Followers Tersayang

Tauhu Masak Sos Simple

Assalamualaikum.
Hii.
Kali ni saya nak share resepi simple iaitu tauhu masak sos.Saya memang suka makan tauhu dan apa-apa yang berkaitan dengan kacang soya.Saya masak main campak-campak aje,apa pun jom tengok resepi.
Bahan-bahan:
4 ketul tauhu ~dipotong dua dan di goreng sekejap
3 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 ulas bawang merah ~cincang halus
3 ulas bawang putih~cincang halus,saya suka letak lebih 
Mix vegetable
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Satu sudu kecil tepung jagung~bancuh bersama sedikit air
Minyak untuk menumis
Sedikit air
Cara-cara:
Panaskan minyak,tumis bawang hingga naik bau.Masukkan cili kering dan tumis hingga pecah minyak.Tuangkan sedikit air,kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan mix vegetable biarkan mendidih.Then,masukkan bahan perasa.Untuk pekatkan kuah saya letak bancuhan tepung jagung bersama air.Akhir sekali masukkan tauhu,kacau sekejap dan matikan api.Sedia untuk dihidangkan bersama nasi..
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum.

5 comments:

budakvanilla said...

mak aih. .my faveret la. .hehe :)

Mizz Aiza said...

wah sedapnya.. suka makan tauhu juga.. :)

Nurrul Hazieqah said...

sEDAPNYA.... nak try nanti :)

cik jari manis said...

wah..terliur CJM dila...sedap nampak..blom rasanya lagi..klu CJM try alamatnya jdi Tauhu Masak sos masam, manis, masin..haha

Anonymous said...

samalah mas pun suka tauhu, tempe ataupun soya . nanti cubalah reka untuk tempe pulak, huhu .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain