Pagi ni nak join segmen dari blogger Abak, jom ramai-ramai join segmen ni. Boleh tambah follower dan eratkan persahabatan sesama blogger, nak join klik banner ^_^.
Followers Tersayang
Nasi Goreng Sardin
Assalamualaikum.
Selamat pagi korang, mesti ramai yang dah mula bercuti sempena tahun baru cina kan. Bulan ni tak ada idea sangat nak tulis blog.. tu yang jarang update blog. Idea yang ada cuma kongsi resepi, join GA tak apa lah janji blog tak kosong begitu saja. Okey berbalik pada tajuk entry hari ni saya nak kongsi resepi nasi goreng sardin, resepi ni saya dapat dari google. Jom semak resepi.
RESEPI : NASI GORENG SARDIN
Bahan-bahan :
2 mangkuk nasi sejuk
1 tin kecil sardin
Sayur sawi
Sayur campur
2 biji cili padi - ikut suka nak pedas boleh lebih
1 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
sos ikan
Serbuk lada sulah
minyak
Cara-cara :
Asingkan sardin dengan kuahnya, kemudian hancurkan isi ikan. Panaskan minyak tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan sayur campur dan perasakan dengan sos ikan dan lada sulah. Masukkan isi ikan sardin, cili padi dan sayur sawi, gaul sekejap dan masukkan nasi. Gaul sehingga masak, enak dihidangkan panas-panas. Selamat mencuba ^_^.
Tags:
Resepi
Retro Pin Up Makeup
Assalamualaikum.
Dah lama tak main conteng-conteng muka, main mekap ni salah satu hobi kesukaan saya. Sekarang jarang dah tengok tutorial mekap kat youtube, kalau dulu hari-hari tengok siap download lagi.. habis penuh memori phone dengan gambar hasil mekap hehe.. Tapi kalau keluar ke pekan atau banda,r nak mekap pun malas just pakai foundation, bedak, blusher, maskara dan eyeliner dah cukup. Kali ni saya nak share video mekap tutorial yang saya ambil youtube, nama mekap ni retro pin up ala-ala orang dulu-dulu. Jom layan..
Mekap ni tak banyak pakai eye shadow apa yang penting eyeliner kena tebal dan buat wing kat hujung mata serta lipstik merah. Ni hasil mekap saya
.
.
.
.
Tunjuk mata saja hehe..selamat mencuba ^_^
Tags:
Make up
Subscribe to:
Posts (Atom)



