Followers Tersayang

Showing posts with label kisahku. Show all posts
Showing posts with label kisahku. Show all posts

Kek daripada Bbwana ( Sweet red cheery)

Assalamualaikum..
Akhirnya dapat juga merasa kek daripada rakan blogger iaitu Wana (http://dapurjirankuberasap.blogspot.my). Balik kampung suami minggu lepas, saya order kek daripada Wana.. Selesai majlis berbedak adik ipar terus pergi ambil kek.. nampak sangat tak sabar kan hihi..

Kek cheese meleleh
Memang sedap kek cheese Wana ni, sekejap ja licin..en.suami pun suka, en.suami ni tak berapa  gemar sangat kek keju, tapi alhamdulilah kek ni ngam di tekak suami.. Order 1/2 kg tapi Wana bagi free 200gm, terima kasih ya.. Insya Allah ada rezeki nak cuba kek lain pula dan nak jumpa blogger Wana dan Lya.. Cuba lah kek Wana, gerenti memang sedap ^_^..

Terima kasih sudi baca ^_^

Hadiah daripada en.suami

Assalamualaikum..
Masa balik kampung hari tu, suami bagi kejutan dengan hadiah.. Tetiba en.suami hulurkan sebuah kotak dan suruh buka.. bila buka saja terus senyum-senyum pandang en.suami hihi..


Ni lah hadiah suprise daripada en.suami iaitu Steam Q iron beli kat Astro Go Shop. Perasaan mestilah seronok sangat.. Raya puasa lalu suami yang tolong pegang baju masa menyeterika, yalah dress kembang-kembang ni memang rumit nak seterika.. Suami cakap "kalau macam ni abang mau belilah seterika go shop tu, supaya senang kerja ".. ingatkan bergurau, rupanya serius.. Bila di tanya bila beli selamba suami jawab " haha mana boleh bagi tahu " dah memang namanya suprise kan. Terima kasih en.suami ^_^.
Alhamdulilah benda ni memang memudahkan kerja menyeterika terutamanya dress yang kembang meleret..
Terima kasih sudi baca ^_^

Makan coklat

Assalamualaikum.
Selamat pagi korang dah sarapan? Pagi ni sarapan coklat ja, makan coklat sambil blogwalking.. seharian tak blogwalking kelmarin sebab sibuk menjahit, maaf ya :). Waktu pagi memang berselera makan coklat, kalau waktu tu lain kurang sikit.
Ini antara coklat kegemaran saya, cloud 9 tu kesukaan sejak kecil lagi sampai lah sekarang.. kalau makan banyak pun tak muak hehe. Korang pula suka makan coklat apa?
^_^

Alhamdulilah BR1M dah dapat.. ^_^

Assalamualaikum.
Ini merupakan entry pertama saya dalam bulan Mac ni, tak sedar cepat betul masa berlalu kan. Maaf sebab lama tak update blog bukannya apa, sejak kebelakangan ni asyik sibuk dengan pelbagai urusan, sampai blog pun terabai. Dalam sibuk-sibuk, dapat pula berita gembira Alhamdulilah duit BR1M dah dapat kelmarin syukur alhamdulilah.. walaupun proses nak ambil baucer tu agak leceh sedikit.. Mana tidaknya bilik pejabat daerah penuh sesak dengan orang, tak kira tua muda, lelaki dan perempuan semua bersesak-sesak sibuk nak cek nama. rasa menyesal tak letak no akaun bank dulu. Dapat saja baucer terus ke bank, masa dalam bank tu ada seorang atuk dia pun nak uruskan BR1M, kasihan pula tengok atuk tu terpinga-pinga tak tahu nak isi borang. Pekerja bank tu pun satu kalau ya pun apa salahnya tolong isi, lagipun orang tak ramai ini tak, bagi borang macam tu saja, manalah atuk tu tahu menulis. Kebetulan saya pun nak mengisi borang, saya isikan sekali atuk tu punya.. Alhamdulilah semua selesai.
Tengah fikir nak beli apa dengan duit ni, rasanya nak simpan untuk kegunaan nanti, korang pula dah dapat BR1M? ^_^
p/s : nanti saya blogwalking kat blog korang ya ^_^.

Hari lahir saya.. ^_^

Assalamualaikum.
google pun wish birthday :)
Alhamdulilah syukur kepada Allah S.W.T hari ni 23 Februari bertambah lagi setahun usia saya.. bertambah tua..
Sambut birthday di rumah saja, dari pagi gigih buat kek sendiri walaupun hampir tak menjadi disebabkan tersalah adunan, kasihan si adik balik-balik ke kedai beli telur. Alhamdulilah menjadi juga walaupun tak cantik. 
 Nama kek ni kek pelangi chiffon cheese meleleh amboi panjangnya nama..resepi nanti saya kongsi. Mulanya nak buat kek span tapi bahan-bahan pula tak cukup, jadi saya tukarkan kek chiffon, rasanya pun lebih kurang saja.
Terima kasih yang tak terhingga pada kedua orang tua yang telah melahirkan dan membesarkan saya, sabar melayan karenah saya dan adik-beradik yang lain. In shaa Allah saya akan cuba sentiasa buat mama dan bapa gembira ^_^, dan kepada semua rakan-rakan fb yang sudi bagi ucapan hari lahir pada saya terima kasih di ucapkan. ^_^

Minum petang

Assalamualaikum.
Selamat petang semua, dah minum petang? Menu minum petang kali ni pisang goreng dengan teh ja. Ada yang panggil pisang goreng ada juga yang panggil goreng pisang..tapi mana satu yang betul eh? Mana-mana sajalah kan hihi.. Hari tu jiran sebelah rumah bagi setandan pisang, alhamdulilah rezeki inilah kebaikan hidup berjiran. Tak tahu nak masak apa dengan pisang ni selain pisang goreng, kelmarin dah buat pisang goreng..hari ni pun buat lagi..bukan apa takut nanti pisang tu buruk, membazir pula. 
pisang sabah 
Pisang goreng enak dimakan panas-panas. Saya tambah bawang merah dalam adunan tepung..memang sedap dan wangi. Oklah nak sambung makan pisang goreng lagi.. Line internet sangat slow menyukarkan kerja blogwalking, mana yang tak sempat saya singgah maaf ya ^_^.

Sebab ke klinik

Assalamualaikum.

Terima kasih pada kawan-kawan yang ambil berat dan doakan kesihatan saya.. Ada yang bertanya kenapa saya ke klinik,  sebenarnya penyakit aczema saya datang lagi.. Bulan Mac yang lalu saya dah kena penyakit ni, lepas kena suntik dan makan ubat dah beransur pulih tapi kulit tapak kaki masih mengelupas. 
Silap saya juga sebab tak ikut nasihat doktor, pesakit aczema ni sangat sensitif pada habuk dan air kotor. Lepas cuci kain mesti tapak kaki gatal-gatal, kalau cuci kain kan kaki pun ikut basah sekali, masa tu lah kulit yang mengelupas tu gatal-gatal.. kalau tak garu aduh seksanya sebab gatal tu seperti menyucuk dikaki. Bila digaru makin melarat pula kesan mengelupas tu. makin bertambah teruk bila saya ke sawah hari tu.. kat sawah kan berlumpur lepas tu banyak habuk, masa tulah gatal semakin teruk.. bekas mengelupas jadi berair dan bernanah. Sampai nak jalan pun susah sebab dua-dua tapak kaki kena aczema.. dapat bayangkan tak berjalan guna tumit kaki dan ibu jari kaki ja. 
 
Google
Kelmarin dah pergi klinik, doktor tu hanya gelengkan kepala saja tengok tapak kaki saya.. Doktor nasihatkan supaya jangan biarkan kaki terendam kat air lama-lama takut gatal-gatal kembali dan menyebabkan bakteria membiak. Lepas ni nak ikut nasihat doktor tu betul-betul dah ,tak nak kena suntik lagi..takut hihi.. Korang jaga kesihatan baik-baik ya, kata orang lebih baik mencegah dari mengubati..till then ^_^
p/s : malu nak letak gambar kaki sendiri, nanti ada yang muntah pula..

Makanan ringan budak-budak

Assalamualaikum.
Petang ni tak pergi mana-mana, duduk depan laptop blogwalking kat blog kawan-kawan.. sambil makan kopok dan gula-gula hihi.. Jumpa juga makanan ringan kesukaan zaman budak-budak.. 
Keropok dan gula-gula
Harga keropok tu tetap sama 10 sen tapi isi makin kurang, rasa tetap sama. Saya panggil keropok kucing sebab ada gambar kucing.. keropok ni agak laku juga sebab selalu cepat habis. 
Gula-gula sedap kesukaan zaman kecil-kecil sampai sekarang.. dulu 10 sen dapat dua biji, sekarang makin mahal.. tak apalah yang penting dapat merasa gula-gula sedap ni hihi.. Ok lah nak sambung blogwalking dulu.. ^_^

Pergi klinik

Assalamualaikum.
Kelmarin saya ke klinik..

Dalam klinik
Masih terasa kebas lagi kesan suntikan kelmarin.. Tengok gambar dulu ya, nanti saya cerita.. ^_^

Sarapan pagi makan coklat

Assalamualaikum..

Selamat pagi dah sarapan? Seharian kelmarin tak dapat blogwalking..disebabkan masalah internet lagi, kejap ok kejap-kejap tak ok.. sabar saja lah. Kelmarin adik lelaki saya balik dari Labuan..pulang untuk cuti hari raya haji. Adik bawa ole-ole coklat..hehe tak sah lah kalau pulang tak bawa ole-ole kan. Semuanya coklat kegemaran iaitu Cadbury Dairy Milk. Kelmarin selera makan coklat tak berapa nak ada, tak tahu kenapa..tetiba pagi ni teringin pula nak makan coklat..habis sebungkus coklat jadi santapan pagi hehe. 

Coklat..
Suka makan coklat yang  perisa french vanilla tu..  Pasti korang pun suka makan coklat kan ^_^

p/s : harap internet hari ni tak ada masalah..bolehlah blogwalking ke blog kawan-kawan :)

Gula-gula kesukaan zaman kanak-kanak

Assalamualaikum.
Masih ingatkah makanan ringan yang popular zaman kanak-kanak korang? Nak cerita sikit pasal gula-gula yang menjadi kesukaan saya masa kanak-kanak, dan rasanya masih ada dijual lagi sehingga sekarang.. Budak-budak dan makanan manis memang tak dapat dipisahkan kan.. *semua gambar dicedok dari google*
Inilah gula-gula yang paling saya suka, rasanya masih ada jual lagi. Ini digelar gula-gula susu..paling suka makan bahagian yang seperti plastik hehe. Sebiji dua memang tak cukup kalau makan gula-gula ni..
Yang ni kawan panggil gula-gula udang sebab pembalut gula-gula ni ada gambar udang..tapi tak ada rasa udang pun hehe..
Yang ni dulu harga 10 sen sekarang dah naik 20 sen. Gula-gula ni paling lama nak habis kalau makan.. Kalau beli mesti nak cari pembalut yang berlainan padahal semua sama saja.
Gula-gula yang boleh buatkan lidah jadi warna-warni, di panggil gula-gula hantu..takut woo hehe..macam-macam nama kan..
Suka makan gula-gula getah ni, kalau beli mesti cari yang banyak warna merah konon-konon nak buat gincu hehe..
Sebenarnya ada banyak lagi jenis gula-gula zaman kanak-kanak dulu, tapi tak semua pula gambar ada di google. Korang pula suka gula-gula yang mana zaman kanak-kanak? ^_^
P/S : Rindunya zaman kanak-kanak dulu..

Sakit gusi gigi

Assalamualaikum..
Sakit gusi saya tak juga sembuh-sembuh sejak dua hari yang lalu. Kalau mengunyah tak pula sakit tapi bahagian gusi rasa sakit berdenyut-denyut. Nak pergi hospital tapi takut pula sebab doktor kat hospital tu garang dan kasar..nak tak nak terpaksa pergi klinik swasta. Memang dah agak mesti mahal tapi kena beranikan diri juga pergi tanya. Jadi hari ni saya ke klinik gigi, sampai je kat klinik gigi terus cakap sakit gigi nampak sangat tak sabar hihi. Mula-mula doktor gigi  tu ketuk-ketuk gigi dan tanya sakit ke tak, memang tak sakit. Lepas tu doktor tu cakap gusi kotor dan perlu di cuci. Bila di tanya berapa kos nak cuci gigi.. wah memang terkejut jawapan doktor tu.. 1 gigi rm 200.++ campur ubat, spray. Kalau tampal gigi pula dah rm 80.00. Mahalnya..hanya mampu telan air liur je jawabnya. Kalau macam tu terpaksa lah pergi hospital kerajaan, tapi yang lecehnya kena buat temu janji..hmm tak apalah. :(
Tak jadi cuci gigi terus beli ubat sakit gigi, tukar ubat gigi dan berus gigi. Harap-harap sakit gusi ni akan beransur sembuh.. Korang ada petua tak nak kurangkan sakit gusi gigi? Atau pengalaman sakit gusi gigi ke.. Kalau ada kongsi-kongsi lah ya ^_^

Tengok movie seram pula..

Assalamualaikum.
Selamat malam semua :). Malam ni tak tahu nak buat apa..rasanya nak tengok movie seram pula. Tapi..takut pula. Saya ni memang tak boleh sangat tengok cerita yang seram-seram ni..nanti terbawa-bawa dalam mimpi..tapi tak pernah serik, nak juga tonton tapi waktu siang lah hehe.
 Dalam banyak-banyak movie seram, movie yang paling seram pernah saya tonton filem dari Thailand iaitu Shutter. Sampai termimpi-mimpi tengok movie ni.. Serius takut.. 3 hari tidur pasang lampu huhu..
Malam ni nak tengok filem ni pula, ramai cakap best. Tapi takut pula..hmm..Adik cakap tak seram sangat pun.. Korang dah tengok ke? ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain