Followers Tersayang

Siap jahit tepi kain..

Assalamualaikum.
Pasti sekarang ini para tukang jahit sibuk menyiapkan tempahan baju raya..bagi yang hantar kain kat kedai jahit tentu seronok kan,tak payah pening-pening..siap je terus ambil.Kalau yang jahit sendiri mesti pening nak menyiapkan baju..kalau tak siap alamatnya tak berbaju baru lah raya nanti.Raya kali ni target nak siap semua kerja sebelum raya..tak nak jadi macam tahun lalu..raya pertama masih sibuk menyiapkan baju hihi..Kain saya dah siap potong,tapi jahit tepi belum..kat rumah tak ada mesin tu,jadi terpaksa hantar kat kedai.
Hari tu saya beranikan diri hantar sendiri kain ke kedai jahit tepi,sebab sebelum ni mama yang tolong.Kemudian cuba-cubalah tanya kat kedai A,tapi pekerjanya tak ada..hampa.Lepas tu pergi pula kedai B,saya tanya lah baik-baik dengan makcik tu sambil senyum manis,tapi nak tahu apa makcik tu jawab,"kau tidak nampakkah saya satu orang saja ni,aiya macam ni susah saya mahu kerja.saya tidak senang bah ni sekarang,saya tidak senang."dia cakap dalam loghat Sabah harap korang faham lah ye..Makcik tu cakap nada kasar tanpa menoleh kiri kanan..hai makcik takkan tanya saja pun nak marah..nampak sangat tak mesra pelanggan..dalam hati sabar je lah,walaupun rasa nak nangis huhu..Sepatutnya kalau kita nak tarik pelanggan ramai,layanlah baik-baik.kalau sibuk sekali pun cakap lah minta maaf saya sibuk ke kan..barulah kita faham.Tak berputus asa,kelmarin saya ke kedai A sekali lagi dan alhamdulilah pekerjanya ada..dah siap pun jahit tepi kain..sekarang sibuk nak menjahit kain.korang pula macam mana dah siap baju raya ke?
Terima kasih sudi baca enrty yang melalut ni..^_^ Assalamualaikum..

5 comments:

norhasnizakhalid said...

makcik tu stress hihihi... mama awal-awal lagi dah siapkan baju.. buat sendiri je semua, tampal lace, jahit labuci. nak beli tak mampu.. huahuahua...

Mirza Rohizat said...

amboi makcik kedai b tu.nanti rezeki kena tarik baru taw.hmmmm.

Mizz Aiza said...

rajinnya dila jahit baju sendiri.. akak tiap-tiap tahun beli yang dah siap.. tak pun akak recycle pakai baju raya tahun-tahun lepas yang masih elok.. hehe..

zeera lily said...

kna dtg mood rajin bru blh jahit sndri..hee

Aida Ismail said...

Kureng betul makcik tu. Apa salahnya kalau cakap elok2 =.="

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain