Followers Tersayang

Tuna roll

Assalamualaikum.
Hari ni saya nak kongsikan satu resepi roti iaitu tuna roll.. boleh lah buat untuk menu berbuka puasa nanti pasti anak-anak suka. First time buat tuna roll ni, wah memang sedap rasa nak buat banyak kali pula hehe.. selalu beli dekat kedai bakery dalam harga rm2.00 gitu. Resepi saya ambil kat blog CMG, tuna roll beliau lagi cantik tau.. selera nampak. jom semak resepi..
RESEPI : TUNA ROLL
SUMBER : TIFFIN BIRU

Bahan doh :
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

Bahan inti tuna :
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan
Parutan keju cheddar secukupnya
Cara-cara : (saya guna kaedah lain : (uli pakai tangan) )

  1. UNTUK DOH : Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN: Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH : Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan dan tabur juga parutan keju (tinggalkan sedikit untuk ditabur nanti). Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai), parutan keju cheddar dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya..
Selamat mencuba ^_^.

12 comments:

PeRdU cINta said...

Nice sharing..

Unknown said...

wahhh. terliur tengok.

Unknown said...

macam sedap ja, pndai dilla buat lepas ni nk try buat la.hikhik

DILA ELLA said...

@ika zulkefli tq, selamat mencuba ika :)

DILA ELLA said...

@Anis Ifham cubalah buat nanti hehe :)

DILA ELLA said...

@PeRdU cINta thanks, cuba buat tau :)

Mirza Rohizat said...

miza suka tuna!

Anonymous said...

Wah...luar biasa ni..

Fiza Aizzawa said...

nak kene rajin sgt2 nie..mmg npk sedap..

Mar Mansor said...

nampak sedap sangat ni

Cik Itah said...

salam. huuu nampak sedap hahaha

hasliynda umairah beauty said...

aduss sedapnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain