Followers Tersayang

Bun Pandan

Assalamualaikum.
Tadi petang saya buat bun, kali ni bun pandan. Memang seronok kerja meroti ni hehe.. Masa masak roti tu, memang harum satu rumah dengan wangian pandan.. Kalau letak inti kaya atau kelapa lagi sedap tapi tak ada pula bahan tu kat dapur, tanpa inti pun sedap juga.. Okey jom semak resepi..

RESEPI : BUN PANDAN
Bahan-bahan:
250 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
140 ml air suam/ atau susu segar
1 biji telur- tinggalkan sedikit untuk gliss nanti
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver atau dough softner
sedikit pewarna hijau dan beberapa titik perasa pandan.
(kalau guna water roux,letak dalam 2 sudu besar dan kurangkan kuantiti air/ susu)
Cara-cara:
  1. Masukkan semua dlm bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On je, (uli tangan,kemudian perap sehingga dua kali ganda).
  2. Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 16 bahagian dan biarkan lagi selama 8 hingga 15 minit. akhir sekali masukkan inti kaya dan tutup doh, rehat lagi selama 40 minit atau sehingga naik dua kai ganda, gliss permukaan roti dengan sedikit telur+susu+madu dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
  4. Akhir sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama air milo atau kopi, amat sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang.
Selamat mencuba ^_^

14 comments:

Adriannasyaz said...

Cantiknya bun pandan dilla..nk cuba buat jgk..sngguh hebat..serius ni..:D

DILA ELLA said...

@adrianna syaz thanks..tapi adriana lagi hebat :)

Affy Afiqah said...

wahhhh, perfect, boleh jual ni, ke memang jual? hewhew

QuraiStory said...

wahh.bestnye. nak sikit. hehe

ezyra taharin said...

wahhhh...mesti sedap bun nie hehe..
klik churp2^^

Unknown said...

cik akak...makan je tahu nie dik...hihi....

Lieya Von Jay said...

wow.. ^_^ mcm best ja. tringin gak nak meroti tak tak berkesempatan ^_^

Mirza Rohizat said...

lawanya kaler hijau dia..tak reti la nak buat..tapi teringin..hehee

Unknown said...

wah sedapnyaa.:) bila la nk pandai buat roti mcm ni..:)

Cik Itah said...

sedapnya :)

isi tabung INTI dan Invasion :)

Fiza Aizzawa said...

mmg jimat betul duit kalau pandai buat.. tak yah nak tahan india jual roti ngn motor.. hehe

shazillahsani.com said...

wahhhh...gubu je tgk...mesti sedap..

Mizz Aiza said...

wah.. sedapnya buat minum petang.. :D

Cik Puan said...

Alahai....nak try je rsepi ne..tp tah bile baru dapat try..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain