Followers Tersayang

Selesai..

Assalamulaikum.
Hii.

Hari ini hari mengundi,alhamdulilah saya dah selesai mengundi untuk pertama kali.Pergi ke tempat mengundi awal pagi tadi kira-kira pukul 7.30,tak jauh pun dari rumah saya.Sampai kat sana dah ramai pengundi yang tiba awal.Terpaksalah beratur panjang dalam keadaan cuaca panas,rasa menyesal pula tak bawa payung.Ada dua saluran tempat mengundi satu tempat orang yang berumur dan satu lagi untuk orang muda.Tapi orang-orang tua dan golongan oku didahulukan untuk mengundi.Suasana mengundi ditempat saya terkawal dengan kehadiran anggota keselamatan,alhamdulilah tiada perkara buruk berlaku.
Korang yang dah layak mengundi dan belum mengundi,jom lah pergi mengundi,sekali dalam 5 tahun saja..undi anda penting untuk masa depan negara kita.
Suasana diluar tempat mengundi..


Dakwat tetap kekal walaupun dah dicuci.

Lupa bawa tisu,hasilnya jadi cantik sebegini -_-'.
Tadi dapat berita sedih,kakak sepupu meninggal kelmarin dan telah selamat dikebumikan.Terkejut sangat dan seakan tak percaya dengan berita tu.Tapi Allah lebih sayangkan dia..Mudah-mudahan roh kakak dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin..Alfatihah..
Assalamualaikum.


Resepi Ayam Nanas

Assalamualaikum.
Hii.
Kali ini saya nak kongsi resepi ayam pula iaitu ayam nanas.Memandangkan ada dua biji nanas di dapur,terfikirlah idea nak buat apa dengan nanas tu.Mula-mula terfikir nak masak pajeri nanas,tapi tukar idea pula last minit hehe.Saya cedok resepi ni dari Dapur Ibundo.Chek-chek kat dapur tak ada santan pula,terpaksa kupas kelapa sendiri lah jawabnya,alhamdulilah berjaya juga.Resepi ni ada rasa masam sikit yelah sebab ada nanas..rasanya tak payah lagi tambah asam jawa..tapi tu terpulanglah pada citarasa masing-masing.Jom chek resepi.

RESEPI:AYAM  NANAS
SUMBER: Dapur Ibundo.

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam atau lebih dipotong kecil
1/2 biji nanas dipotong kecil
1 biji kelapa diambil santannya
4 sudu besar penuh rempah kari ayam
1 sudu besar penuh cili kering giling
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula 
3 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 cm halia dihiris nipis dan dipotong panjang
rempah menumis 3 sekawan
2 sudu besar air asam jawa


Cara-cara:
-Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.  Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 sekawan. Setelah garing dan wangi, masukkan pula rempah kari, kunyit dan cilli kering.  Goreng sehingga masak.
-Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering. Masukkan santan dan nanas.
-Setelah mendidih seketika, masukkan pula kerisik, gula dan garam.
-Masak sehingga kuah pekat.

Selamat mencuba.
Till then..
Terima kasih sudi baca ^_^
Assalamualaikum.

Wordless Wednesday #01 Kasihan...

Assalamualaikum.
Hii.
Kasihan melihat lembu ni luka,siapalah punya kerja ni..hurm..
Assalamualaikum..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain