Followers Tersayang

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Resepi Ayam percik kelantan simple

Assalamualaikum..
Bila mood memasak datang macam-macam lah resepi yang nak di cuba. Sekarang ni dah senang cuma google ja berderet resepi keluar.. Kali ni saya cuba resepi ayam percik kelantan, bahan-bahan pun ringkas saja.. rasanya pun boleh tahan juga cuma ayam tu tak berapa masak, lain kali kena masak lama sedikit. Okey jom semak resepi..

Bahan-bahan:
2 ketul paha ayam -

Bahan kisar untuk perapan ayam
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci halia
bahan perasa

Bahan kuah
Santan secukupnya
cili kering -kisar
1 batang serai - kisar
Asam keping
bahan perasa

Cara-cara:
 Kisar bahan perapan, gaulkan bahan perapan bersama ayam dan perap 1 jam.

 Kemudian panggang dalam pan dengan api sederhana sehingga masak. Masak bahan kuah dengan api yang sederhana, terpulang nak pekat atau cair kuah tu ya.. saya suka pekat.
Ambil ayam tadi dan masak sebentar bersama kuah kemudian bolehlah hidangkan. 
Senang ja kan, selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca ^_^.

 

Resepi Kek chiffon durian

Assalamualaikum..
Entry kali ni saya nak kongsikan resepi kek chiffon durian, dah lama buat baru sekarang nak kongsi resepi (idea menulis ke laut -_-') . Musim durian yang berlambak pun lama dah berlalu, pergi pasar malam saja sana-sini longgokan durian.. Nasib mama kurang baik masa beli durian hari tu, sebab dua longgok durian yang dibeli semuanya buruk.. melayang rm30..hmm sudah nasib.. Okey lah jom kita semak resepi.. resepi saya ambil dari blog Kak Yatie.

RESEPI : KEK CHIFFON DURIAN
SUMBER : YATIE MEMORIES
Bahan A:
150 gram tepung gandum
4 gram baking powder - (ayak tepung bersama baking powder & garam)
100 gram gula kastor - boleh kurangkan jika tidak suka manis-Yatie letak 60gm je
6 biji kuning telur - gred B (jika gred A gunakan 4 biji sahaja)
40 gram minyak (jagung / canola / bunga matahari / zaitun dll) -saya pakai minyak sayuran
20ml susu segar
1/2 sudu teh garam

Bahan B:
6 biji putih telur
100 gram gula kastor - boleh kurangkan jika tidak suka manis
1 sudu teh krim tartar
Bahan C:
200 gram isi durian yang dihancurkan / dihaluskan / dikisar
Cara-cara :
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 175'-180'C.
  2. Pukul telur kuning bersama, gula kastor dan tepung (yang telah diayak) hingga sebati. (Boleh putar pada kelajuan minima selama 1 minit.) Kemudian masukkan minyak dan gaul seketika hingga minyak sebati.
  3. Gunakan bekas lain untuk memutar putih telur, gula kastor dan krim tartar. Putar pada kelajuan maksima dan pastikan bahan menjadi kental.
  4. Masukkan Bahan B yang telah diputar tadi sebanyak 1/3 bahagian dan gaul dengan Bahan A hingga sebati. Kemudian tambahkan lagi 2/3 bahagian selebihnya dan terus gaul hingga sekata.
  5. Jangan lupa masukkan dan gaul sebati Bahan C , isi durian yang telah dihancurkan ke dalam adunan tadi.
  6. Tin pembakar chiffon (chiffon cake mould) tidak perlu dilenser (ungreased) dengan minyak atau dialas dengan kertas. Tuangkan sahaja bahan adunan ke dalamnya.
  7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 175' - 180'C selama 30-35 minit. (Tahap kepanasan sesebuah oven / ketuhar biasanya bergantung kepada jenis, penggunaan bahan api samasa gas atau elektrik)
  8. Untuk mengetahui isi kek telah masak atau sebaliknya, gunakan penyucuk (oleh kerana kek chiffon naik menggebu), eloklah gunakan penyucuk yang panjang seperti penyucuk lidi sate untuk memastikan keadaan sebenar kek. Jika lidi dalam keadaan bersih bermakna kek telah masak sepenuhnya. 
  9. Keluarkan kek dari oven dan telungkupkan tin pembakar chiffon (bersama isinya) sehingga sejuk.
    Gunakan spatula untuk menyisip bahagian tepi tin pembakar untuk memudahkan kek tanggal dengan sempurna.
 Kek ni lembut sangat dan cepat habis hehe.. Boleh lah cuba nanti ya.
Terima kasih sudi baca ^_^
-Auto post-

Kuih sari ayu @ puteri ayu

Assalamualaikum..
Baru ada mood nak buka blog, hari ni tak berapa sihat kepala rasa berdenyut-denyut tak boleh mengadap skrin laptop lama sangat.. Alhamdulilah sekarang dah ok sikit. Siapa suka makan kuih sari ayu atau puteri ayu? Saya suka juga kuih ni, selalu kalau beli di pasar malam mesti tak puas makan sebab kuih ni comel kecil ja, sekali ngap habis. Kelmarin timbul pula mood nak buat kuih ni untuk kudapan petang.. pertama kali tau buat kuih ni, tak susah sangat pun.
 Alhamdulilah menjadi juga walaupun rupanya tak berapa ayu dan cantik hihi.. mama cakap dah boleh jual ni, apa lagi kembang kempis lah ni hidung haha.. Oleh sebab menjadi kuih ni saya nak share resepinya walaupun ramai yang dah tahu buat kuih ni.
RESEPI : KUIH SARI AYU @ PUTERI AYU 
SUMBER : MY RESEPI
Bahan-bahan (25-30 biji)
2 biji telur
1 cawan gula - saya kurangkan 3/4 cawan
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sk ovellete
1 sk perisa pandan
pewarna hijau
kelapa putih + dgn sikit tepung gandum dan garam 
Cara-cara :
  1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg
  2. masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
  3. isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 7 mini.- saya letak sedikit minyak kat acuan tu, supaya senang nak keluarkan kuih tu nanti. 
 Nanti kalau rajin nak cuba buat kuih lain pula.. Okey till then.
Terima kasih sudi baca ^_^



Kek buah bakar

Assalamualaikum..
Tetiba teringin nak makan kek buah bila nampak buah-buahan campuran yang masih belum terusik. Rancangan nak buat biskut cornflakes kismis tapi sayangnya kesibukan melanda, maka tak sempat buat. Entry sebelum ni saya ada kongsikan resepi kek buah klik sini ya. Okey kek buah ni lain sikit sebab ada rasa rempah gitu, jadi makan tak rasa muak dek bau telur tu.. Jom lihat resepi, saya guna resepi dari Cikmanggis..

Kek coklat tanpa telur

Assalamualaikum.
Jumpa juga resepi kek coklat tanpa telur sebab saya tak berapa suka sangat makan telur, rasanya tak banyak beza pun dengan yang guna telur.. Saya guna resepi dari kak Dayang Jack, memang sedap.
Saya buat versi cupcake cepat sikit masak.. Kek tak berapa naik sebab terlebih masak, apa pun jom semak resepi.
RESEPI : KEK COKLAT TANPA TELUR
SUMBER : DAYANG JACK
Bahan-bahan : 
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
2 sk serbuk penaik
2 sk serbuk soda bikarbonat
1/2 sk garam
2 cawan gula perang lembut / soft brown sugar
3/4 cawan susu perisa coklat
3/4 cawan kopi panas
1 cawan air panas
2 sk esen vanilla
3/4 cawan minyak jagung / minyak sayuran
2 sk jus lemon atau cuka
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 160C. Sediakan loyang kek yg berukuran 22 sm. Griskan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. Seelok2nya dialas dgn kertas minyak.
  2. Sediakan bekas yg agak besar, ayakkan tepung, serbuk koko, serbuk penaik serta soda bikarbonat di dlmnya. Kemudian masukkan gula dan garam. Kacau rata2.
  3. Masukkan air kopi, susu perisa coklat, air panas dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan spatula atau senduk kayu.
  4. Masukkan pula minyak jagung/minyak sayuran. Kacau lagi hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel. Kalau perlu, tapiskan.
  5. Akhir sekali, masukkan jus lemon atau cuka. Terus kacau cepat2 hingga rata.
  6. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. Kepanasan suhu bergantung pd jenis oven yg digunakan. 
  7. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Hiaskan dgn topping/ganache mengikut citarasa sendiri. Lebih enak dimakan selepas 1 hari.
 Lembut dan moist 
Selamat mencuba ^_^.

Resepi marie layer cheese

Assalamualaikum..
Entry resepi kembali, okey saya nak kongsikan resepi yang sangat lah mudah, tak payah bakar-bakar pun.. Pasti ramai yang tahu dan dah cuba resepi ni kan.. resepinya ialah marie layer cheese. Saya buat sempena hari ibu untuk mama tersayang.. Okey jom mulakan..
Bahan-bahan yang diperlukan :
3/4 tin susu pekat ( boleh kurangkan)
250 cream cheese
sebungkus biskut marie 300gm ( saya guna perisa cappucinno)
whipping cream - main agak-agak ja
air panas
Cara-cara:
Blendkan whipping cream, susu pekat dan cream cheese sehingga sebati
 Ambil adunan yang di blend tadi, sapukan di permukaan dulang, kemudian celupkan biskut marie ke dalam air panas sekejap lepas tu susun kat atas adunan blend tadi..
 Selang-selikan biskut marie dengan adunan blend tadi ya, buat sampai habis
 Dah siap taburkan dengan biskut marie yang dah dihancurkan di atas adunan.
 Dah siap pun.. kalau rajin bolehlah hias-hias sedikit.
Memang sedap dimakan sejuk-sejuk, mama cakap rasa dia macam aiskrim..apa pun selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca ^_^

Kek buah bakar

Assalamualaikum.

Kek buah ni saya buat untuk jamuan kelas adik, tiada idea nak bawa apa last-last kek buah jadi pilihan.. Alhamdulilah habis licin. Kek ni agak lembab kalau simpan semalaman dalam peti ais lagi tambah sedap. Memandangkan baki buah campuran tinggal sedikit, kek tu nampak tak berapa cantik, lagi satu buah campuran banyak jatuh ke bawah.. sebab tak ikut resepi betul-betul hmm.. kena perbaiki lagi nanti. Resepi saya ambil di sini, terima kasih dengan resepinya yang memang sedap. Okey jom semak resepi.

RESEPI : KEK BUAH BAKAR
SUMBER : ZUR HERITAGE
Bahan-Bahan :
250 gm Mentega
250gm Buah-buahan campuran- perap semalaman dengan 1/2 cawan jus orange- kata kak sal lagi lama perap lagi sedap. -ini saya skip
4 biji Telur Gred A
220 Gula Perang-  Aku letak 200 gm je
260 Tepung Kek- Aku guna 180 gm Tepung Naik sendiri dan 80 gm Tepung Gandum - saya guna 260gm tepung blue key
1 sudu kecil esen vanila
2 camca besar susu pekat

Cara-cara:
1.Pukul mentega dan gula  perang sehingga kembang
2.Masukkan Telur sebiji demi sebiji dengan hadlaju yang sederhana sehingga kembang.
3.Masukkan esen vanila dan susu pekat.
4.Kemudian gaulkan tepung ke dalam adunan tepung dan gaulkan dengan kaedah kaup balik.
5.Masukan buah-buahan dan gaulkan perlahan-lahan.
6. Lapik Spring Foam dengan baking paper, dan bolehlah dituangkan  adunan ke dalam bekas spring foam tersebut. - saya guna dulang biasa 4 segi
7. Bakar pada suhu 160c selama 1 jam. Terpulang kepada suhu oven masing-masing.


Selamat mencuba ^_^.

Sambal kering cornflakes ikan bilis

Assalamualaikum.
Sedap pula cornflakes yang dimasak ala-ala sambal kering ni, krupp krapp laju ja masuk mulut. Sebelum ni tak pernah pun terfikir cornflakes boleh di buat macam keropok ubi pedas, nampak sangat ketinggalan.. selalunya lepas ja raya baki cornflakes memang tak terusik pun sampai mama pun bising, sebab membazir. Bila google eh boleh pula buat macam ni..hmm, terus selongkar almari cari cornflakes..
 Ini lah hasilnya, adik-adik suka makan.. jom semak resepi.
RESEPI : SAMBAL KERING CORNFLAKES IKAN BILIS
SUMBER : CIK MANGGIS
Bahan-bahan :
3 cawan Cornflakes.
1 cawan ikan bilis-goreng garing.
15 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
1 cawan badam-goreng sekejap.(boleh ganti dgn kacang tanah) -saya guna kacang tanah
10 tangkai cili kering-jika suka pedas boleh tambah lagi.
Sedikit belacan.
1/2 cawan bijan-tabur di atasnya.(Cm tak letak sb tak ada)
1 keping asam gelugur.
Gula melaka secukupnya.
Garam secukup rasa.
Minyak untuk menumis.
Cara-cara :
  1. Bawang merah, bawang putih,belacan dan cili kering di kisar halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga betul-betul masak..
  3. Masukkan gula merah(Lebihkan kerana lebih sedap jika agak manis), garam dan asam keping.
  4. Masukkan ikan bilis, cornflakes serta badam.gaul hingga rata.
  5. Untuk peringatan:guna minyak yang agak banyak semasa menumis agar sambal betul-betul kering dan masak.
Selamat mencuba ^_^.

Aktiviti hujung minggu

Assalamualaikum.
Tetiba teringin mahu makan pizza, ni sebab tergoogle resepi pizza.. buat terliur ja nampak pizza yang sedap-sedap. Terus ajak adik-adik turun dapur gotong-royong buat pizza, nasib baik diorang nak tolong, apa tidak kalau dah cakap "Siapa ndak tolong tidak kena bagi" hehe..
Toping pizza saya letak sosej, crabstik, cendawan butang, nenas, sayur campur, keju mozarella, puri tomato dan lada hitam..
Kejap ja masak, sedap makan panas-panas. Puas hati dapat makan pizza buatan sendiri.

Pizza hasil kitaorang adik-beradik. Habis makan pizza, tanya adik "kamu mahu buat pizza lagi ka?" serentak jawab, mahu!!!. amboi nanti ja lah ya hihi..

Apa aktiviti korang hujung minggu?

Donut Ball untuk minum petang

Assalamualaikum.
Dah minum petang? Saya sudah, makan donut ball dengan air milo.. Kuih donut ball ni sedap dan lembut, bila makan sampai tak sedar berapa biji masuk dalam mulut hehe.. Resepi saya ambil dari Dayang Jack, terima kasih untuk resepi donut ni..
Makan masa panas-panas lagi sedap, nak resepi scroll bawah.
RESEPI : DONUT BALL
SUMBER : DAYANG JACK
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2  1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung - tak letak 
1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 cawan air suam (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (-/+)
gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung) - saya guna susu cair

Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.
Lembut dan kurang berminyak.
Selamat mencuba ^_^.

Puding Oreo Lapis Milo

Assalamualaikum.
Panas-panas macam ni tekak pasti mengidam benda-benda yang sejuk dan menyegarkan.. terus terbayangkan jus fresh oren yang ada ais hoho.. Kalau makan puding sejuk pun ok juga, so kali ni saya nak share resepi puding yang dah lama saya nak try tapi asyik tertangguh ja iaitu puding milo lapis oreo..Siapa suka makan oreo angkat tangan.
macam ni lah rupa puding tu, kalau letak banyak oreo lagi sedap tau. Nak tahu resepi jom..
RESEPI : PUDING MILO LAPIS OREO
SUMBER : YATIE MEMORIS
Bahan-bahan : ( Saiz: 8" persegi )
  • 1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
  • 750ml Air
  • 160g Gula - Mas ikut Ayu 140g gula
  • 1 tin @ 400g Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis
Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.
    Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
    Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
    Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
    Taburkan biskut oreo.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.
TIPS UNTUK MELAPIS:
  • Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
    Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
  • Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.
Sekejap ja licin.. 
Selamat mencuba ^_^



Sambal terung ala peranakan

Assalamualaikum.
Saya memang suka makan semua jenis sambal, tak kisah lah sambal petai ka, sambal bilis, sambal sotong dan sebagainya. Kalau makan nasi dengan sambal mesti siap tambah nasi sepinggan hihi. Jadi kali ni saya nak kongsikan satu resepi kegemaran iaitu sambal terung, siapa suka makan sambal terung kita geng hihi.. 
 Selalu masak campak-campak ja, kali ni cuba resepi dari  CMG pula, memang sedap ala peranakan baba nyonya gitu.. Okey jom semak resepi.
RESEPI : SAMBAL TERUNG ALA PERANAKAN
SUMBER : TIFFIN BIRU
Bahan-bahan :
2 biji terung biru panjang
1 batang serai, dititik
1/4 cawan jus asam jawa
Gula dan garam secukup rasa

Bahan tumbuk halus :
6 biji cili merah
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 camca besar, udang kering, rendam dan toskan
1/2 inci belacan
1/3 inci kunyit hidup

Cara-cara:
  1. Terung dibuang sedikit kulitnya, hiris serong dan rendam dalam air bergaram. Serai dititik. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, terung tadi ditoskan dan lap kering dengan paper towel, tabur sedikit garam gaul rata dan goreng hingga lembut sedikit, angkat, tos dan susun atas beberapa helai paper towel. Biar minyak terserap.
  3. Cedok keluar minyak dan tinggalkan untuk memasak sambal. Masukkan bahan tumbuk halus dan serai titik, tumis hingga garing, masuk jus asam jawa kacau dan tambah garam secukup rasa serta gula. Masak dengan api sederhana hingga sambal terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Sususn terung tadi dalam pinggan sesuai, sudukan sambal atas terung dan ratakan. Hidangkan segera bersama nasi hangat...hmm i likeee!!... - saya gaulkan terus terung dengan sambal tu.
Selamat mencuba ^_^.

Cucur ikan bilis air panas

Assalamualaikum.
Hari ni saya nak kongsikan resepi yang tersangatlah mudah, iaitu cucur bilis sesuai untuk sarapan atau minum petang. Budak-budak pun tahu buat cucur ni, dulu masa sekolah rendah selalu buat cucur, tapi cucur biasa-biasa ja lah yang penting ada tepung, gula dan air kami panggil 'kuih tumpi', bentuk kuih tu macam telur dadar, nipis..  jom tengok resepi cucur bilis..
RESEPI : CUCUR @ CEKODOK IKAN BILIS AIR PANAS
SUMBER : YATIE MEMORIES
Bahan-bahan :
  • 3 cawan tepung gandum*
  • segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)*
  • 1 biji bawang besar potong2 kecil*
  • 1 biji lada merah(dihiris)*
  • daun sup/bawang (hiris)*
  • garam secukup rasa*
  • 2 1/2 cwn air panas mendidih
  • minyak untuk menggoreng
Cara-Cara :
  1. Satukan bahan bertanda* dan gaulkan kesemua bhn*
  2. Bulatkan lubang ditengah adunan.
  3. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat, adunan akan menjadi berat dan kental.
  4. Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera.
  5. Masa nak bulat2kan cucur, Yatie taburkan sedikit tepung di permukaan telapak tangan supaya mudah nak bentukkan bulat.
  6. Panaskan minnyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..
  7. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos kegemaran.
 Makan dengan sos memang sedap, selamat mencuba ^_^.
-auto publish-

Sotong tiga rasa

Assalamualaikum.
Dah makan tengah hari? Ke masih tercari-cari menu apa nak di masak tengah hari ni, bagi yang tiada idea nak masak meh cuba resepi ringkas ni iaitu sotong masak sos.. Kalau tak ada sotong, boleh gantikan dengan udang, telur dan sebagainya.
Selalunya resepi yang ringkas begini lah yang buat kita tambah berselera nak makan, siap tambah nasi lagi hehe.. Okey jom semak resepi..
RESEPI : SOTONG TIGA RASA
Bahan-bahan :
1/2 kg sotong - bersihkan dan potong
1 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 ulas bawang merah - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
3 biji cili merah - hiris
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudi besar sos tiram
sedikit kicap manis
mix vegetable
hirisan daun bawang 
bahan perasa
Cara-cara:
Panaskan minyak kemudian tumis bahan yang di tumbuk bersama mix vegetable hingga terbit bau. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, kicap, sos tiram. Masukkan sotong, bawang besar dan cili merah, tambahkan bahan perasa jika perlu (rasanya tak perlu kot sebab dah lengkap semua rasa). Kacau rata sehingga masak, angkat dan hiaskan dengan hirisan daun bawang.
 Enak dimakan bersama nasi panas, selamat mencuba ^_^.
-auto publish-



Bun blueberry

Assalamualaikum.
Hari ni saya nak kongsikan resepi bun blueberry, saja nak habiskan baki pes blueberry. Nak buat untuk kek tak cukup pula, jadi kat bun ja lah yang sesuai, kalau dibiarkan lama nanti basi, buang sayang pula.. lagi satu pes blueberry yang dijual di sini agak mahal.. kalau jem tu banyak lah tapi rasa dia ada beza sikit.
Bun blueberry sedap dimakan panas-panas, saya guna resepi dari ros jintan manis. Suka godek-godek blog masakan ni banyak resepi sedap-sedap.. okey jom semak resepi..
RESEPI : BUN BLUEBERRY
Bahan-bahan :
180gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu marjerin
130 ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread impover ( seronok sbb baru dapat stok dari mesia)
1 sudu kecil bread softner
2 sudu besar parmesan cheese ( boleh ganti dengan 1 sudu besar susu tepung)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On dan tunggu sampai siap.

2.Langkah seterusnya jika uli tangan, kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi beberapa minit di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.

3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 9 bahagian kecil dan letakkan di dalam acuan petak 18cm.  biarkan doh naik sehingga dua kali ganda  lebih kurang selama 40 minit atau 1 jam.

4. Gliss pemukaan roti dengan 1 sudu kecil susu+ beberapa titik madu, kemudian paipkan jem blueberry diatas bun,  bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit. Apabila baki pembakaran tinggal 10 minit, tutup permukaan roti dengan alumunium foil, bagi mengelakkan permukaan roti terlalu perang, tutup pintu oven dan biarkan proses pembakaran selesai, setelah masak sejukkan atas redai dan amat sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, selamat mencuba.
 Selamat mencuba ^_^.
p/s : line internet kurang ok, maaf kalau tak sempat blogwalking kat blog korang..

Muffin Pisang Senang

Assalamualaikum..
Pagi-pagi dah post pasal makanan, tak ada idea nak update blog sebenarnya.. harap korang tak bosan lah ya sebab balik-balik entry makanan hehe.. Saya nak kongsi resepi muffin pisang yang sangat mudah, resepi asal guna kacang gajus, dan nama resepi Banana Cashewnut Muffin
tapi saya gantikan dengan kacang badam.. sedap juga. jom semak resepi..
RESEPI :  BANANA CASHEWNUT MUFFIN
SUMBER :TIFFIN BIRU
Bahan-bahan:
70 gram mentega
1 biji telur
1/2 cawan isi pisang yang telah dilecek (kurang lebih 2 biji pisang berangan)
1/2 cawan gula perang @ brown sugar (mat ceduk keluar 1 camca besar)
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1 camca besar susu tepung*
1/4 camca teh garam halus*
1/4 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1 genggam kacang gajus, panggang jingga wangi dan cincang kasar > saya gantikan dengan badam cincang
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula perang hingga gula hancur. Masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah pisang lecek dan esen pisang, putar rata.
  3. Pada kelajuan sederhana masukkan tepung yang telah diayak tadi, dan diakhiri dengan 1/2 bahagian cincangan kacang gajus.
  4. Sudukan 3/4 penuh dalam acuan tadi dan tabur baki kacang gajus, buat hingga siap. Bakar 20 - 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..
 Muffin ni memang lembut dan tak manis sangat.. Selamat mencuba ^_^.

Sardin Roll Bun untuk sarapan

Assalamualaikum.
Alhamdulilah pagi ni cuaca elok, korang dah sarapan? tetiba pula hihi.. bagi yang tak tahu nak sarapan apa meh cuba buat bun sardin.. senang ja, cuma nak tunggu doh tu kembang yang perlu kesabaran sikit.. buat petang, paginya boleh makan untuk sarapan.. budak-budak pasti suka. 
Ni lah rupa bun gulung sardin tu, sama ja dengan tuna roll bun tapi saya tukar dengan inti sardin. Jom semak resepi.
RESEPI : SARDIN TUNA ROLL
SUMBER : TIFFIN BIRU
Bahan doh :
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

bahan inti sardin :
1 tin kecil sardin
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
daun bawang
minyak
garam
cara-cara :
Untuk doh : Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. Kaedah lain : Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
Untuk roll sardin sandwich:  Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah kemudian masukkan sardin dan kacau, masukkan bawang besar dan perasakan. Masak sehingga sardin agak kering sedikit. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti sardin dan ratakan dan tabur juga parutan keju (tinggalkan sedikit untuk ditabur nanti). Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh.
Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai), parutan keju cheddar dan lada hitam.... ( saya tak tambah keju dan lada hitam ) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya..
 Selamat mencuba ^_^.


Red Velvet Cupcake

Assalamualaikum.
Petang semua, hari ni saya nak kongsikan resepi kek yang saya pasti ramai menggemarinya iaitu si baldu merah a.k.a red velvet tapi versi kek cawan.. sebab nak cepat masak hihi. Terpikat tengok kek ni, ramai yang kata sedap..

Alhamdulilah percubaan pertama membuat kek ni menjadi.. sedap tu boleh tahan juga lah. Nak tahu resepi tengok kat bawah ni yang saya ambil dari Azie Kitchen..
RESEPI : RED VELVET CUPCAKE
SUMBER : AZIE KITCHEN
Bahan A:
3 1/2 cawan superfine flour -ayak
Bahan B:
170gm unsalted butter- lembut
2 cawan gula kaster
3 biji telur - saiz besar suhu bilik
Bahan C:
6 sb red food colouring (saya guna 4sb)
3 sb high quality cocoa poeder
1  1/2 sk vanilla essence
Bahan D :
1  1/2 sk garam
1  1/2 cawan buttermilk
Bahan E :
1  1/2 sk cider vinegar (guna cuka biasa )
1  1/2 sk baking soda
Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan 2 atau 3 loyang bersaiz 9 inci (23cm) dan griskan dengan butter pada dasar loyang. Kemudian alaskan dengan kertas minyak.
  2. Pukul butter dan gula dari bahan B hingga kembang dan gebu. Masukkan telur satu persatu, pukul lagi hingga sebati.
  3. Dalam mangkuk yang lain, satukan bahan-bahan C dan masukkan ke dalam adunan yang dipukul tadi. Pukul hingga sebati.
  4. Dalam measuring cup, satukan bahan D iaitu garam dan buttermilk.
  5. Masukkan berselang-seli bahan buttermilk dan tepung dalam 3 bahagian mula dan akhir dengan tepung hingga habis. Pukul sebati tapi jagan terlebih pukul.
  6. Kemudian, dalam mangkuk yang lebih kecil, satukan bahan-bahan E iaitu cuka dan baking soda dan biarkan berbuih. Dengan cepat, tuang kek dalam adunan tadi dan gaul sebati.
  7.  Tuang dalam 2 sudu besar adunan ke dalam cawan kertas. kalau kek tuang dalam loyang yang telah di sediakan.
  8. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga masak. Kalaiu kek dalam 30 - 40 minit atau hingga kek masak. Biarkan kek sejuk dalam loyang selama 10 minit sebelum diterbalikkan atas wire rack.
Nota : Bila kek telah sejuk sepenuhnya, balut kek dengan pembungkus plastik dan sejukkan sekurang-kurangnya 1 jam/semalaman supaya mudah untuk menyapu inti dan krim.
 
Cream Cheese Frosting :
bahan-bahan:
500 gm cream cheese - suhu bilik
1 sk vanilla essence
115 gm icing sugar - ayak
360 ml cold heavy cream
cara-cara :
Pukul cream cheese hingga lembut dan licin. Masukkan vanilla dan gula, pukul lagi hingga lembut. masukkan heavy cream sedikit demi sedikit dan pukul hingga pekat dan capai kepekatan yang sesuai untuk di spread.
nota : Kalau tak cukup pekat, ianya akan melt. kalau terlebih pekat susah nak spread, boleh masukkan sedikit lagi fresh cream dan pukul semula.
Untuk resepi lengkap pergi ke blog Azie Kitchen.
 selamat mencuba ^_^.

Sarapan bun sosej

Assalamualaikum.
Selamat pagi, dah sarapan? Pagi ni sarapan bun sosej yang saya buat kelmarin, sampai pagi pun masih tetap lembut. Saya guna resepi doh dari Kak Nor@ Secubit garam, manakala hiasan atas bun letak suka hati apa pun jom semak resepi.
RESEPI: BUN SOSEJ
SUMBER : SECUBIT GARAM
Bahan doh:
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm 
water roux
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening
Cara-cara :
Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.
**saya uli guna tangan ja..

WATER ROUX(menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
30gm tepung gandum
150ml air
Cara-cara:
Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.
Boleh letak sosej, crab stik, sos, mayonis dan daun bawang di atas bun, letak banyak lagi sedap.. Bakar pada suhu 180C selama 25 minit atau sehingga masak. Klik SINI dan SINI untuk resepi roti sosej yang lain. Selamat mencuba ^_^.
 


 

Kek chiffon oren

Assalamualaikum.
Banyak-banyak resepi yang ada dalam blog ni resepi kek oren ni lah agak popular sebab hari-hari ada keyword resepi ni Alhamdulilah. Banyak peminat kek oren rupanya.. Jadi kali ni saya nak kongsikan resepi kek oren tapi versi kek chiffon. Resepi saya belajar daripada youtube.
RESEPI : KEK OREN CHIFFON
SUMBER : KITCHEN TIGRESS

Bahan-bahan : 
Bahan A
60 gm kuning telur
50 gm gula kastor
80 gm minyak jagung
65 gm jus oren
100 gm tepung kek * 
¾ tsp baking powder *

¼ tsp garam * ( bahan * satukan dan ayak)
15 gm parutan kulit oren
Bahan B:

180 gm putih telur
⅓ tsp cream of tartar
50 gm gula kastor

Cara-cara:

  1. Panaskan oven terlebih dahulu 200C. 
  2. Pukul kuning telur dan gula kastor hingga kembang dan pekat kemudian masukkan minyak jagung dan jus oren. Pukul lagi sehingga pekat seakan-akan mayonis. Masukkan parutan kulit oren, tepung gandum, baking powder dan garam yang telah di ayak. Kaup balikkan guna spatula, jangan terlebih kaup.
  3. Dalam mangkuk lain yang bersih, putarkan putih telur sehingga berbuih. Tambahkan cream of tartar dan gula kastor, putar sehingga bertanduk.
  4. Ambil adunan putih telur kemudian kaup balikkan dalam adunan kuning telur tadi dalam 3 peringkat. Hentak-hentakkan adunan bagi mengeluarkan udara yang terperangkap dalam adunan.
  5. Masukkan dalam oven, letakkan di bahagian rak bawah oven. Kurangkan suhu kepada 180C, bakar sehingga kek berwarna keemasan selama 20 minit. 
  6. Letakkan dulang pembakar di atas ketuhar untuk menyekat haba dari bahagian atas ketuhar. Teruskan bakar hingga kek kelihatan coklat dan sedikit kenyal apabila ditekan, 20-25 minit lagi.
  7. Keluarkan daripada oven dan sejukkan di atas redai.

Kek chiffon oren ni memang lembut dan tak muak walaupun makan banyak, tak percaya cuba lah buat. Selamat mencuba ^^.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain