Followers Tersayang

Meatball ala IKEA

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu semua akhirnya dapat juga buat meatball ala ikea ni, korang yang pernah pergi ikea mesti tahu masakan ni kan, saya ja yang belum pernah pergi sob sob. Sedap sangat rupanya resepi ni, dah lama adik Qila comel request resepi meatball ni tapi baru hari ni terbuat hehe.. apa pun jom semak resepi.
Ada yang kurang kat situ iaitu kentang, takpa makan dengan nasi pun sedap..
RESEPI : MEATBALL ala IKEA
SUMBER : HANA MEMORIES
Bahan-bahan
Bahan Meatballs

1 peket meatballs (hana guna jenama Marina) - saya guna jenama Ramly
2 sudu besar butter
2 sudu besar air
sedikit minyak masak
Bahan Sos
1/2 biji bawang besar holland (kuning) - potong dadu
1/2 batang saderi - potong dadu
2 cawan air
2 sudu besar susu segar/susu cair
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum - bancuh air sedikit
1 setengah ketul kiub pati ayam (boleh juga cecair pati/stok ayam)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat - bergantung kehitaman yg dikehendaki
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil sos lea perrin - optional
gula secukupnya

Bahan sampingan
kentang goreng,  kentang rebus butter&mayonis, brokoli rebus, carrot rebus.

Cara-cara
  1. Rebus air dengan bawang dan juga batang saderi hingga mendidih. Kemudian tapis dan rebus semula air rebusan tadi. 
  2. Masukkan semua bahan lain kecuali tepung gandum. Biarkan mendidih sebentar. Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau sehingga sos pekat. Perasakan dengan sedikit gula secukup rasa,(garam tak perlu sbb dah masin). Matikan api.
  3. Untuk grill meatball - Panaskan dua sudu besar butter dan sedikit minyak masak (hana guna kuali non-stick). Grill meatball hingga masak. Kecilkan api, masukkan 2 sudu besar air dan tutup kuali sebentar sehingga air kering. (tips supaya meatball juicy) kemudian angkat. (lagi satu tips jangan masak terlalu lama, meatball akan keras)
  4. Cara hidangan - Sediakan meatball ke dalam pinggan bersama-sama bahan sampingan. Tuangkan sos lada hitam dan sedia dihidang.
Selamat mencuba ^_^

11 comments:

Cik Nor said...

sdapnya..yummy.:)

Fatihah Azanan said...

Wah boleh cuba ni :)

Mizz Aiza said...

wah.. memang nampak sedap tu dila.. resipi dah dapat boleh akak cuba buat juga nenti.. :D

Aqilah Azmi said...

alhamdulillah ada jugak heheheh <333
nanti kak dilaaa gi lah Ikea dgn qila jom jom hihihihi

thank u so much ye kak dilaaaa <3333333

zeera lily said...

SEDAP NYER... NK TRY.. NK TRY..HEHEHE

Fiza Aizzawa said...

dpt jugak resipi nye.. sedap nie.. mmg nak cuba..

niesalhaq said...

Terliur nyaaaa. Huuuuu. T_T

Cik Puan said...

melelehhh...lelehh....wwwooooo...sedap neee...

licha said...

alaa.. teringin pulak dah tengok resepi dn gambar.. hihi

Maria Firdz said...

Adoii.. Terliur plak..

Izzati Amira said...

aa..aa...aa...aummmm. laparnyaaaa. ramai cakap meatball ikea sedap. tak pernah berkesempatan ke sana lagi..hhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain