Followers Tersayang

Sicilian Orange Cake

Assalamualaikum.
Selamat petang korang, hari ni cuaca mendung dan hujan..rasa sejuk ja.. tempat korang pula macam mana? Resepi kek oren agak popular juga di blog ni, setiap hari ada sahaja keyword kek oren, alhamdulilah. Jadi kali ni saya nak kongsi resepi kek oren yang saya ambil dari dapur Hana Memories, sangat tergoda kek beliau yang gebu tu. Kek ni senang nak sediakan rasanya pun sedap dan moist, saya ada tambah kismis dalam kek ni. Bila dekat-dekat nak masak harum satu dapur bau oren, nak cuba buat? okey jom semak resepi..
RESEPI : SICILIAN ORANGE CAKE
SUMBER : HANA MEMORIES

Bahan-bahan :
250g butter - suhu bilik
250g gula pasir - hana buh 210g je..tuh pong dh manis
4 biji telur size M
1 1/2 sk parutan kulit oren
250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
85ml jus oren
Bahan untuk aising :
125g gula aising
5 sk jus oren
Cara-cara :
  1. Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
  2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
  4. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belom masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
  5. Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
  6. Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.

Selamat mencuba ^_^.

19 comments:

NinaAz said...

gebunyaa kek tu!

Sally Samsaiman said...

pos!! pos kat sally!! :P

Aqilah Azmi said...

SICILIAN?
SI CILI AN?
Hahaha susahnya nak pronounce!! hahaha.
Wow. T_T
betul kak dila!! Sgt gebu aaaaa nak nak nak hehehehe nnt nak mintak umi tengok blog akak hehehehe nk suruh umi buat sbb qila super duper pemalas hohoho thanks kakak dila ellaa <3333

Unknown said...

yup dilla tempat akak hujan je ni..erm pekena pulak sicilian orange cake untuk minum petang memang kena ni hehe....

Invisible Me said...

nampak sedap..

Unknown said...

tengok kek tu je dah rasa nak makan je..hihi

Unknown said...

tempat nana semalam hujan dari pagi sampai petang.heee..mmg rasa sejukje^^hari ni cuaca da ok dapat jugakla keringkan baju.btw rajinnya dila membaking:)

Mirza Rohizat said...

bahannya x la banyak sangat ye tapi tak pandai nya buat macam ni..kalau buat ntah jadi ntah tak..hehee

Unknown said...

sedapnya... rajin dila try resepi2 neh eh..

Fiza Aizzawa said...

sedapnye... mampu tengok jer sbb fiza baking2 nie tak berapa pandai...

Unknown said...

resepi sendiri ke ella ?? bnyk ilmu masakan ni :)

Bb said...

Wah. Rasa lapar terus tgk ni :)

May said...

Hmmm...delicious serving here

Vee said...

Tgk ni teringat dengan pumpkin cake. Nak mkn pumpkin cake lahh :(

shazillahsani.com said...

wow...macam sedap pulak tgk...mesti cuba nie..^^

Affy Afiqah said...

rajin dila buat cake :)

DILA ELLA said...

@syuk shusuke bukanlah..ini resepi dari orang lain hehe

Mizz Aiza said...

gebunya kek dila buat.. sedap tu.. minta sikit.. :D

ayuzan said...

ayu pandai makan je..xpandai buat... hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain