Followers Tersayang

Sambal terung ala peranakan

Assalamualaikum.
Saya memang suka makan semua jenis sambal, tak kisah lah sambal petai ka, sambal bilis, sambal sotong dan sebagainya. Kalau makan nasi dengan sambal mesti siap tambah nasi sepinggan hihi. Jadi kali ni saya nak kongsikan satu resepi kegemaran iaitu sambal terung, siapa suka makan sambal terung kita geng hihi.. 
 Selalu masak campak-campak ja, kali ni cuba resepi dari  CMG pula, memang sedap ala peranakan baba nyonya gitu.. Okey jom semak resepi.
RESEPI : SAMBAL TERUNG ALA PERANAKAN
SUMBER : TIFFIN BIRU
Bahan-bahan :
2 biji terung biru panjang
1 batang serai, dititik
1/4 cawan jus asam jawa
Gula dan garam secukup rasa

Bahan tumbuk halus :
6 biji cili merah
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 camca besar, udang kering, rendam dan toskan
1/2 inci belacan
1/3 inci kunyit hidup

Cara-cara:
  1. Terung dibuang sedikit kulitnya, hiris serong dan rendam dalam air bergaram. Serai dititik. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, terung tadi ditoskan dan lap kering dengan paper towel, tabur sedikit garam gaul rata dan goreng hingga lembut sedikit, angkat, tos dan susun atas beberapa helai paper towel. Biar minyak terserap.
  3. Cedok keluar minyak dan tinggalkan untuk memasak sambal. Masukkan bahan tumbuk halus dan serai titik, tumis hingga garing, masuk jus asam jawa kacau dan tambah garam secukup rasa serta gula. Masak dengan api sederhana hingga sambal terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Sususn terung tadi dalam pinggan sesuai, sudukan sambal atas terung dan ratakan. Hidangkan segera bersama nasi hangat...hmm i likeee!!... - saya gaulkan terus terung dengan sambal tu.
Selamat mencuba ^_^.

4 comments:

Asha Lya said...

Kita genkla suka mkn smbl terung ni hhee

Mummy MM said...

Saya tak makan terung ungu tapi terung dalam gambar nie nampak menyelerakanlah.

Di sini, saya nak perkenalkan sebuah kedai online yang wajib anda kunjungi terutamanya adik2 akak2 yang suka beli secara pukal atau agent2 dropship seluruh Malaysia ^_^

http://angellovesoldier.blogspot.com/2014/10/esgesee-korean-fashion-online.html

Sweet red cherry said...

wana pun suka makan sambal terung..sedap kan..

Unknown said...

Terung ayu mkn klu msak pajeri jeee... heeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain