Followers Tersayang

Serunding kelapa

Assalamualaikum.
Lamanya tak jenguk blog, fuhh tiup sikit hehe. Pada korang yang sudi berkunjung ke blog ni walaupun tiada cerita baru, terima kasih diucapkan. Idea menulis ke laut, hari-hari buka laptop cari pasal jahit-menjahit ,saya sebenarnya nak belajar jahit dress..memang pening banyak sangat yang saya tak faham hmm.. tak apalah oleh kerana dress ni saya nak pakai nanti, jadi nak tak nak, kena belajar juga.. Boleh saja kalau nak hantar kedai jahit tapi mesti kosnya mahal kan, kalau jahit sendiri jimat sikit. 
Opps lari tajuk pula hihi.. hari ni saya nak kongsi resepi serunding kelapa, bahan pun lebih kurang ja dengan serunding yang lain cuma gantikan dengan kelapa parut. Okey jom semak resepi.
RESEPI : SERUNDING KELAPA
SUMBER : CIK MANGGIS
Bahan-bahan :
1 biji kelapa-ambil yang putinya saja.

Sedikit serbuk kunyit.
4 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
1 hirisan lengkuas.
1 tsp jintan manis.
1 tsp jintan putih.
1 tsp biji ketumbar.
5 biji cili kering-rebus.
2 batang serai.
2 helai daun limau purut.
1 keping asam gelugur.
Garam dan gula secukup rasa.
Cara-cara :

  1. Gaul kelapa dengan serbuk kunyit dan goreng tanpa minyak sekejap.
  2. Jintan manis,jintan putih,ketumbar,serai,lengkuas,bawang merah,bawamg putih dan cili kering dikisar halus.
  3. Panaskan minyak dan tumis hingga wangi.Masukkan kelapa parut,garam,gula,asam keping dan daun limau purut.
  4. Perlahankan api dan masak perlahan-lahan  hingga agak kering.
  5. Siap:)
Selamat mencuba ^_^.
p/s : terima kasih pada korang yang ucap selamat hari lahir untuk saya .. sayang korang.. ^_^

Hari lahir saya.. ^_^

Assalamualaikum.
google pun wish birthday :)
Alhamdulilah syukur kepada Allah S.W.T hari ni 23 Februari bertambah lagi setahun usia saya.. bertambah tua..
Sambut birthday di rumah saja, dari pagi gigih buat kek sendiri walaupun hampir tak menjadi disebabkan tersalah adunan, kasihan si adik balik-balik ke kedai beli telur. Alhamdulilah menjadi juga walaupun tak cantik. 
 Nama kek ni kek pelangi chiffon cheese meleleh amboi panjangnya nama..resepi nanti saya kongsi. Mulanya nak buat kek span tapi bahan-bahan pula tak cukup, jadi saya tukarkan kek chiffon, rasanya pun lebih kurang saja.
Terima kasih yang tak terhingga pada kedua orang tua yang telah melahirkan dan membesarkan saya, sabar melayan karenah saya dan adik-beradik yang lain. In shaa Allah saya akan cuba sentiasa buat mama dan bapa gembira ^_^, dan kepada semua rakan-rakan fb yang sudi bagi ucapan hari lahir pada saya terima kasih di ucapkan. ^_^

Segmen Saya Nak Tudung Syria Superb


!Assalamualaikum!




Kucing kita mati :(

Assalamualaikum.
Hari tu anak kucing saya sakit, badan dia kurus sangat dan tak mahu menyusu. Kelmarin masa nak pergi dapur tengok dia dah tertiarap di tangga. Saya cuba lah gerak-gerakkan badan dia sikit, takda respon..badan sejuk dan keras..hmm memang sah dah mati :(. Sebelum ni anak kucing ada 3 ekor semuanya, satu dah mati mama dia tindih dan sekarang ni tinggal satu ja lagi anak kucing..

Ini saja anak kucing comot yang tinggal. Mama dia dah banyak kali bunting tapi tiada satu pun yang hidup, harap yang ni dapat lah hidup sampai dewasa.. ^_^.

COKOLAT COKOLI SEGMEN BY TENGKUBUTANG

Assalamualaikum.
1606957_725350817497804_671190617_n
KLIK BANNER
Siapa peminat coklat jom ramai-ramai join segmen dari Tengku Butang ^_^.

Sarapan Roti Comel

Assalamualaikum.
Pagi korang, hujan pula kat sini sejuk.. Pagi sarapan ni roti ja sapu dengan kaya dengan teh susu. Roti ni roti biasa saja cuma bentuk ja lain sikit, saya buat bentuk teddy bear. Hari tu saya nampak kat blog orang putih macam-macam bentuk diorang buat memang comel.. 
Ini lah roti comel tu hehe, gambar sebelum masak tak dapat snap sebab kamera low bat. Resepi roti boleh klik SINI
 Saja pakaikan reben nak bagi nampak comel sikit hehe, untuk mata tu saya guna coklat chips.
Sayang pula nak makan, kalau bukan makanan dah lama jadi perhiasan bilik. Makan dengan kaya memang sedap, roti ni saya kongsi makan dengan adik-adik.. Korang pula sarapan apa pagi ni ^_^..

Aktiviti petang #makan jambu air

Assalamualaikum.
Petang korang, apa aktiviti petang ni? Di halaman rumah saya ada sebatang pokok jambu air yang sedang berbuah lebat sampai banyak buah yang buruk jatuh sana sini. Burung ja yang kenyang makan, mana tidaknya tak ada siapa yang dapat ambil buah jambu tu sebab dah lah pokok tinggi dari rumah, banyak kerengga pula tu, galah pun tak ada macam mana nak ambil. 
Terliur pula tengok buah jambu air merah yang masak tu, sayang pula kalau tak dimakan. Lepas tu pujuk-pujuk adik bongsu sebab dia saja harapan yang suka panjat-panjat ni, nasib baik dia mahu kalau tak kempunan lah nak merasa jambu air hehe.
Sebenarnya adik tak panjat pun pokok tu, naik kat atas bumbung stor lepas tu kait buah jambu guna pencakar sampah.. Kalau saya yang naik habislah runtuh bumbung stor tu. Dulu masa sekolah rendah, pokok jambu air ni lah tempat kami bermain, siap buat pondok lagi tu di atas pokok.
Adik balik-balik merungut sebab banyak kerengga gigit, saya buat tak tahu ja hihi. 
Ni ja hasil yang kami dapat, banyak yang jatuh bercampur dengan jambu yang buruk tapi malas pula nak cari satu-satu.
Lepas dah cuci dan potong, gaul-gaulkan dengan serbuk asam lepas tu dah boleh makan.. segar dari pokok hehe. Jambu air mengandungi vitamin c yang kaya dengan antioksidan dan baik untuk kesihatan kulit, selain tu kandungan air dan serat yang terdapat dalam buah ni penting untuk melancarkan sistem pencernaan. ^_^
P/s : Banyak kebaikan makan buah-buahan ni..

Roti Putih Lembut..

Assalamualaikum.
Cuaca hari ni agak lembab asyik hujan ja nak pergi mana-mana pun agak terbatas, sesetengah kawasan di daerah Keningau, Beaufort dan Tenom kena banjir ada beberapa kampung terputus hubungan, alhamdulilah kat tempat saya tak dinaiki air.. Moga banjir di kawasan yang terlibat cepat pulih. 
Hari ni saya nak kongsikan resepi roti putih yang memang lembut macam roti yang kita selalu beli di kedai tu hehe..
Saya guna loyang yang agak kecil sebab loyang besar tak ada.. Tu yang rupa roti tu lain sikit hehe. Okey jom semak resepi.
RESEPI : ROTI PUTIH
SUMBER : ZACK ZACHOES
Bahan-bahan (12-14 keping)
1C air, suhu bilik

1 sk garam
3 sb margarine
1 sb madu
3C tepung serbaguna @ tepung gandum
1/4C susu tepung
2 sk gula
1 1/2 sk yis

Cara-cara : ( saya uli dengan tangan, kalau guna BM lagi senang..)
  1. Kalau ada mixer, masukkan tepung gandum, gula, yis, susu tepung, margarine, dan madu dan kacau sebati. Pastu baru masukkan garam.
  2. ON-kan mixer, perlahan-lahan tuangkan air ke dalam adunan. Pastikan guna doh hook tau bukan whisk :p
  3. Uli sampai doh tak melekat (sangat) di dinding bekas (tambah tepung kalau perlu sebab lain tepung lain kuantiti serapan air) dalam 8-10 min.
  4. Keluarkan doh dari bekas, uli sikit atas papan pencanai bersama sedikit tepung sampai doh jadi elastik (satu tip berguna: kadang-kadang doh rasa macam lekit, macam tidak masa uli tu. Bila doh dah rasa elastik dalam masa 10min+- menguli, tapi masih agak melekit, ku lengserkan tapak tangan dengan sedikit butter/margarine. Pastu teruskan uli sampai betul-betul tak lekit kat tangan/papan. Secara teori tak tahu orang lain buat macam ni ke tak, tapi dah berapa kali ku buat macam ni result baik dan tak memudaratkan malah lebih menyenangkan ku meng'handle' doh).
  5. Perapkan doh sejam hingga naik 2kali ganda.
  6. Tumbuk-tumbuk keluarkan angin, bentukan bentuk loaf dan letak dalam bekas dilengser margarine.
  7. Perap 40min sampai naik 2 kali ganda.
  8. Bakar pada oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 175C untuk 25-30min atau sampai warna atas keperangan.
  9. Sejukkan atas redai (ku sapu margarine sikit bagi kekal lembut).
  10. Note: Kalau uli tangan, cara sama diatas. Campur semua bahan dalam bekas dan uli sampai elastik dan lembut.
Selamat mencuba ^_^.
Untuk resepi roti telur dan puding roti klik sini, sini dan sini.

DIY #Baju peplum adik

Assalamualaikum.
Dah 2 hari tak update blog gara-gara nak menyiapkan baju peplum adik, alhamdulilah siap juga hari ni. Tetiba saja mood menjahit datang, kali terakhir menjahit masa bulan puasa tahun lalu.. Banyak juga kesilapan masa menjahit zip sorok tu, ada 3 kali buka jahitan sebab jahit zip terbalik hehe.. Ini lah kalau tak ada belajar asas jahitan.. Menyesal pula tak ikut kawan pergi kursus menjahit dulu, kalau tak mesti dah jadi tukang jahit sekarang hihi.
Kain ni sebenarnya nenek bagi free, agaknya sebab tak berapa menarik.
Pola baju dan skirt. Untuk cara nak jahit baju peplum boleh tengok SINI.
.
.
.
.
.
Hasilnya bila dah siap, saya tambah tali kat belakang ^_^.
p/s : lepas ni nak belajar jahit dress pula ^_^..

Resepi kari telur simple

Assalamualaikum.
Selamat malam korang dah makan? Hari ni saya nak kongsi satu resepi yang sangat mudah dan cepat disediakan.. Resepi ni lebih kurang saja dengan kari ayam, cuma gantikan dengan telur. Okey jom semak resepi.
RESEPI : KARI TELUR SIMPLE
Bahan-bahan :
3 biji telur ayam
2 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 batang serai - dititik
1 sudu makan serbuk kari - bancuh dengan sedikit air
1 cawan santan pekat @ susu cair
Kayu manis
Bunga lawang
Pelaga
Serbuk pati ayam
Sedikit air
Garam
Minyak

Cara-cara :
Panaskan minyak tumis bahan yang ditumbuk, serai, serbuk kari dan bahan rempah hingga wangi. Tambahkan air dan santan pekat. Masukkan bahan perasa, bila dah mendidih pecahkan satu persatu telur. Gaul perlahan-lahan jangan sampai telur hancur, selamat mencuba ^_^.




Keyword #cuka putih

Assalamualaikum.

Keyword di nuffnang hari ni berkenaan dengan cuka putih, rasanya saya tak pernah buat entri pasal cuka. Takpa hari ni saya kongsikan kegunaan cuka putih yang saya cari kat google. 
Terdapat beberapa jenis cuka salah satunya ialah cuka putih.. Cuka putih ni yang kita selalu guna dalam masakan tu.
  1. Hilangkan karat - saya pernah cuba dekat baju yang terkena karat, caranya titiskan sedikit cuka bersama sabun mandi pada bekas yang ada karat kemudian gosok-gosokkan pada kain. Kemudian cuci seperti biasa.
  2. Hilangkan bau hanyir pada daging atau ayam - masa nak cuci ayam tu lumurkan dengan cuka untuk hilangkan bau hanyir tu.
  3. Menghilangkan kutu rambut - caranya sapukan cuka pada rambut dan biarkan selama 2 jam kemudian bilas bersih dengan syampu.
  4. menghilangkan kesan kopi atau teh pada gelas - gosokkan cuka bersama soda bikarbonat pada cawan kemudian bilas bersih.
  5. Membersihkan tandas -campurkan cuka dengan air kemudian tuangkan kat mangkuk tandas, biarkan semalaman.
  6. Mengilatkan peralatan stainless steel - campurkan garam dan cuka kemudian gosokkan pada peralatan steel lepas tu bilas dengan air.
p/s : kalau makan masakan yang bersup, saya lebih suka letak limau berbanding cuka ^_^..

Tetamu pagi tadi

Assalamualaikum.
Pagi tadi ada seekor kucing comel tersesat di rumah, sekarang ni musim kucing mencari pasangan mungkin pasal tu dia tesesat. Manja sangat-sangat masa di luar rumah, tapi bila dah masuk rumah berubah jadi garang.. agaknya sebab ada bau kucing lain dalam rumah ni. 
 Ini dia kucing comel tu, rasanya kucing siam sebab mata dia warna biru. 
Bawa masuk dalam rumah tapi miaw ni asyik nak lari ja, lepas tu kunci semua pintu dan tingkap.. haa biar dia tak dapat lari lagi hihi.
Akhirnya si miaw tertidur Zzz.. Penat kot sebab mengiau dan lari tak henti-henti, kesian pula tengok.. siapa suruh comel, sampai kucing dalam rumah ni pun cemburu sebab tak habis-habis nak halau keluar miaw ni.. ^_^

Mee Goreng Ayam

Assalamualaikum.
Pagi korang.. Hari ni saya nak share resepi mudah iaitu mee goreng ayam. Resepi ni sesuai untuk sarapan dan cepat disediakan. Jom semak resepi.
RESEPI : MEE GORENG AYAM
Bahan-bahan :
1 bungkus mee kuning - dicelur
Isi ayam secukupnya
Sayur daun
Taugeh
Sos tiram
Sos cili
Serbuk pati ayam
Kicap manis
Minyak
Bawang putih - tumbuk
Bawang merah -tumbuk
Sedikit air
Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan isi ayam hingga kekuningan. Masukkan air, sos cili, sos tiram dan kicap manis serta serbuk pati ayam kacau hingga mendidih. Masukkan mee kuning dan gaul sebati kemudian masukkan taugeh dan sayur daun. Kacau hingga mee masak.. Selamat mencuba ^_^.

P/s : entri autopost

Mengidam Pizza

Assalamualaikum.
Kelmarin masa ke pekan lalu kat kedai bakery, terliur pula tengok pizza yang dijual disitu. Nak beli tapi malas pula mahu masuk, terpaksa tahan liur haha. Petang tadi baru dapat buat pizza, alang-alang dah buat, buat yang saiz besar punya baru kenyang hihi..tak susah pun nak buat. Bahan kat atas pizza tu korang boleh pelbagaikan terpulang mahu letak apa. 
Untuk doh pizza saya guna resepi bun, untuk toping pula saya letak sos pasta jenama Kimball, sosej, crabstick, sayur campur, keju cheddar, mayonis dan lada hitam. 
Pizza dah masak bolehlah makan hehe.. Pizza ni tak ambil masa yang lama untuk masak pun cuma 25 minit saja. Kalau makan sorang pizza ni, memang tak makan malam lah jawabnya.. ^_^

Shopping T-shirt Online Murah

Assalamualaikum.
Kalau korang nak cari tempat shopping online t-shirt ala-ala korea yang cantik saya cadangkan shopping kat LuvClothez. Kat situ macam-macam fesyen korang boleh dapat, nak yang lengan panjang dan labuh semua ada dan yang paling penting MURAH. Sebenarnya saya gembira sangat sebab t-shirt yang saya order dah sampai kelmarin hehe, sangat puas hati shopping kat sana sebab banyak diskaun dan penghantarannya cepat.. Baru bayar hari isnin kelmarin dah sampai.
Saya rembat 5 helai t-shirt semuanya RM 102.00 termasuk pos murah kan? kalau kat FB tu kebanyakkannya mahal sangat. Ada baju tu saya beli RM 15.00, tengok kat FB rm 28.00 jimat kan. Korang cepat-cepat ke LuvClothez ada banyak promosi sekarang klik SINI atau SINI. ^_^
p/s : lepas ni boleh lah jimat hehe..

Snow Cheese Cake

Assalamualaikum.
Dah lama teringin nak makan snow cheese cake ni, hari tu tengok kat kedai alahai mahal sungguh, padahal kek saiz kecil ja. Kalau dikira-kira dah boleh beli 2 jenis keju dah, tak jadi beli terus pergi cari bahan-bahan untuk buat kek ni.. Jimat pun jimat, lagi satu kenyang. 
Hasil kek buatan sendiri, memandangkan pemarut keju tak ada terpaksa potong keju tu kecil-kecil guna pisau. Walaupun rupa kek saya tak cantik tapi yang penting sedap. Nak tahu resepi, jom semak.
RESEPI : SNOW CHEESE CAKE
Bahan-bahan :
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)-jika guna tepung naik sendiri tak perlu letak baking powder
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)
izah tambah esen vanilla
UNTUK KRIM
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis- izah letak sekadar manis pada selera
(satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
UNTUK TOPPING
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
*izah  bakar kek menggunakan kaedah waterbath
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian. (saya tak buat hehe )
*izah potong kek  menggunakan benang
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
Selamat mencuba ^_^.

Cash out 8share

Assalamualaikum.
Saya join 8share ni dari bulan Mac tahun lalu, kira dah lama juga kan.. Orang lain dah berkali-kali cash out, tapi saya pula baru nak cashout. Bagi saya earning 8share ni agak susah nak naik walaupun banyak tukar-tukar link dengan kawan lain hmm..agak cerewet sikit, agaknya cara saya share iklan salah hehe.. 
Ni ja yang saya dapat, boleh lah dari tak ada langsung kan..syukur alhamdulilah dengan rezeki yang diberikan. Lepas ni nak cashout terus lah..
Kalau nak dibandingkan dengan churpchurp, rasanya churpchurp lagi senang masyuk. Nuffnang pula dah makin sunyi sekarang tak tahu sebab apa. Korang yang berpengalaman tentang 8 share ni kongsi-kongsilah cara nak naikkan earning 8 share ni ya. ^_^


Roti Telur Berkeju

Assalamualaikum.
Selamat pagi korang sudah sarapan? Kalau belum jom buat roti telur untuk sarapan, satu menu yang sangat mudah dan cepat disediakan, budak sekolah rendah pun tahu buat roti telur ni. Saya guna roti buatan sendiri, ada baki beberapa keping semalam, plan nak buat puding roti tapi susu cair pula tak ada..last-last jadilah roti telur hehe.. Okey jom tengok resepi.
RESEPI : ROTI TELUR BERKEJU
Bahan-bahan :
3 keping roti
2 biji telur
Keju cheddar secukupnya
1 biji bawang merah - hiris nipis
Daun kucai/bawang - potong
Garam
Serbuk lada hitam 
Minyak
Cara-cara :
Pukul telur bersama bawang, daun kucai, garam dan serbuk lada hitam. Panaskan minyak dalam kuali atau non-stick pan. Celupkan roti pada telur tadi, kemudian masukkan dalam pan. Pastikan guna api yang perlahan supaya roti tak hangus. Terbalikkan roti dan letakkan keju di atas, kemudian terbalikkan sekali lagi. Angkat dan boleh lah hidangkan, sedap dimakan panas-panas selamat mencuba ^_^.

Pengomen setia Januari 2014

Assalamualaikum.
Seperti biasa entri disetiap awal bulan adalah carta pengomen setia untuk blog ni. Terima kasih pada semua yang sudi berkunjung dan komen-komen dekat blog ni walaupun bulan Januari ni saya jarang update blog, tengok jumlah post untuk bulan Januari pun tak banyak hihi. Okey jom tengok carta pengomen setia.
  1. Mizz Aiza
  2. Affy Afiqah
  3. Akeyla Azmi
  4. Cik Puan 
  5. Hafiza AizZawa
  6. Naniey Jemiey
  7. Mirza syazwina
  8. Sally Samsaiman
  9. Cik Itah@RRP
  10. Invisible Me
 Terima kasih pada korang semua, jom terjah blog mereka. ^_^
P/s : menaip dalam mood mengantuk, nanti esok saya blogwalking kat blog korang ya . selamat malam ^_^.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain