Followers Tersayang

Resepi Kek chiffon durian

Assalamualaikum..
Entry kali ni saya nak kongsikan resepi kek chiffon durian, dah lama buat baru sekarang nak kongsi resepi (idea menulis ke laut -_-') . Musim durian yang berlambak pun lama dah berlalu, pergi pasar malam saja sana-sini longgokan durian.. Nasib mama kurang baik masa beli durian hari tu, sebab dua longgok durian yang dibeli semuanya buruk.. melayang rm30..hmm sudah nasib.. Okey lah jom kita semak resepi.. resepi saya ambil dari blog Kak Yatie.

RESEPI : KEK CHIFFON DURIAN
SUMBER : YATIE MEMORIES
Bahan A:
150 gram tepung gandum
4 gram baking powder - (ayak tepung bersama baking powder & garam)
100 gram gula kastor - boleh kurangkan jika tidak suka manis-Yatie letak 60gm je
6 biji kuning telur - gred B (jika gred A gunakan 4 biji sahaja)
40 gram minyak (jagung / canola / bunga matahari / zaitun dll) -saya pakai minyak sayuran
20ml susu segar
1/2 sudu teh garam

Bahan B:
6 biji putih telur
100 gram gula kastor - boleh kurangkan jika tidak suka manis
1 sudu teh krim tartar
Bahan C:
200 gram isi durian yang dihancurkan / dihaluskan / dikisar
Cara-cara :
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 175'-180'C.
  2. Pukul telur kuning bersama, gula kastor dan tepung (yang telah diayak) hingga sebati. (Boleh putar pada kelajuan minima selama 1 minit.) Kemudian masukkan minyak dan gaul seketika hingga minyak sebati.
  3. Gunakan bekas lain untuk memutar putih telur, gula kastor dan krim tartar. Putar pada kelajuan maksima dan pastikan bahan menjadi kental.
  4. Masukkan Bahan B yang telah diputar tadi sebanyak 1/3 bahagian dan gaul dengan Bahan A hingga sebati. Kemudian tambahkan lagi 2/3 bahagian selebihnya dan terus gaul hingga sekata.
  5. Jangan lupa masukkan dan gaul sebati Bahan C , isi durian yang telah dihancurkan ke dalam adunan tadi.
  6. Tin pembakar chiffon (chiffon cake mould) tidak perlu dilenser (ungreased) dengan minyak atau dialas dengan kertas. Tuangkan sahaja bahan adunan ke dalamnya.
  7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 175' - 180'C selama 30-35 minit. (Tahap kepanasan sesebuah oven / ketuhar biasanya bergantung kepada jenis, penggunaan bahan api samasa gas atau elektrik)
  8. Untuk mengetahui isi kek telah masak atau sebaliknya, gunakan penyucuk (oleh kerana kek chiffon naik menggebu), eloklah gunakan penyucuk yang panjang seperti penyucuk lidi sate untuk memastikan keadaan sebenar kek. Jika lidi dalam keadaan bersih bermakna kek telah masak sepenuhnya. 
  9. Keluarkan kek dari oven dan telungkupkan tin pembakar chiffon (bersama isinya) sehingga sejuk.
    Gunakan spatula untuk menyisip bahagian tepi tin pembakar untuk memudahkan kek tanggal dengan sempurna.
 Kek ni lembut sangat dan cepat habis hehe.. Boleh lah cuba nanti ya.
Terima kasih sudi baca ^_^
-Auto post-

7 comments:

Asha Lya said...

Tgk rupa pun da nmpk kegebuan kek dilla

Cik Nor said...

nampak pun dah sedap..:)

Mardiah Diana said...

Salam singgah sini dik...sedapnya kek chiffon durian tu....akak ingat kain jer ada jenis chiffon rupanya kek pun ada...hihi

Cik Itah said...

resepi dari chef hee salam 2016!

Unknown said...

ow I love durian ! Kena ada skill ni nak buat cake tp at least sedikit sebanyak banyak juga bantu menjimatkan kos , I will definitely share this recipe to my mom . Thanks for sharing Dila ELla :)

Madam N said...

tak sangka boleh guna durian buat kek

Mizz Aiza said...

Nampak sedap tu dila.. Tak pernah lagi kak aiza makan kek durian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain