Followers Tersayang

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tips bersihkan solekan tebal

Assalamualaikum..
 Hasil carian imej untuk make up
Wanita dan mekap memang tak dapat dipisahkan, even just pakai eyeliner or tepek bedak pun dah kira mekap juga kan. Saya pun memang minat bab mekap-mekap ni, selalu adik-adik lah yang jadi mangsa kena conteng muka, nasib baik diorang suka. Dah pakai mekap mesti lah kena cuci, terutama nak solat ataupun sebelum tidur. Setakat cuci dengan pencuci muka rasanya tak cukup bersih lagi, sebab ada mekap yang jenis waterproof kena cuci guna mekap remover. Okey saya nak tunjukkan step by step cara saya cuci solekan terutama sekali solekan yang tebal pada wajah..

Review product : Moogoo cream untuk ezcema

Assalamualaikum..
Saya menghidapi ezcema bermula dua tahun yang lalu sehinggalah sekarang.. boleh baca kat sini, sini.  Dah dua kali inject.. lepas makan ubat baik beberapa minggu.. tapi bila kena habuk atau tersalah makan mulalah gatal-gatal, garu punya garu luka lepas tu berair dan yang lebih buruk bila mula bernanah. Suami dan keluarga pun risau sebab penyakit ni. Bapa mertua ada cadangan nak bawa berubat cara kampung, tapi belum berkesempatan lagi.. tengoklah nanti macam mana. Saya ada join satu group kat fb yang berkaitan tentang azcema ni, di sana lah saya belajar sedikit sebanyak tentang azcema ni. Rata-rata cakap tak boleh suka hati guna krim dari hospital atau yang dibeli kat farmasi sebelum kaji kandungannya sebab dikhuatiri mengandungi steroid yang berbahaya terutama kepada bayi. Dalam hati terfikir patutlah dah cuba banyak krim, tapi hampa baik sekejap lepas tu timbul semula. penyelesaian yang terbaik cari krim yang bebas daripada steroid, paraffin, pewangi dan bahan kimia lain yang berbahaya.
Ni lah eczema yang dah melarat daripada tapak kaki ke ibu jari, kalau nak masak pun kena pakai sarung tangan plastik. Hari tu masa pegawai bank nak scan cop jari pun tak dapat.. malu bila orang nampak kulit kering begini. Bila dah kering dan mengelupas akan gatal. bila garu sampai luka, senang kuman masuk.. jadi penyelesaiannya kena lembabkan kulit.

Durian belanda dan khasiatnya

Assalamualaikum..
 
Pasti ramai yang tahu buah ni kan, banyak tumbuh liar di sekitar kampung. Kalau di tempat saya di panggil buah lampun. Dulu pokok durian belanda ni banyak tumbuh di kawasan rumah, kalau tak silap ada 4 pokok. Di situlah tempat kami sekawan main, siap panjat lagi tau.
Daun buah ni kami buat duit, nilainya ikut ukuran daun tersebut makin besar maka tinggi lah nilai duit tu, manakala daun muda kami buat sayur.. oh rindunya zaman kanak-kanak..
Dulu kecil-kecil bukan main lagi suka makan buah ni, makan dengan garam + lada + kicap memang sedap.. Tapi sekarang jarang dah nampak pokok ni, di rumah pun tinggal 1 pokok saja lagi.. jarang berbuah pula tu.
Durian belanda ni banyak khasiat dan keggunaannya, antaranya:
 
Kurangkan sakit gigi 
Akar pokok ni dapat kurangkan sakit @ bengkak gusi tau, caranya ambil akar, bersihkan kemudian direbus bersama garam sehingga mendidih. Bila dah suam-suam kuku barulah berkumur.. jangan telan tau. InsyAllah dapat kurangkan sakit gigi.
Melawaskan kencing
Ni memang terbukti, kat rumah mama ada beli jus durian belanda (dalam gambar), lepas minum memang akan kerap ke tandas.. maknanya sesuai untuk yang menghidapi penyakit batu karang.
Sedap di goreng.
Buah durian belanda yang masih mentah sedap kalau di celup tepung kemudian goreng, macam kuih buah sukun rasanya.
Boleh mengubati kanser.
Ni saya terbaca dalam internet, durian belanda ni dapat menyerang sel kanser secara semulajadi. Tak pasti betul atau tak, tapi tak salah cuba amalkan lagi pun buah selamat dan tiada bahan kimia.

 
Boleh buat dibuat teh
Daun durian belanda yang dah dikeringkan boleh di buat teh, dan kalau di amalkan dapat mengubati beberapa jenis penyakit seperti kencing manis dan sebagainya.
Banyak lagi sebenarnya khasiat durian belanda ni, korang google ja.. jom amalkan makan buah-buahan, terutamanya buah-buahan tempatan..
Terima kasih sudi baca ^_^.

Tips bersihkan bulu mata palsu

Assalamualaikum.
Siapa peminat bab mekap-mekap ni pasti mempunyai koleksi bulu mata palsu kan, sekarang ni macam-macam jenis bulu mata palsu. Pemakaian bulu mata palsu akan membuatkan mata kita lebih galak dan menarik. 
Lepas pakai bulu mata palsu korang terus buang atau pakai semula? Bagi yang pakai semula pasti nak kan bulu mata palsu tu kelihatan cantik, tak nak lah ada kesan-kesan gam yang mencacatkan bulu mata tu (macam kat gambar atas). Jadi hari ni saya nak kongsi cara mudah nak bersihkan bulu mata palsu, okey jom mulakan.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah make up remover atau baby oil, cotton bud, tisu dan tweezer.
Cara nak cuci sangat mudah, tuangkan mekap remover pada bulu mata palsu, ini bertujuan melembutkan sisa gam dan maskara, kemudian gosokkan perlahan-lahan dengan menggunakan tisu dan cotton bud jangan gosok kuat pula, nanti bulu mata tu tercabut. Gunakan tweezer untuk buka gam yang agak susah nak di tanggalkan. 
Dah siap pun, dapat lihat tak perbezaan sebelum dan selepas dibersihkan. Lepas ni boleh pakai semula bulu mata palsu korang tu, selamat mencuba ^_^

Keyword #cuka putih

Assalamualaikum.

Keyword di nuffnang hari ni berkenaan dengan cuka putih, rasanya saya tak pernah buat entri pasal cuka. Takpa hari ni saya kongsikan kegunaan cuka putih yang saya cari kat google. 
Terdapat beberapa jenis cuka salah satunya ialah cuka putih.. Cuka putih ni yang kita selalu guna dalam masakan tu.
  1. Hilangkan karat - saya pernah cuba dekat baju yang terkena karat, caranya titiskan sedikit cuka bersama sabun mandi pada bekas yang ada karat kemudian gosok-gosokkan pada kain. Kemudian cuci seperti biasa.
  2. Hilangkan bau hanyir pada daging atau ayam - masa nak cuci ayam tu lumurkan dengan cuka untuk hilangkan bau hanyir tu.
  3. Menghilangkan kutu rambut - caranya sapukan cuka pada rambut dan biarkan selama 2 jam kemudian bilas bersih dengan syampu.
  4. menghilangkan kesan kopi atau teh pada gelas - gosokkan cuka bersama soda bikarbonat pada cawan kemudian bilas bersih.
  5. Membersihkan tandas -campurkan cuka dengan air kemudian tuangkan kat mangkuk tandas, biarkan semalaman.
  6. Mengilatkan peralatan stainless steel - campurkan garam dan cuka kemudian gosokkan pada peralatan steel lepas tu bilas dengan air.
p/s : kalau makan masakan yang bersup, saya lebih suka letak limau berbanding cuka ^_^..

Tips Penjagaan kuku dengan bahan semulajadi

Assalamualaikum.
Masih ramai yang mengabaikan aspek penjagaan kuku, sebenarnya penjagaan kuku ni penting. Kuku yang kotor sudah pasti menjejaskan imej seseorang, kalau kerja bahagian pengendali makanan sudah pasti akan didenda. Sekarang banyak salon-salon kecantikan yang menawarkan khidmat perawatan moden untuk cantikkan kuku cuma perlu sediakan duit ja. Sebenarnya kat rumah pun kita boleh cantikkan kuku dengan bahan-bahan semulajadi.

Bawang putih
Bawang putih dapat membantu menguatkan dan mengilatkan kuku. Caranya tumbuk beberapa ulas bawang putih kemudian gosokkan ke kuku anda.
Limau 
Untuk kuku yang kuning campurkan perahan jus limau dengan ubat gigi kemudian sapukan ke kuku, biarkan kering kemudian basuh dengan air suam.
Belimbing buluh
Belimbing buluh dapat membantu membersihkan kotoran pada kuku dengan cara mengosok potongan belimbing ke seluruh kuku selepas itu bersihkan dengan air.
Lidah buaya
Untuk mendapatkan kuku yang cantik sapukan lendir lidah buaya pada kuku, lakukan secara kerap untuk dapatkan kuku yang cantik.
Selain petua di atas, minumlah air putih yang banyak bagi memastikan kulit dan kuku kita tak kering. Susu juga membantu menguatkan kuku agar tidak mudah rapuh dan banyakkan memakan kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar seperti brokoli, strawberi, epal merah, bayam dan sebagainya.
Moga tips di atas bermanfaat dan sama-samalah kita menjaga kuku agar sentiasa cantik dan bersih kerana penyakit bermula dari tangan dan kuku.

Petua untuk selesma

Assalamualaikum.
Sekarang ni cuaca tak menentu menyebabkan ramai yang mudah terkena virus selesma. Kat rumah adik-adik pun kena selesma, berjangkit pula kat saya. Saya ni tak suka pergi hospital dan makan ubat, kalau dah teruk sangat terpaksalah makan ubat. Kalau selesma ringan biasanya saya akan guna petua tradisional saja, meh saya share kat korang ^_^
Kurangkan batuk dan demam
Kenal tak nama tumbuhan ni? Inilah pokok jelai, ada orang panggil pokok tasbih. Di Sabah orang namakan pokok dalai. Buahnya boleh buat gelang dan macam-macam lagi. Pokok ni banyak kat belakang rumah, banyak kegunaannya terutama untuk demam selesma. 
Caranya ambil bahagian batang yang muda atau akar bersihkan kemudian rebus beberapa minit. Bila dah suam bolehlah diminum. Untuk batuk-batuk pun boleh kurang. 
Sakit tekak/leher
Campurkan sebiji limau dan sesudu madu asli dalam segelas air suam kemudian diminum.
Kahak dalam leher 
Campurkan asam jawa dan madu asli dalam air suam kemudian minum.
Moga tips yang dikongsikan dapat membantu korang yang selesma tapi tak suka makan ubat, kesannya lambat sedikit berbanding dengan ubat, tapi bahan semulajadi ni tak ada kesan sampingan kan. Kalau sakit tak sembuh juga silalah jumpa doktor. ^_^

Jus mangga hari panas

Assalamualaikum.
Panas sungguh cuaca hari ini, dah beberapa hari hujan tak turun, sayur yang ditanam pun dah layu.. Cuaca panas begini tekak pula selalu kering, jadi kena banyakkan minum air putih.
Sedikit tips untuk cuaca panas ni
  • Banyakkan minum air masak kerana air penting untuk elakkan dehidrasi.
  • Hadkan aktiviti luar rumah, kalau nak keluar pun pakailah sunblock , payung atau topi.
  • Pakai pakaian yang longgar dan menyerap peluh.
  • Banyakkan rehat di rumah sambil berkipas hehe..

Di rumah saya ada banyak mangga masak, jiran yang rajin bagi.. sebab pokok mangga tak ada ditanam di rumah hehe. Selain enak dimakan begitu saja, kalau buat jus pun sedap..tambah ais batu sikit memang menyegarkan tekak. 
Senang saja nak buat jus mangga ni cuma perlukan :
Mangga masak
Ketulan ais
Gula
Sedikit air
Blendkan kesemua bahan kecuali ais, dah siap barulah tambah ketulan ais.. Memang menyegarkan tekak.
Selamat mencuba ^_^.




Tampal gigi dibulan puasa,batal ke?

Assalmualaikum.
Hii.
Terfikir pula nak pergi klinik gigi,nak tampal gigi geraham yang berlubang ni..gigi saya tak sakit..kalau setakat kunyah makanan lembut boleh lagi,tapi kalau makanan yang keras macam keropok,kacang dan sebagainya memang payah sikit..sikit je lah.Masa bulan puasa ni lah sibuk nak buat rawatan gigi..bulan yang sebelumnya tak pula sibuk-sibuk (marah diri sendiri hihi).Tapi boleh ke tampal gigi masa bulan ramadhan ni?ada musykil sikit..lepas tu cari kat google rupanya puasa kita tak kan terbatal..Meh saya kongsi sikit dari sumber ini.
Dari artikel yang ditulis oleh Dr Tuti Ningseh Mohd Dom dan juga Dr. Shahida Mohd Said yang telah diberi oleh persatuan dr gigi Malaysia kepada semua dr gigi di Malaysia dan juga dari Persidangan Akademi Fiqah Islam Antarabangsa yang berlangsung di Maghribi dan Putrajaya beberapa tahun lalu merumuskan, ada kaedah rawatan yang tidak membatalkan puasa.
Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa
1. membuat dental check up
2. membuat rawatan gigi ( tampal, cuci, cabut, rawatan akar , membuat gigi palsu etc)
3. mengambil x-ray mulut
4. injection ubat kebas dalam mulut utk cabut gigi
5. tak sengaja tertelan air semasa dr membuat rawatan gigi
6. memberus gigi
7. menggunakan floss utk membersihkan celah gigi
8. Berkumur dengan ubat kumur
9. Menelan air liur
ini pula dari sini.
Soalan
Apakah hukum puasa jika cabut gigi @ tampal gigi @ cuci gigi?
Jawapan
Cabut gigi, tampal gigi atau cuci gigi boleh dilakukan semasa berpuasa dengan syarat tidak menelan segala ubat, darah atau sebagainya.Jika tertelan, maka terbatallah puasanya.Oleh yang demikian, orang yang sedang berpuasa tidak digalakkan untuk melakukan/merawat mulut/gigi semasa berpuasa kerana dibimbangi akan membatalkan puasa. Wallau 'alam.

Jadi nampaknya tak jadi lah nak pergi klinik gigi..tangguh ke bulan lain.sekarang kalau nak makan pun kena pilih makanan yang lembut sedikit,takut nanti gigi jadi sakit semasa mengunyah.
jumpa pula gambar dari google ni.betul ke arang boleh putihkan gigi,ada sesiapa yang pernah cuba?^_^
Assalamualaikum..

Khasiat Barli

Assalamualaikum.
Hii.
 pokok barli google
Hari ni kita nak kaji sikit tentang khasiat-khasiat barli.Pasti ramai yang suka barli kan,barli boleh di buat minuman,bubur dan sebagainya.Pokok barli seakan-akan pokok gandum.Barli ni kaya dengan pelbagai khasiat pemakanan seperti fiber , vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.--->google
Antara khasiat barli untuk kesihatan ialah:--->sumber google
  • Asid propionik dan beta glukan dari serat yang tak larut membantu mengurangkan kolesterol dan menghalang pembentukan batu karang.
  • Dengan meminum air barli dikatakan dapat menyejukkan badan.
  • Barli mampu mencegah penyakit kanser kulit dan payudara serta menjaga kesihatan jantung kerana barli kaya dengan anti oksidan dan vitamin E.
  • barli juga dikesan boleh membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser.
  • Barli juga baik untuk kesihatan usus kita.

Banyak rupanya khasiat barli ni kan..jom minum air barli ^_^

barli segera saja hehe.
Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain