Followers Tersayang

Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Mialiana.com

Assalamualaikum.
Hii.


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 16 Jun 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malamMia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.

tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

Ayam Bakar Lada Hitam

Assalamualaikum.
Hii.
Hari ni rajin pula nak masak ayam bakar,selalu asyik goreng saja..tak elok untuk kesihatan sebenarnya kerap makan makanan bergoreng ni sebab mengandungi banyak minyak.Kalau masak dengan kaedah bakar dapatlah kurangkan sedikit penggunaan minyak.Resepi ni saya ambil dari kak Dayang Jack..rasa ayam ni pedas sedikit dan manis..jom semak resepi :)
RESEPI : AYAM BAKAR LADA HITAM
SUMBER : DAPURKU SAYANG
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam (dibersihkan, dipotong ikut suka dan direbus 1/2 masak)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1/2 - 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • sedikit lada sulah 
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan jus lemon
  • 3 sudu makan madu (dibancuh sedikit dgn air)
  • sedikit garam @ gula jika perlu
Cara-cara:
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan peraplah semalaman atau sekurang-kurangnya sejam. Kemudian tambah 2 sudu makan minyak zaitun @ minyak masak dan gaul-gaulkan sebelum dibakar. Bakar selama 30 minit pada suhu 200C atau sehingga masak. (terbalikkan ayam 15 minit terakhir).

Selamat mencuba..Terima kasih sudi baca ^_^..Assalamualaikum..

Khasiat Sayur Bayam

Assalamualaikum.
Hii.
Sebut sahaja sayur bayam mesti teringat kartun dulu-dulu Popeye The Sailorman hero si Olive Oil,lepas makan bayam terus jadi kuat.Ntah apa yang istimewanya sayur bayam sehinggakan si Popeye jadi kuat..mari kita selongkar.
Bayam ada dua jenis warna daun iaitu hijau dan merah yang masing-masing mengandungi kira-kira 13 flavanoid berbeza sebagai anti oksidan dan juga antibarah.Bayam mengandungi asid amino asas,zat besi,vitamin A,Beta Karotena,vitamin K,vitamin V,mangan,potasium,magnesium,vitamin B2,asid folok dan kalsium.Selain itu bayam juga bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium..sumber google.  
Khasiat Bayam_sumber google
Mencegah kanser / barah-Kandungan flavanoid dalam bayam mampu mencegah kanser kolon,ovari dan kanser paru-paru.
Penambah darah-Bayam merah dikatakan merupakan sumber zat besi, mineral yang amat penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat haid kerana wanita berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi dalam badan.
 Kesihatan jantung-Bayam boleh membantu mengekalkan degupan jantung normal disebabkan khasiat lutein, folat, kalium dan serat. 
Kesihatan mata-Bayam merupakan sumber lutein, karotenoid yang dipercayai membantu melindungi mata terhadap katarak. Bayam juga kaya akan vitamin A, yang sangat bermanfaat untuk penglihatan.

Kesihatan kulit-Jumlah vitamin A dan vitamin B yang tinggi pada bayam juga menjadikan kulit sihat.Pengambilan bayam yang kerap dikatakan mampu mencegah kanser kulit.
Untuk ibu hamil-Bayam mengandungi vitamin A dan zat folat yang sangat baik untuk ibu hamil.Dengan pengambilan bayam yang kerap dapat membantu proses pembentukkan paru-paru pada janin dan pembentukkan sistem saraf yang lengkap
Untuk kesihatan tulang-Bayam dapat mencegah terjadinya osteoporosis yang sangat ditakuti oleh golongan berusia.Bayam mengandungi vitamin K yang membantu dalam penyerapan kalsium oleh tulang dan menjadikan tulang kuat.

Sebenarnya banyak lagi khasiat bayam ni,untuk selebihnya cari sahaja di google.Bayam ni boleh dimasak pelbagai cara,kalau di barat diorang jadikan bayam ni ulam macam si Popeye tu..di negara kita biasanya di tumis ataupun rebus.Banyak manfaat dan khasiat yang kita perolehi jika kita banyak makan sayur-sayuran ni,jadi rajin-rajinlah makan sayur ^_^.

Terima kasih sudi baca ^_^.Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain