kurang jam 4.30 petang. Bangun tidur saja terus adik saya ke dapur dengan muka yang resah dan gelabah.. Kebetulan waktu tu saya dan adik ( Kila) ada di dapur.
Suzilah : Kila hari ni hari apa?
Saya dan Kila berpandangan kehairanan.
Kila : Hari khamis. Kenapa??
Suzilah : Ha!! saya ingatkan hari sabtu..kita tidak pergi sekolah habislah..( dengan muka yang nak nangis)
Saya dah agak dah ni mesti pasal tidur petang..Sebab pernah terjadi kat saya waktu masih sekolah dulu hihi. Saya dan Kila terpaksa tahan ketawa..nanti Suzilah marah pula.
Suzilah : Kak kasi tahu yang betul-betul hari apa hari ni..
Saya : Hari khamis lah, kau terlambat pergi sekolah..Bas dah jalan. 
Saya dan Kila ketawa terbahak-bahak. 
gambar google
Tetiba adik menepuk dahi sambil tersenyum malu. Mungkin adik dah sedar lepas tengok jam. hehe..Pernah tak hal sebegini jadi kat korang? Ada betulnya kata cikgu sains saya dulu bahawa tidur lepas asar ni tak baik dan boleh menyebabkan hilang ingatan sekejap..Wallahualam. ^_^


Vanilla butter cake

Assalamualaikum.
Lepas terpandang kek butter vanilla yang sangat gebu dan cantik di blog ini, terus jadi tak sabar-sabar nak buat. Kek butter memang sedap dan lembut..rasa macam kek lembab pun ada. Cara pembuatan kek ni tidaklah rumit dan bahan-bahan pun tak banyak. Apa pun jom semak resepi..
RESEPI : VANILLA BUTTER CAKE
SUMBER : AZIE KITCHEN
Bahan bahan:
230gm butter (salted) - lembutkan  
200gm telur tanpa kulit (4 biji gred B) 
50gm + 150gm gula kaster
200gm tepung naik sendiri - ayak 
60ml susu segar/wholemilk
1 sk vanilla extract
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada 170C. Lapik loyang 8x8" dan lenser mentega termasuk di sekeliling loyang.
  2. Asingkan kuning dan putih telur. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang dan tidak jatuh bila diterbalikkan. Masukkan 50gram gula sedikit demi sedikit sehingga kembang. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan 150 gram gula sehingga kembang. Masukkan vanilla extract dan pukul seketika. 
  4. Masukkan telur kuning satu persatu sambil terus diputar.
  5. Masukkan separuh dari tepung dan kacau dengan kelajuan perlahan. Masukkan susu dalam 2 kali sebelum dimasukkan baki tepung gandum.
  6. Masukkan separuh dari adunan telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan. Masukkan baki telur putih dan dikaup balik menggunakan sudip sahaja sehingga sebati.
  7. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak. Boleh kurangkan suhu pada 15 minit terakhir.
  8. Biarkan di dalam loyang dalam 10 minit sebelum disejukkan sepenuhnya di atas redai.
Nota:
Kalau nampak bahagian atas kek sudah keperangan, boleh kurangkan suhu oven atau boleh juga dilapik dengan aluminium foil
sangat lembut dimakan..^_^
Selamat mencuba..^_^

Baju t-shirt murah

Assalamualaikum.
Kelmarin saya ke pekan dengan adik, bosan kat rumah tu yang merajinkan diri keluar jalan-jalan..Jarak dari kampung ke pekan lebih kurang 7 km dan tambang bas rm2.00,nasib baik tambang tak naik disebabkan harga minyak naik. Beli barang keperluan peribadi je sikit. Masuk saja kedai Gmart terus rambang mata lihat banyak baju t-shirt comel-comel, harga pun agak murah.
Disebabkan comel, maka terus rembat 4 helai baju hihi..baju untuk dipakai dalam rumah je. Baju t-shirt lengan panjang atau pendek harga tetap sama, rm 6.90 kira murah lah tu kan..Tapi saya pernah beli baju yang lagi murah daripada ni, rm 1.00 sehelai..tak percaya? 
Baju dan seluar panjang rm 1.00 sehelai..beli kat kedai bundle sebenarnya hihi..memanglah murah kan, tapi pakaian semurah macam ni jarang-jarang ada. Baju oren tu masih baru lagi, seluar tu seluar terpakai tapi masih elok lagi. kebanyakan barangan bundle yang dijual semuanya berjenama..pakaian dalam pun ada, hissh macam-macam hihi. Orang sini panggil kedai bundle ni rombengan. Pasti ada di antara korang yang suka beli barang-barang bundle kan..kongsilah sikit ^_^

Segmen Follow Me By Sha & FD

Assalamualaikum.
Jom join ramai-ramai segmen ni  ^_^

Kek span yang mudah dan sedap

Assalamualaikum.
Dah lama mencari resepi kek span yang sedap macam kat kedai kek, selalu buat tak berapa menjadi kadang-kadang berminyak, tak gebu dan tak lembut. Akhirnya jumpa juga resepi kek span yang diidam-idamkan..nak buat pun senang je.Resepi kek span ni dari Kak Azlita..saya sangat teruja melihat hasil kek beliau yang sangat cantik dan kreatif. jom tengok resepi..
RESEPI : KEK SPAN COKLAT
RESEPI ASAL: CHEF ALEX GOH
Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula kastor
Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula kastor
Bahan C
95 gm tepung
15 gm serbuk koko
~ kedua-dua bahan ini di ayak
Bahan D
70 gm butter ~ dicairkan
1 sudu teh esen vanila 


Cara-cara:
*Sediakan loyang bulat 8 inc
*Oleskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas kek ~ ketepikan
*Panaskan oven pada suhu 170C
*Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
*Dalam bekas lain yang bersih dan kering, pukul pula putih telur hingga berbuih.
*Tambahkan gula (100gm) dan terus putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kental dan bertanduk ( meringue) 
*Masukkan 1/3 bahagian adunan putih telur ( meringue) kedalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
*Masukkan semua baki adunan putih telur dan ratakan secara kaedah kaup balik juga sehingga adunan bergaul sempurna.
*Masukkan tepung dan koko yang telah di ayak dan kaup balik adunan hingga rata
*Tambahkan esen vanila
*Akhir sekali masukkan butter cair dan kaup balik semula hingga semua adunan bergaul sebati
*Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25~ 30 minit atau sehingga adunan dibakar sempurna ( suhu bergantung pada kepanasan oven masin-masing)
*Segera keluarkan kek dari loyang setelah masak dan sejukkan atas redai.
*Kek yang lewat dikeluarkan akan penyek atau turun akibat tarikan graviti.

Dah siap bolehlah hiaskan kek mengikut kreativiti masing-masing. Selamat mencuba ^_^



Sorry..

Assalamualaikum.
Lamanya tak buka blog ni, agaknya dah bersawang. fuuh..fuhh tiup sikit habuk hehe. Maaf sebab lama menyepi, ada sebab-sebab yang saya tak dapat dielakkan dan ditambah pula dengan masalah line internet yang tak ok ni..rindu nak blogwalking kat rumah sahabat blogger semua..terima kasih pada yang masih sudi singgah blog ni ^_^..InsyaAllah lepas ni saya akan jenguk blog korang..

Kasih sayang kucing pada anaknya..

Assalamualaikum.
Cerita pasal kucing pula hehe..Tersentuh hati bila melihat cara 3 ekor kucing ni berkongsi kasih sayang. Ibu kucing bergilir-gilir menjaga dan menyusukan seekor anak kucing (piying). Ibu piying yang sebenar disebelah kanan, manakala kucing hitam putih (kiki) tu adik pada mama piying yang baru kematian anak. Mungkin naluri keibuan masih menebal sebab tu kiki biarkan sahaja bila piying menyusu dan menganggapnya seperti anak sendiri. Beruntung piying kan ada dua ibu yang sayangkan dia hehe..
Piying ni memang nakal..pantang nampak benda bergerak mesti ditangkap dan gigit. Gembira bila tengok piying membesar dengan sihat..Alhamdulilah, ni semua berkat kasih sayang dua ibu kucing tu ^_^.
google
Rasa terkilan sangat bila baca berita tentang kes dera anak, buang anak, bunuh anak..hissh! geram sangat. Anak tu kan satu anugerah dan amanah yang Allah kurniakan..tapi masih ada yang tak menghargai malah mensia-siakan..Haiwan pun tahu sayangkan anaknya..tapi segelintir manusia yang ada akal fikiran waras dan tak berperikemanusiaan, suka-suka hati je buang anak macam sampah. Nauzubillah min zalik..Sayangilah anak kita tak kiralah anak orang ke, atau anak kucing sekalipun kerana mereka pun punya perasaan juga..:')
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain