Assalamualaikum..
Cuti tahun baru cina kali ni balik kampung suami di Sipitang.. Cuti beberapa hari ja, takpa lah yang penting dapat luangkan masa bersama suami, bukannya selalu dapat jumpa, sedihnya tinggal berjauhan :'(. Lama juga tak balik kampung, last bulan sembilan hari tu.. Rindu pula suasana kat kampung di sini..
jom tengok gambar-gambar di kawasan rumah.
Masa balik ni rumah tengah di ubah suai, dan belum siap sepenuhnya, nampak banyak perubahan rumah ni..
Jalan-jalan di sekitar rumah tertarik tengok hasil tanaman ibu mertua, bertuahnya tinggal di sini sebab tanah subur boleh tanam pelbagai tanaman.. Saya pun minat berkebun juga, tak rugi berbudi dengan tanah.. bila dapat hasilnya nanti boleh makan atau dijual.
Kelulut bapa mertua, rasanya masih baru lagi.. pertama kali tengok benda ni hehe.. Ada malam tu ikut pergi beli sarang kelulut di Merapok.
Sehari sebelum balik suami bawa jalan-jalan di pantai Marintaman, agak ramai juga orang masa ni. Angin bertiup mendamaikan suasana, felling hindustan kejap sambil nanyi lagu dilwale hehe..
Lepas tu kitaorang jalan-jalan keliling kawasan samur, di sini pun ramai
orang juga. Tengok orang mandi dari atas ja.. suami tak bagi turun.
Paling best bila dapat makan sate.. sate Sipitang memang sedap ntah berapa cucuk saya makan.. Insha Allah cuti-cuti pasti balik sini lagi.. Korang pula pergi mana cuti CNY lepas?
Terima kasih sudi baca ^_^
1 comment:
sy keje time CNY..huhuhuhu
Post a Comment