Followers Tersayang

Cucur ikan bilis air panas

Assalamualaikum.
Hari ni saya nak kongsikan resepi yang tersangatlah mudah, iaitu cucur bilis sesuai untuk sarapan atau minum petang. Budak-budak pun tahu buat cucur ni, dulu masa sekolah rendah selalu buat cucur, tapi cucur biasa-biasa ja lah yang penting ada tepung, gula dan air kami panggil 'kuih tumpi', bentuk kuih tu macam telur dadar, nipis..  jom tengok resepi cucur bilis..
RESEPI : CUCUR @ CEKODOK IKAN BILIS AIR PANAS
SUMBER : YATIE MEMORIES
Bahan-bahan :
  • 3 cawan tepung gandum*
  • segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)*
  • 1 biji bawang besar potong2 kecil*
  • 1 biji lada merah(dihiris)*
  • daun sup/bawang (hiris)*
  • garam secukup rasa*
  • 2 1/2 cwn air panas mendidih
  • minyak untuk menggoreng
Cara-Cara :
  1. Satukan bahan bertanda* dan gaulkan kesemua bhn*
  2. Bulatkan lubang ditengah adunan.
  3. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat, adunan akan menjadi berat dan kental.
  4. Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera.
  5. Masa nak bulat2kan cucur, Yatie taburkan sedikit tepung di permukaan telapak tangan supaya mudah nak bentukkan bulat.
  6. Panaskan minnyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..
  7. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos kegemaran.
 Makan dengan sos memang sedap, selamat mencuba ^_^.
-auto publish-

Sotong tiga rasa

Assalamualaikum.
Dah makan tengah hari? Ke masih tercari-cari menu apa nak di masak tengah hari ni, bagi yang tiada idea nak masak meh cuba resepi ringkas ni iaitu sotong masak sos.. Kalau tak ada sotong, boleh gantikan dengan udang, telur dan sebagainya.
Selalunya resepi yang ringkas begini lah yang buat kita tambah berselera nak makan, siap tambah nasi lagi hehe.. Okey jom semak resepi..
RESEPI : SOTONG TIGA RASA
Bahan-bahan :
1/2 kg sotong - bersihkan dan potong
1 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 ulas bawang merah - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
3 biji cili merah - hiris
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudi besar sos tiram
sedikit kicap manis
mix vegetable
hirisan daun bawang 
bahan perasa
Cara-cara:
Panaskan minyak kemudian tumis bahan yang di tumbuk bersama mix vegetable hingga terbit bau. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, kicap, sos tiram. Masukkan sotong, bawang besar dan cili merah, tambahkan bahan perasa jika perlu (rasanya tak perlu kot sebab dah lengkap semua rasa). Kacau rata sehingga masak, angkat dan hiaskan dengan hirisan daun bawang.
 Enak dimakan bersama nasi panas, selamat mencuba ^_^.
-auto publish-



Bun blueberry

Assalamualaikum.
Hari ni saya nak kongsikan resepi bun blueberry, saja nak habiskan baki pes blueberry. Nak buat untuk kek tak cukup pula, jadi kat bun ja lah yang sesuai, kalau dibiarkan lama nanti basi, buang sayang pula.. lagi satu pes blueberry yang dijual di sini agak mahal.. kalau jem tu banyak lah tapi rasa dia ada beza sikit.
Bun blueberry sedap dimakan panas-panas, saya guna resepi dari ros jintan manis. Suka godek-godek blog masakan ni banyak resepi sedap-sedap.. okey jom semak resepi..
RESEPI : BUN BLUEBERRY
Bahan-bahan :
180gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu marjerin
130 ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread impover ( seronok sbb baru dapat stok dari mesia)
1 sudu kecil bread softner
2 sudu besar parmesan cheese ( boleh ganti dengan 1 sudu besar susu tepung)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On dan tunggu sampai siap.

2.Langkah seterusnya jika uli tangan, kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi beberapa minit di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.

3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 9 bahagian kecil dan letakkan di dalam acuan petak 18cm.  biarkan doh naik sehingga dua kali ganda  lebih kurang selama 40 minit atau 1 jam.

4. Gliss pemukaan roti dengan 1 sudu kecil susu+ beberapa titik madu, kemudian paipkan jem blueberry diatas bun,  bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit. Apabila baki pembakaran tinggal 10 minit, tutup permukaan roti dengan alumunium foil, bagi mengelakkan permukaan roti terlalu perang, tutup pintu oven dan biarkan proses pembakaran selesai, setelah masak sejukkan atas redai dan amat sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, selamat mencuba.
 Selamat mencuba ^_^.
p/s : line internet kurang ok, maaf kalau tak sempat blogwalking kat blog korang..

Dapat novel..

Assalamualaikum.
Hari tu saya ada sertai kuiz satu rancangan kat tv 1 iaitu Persada Aksara, rancangan ni mengenai industri penulisan negara. Alhamdulilah rezeki saya terpilih untuk menang kuiz tersebut.
Dapat email ni terus cepat-cepat hantar detail hehe..
Alhamdulilah hadiah yang dimenangi dah selamat sampai.. Sebenarnya saya dah lama tinggalkan hobi suka baca novel ni kena penyakit malas hehe, sekarang nak mula balik lah hobi ni.. membaca novel ni memang seronok, tambah-tambah lagi kalau cerita best mesti tak sabar nak habis membaca.
Inilah novel-novel tu.. Alhamdulilah rezeki ^_^.

Segmen Raya 2014 By Bella Din

Assalamualaikum..
 http://belladin92.blogspot.com/2014/08/segmen-raya-2014-by-bella-din_19.html
Jom join segmen ni, kalau bertuah boleh dapat duit raya.. syarat pun sangat mudah ^_^.

iPad

Assalamualaikum.
Assalamualaikum.
Cerita masa kat rumah terbuka raya hari tu.. Lepas siap makan capai beg nak cari cermin, saja nak belek-belek muka mana tahu ada comot ka, biasalah perempuan dan cermin tak dapat dipisahkan.. tengah sibuk selongkar beg.. tetiba datang seorang budak lelaki (umur dalam lingkungan 3-4 tahun ) duduk di sebelah, lepas tu mata dok jeling-jeling beg saya..
Budak : Apa tu dalam beg?
Saya : Tiada.... (buat-buat tak layan sebab cermin yang di cari tak jumpa, terus cepat-cepat tutup beg.)
Budak : Ipad ka tu? (tanya dengan mata asyik tengok beg ja.)
Saya : Mana ada I pad sini..
Budak : Tipu.. e.. pinjam bah.. Ipad kan tu.. pinjam.. (suara seakan merayu).
Saya : Eya ipad ni dalam beg, ada 3 lagi. (sambil tepuk-tepuk beg)
Budak : Ah! Tipu tiada ipad tu dalam beg.. e.. tipu ( bangun dari kerusi, jelir lidah kemudian pusing belakang tepuk punggung 3 kali. ) 
Saya : #8&****!!..
 
Hmm.. nasib baiklah orang tua budak tu ada di situ kalau tak dah lama kena cubit hihi.. Budak tu tak puas hati dan datang kali kedua nak tengok 'ipad' tu tapi saya buat-buat tak layan.. Apalah nak jadi budak-budak sekarang.. seakan tak hormat orang dewasa gara-gara gadget.


WW #Kucing selfie

Assalamualaikum.
Bukan manusia ja pandai selfie tau, haiwan pun dah pandai hehe.. jom layan gambar kucing berselfie.
 




 Pinjam gambar dari google. Comel-comel kan ^^.

 Piying
Putih
Ni pula kucing kat rumah berselfie hehe..


Muffin Pisang Senang

Assalamualaikum..
Pagi-pagi dah post pasal makanan, tak ada idea nak update blog sebenarnya.. harap korang tak bosan lah ya sebab balik-balik entry makanan hehe.. Saya nak kongsi resepi muffin pisang yang sangat mudah, resepi asal guna kacang gajus, dan nama resepi Banana Cashewnut Muffin
tapi saya gantikan dengan kacang badam.. sedap juga. jom semak resepi..
RESEPI :  BANANA CASHEWNUT MUFFIN
SUMBER :TIFFIN BIRU
Bahan-bahan:
70 gram mentega
1 biji telur
1/2 cawan isi pisang yang telah dilecek (kurang lebih 2 biji pisang berangan)
1/2 cawan gula perang @ brown sugar (mat ceduk keluar 1 camca besar)
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1 camca besar susu tepung*
1/4 camca teh garam halus*
1/4 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1 genggam kacang gajus, panggang jingga wangi dan cincang kasar > saya gantikan dengan badam cincang
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula perang hingga gula hancur. Masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah pisang lecek dan esen pisang, putar rata.
  3. Pada kelajuan sederhana masukkan tepung yang telah diayak tadi, dan diakhiri dengan 1/2 bahagian cincangan kacang gajus.
  4. Sudukan 3/4 penuh dalam acuan tadi dan tabur baki kacang gajus, buat hingga siap. Bakar 20 - 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..
 Muffin ni memang lembut dan tak manis sangat.. Selamat mencuba ^_^.

Hasil DIY tudung manik

Assalamualaikum.
Ingat tak entri tentang shawl manik hari tu, saya dah buat tapi tak lah sebiji macam tudung dalam gambar tu. Cari-cari tudung lama lepas tu cantikkan sikit dengan manik, jadilah ala-ala tudung tu hehe..
 Ni lah tudung yang bakal di tambah manik nanti, saya guna shawl biasa dan halfmoon dah lama tak pakai tudung ni tersimpan begitu ja dalam almari.
Proses jahit manik, tak pandai sangat jahit manik ni hehe.. jahit ikut suka ja..
Ni pula untuk tudung biru, kalau rajin boleh bagi penuh manik macam dalam gambar atas sekali tu, tapi saya buat simple ja, lagipun manik tak cukup..
ni lah hasilnya
Lepas ni dah boleh pakai tudung ni, daripada jadi jeruk dalam almari kan.. jimat tak payah beli baru.. senang ja kan, selamat mencuba ^_^.



Sardin Roll Bun untuk sarapan

Assalamualaikum.
Alhamdulilah pagi ni cuaca elok, korang dah sarapan? tetiba pula hihi.. bagi yang tak tahu nak sarapan apa meh cuba buat bun sardin.. senang ja, cuma nak tunggu doh tu kembang yang perlu kesabaran sikit.. buat petang, paginya boleh makan untuk sarapan.. budak-budak pasti suka. 
Ni lah rupa bun gulung sardin tu, sama ja dengan tuna roll bun tapi saya tukar dengan inti sardin. Jom semak resepi.
RESEPI : SARDIN TUNA ROLL
SUMBER : TIFFIN BIRU
Bahan doh :
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

bahan inti sardin :
1 tin kecil sardin
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
daun bawang
minyak
garam
cara-cara :
Untuk doh : Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. Kaedah lain : Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
Untuk roll sardin sandwich:  Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah kemudian masukkan sardin dan kacau, masukkan bawang besar dan perasakan. Masak sehingga sardin agak kering sedikit. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti sardin dan ratakan dan tabur juga parutan keju (tinggalkan sedikit untuk ditabur nanti). Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh.
Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai), parutan keju cheddar dan lada hitam.... ( saya tak tambah keju dan lada hitam ) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya..
 Selamat mencuba ^_^.


WW # Lukisan..

Assalamualaikum.
 Hasil lukisan adik, jom layan lukisan adik..
 One piece.. minat kartun ni..
 Naruto ni pun minat tengok..
Datuk Shah Rukh Khan kot sebab kening tu hehe..
yang ni tak tahu pula siapa.. agak-agak korang siapa ya? 
Adik memang minat melukis, kalau ada masa lapang ni lah kerja dia.. Saya pun minat melukis juga tapi dulu lah sekarang tangan dah keras nak melukis hehe..

Red Velvet Cupcake

Assalamualaikum.
Petang semua, hari ni saya nak kongsikan resepi kek yang saya pasti ramai menggemarinya iaitu si baldu merah a.k.a red velvet tapi versi kek cawan.. sebab nak cepat masak hihi. Terpikat tengok kek ni, ramai yang kata sedap..

Alhamdulilah percubaan pertama membuat kek ni menjadi.. sedap tu boleh tahan juga lah. Nak tahu resepi tengok kat bawah ni yang saya ambil dari Azie Kitchen..
RESEPI : RED VELVET CUPCAKE
SUMBER : AZIE KITCHEN
Bahan A:
3 1/2 cawan superfine flour -ayak
Bahan B:
170gm unsalted butter- lembut
2 cawan gula kaster
3 biji telur - saiz besar suhu bilik
Bahan C:
6 sb red food colouring (saya guna 4sb)
3 sb high quality cocoa poeder
1  1/2 sk vanilla essence
Bahan D :
1  1/2 sk garam
1  1/2 cawan buttermilk
Bahan E :
1  1/2 sk cider vinegar (guna cuka biasa )
1  1/2 sk baking soda
Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan 2 atau 3 loyang bersaiz 9 inci (23cm) dan griskan dengan butter pada dasar loyang. Kemudian alaskan dengan kertas minyak.
  2. Pukul butter dan gula dari bahan B hingga kembang dan gebu. Masukkan telur satu persatu, pukul lagi hingga sebati.
  3. Dalam mangkuk yang lain, satukan bahan-bahan C dan masukkan ke dalam adunan yang dipukul tadi. Pukul hingga sebati.
  4. Dalam measuring cup, satukan bahan D iaitu garam dan buttermilk.
  5. Masukkan berselang-seli bahan buttermilk dan tepung dalam 3 bahagian mula dan akhir dengan tepung hingga habis. Pukul sebati tapi jagan terlebih pukul.
  6. Kemudian, dalam mangkuk yang lebih kecil, satukan bahan-bahan E iaitu cuka dan baking soda dan biarkan berbuih. Dengan cepat, tuang kek dalam adunan tadi dan gaul sebati.
  7.  Tuang dalam 2 sudu besar adunan ke dalam cawan kertas. kalau kek tuang dalam loyang yang telah di sediakan.
  8. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga masak. Kalaiu kek dalam 30 - 40 minit atau hingga kek masak. Biarkan kek sejuk dalam loyang selama 10 minit sebelum diterbalikkan atas wire rack.
Nota : Bila kek telah sejuk sepenuhnya, balut kek dengan pembungkus plastik dan sejukkan sekurang-kurangnya 1 jam/semalaman supaya mudah untuk menyapu inti dan krim.
 
Cream Cheese Frosting :
bahan-bahan:
500 gm cream cheese - suhu bilik
1 sk vanilla essence
115 gm icing sugar - ayak
360 ml cold heavy cream
cara-cara :
Pukul cream cheese hingga lembut dan licin. Masukkan vanilla dan gula, pukul lagi hingga lembut. masukkan heavy cream sedikit demi sedikit dan pukul hingga pekat dan capai kepekatan yang sesuai untuk di spread.
nota : Kalau tak cukup pekat, ianya akan melt. kalau terlebih pekat susah nak spread, boleh masukkan sedikit lagi fresh cream dan pukul semula.
Untuk resepi lengkap pergi ke blog Azie Kitchen.
 selamat mencuba ^_^.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain