Followers Tersayang

D.I.Y Hias tudung/shawl

Assalamualaikum.
Salam jumaat, baru muncul sekarang kan hehe, lama sangat tak update blog ada tak yang tercari-cari *perasan hihi. Hujan lebat kat sini, sejak akhir-akhir ni hujan selalu turun bila petang alhamdulilah, tempat korang cuaca macam mana? Hari ni saya nak kongsi DIY cantikkan tudung, okey jom tengok.
Shawl halfmoon yang sebelum ni penuh dengan manik, tapi jarang pakai sebab agak berat. Tetiba dapat idea nak hias, terus habis manik-manik dan labuci saya buka hehe, kalau nak guna shawl plain biasa pun boleh.
Bahan untuk hiasan tudung, terpulang pada kreativiti masing-masing nak pelbagaikan hiasan. Saya guna bunga kecil, lace dan manik.
Bolehlah mulakan proses menghias, untuk kerja senang korang penitikan dulu lace dan bunga supaya senang nak jahit nanti. Lupa pula, saya buat hiasan kat hujung tudung/shawl sebab nanti bila lilit nampak lah hiasan tu, tapi kalau nak letak di bahagian kepala atau belakang pun boleh juga ><.
Akhir sekali barulah jahit manik, bab jahit manik ni saya suka hee..
Tadaa.. dah siap pun senang kan.
Selamat mencuba ^_^.
p/s : baru perasan title bloglist blog dah ok hee..

Lempeng Pisang Mudah

Assalamualaikum.
Pagi tadi masa didapur ada nampak beberapa biji pisang yang dah masak ranum, ada tu hampir nak buruk. Sayang pula kalau biarkan begitu saja, terus timbul idea nak masak macam-macam dengan pisang ni. 
Mula-mula nak buat kek tapi tepung kek habis, nak buat pisang goreng tak sesuai pula.. Cari di google jumpa resepi lempeng, kebetulan semua bahan dah ada. Tambah parutan keju diatas lempeng memang sedap, errkk..dah pun kenyang makan lempeng tadi hehe, jom semak resepi senang ni..
RESEPI : LEMPENG PISANG
SUMBER : POTRET KASIH
Bahan-bahan :
1  1/2 cawan tepung gandum

1 cawan pisang masak yang telah dihancurkan atau dilecek!
1 – 1 1/2 cawan air (anggaran – boleh tambah jika pekat sangat )
1 sudu besar gula
1 biji telur
beberapa biji pisang yang telah dipotong
sedikit butter atau minyak
secubit garam
Parutan keju cheddar - saya tambah
Cara-cara :

  1. Satukan tepung, telur, garam, air, gula dan pisang lecek. Kacau sebati.
  2. Panaskan butter atas kuali non stick…. susun pisang yang telah dipotong2 kemudian tuangkan adunan tepung tadi.
  3. Guna api perlahan dan tutup sebentar.
  4. Balikkan., masak seketika dan angkat!
Selamat mencuba ^_^.

SEGMEN : AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER

Assalamualaikum.
http://www.ayuinsyirah.my/2014/03/segmen-ayuinsyirah-mencari-rakan-blogger.html
Hari ni nak join segmen dari rakan blogger Ayu Insyirah. Jom join ramai-ramai, boleh tambah follower. 
Saya berasal dari negeri Sabah ^_^.

Kek Span Keemasan @ Golden Sponge Cake

Assalamualaikum.
Beberapa hari lepas nampak CMG post gambar kek kat facebook, nampak sangat menyelerakan.. Orang yang tengok hanya mampu telan air liur saja hehe, dalam hati dah nekad nak buat kek macam tu juga. Puas hati bila dah cuba buat sendiri, kek ni memang lembut dan seakan-akan kek keju, cara buat pun agak lain. 
Ada satu bahan yang saya skip sebab tepung jagung habis, pasal tu kek nampak tak berapa cantik. Jom semak resepi.
RESEPI : KEK SPAN KEEMASAN @ GOLDEN SPONGE CAKE
Bahan A :
50 gram mentega
50 gram tepung kek
3 kuning telur (gred A)
55 gram susu segar
1/2 camca teh esen vanilla (che mat tambah)
Bahan B :
3 putih telur (gred A)
50 gram gula kastor
6 gram tepung jagung
Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 140C, sediakan tin bulat bersaiz 6.3 inci atau 7 inci yang bahagian bawahnya boleh ditanggalkan, tak perlu disapu dengan mentega. (che mat guna loaf tin dan sebab tin tu bahagian bawahnya tak boleh ditanggalkan, maka che mat alas dengan kertas. Tak perlu disapu dengan mentega). Ketepikan.
  2. Dalam periuk kecil, cairkan mentega dengan api kecil hingga mendidih. Matikan api, kemudian masukkan tepung kek, kacau pantas hingga sebati. Tuang susu dan kacau dengan whishk hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, kacau hingga rata dan licin. Ketepikan.
  3. Gaulkan gula kastor dan tepung jagung hingga rata. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan bancuhan tepung jagung dan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Putar putih telur hingga kental. Ketepikan.
  4. Ceduk 1/3 bahagian putih telur dengan spatula dan gaulkan dengan adunan kuning telur, gunakan kaedah kaup balik hingga sebati. Masukkan baki putih telur, dan gaul hingga sebati. Tuang dalam tin dan masukkan ke dalam oven, di rak bawah.
  5. Bakar selama 25 minit pada suhu 140C, kemudian naikkan suhu pada 170C dan bakar lagi selama 25 minit atau hingga masak. Kemudian keluarkan kek, dan terbalikkan atas redai, biar kek sejuk sepenuhnya dalam keadaan terbalik sebelum anda keluarkan dari tin. Potong dan boleh hidangkan..
Selamat mencuba ^_^.

Rezeki giveaway

Assalamualaikum.
Alhamdulilah dapat hadiah hasil daripada beberapa giveaway yang saya sertai. Enrty ni sebagai tanda penghargaan terima kasih saya kepada sponsor dan penganjur giveaway di atas hadiah yang telah saya menang. 
 Hadiah tempat ketiga daripada giveaway akhir tahun Hotlips Corner. Terima kasih Hotlips Corner.
Dapat hadiah t-shirt, daripada giveaway syan punya belog. Terima kasih Syan dan T-shirt mudah. 
Kalau ada masa jom terjah blog mereka ^_^.
p/s : Alhamdulilah dengan rezeki yang diberikan.

Dapat juga CPUV/BE..

Assalamualaikum.
Tak tahu nak letak tajuk apa, sebab gembira sangat dapat CPUV/BE. Lamanya Nuffnang tak bagi CPUV/BE, last dapat bulan Januari lalu tu pun seciput ja dapat, tapi syukur sekurang-kurangnya ada juga duit poket kan.. . 
Alhamdulilah ada satu CPUV/BE sedang on going disitu, iklan kali ni dari Popular Bookstore tapi iklannya belum nampak kat blog. Pada korang yang selalu datang klik iklan terima kasih diucapkan, nanti saya akan balas klik kat blog korang pula. ^_^. 
Baru perasan tajuk bloglist hilang, tengok kat blog lain pun macam tu.. agaknya kenapa ya. ^_^

Ayam Masak Simple

Assalamualaikum.
Hari ni saya nak kongsi resepi ayam yang sangat mudah dan cepat, saya selalu masak macam ni kalau malas masak hehe.. Kalau perut tengah berkeroncong mana lah dapat tunggu nak masak yang special-special ni kan. Okey jom semak resepi..
RESEPI : AYAM MASAK SIMPLE
Bahan-bahan :
Ayam - di potong dan dibersihkan
2 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
Halia - *saya letak banyak sebab suka makan hehe (bahan bertanda * ditumbuk )
1 batang serai - dititik
Sedikit air
Serbuk pati ayam
Garam
Minyak
Cara-cara :
Perapkan ayam bersama semua bahan kecuali minyak selama beberapa minit. Panaskan kuali dan masukkan bahan yang diperap tadi, gaul sekejap dan tambahkan air dan minyak. Gaul sehingga masak dan hidangkan panas-panas. Senang kan, selamat mencuba ^_^.
p/s : sama-sama kita doakan agar pesawat MH 370 dan penumpangnya selamat ditemui.

Tips bersihkan bulu mata palsu

Assalamualaikum.
Siapa peminat bab mekap-mekap ni pasti mempunyai koleksi bulu mata palsu kan, sekarang ni macam-macam jenis bulu mata palsu. Pemakaian bulu mata palsu akan membuatkan mata kita lebih galak dan menarik. 
Lepas pakai bulu mata palsu korang terus buang atau pakai semula? Bagi yang pakai semula pasti nak kan bulu mata palsu tu kelihatan cantik, tak nak lah ada kesan-kesan gam yang mencacatkan bulu mata tu (macam kat gambar atas). Jadi hari ni saya nak kongsi cara mudah nak bersihkan bulu mata palsu, okey jom mulakan.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah make up remover atau baby oil, cotton bud, tisu dan tweezer.
Cara nak cuci sangat mudah, tuangkan mekap remover pada bulu mata palsu, ini bertujuan melembutkan sisa gam dan maskara, kemudian gosokkan perlahan-lahan dengan menggunakan tisu dan cotton bud jangan gosok kuat pula, nanti bulu mata tu tercabut. Gunakan tweezer untuk buka gam yang agak susah nak di tanggalkan. 
Dah siap pun, dapat lihat tak perbezaan sebelum dan selepas dibersihkan. Lepas ni boleh pakai semula bulu mata palsu korang tu, selamat mencuba ^_^

Alhamdulilah BR1M dah dapat.. ^_^

Assalamualaikum.
Ini merupakan entry pertama saya dalam bulan Mac ni, tak sedar cepat betul masa berlalu kan. Maaf sebab lama tak update blog bukannya apa, sejak kebelakangan ni asyik sibuk dengan pelbagai urusan, sampai blog pun terabai. Dalam sibuk-sibuk, dapat pula berita gembira Alhamdulilah duit BR1M dah dapat kelmarin syukur alhamdulilah.. walaupun proses nak ambil baucer tu agak leceh sedikit.. Mana tidaknya bilik pejabat daerah penuh sesak dengan orang, tak kira tua muda, lelaki dan perempuan semua bersesak-sesak sibuk nak cek nama. rasa menyesal tak letak no akaun bank dulu. Dapat saja baucer terus ke bank, masa dalam bank tu ada seorang atuk dia pun nak uruskan BR1M, kasihan pula tengok atuk tu terpinga-pinga tak tahu nak isi borang. Pekerja bank tu pun satu kalau ya pun apa salahnya tolong isi, lagipun orang tak ramai ini tak, bagi borang macam tu saja, manalah atuk tu tahu menulis. Kebetulan saya pun nak mengisi borang, saya isikan sekali atuk tu punya.. Alhamdulilah semua selesai.
Tengah fikir nak beli apa dengan duit ni, rasanya nak simpan untuk kegunaan nanti, korang pula dah dapat BR1M? ^_^
p/s : nanti saya blogwalking kat blog korang ya ^_^.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain