Followers Tersayang

Ayam Masak Simple

Assalamualaikum.
Hari ni saya nak kongsi resepi ayam yang sangat mudah dan cepat, saya selalu masak macam ni kalau malas masak hehe.. Kalau perut tengah berkeroncong mana lah dapat tunggu nak masak yang special-special ni kan. Okey jom semak resepi..
RESEPI : AYAM MASAK SIMPLE
Bahan-bahan :
Ayam - di potong dan dibersihkan
2 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
Halia - *saya letak banyak sebab suka makan hehe (bahan bertanda * ditumbuk )
1 batang serai - dititik
Sedikit air
Serbuk pati ayam
Garam
Minyak
Cara-cara :
Perapkan ayam bersama semua bahan kecuali minyak selama beberapa minit. Panaskan kuali dan masukkan bahan yang diperap tadi, gaul sekejap dan tambahkan air dan minyak. Gaul sehingga masak dan hidangkan panas-panas. Senang kan, selamat mencuba ^_^.
p/s : sama-sama kita doakan agar pesawat MH 370 dan penumpangnya selamat ditemui.

Tips bersihkan bulu mata palsu

Assalamualaikum.
Siapa peminat bab mekap-mekap ni pasti mempunyai koleksi bulu mata palsu kan, sekarang ni macam-macam jenis bulu mata palsu. Pemakaian bulu mata palsu akan membuatkan mata kita lebih galak dan menarik. 
Lepas pakai bulu mata palsu korang terus buang atau pakai semula? Bagi yang pakai semula pasti nak kan bulu mata palsu tu kelihatan cantik, tak nak lah ada kesan-kesan gam yang mencacatkan bulu mata tu (macam kat gambar atas). Jadi hari ni saya nak kongsi cara mudah nak bersihkan bulu mata palsu, okey jom mulakan.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah make up remover atau baby oil, cotton bud, tisu dan tweezer.
Cara nak cuci sangat mudah, tuangkan mekap remover pada bulu mata palsu, ini bertujuan melembutkan sisa gam dan maskara, kemudian gosokkan perlahan-lahan dengan menggunakan tisu dan cotton bud jangan gosok kuat pula, nanti bulu mata tu tercabut. Gunakan tweezer untuk buka gam yang agak susah nak di tanggalkan. 
Dah siap pun, dapat lihat tak perbezaan sebelum dan selepas dibersihkan. Lepas ni boleh pakai semula bulu mata palsu korang tu, selamat mencuba ^_^

Alhamdulilah BR1M dah dapat.. ^_^

Assalamualaikum.
Ini merupakan entry pertama saya dalam bulan Mac ni, tak sedar cepat betul masa berlalu kan. Maaf sebab lama tak update blog bukannya apa, sejak kebelakangan ni asyik sibuk dengan pelbagai urusan, sampai blog pun terabai. Dalam sibuk-sibuk, dapat pula berita gembira Alhamdulilah duit BR1M dah dapat kelmarin syukur alhamdulilah.. walaupun proses nak ambil baucer tu agak leceh sedikit.. Mana tidaknya bilik pejabat daerah penuh sesak dengan orang, tak kira tua muda, lelaki dan perempuan semua bersesak-sesak sibuk nak cek nama. rasa menyesal tak letak no akaun bank dulu. Dapat saja baucer terus ke bank, masa dalam bank tu ada seorang atuk dia pun nak uruskan BR1M, kasihan pula tengok atuk tu terpinga-pinga tak tahu nak isi borang. Pekerja bank tu pun satu kalau ya pun apa salahnya tolong isi, lagipun orang tak ramai ini tak, bagi borang macam tu saja, manalah atuk tu tahu menulis. Kebetulan saya pun nak mengisi borang, saya isikan sekali atuk tu punya.. Alhamdulilah semua selesai.
Tengah fikir nak beli apa dengan duit ni, rasanya nak simpan untuk kegunaan nanti, korang pula dah dapat BR1M? ^_^
p/s : nanti saya blogwalking kat blog korang ya ^_^.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain